|
saya ingin menjawab apa yang dinyatakan oleh saudara GIFT..
Jelas sudah pandangan dan aqidah golongan Syiah tentang Sahabat-sahabat Nabi s.a.w....terutamanya Abu Bakar r.a., Umar r.a., & juga Usman r.a. yang telah beriman, ditarbiah dan dididik oleh Nabi s.a.w. dan kemudian berhijrah dan berjihad di jalan Allah kemudiannya didakwa telah menyeleweng dari islam dan menyesatkan umat islam lainnya hanyalah kerana kecemburuan pada seorang sahabat mereka bernama Ali bin Abi Talib r.a. Menariknya golongan Syiah Imam 12 menyakini lagi kesesatan itu telah berlaku bukan pada seorang dua sahabat-sahabat Nabi tetapi hampir kesemua golongan muhajirin dan ansar dimana hanya beberapa orang sahaja (Salman al-Farisi, Abu Zar al-Ghifari, Bilal & Miqdad) yang dikatakan masih beriman disaat-saat tersebut, melainkan yang lain telah menjadi murtad atau munafik hendaknya. Adakah itu kenyataan yang benar dan sesuai diterima kalau didasarkan pada wahyu Allah, urusan ini sangatlah penting kerana dari golongan-golongan muhajirin dan ansar itulah kita menerima iman dan islam, melalui dakwah-dakwah dan jihad yang dilancarkan.
Bayangkanlah setelah ditarbiah dan dididik selama puluhan tahun oleh Rasul Allah yang paling mulia, dan kemudian mencurah-curah wahyu Allah turunkan menerangkan keredhaan keatas sahabat-sahabat Nabi s.a.w hingga ketahap dijanjikan syurga seperti pada surah at-Taubah : 100,
Setelah Allah mengistiharkan pertolongan dan kemenangan atas islam dengan berbondong-bondongnya manusia menerima islam seperti pada surah al-Nasr:1-3
Setelah Allah menyatakan bahawa umat Nabi Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia yang melakukan amar makruf dan nahi mungkar seperti pada surah Ali-Imran : 110
Setelah Allah mengistiharkan ketinggian darjat golongan yang membelanjakan harta dan berperang dijalan Allah sebelum pembukaan kota Mekah berbanding umat islam lainnya seperti pada surah al-Hadid: 10
Setelah Allah merakamkan bagaimana pengorbanan harta benda dan keperitan yang dialami oleh sahabat-sahabat Nabi s.a.w. semata-mata kerana iman dan islam seperti pada surah al-Hasyr : 8
Setelah Allah mengambarkan bagaimana berjayanya tarbiah iman & islam Nabi s.a.w. keatas sahabat-sahabatnya yang sangat mengkagumkan dimana wujudnya sikap kasih sayang sesama sahabat-sahabat, kewarakan dan ketinggian ibadat mereka dan juga KEJAYAAN LUARBIASA YANG AKAN DIALAMI OLEH GOLONGAN SAHABAT DIDALAM MENYEBARKAN LUAS ISLAM (seperti terbukti didalam sejarah) iaitu dari tunas menjadi anak dan kemudian pokok yang kuat hingga mengkagumkan orang yang menanamnya (tarbiah Nabi s.a.w.) seperti pada surah al-Fath : 29
Setelah Allah mengistiharkan disurah al-Anfal : 64 akan kebanggaan Allah atas pengikut-pengikut Nabi s.a.w. (sahabat-sahabat Nabi s.a.w.),
Setelah Allah menyatakan ketinggian nilai kasih sayang antara sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan menyuruh generasi-generasi akan datang untuk mendoakan keampunan atas sebarang kesilapan dan memohon agar hilang sebarang KEDENGKIAN DIHATI atas golongan Muhajirin dan Ansar seperti pada surah al-Hasyr : 9-10
Setelah Allah menyatakan kekhalifahan dan kekuasaan itu pada golongan-golongan yang beriman dan beramal soleh yang akan meneguhkan agama Allah didunia ini, surah al-Nur :55 dan sesungguhnya dengan Abu Bakar lah agama Allah telah teguh dengan memerangi golongan-golongan murtad dimana sebahagian telah ada yang mengaku Nabi.
Setelah Allah menyatakan keredhaannya pada sahabat-sahabat Nabi semasa dibawah pokok, seperti pada surah al-Fath : 18
Sesungguhnya apa yang saya sebutkan diatas merupakan sesuatu yang wajib diimani dan bukanlah reka-rekaan saya sendiri dan bertujuan untuk menang didalam berhujah, saya bertanya kepada saudara GIFT bukankah al-Quran itu wajib diimani hingga ke akhir zaman dan Allah sesungguhnya mengetahui akan segala sesuatu. Maka disini sekiranya keredhaan itu hanyalah pada batas masa tertentu dan janji syurga itu hanyalah untuk sementara sahaja semasa Nabi s.a.w. masih hidup maka amatlah tidak wajar Allah merakamkan keredhaan pada golongan muhajirin dan ansar itu didalam al-Quran yang terpelihara, bukankah tindakan Allah ini akan menyebabkan sebahagian umat islam akan terkeliru didalam beriman pada Nya. Ataupun yang sepatutnya ialah saudara Gift sendiri perlu berhati-hati didalam menerima bulat-bulat cerita-cerita orang silam yang disampaikan pada saudara seperti mana yang di firman oleh Allah seperti berikut
DIMANA ALLAH MEMBERI PERINGATAN SUPAYA BERHATI-HATI DENGAN CERITA-CERITA YANG DISEBARKAN seperti pada surah al-Hujurat : 6
DAN JUGA SUPAYA BERHATI-HATI DAN JANGAN MUDAH BERPRASANGKA BURUK PADA GOLONGAN YANG BERIMAN dengan hanya berdasarkan cerita-cerita yang didengar (semestinya juga dicatatkan pada kitab-kitab sejarah) seperti dinyatakan pada surah an-Nur : 12
Dan setelah Allah sendiri menyatakan akan wujud cerita-cerita palsu dan dusta yang diusahakan untuk memadamkan cahaya Allah (islam) dibumi ini seperti pada surah ash-Shaff : 7-8
Sesungguhnya saudara GIFT dan golongan-golongannya berada didalam kekeliruan yang amat besar apabila mereka terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang disebarkan melalui cerita-cerita dan catatan-catatan pena manusia sehingga sanggup membatalkan nas-nas yang sahih semata-mata terpengaruh pada dakyah tersebut.
Wassalam
[ Last edited by ahmadi_bangi at 19-7-2006 10:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by carikubur at 18-7-2006 02:49 AM
Terimakasih kerna memahami saya.
Tuan Sheik tidak terbuka hati ke untuk belajar semula cara beragama mengikut fahaman ASWJ.
Oh! ya tuan sentiasa doa kan saya masuk agama Syiah ke masuk mazh ...
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Sama-sama...saya sentiasa belajar fahaman ASWJ, saya kini adalah sikit-sikit baca buku, kadang-kadang tanya Ust ASWJ...tapi buat masa sekrang saya lebih fokuskan kepada Ahlulbait kerana saya masih belum habis belajar lagi mengenai Ahlulbait ini....saya ini masih jahil dalam ilmu agama....
saya tidak mendoakan agar saudara msuk syiah tetapi saya SENTIASA DOAKAN SAUDARA MENERIMA CAHAYA KEBENARAN AHLULBAIT...itulah doa saya untuk semua org....
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
GIFT This user has been deleted
|
Originally posted by carikubur at 16-7-2006 08:18 PM
Terimakasih soalan pertama tuan dah jawab.
soalan 1
Adakah orang yang terlibat dalam tentera Usama yang terpaksa ditinggalkan kerana kewafatan Nabi saw. dan selepas itu dihantar oleh Abu Bakar terdiri dari golongan munafik.
Tuan Gift menjawab tidak pasti.
saya harap tuan boleh jawab soalan selebihya dibawah ini
Tiada siapa yg PASTI pada zaman sekarang kerana peristiwa itu berlaku lebih dari 1000 tahun yg lalu tambahan pula bila melibatkan KEPERCAYAAN seseorang (benda yg ujud dlm HATI, Siapa boleh tahu). Apa yg boleh kita lakukan adalah PERCAYA. Untuk PERCAYA kita perlukan HUJAH yg kuat. Dengan melihat dan menganalisa hadis, sejarah dan disuluh di bawah sinar al-Quran maka kebanyakan syiah mengatakan TINDAKAN yg dilakukan oleh para sahabat yg BERTENTANGAN dgn arahan nabi saw menandakan sebahagian SAHABAT menunjukkan sifat MUNAFIK pada ketika KEJADIAN itu berlaku. Kena ingat ttg naik turun iman dan proses pembelajaran juga berlaku... jika ada yg mengaku salah dan bertaubat tentu diampunkan Allah.
Soalan 2
Begitu juga golongan sahabat yang memerangi golongan murtad seperti puak Musailamah al-Kahzab, Aswad al-Ansari dll. adalah terdiri dari golongan munafik.
Bila saya baca soalan-soalan yg saudara kemukakan, seperti saudara MENYURUH saya MELABELKAN SAHABAT sebagai MUNAFIK dan MENGANGGAP mereka tiada NAIK TURUN IMAN.. tiada proses PEMBELAJARAN dan BERBUAT SILAP sepanjang hidup mereka... seolah-olah jika dia MUNAFIK dia akan TERUS jadi MUNAFIK sampai mati... kehidupan realiti bukan begitu, hari ini mungkin MUNAFIK, esok pula BERIMAN... etc. Itulah MANUSIA.
Utk menjawab persoalan saudara, ISU yg diketengahkan oleh syiah ialah kesalahan MERAMPAS PEMERINTAHAN yg sepatutnya kepada IMAM ALI. Bagi mereka Abu Bakar dan Umar BERSALAH atas tindakan tersebut. Seolah TEAM bola, Jawatan pengurus diRAMPAS secara tidak sah. Walaupun dia mengurus dengan BAIK dan BAGUS, kesalahan terletak kepada PENGURUS dan orang yg bersubahat utk menjatuhkan pengurus yg sah.. pemain-pamain (sahabat lain) hanyalah mengikut arahan pengurus, ada yg TALIBARAUT dan ada yg tidak tahu menahu dan hanya mengikut ARUS POLITIK. Semua bermain atas BENDERA ISLAM. Kesahan merampas yg ditekankan oleh syiah.
Soalan 3
Dizaman Umar r.a. sejarah mengatakan golongan sahabat telah memerangi Farsi dan Rom. Apakah Farsi dan Rom dikalahkan oleh golongan munafikin?
Tentulah secara UMUMnya kepada golongan ISLAM sebab mereka membawa BENDERA ISLAM tetapi kita tahu sebahagian mereka ada yg BERIMAN, yg MUSLIM sahaja, MUNAFIK dan lain-lain. Kombinasi semua ini dinamakan PIHAK ISLAM, jadi dikatakan kemenangan oleh PIHAK ISLAM.
Soalan 4
Sher"Ali telah mengemukan sebelum ini bahawa golongan sahabat telah membuktikan kebenaran Firman Allah swt. iaitu ayat kedua surah Rum yang bermaksud "Rum telah ditewaskan". Apakah di sini Syiah berpendapat bahwa golongan munafikinlah yang telah membenarkan Firman Allah swt. tersebut.
Mengenai ayat 2 surah RUM saya lebih menerima pendapat bahawa kejadian "RUM telah ditewaskan" berlaku di zaman nabi saw lagi. Bukan dilakukan oleh orang Islam tetapi oleh orang PARSI (penyembah api) pada sekitar 616 AD. Org pagan (sembah berhala) di Mekah bergembira kerana KEKALAHAN ROMAN yg beragama kristian. Mereka selalu mengatakan nasib org Islam akan sama mcm org ROMAN.
Kalau baca ayat 3 surah Rum, mengatakan walaupun ROMAN KALAH tetapi akan berjaya kemudiannya, utk mengembirakan orang Islam di zaman nabi saw. Kejadian itu benar-benar berlaku, pada 624 AD, ROMAN dapat mengalahkan PERSIA oleh HERACLIUS. Kejadian ini membimbangkan orang pagan Mekah kerana ROMAN melayan ISLAM dengan baik dgn memberi hadiah walaupun tidak menerima pelawaan nabi saw utk beragama Islam. Tidak seperti PERSIA yg mengoyak surat pelawaan nabi saw serta menghina wakil nabi saw. Nasib pagan Mekah juga sama dgn PERSIA apabila kalah di tangan org Islam pada peperangan Badar.
Soalan 5
Adakah sejarah dan ayat Quran yang saya kemukan diatas adalah palsu atau direka cipta oleh sahabat iaitu golongan Munafikin sepertimana tuan nyatakan diatas?
Sebagai seorang Muslim sejati dan bertanggung jawab saya yakin tuan akan jawab dengan lebih jelas dan adil. kerana kita akan mati dan jika silap berakidah kita juga susah.
Sebagai MUSLIM, kita mesti percaya ayat-ayat AL-QURAN bukanlah PALSU kerana diJAGA oleh ALAH, ada jaminan Allah. Masalahnya ialah TAFSIR yg berbeza mengikut siapa penyampainya kerana al-quran tdk bersuara utk memberi tafsir. Syiah dan ASWJ mempunyai TAFSIR yg berbeza bagi banyak ayat-ayat. Sejarah boleh dipinda-pinda mengikut selera PEMERINTAH dan TIADA JAMINAN ALLAH.
Cara yg baik utk mengetahui fahaman mana yg lebih hampir dgn ajaran Rasulallah ialah dengan membandingkan TAFSIR ayat al-Quran, baca TAFSIR ASWJ kemudian baca TAFSIR syiah kemudian lihat yg MANA LEBIH MASUK AKAL DAN KURANG KONTRADIKSI. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GIFT at 19-7-2006 08:17 PM
Tiada siapa yg PASTI pada zaman sekarang kerana peristiwa itu berlaku lebih dari 1000 tahun yg lalu tambahan pula bila melibatkan KEPERCAYAAN seseorang (benda yg ujud dlm HATI, Siapa boleh tahu ...
Tiada siapa yang pasti di zaman sekarang, betulkan GIFT??????
Jadi baguslah awak sendiri mengaku begitu..jadi sunni pun boleh kata apa yg awak PERCAYA DALAM SYIAH itupun tidak pasti...
Sama-sama tidak PASTI....jadi di manakah KEPASTIAN?????
Sunni juga BOLEH BERHUJAH SEPERTI ANDA.
Dengan melihat dan menganalisa hadis, sejarah dan disuluh di bawah sinar al-Quran maka kebanyakan SUNNI mengatakan TINDAKAN yg dilakukan oleh para sahabat yg TIDAK BERTENTANGAN dgn arahan nabi saw menandakan SAHABAT menunjukkan sifat KEIMANAN DAN KETAKWAAN pada ketika KEJADIAN itu berlaku.
[ Last edited by serihartatie at 20-7-2006 01:21 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan melihat dan menganalisa hadis, sejarah dan disuluh di bawah sinar al-Quran maka kebanyakan syiah mengatakan TINDAKAN yg dilakukan oleh para sahabat yg BERTENTANGAN dgn arahan nabi saw menandakan sebahagian SAHABAT menunjukkan sifat MUNAFIK pada ketika KEJADIAN itu berlaku.
Boleh tak dinyatakan ayat al-quran dan hadith tersebut? |
|
|
|
|
|
|
|
saudara-saudara sekalian, masalah imamiah hanyalah topeng yang digunapakai oleh golongan munafikin zaman silam untuk mengkafir dan merosak imej pejuang-pejuang islam yang terdiri dari sahabat-sahabat yang diredhai Allah dan juga merosakkan islam itu sendiri dari dalam dengan bertopengkan kecintaan pada ahlul bait Nabi s.a.w.
Kalaulah benar Allah mengkehendaki urusan khilafah itu untuk diwarisi oleh keturunan-keturunan Nabi s.a.w. semestinya Allah memastikan anak-anak lelaki Nabi yang sepatutnya mewarisi susur galur pewarisan pemerintahan masih hidup dan tidak meninggal semasa usia kecil serta bukannya meninggalkan anak-anak perempuan sebagai pewaris susur galur Nabi s.a.w.
Fakta kedua yang penting diketahui ialah sekiranya benar sebahagian sahabat-sahabat Nabi s.a.w. terdiri dari golongan muhajirin dan ansar akan bersikap munafik dan murtad selepas wafatnya Nabi s.a.w. maka semestinya Allah tidak menurunkan wahyu dan merakamkannya didalam al-Quran yang wajib diimani akan keredhaan Allah atas golongan muhajirin dan ansar.
Dua perkara tersebut adalah hujah yang sangat mudah untuk difahami dan diterangkan.
Wassalam
[ Last edited by ahmadi_bangi at 20-7-2006 10:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Riwayat At Tarmizi
Bahawasanya Bani ISrael telah berfirqah sebanyak 72 firqah. Dan akan berpecah umatku kepada 73 firqah. Semuanya masuk neraka kecuali satu. Sahabat yang mendengar ucapan itu bertanya, siapakah yang satu itu ya Rasululullah. Nabi menjawb, yang satu itu ialah orang yang berpegang sebagai peganganku dan pegangan sahabatku.
Riwayat Bukhari, Nasai dan Ibnu Majah
Bahawasanya RSAW bersabda, Sebaik-baik lelaki adalah Abu Bakar dan sebaik-baik lelaki juga dalah Umar.
Riwayat Ahmad, Termizi dan Hakim.
Kalau adalah selepasku seorang nabi nescaya Umar Al Khattab ialah orangnya.
Surah At Taubah ayat 100
Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama masuk Islam di antara orang2 muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik dan merekapun redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir sungai2 di bawahnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Inilah kemenangan yang besar.
KHUSUS UTK GOLONGAN YG MENGATAKAN SAHABAT2 ITU KEMUNGKINAN MUNAFIK SELEPAS WAFATNYA RSAW.
ADAKAH LOGIK UTK BERHUJAH DENGAN AKAL BAHAWA WAHYU ALLAH SWT DAN SABDA RSAW INI YANG MEMUJI PARA SAHABAT HANYA VALID DALAM SATU JANGKAMASA TERTENTU SAHAJA ??...
ADAKAH ALLAH SWT TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN TENTANG APA YG AKAN BERLAKU DI MASA HADAPAN???
APAKAH RSAW SUDAH TERSILAP MEMBERI WASIAT MENGENAI FIRQAH YANG DIREDHAI ALLAH SWT???
INI PERSOALAN BERKAITAN AQIDAH...
JIKA KITA BERKATA YA...MAKA KITA MEMBENARKAN BAHAWA AL QURAN ITU TIDAK BOLEH DIJADIKAN PEGANGAN DAN TIDAK ADA VALIDITI KERANA ADA LIMITASI WAKTU BEGITU JUGA DENGAN HADIS RSAW.
KITA SECARA TIDAK LANGSUNG SUDAH MENANAM BIBIT2 KERAGUAN DAN MEMPERTIKAIKAN WAHYU ALLAH SWT...
BERHATI-HATILAH........
[ Last edited by serihartatie at 20-7-2006 09:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 20-7-2006 09:40 AM
Kalaulah benar Allah mengkehendaki urusan khilafah itu untuk diwarisi oleh keturunan-keturunan Nabi s.a.w. semestinya Allah memastikan anak-anak lelaki Nabi yang sepatutnya mewarisi susur galur pewarisan pemerintahan masih hidup dan tidak meninggal semasa usia kecil serta bukannya meninggalkan anak-anak perempuan sebagai pewaris susur galur Nabi s.a.w.
wahai saudara ahmad, hati2 dgn apa yg kamu ucapkan sebab ini melibatkan aqidahmu. bukankah anak2 lelaki rasulullah adalah hasan ra dan husein ra.
soalan cepumas utk ahmad;
apa bezanya jika anak2 lelaki rasulullah hidup dan mewarisi khalifah dgn anak2 perempuan rasulullah yg melahirkan anak2 lelaki kemudian mewarisi khalifah? |
|
|
|
|
|
|
GIFT This user has been deleted
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 18-7-2006 07:17 PM
saya ingin menjawab apa yang dinyatakan oleh saudara GIFT..
Jelas sudah pandangan dan aqidah golongan Syiah tentang Sahabat-sahabat Nabi s.a.w....terutamanya Abu Bakar r.a., Umar r.a., & ju ...
Inshaallah saya akan menjawab balas komen dari saudara ahmadi... agak panjang... harap bersabar.. |
|
|
|
|
|
|
GIFT This user has been deleted
|
Originally posted by serihartatie at 20-7-2006 01:18 AM
Tiada siapa yang pasti di zaman sekarang, betulkan GIFT??????
Jadi baguslah awak sendiri mengaku begitu..jadi sunni pun boleh kata apa yg awak PERCAYA DALAM SYIAH itupun tidak pasti...
Sama-sama tidak PASTI....jadi di manakah KEPASTIAN?????
Sunni juga BOLEH BERHUJAH SEPERTI ANDA.
Dengan melihat dan menganalisa hadis, sejarah dan disuluh di bawah sinar al-Quran maka kebanyakan SUNNI mengatakan TINDAKAN yg dilakukan oleh para sahabat yg TIDAK BERTENTANGAN dgn arahan nabi saw menandakan SAHABAT menunjukkan sifat KEIMANAN DAN KETAKWAAN pada ketika KEJADIAN itu berlaku.
Memang benar! Tiada siapa yg PASTI sekarang samada ASWJ, SYIAH, GAH, dll kerana kepastian memerlukan seseorang MELIHAT dengan mata kepala sendiri atau mendapat ENDORSEMENT dari nabi saw sendiri. Kita SEMUA hanya PERCAYA sahaja dan sebab itu AGAMA di namakan KEPERCAYAAN. HANYA ALLAH yg PASTI.
Sebagai orang ISLAM kita perlu PERCAYA kepada ALLAH, RASUL, MALAIKAT, HARI KIAMAT, dll (Rukun Iman). Rukun IMAN TIDAK TERMASUK PERCAYA KEPADA SAHABAT samada MUNAFIK, BERIMAN atau sebagainya. Jadi kepercayaan kepada sahabat ini sangat MINOR atau KECIL dan tidak merosakkan akidah.
Malah HADIS yg UJUD boleh dipertikai sebahagiannya atau ditolak sepenuhnya (seperti kepercayaan GAH) kalau mempunyai HUJAH yg AMAT MENYAKINKAN kerana KOLEKSI HADIS yg ada sekarang dikumpul bukan pada zaman nabi saw. Jadi nabi saw tidak pernah MEMBENARKAN mana-mana hadis. Kalau Pengumpul hadis tidak pernah BERTEMU nabi saw, bagaimana boleh hadis diKATEGORIKAN SHAHIH (100%), jadi semuanya hanyalah berdasarkan kepada PERCAYA, bukan PASTI.
JAdi tidak salah kalau kita hendak PERCAYA KEBANYAKAN SAHABAT MUNAFIK SELEPAS NABI SAW WAFAT kerana tidak mengikut ARAHAN NABI SAW seperti kepercayaan SYIAH, atau sebaliknya seperti kepercayaan ASWJ. Yg penting ialah apa HUJAH yg kita perolehi utk menjadikan kita PERCAYA SEDEMIKIAN. ASWJ ada alasan, syiah juga ada alasan. Masalah yg timbul ialah ALASAN mana yg lebih KUKUH berdasarkan Hadis, Sejarah bila disuluh di bawah sinaran al-Quran? Itu yg saya pertikaikan.
Kalau lihat, saya cuma mahu melihat HUJAH KUAT bukan hendak mengatakan ASWJ, SYIAH atau GAH salah. Itulah fahaman saya GIFT. Sebagai GIFT saya percaya bahawa sesiapa yg telah;
1) belajar dan mengkaji (menggunakan AKAL yg waras) berbagai fahaman dlm ISLAM menggunakan CHANNEL yg BETUL (belajar dari ahlinya) kemudian memilih salah satu utk diamalkan
2) ikhlas pada diri sendiri
3) meneruskan tabiatnya belajar dan mengkaji serta menganggap diri masih belajar
insyaallah, Allah akan menghukumnya dengan sebaik mungkin, dia adalah CANDIDATE yg sesuai untuk mendapat SYURGA ALLAH selagi masih percaya kepada kalimah shahadah dengan sepenuh hati sehingga akhir hayatnya.
P/S utk SERIHARTATIE: Saya President GIFT, jawatan kosong utk SEKRETARI masih ada, tak nak apply ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GIFT at 20-7-2006 11:53 AM
Memang benar! Tiada siapa yg PASTI sekarang samada ASWJ, SYIAH, GAH, dll kerana kepastian memerlukan seseorang MELIHAT dengan mata kepala sendiri atau mendapat ENDORSEMENT dari nabi saw sendiri ...
TQ SEBAB JAWAB SOALAN TATIE....secara general, apa yg GIFT kata tersebut boleh dilogikkan...
Apapun KEPERCAYAAN itu terhasil dari pelbagai faktor, ILMU, PENGALAMAN, SUMBER RUJUKAN dan etc..dalam soal beragama, ada KEPERCAYAAN yg tidak boleh dilogikkan dengan AKAL semata-mata sebab ia melangkaui tabir yg dapat dilihat oleh mata kepala dan mata akal tetapi memerlukan MATA HATI utk melihatnya...
JIka GIFT bersetuju dengan TATIE mengenai STATEMENT di atas, maka senang utk kita berhujah, jika masih tidak menerima konsep ini maka kalau kita panjangkan hujah sekalipun, tak der titik pertemuan...
amacam GIFT, apa pendapat anda????
p/s : apasal offer jadik sekretari?..tatie tak dak bakat jadik sekretari, bergaya cam sekretari boleh ler...hehehe..lagipun, ngeri dengar nama kump GABUNGAN ISLAM FIKIRAN TERBUKA...lebihkurang cam LIBERALISME, PLURALISME jer...
[ Last edited by serihartatie at 20-7-2006 02:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
wahai saudara yahya..
jangan biarkan saya terkejut dengan pertanyaan saudara... hassan r.a. dan hussein r.a. adalah cucu Nabi s.a.w. tidakkah ada keturunan ahlul bait yang menceritakan pada saudara tentang anak-anak lelaki beliau iaitu Qasim dan juga Ibrahim yang meninggal diusia muda.
Tentang anak lelaki dan anak wanita, maka soalan cepu emas semula untuk saudara yahya, saudara bernasab keturunan ikut sebelah ibu atau ayah? Ini bukan untuk mempertikaikan keutamaan cucu-cucu Nabi s.a.w. iaitu hassan dan hussin,
Saudara yahya, selain dari cerita-cerita yang saudara sampaikan, hingga kini saudara masih lagi dengan permainan kata-kata daripada memberi keterangan-keterangan yang bersumber al-Quran dan As-sunnah didalam memandu kami semua menilai isu ASWJ dan Syiah, harap saudara dapat memandu kami semua berdasarkan kajian saudara yang dilihat lebih mendalam berbanding yang lain. Kami semua memerlukan keterangan dan hujah yang baik apabila nak mengambil sesuatu pendapat terutamanya sekali didalam beramal dengan islam, sekadar pengalaman dan cerita saudara belum melayakkan kami untuk menjadikannya sebagai hujah dihadapan Allah.
wassalam
[ Last edited by ahmadi_bangi at 20-7-2006 02:23 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 20-7-2006 02:16 PM
wahai saudara yahya..
jangan biarkan saya terkejut dengan pertanyaan saudara... hassan r.a. dan hussein r.a. adalah cucu Nabi s.a.w. tidakkah ada keturunan ahlul bait yang menceritakan pada saud ...
ishkk...dah mula hentam menghentam lak ni...musykil .....:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Buat saudara GIFT,
harap saudara dapat memberi dalil-dalil yang jelas bersumber pada al-Quran didalam membuktikan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. telah bermasalah dan Allah telah membatalkan keredhaanNya seperti ternyata didalam nas-nas dalil yang saya jumpai di dalam al-Quran.
Oleh sebab dalil-dalil al-Quran berkaitan keredhaan dan janji syurga Allah pada golongan-golongan muhajirin dan ansar itu dinyatakan secara khusus oleh Allah (disebutkan secara nyata) maka semestinyalah dalil pembatalan perlulah menyatakan secara khusus juga bahawa Allah telah membatal semula janji pada muhajirin dan ansar.
Harap saudara GIFT dapat membantu saya dalam urusan tersebut, semoga Allah menunjukkan kita apa yang sebenarnya.
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 20-7-2006 02:16 PM
wahai saudara yahya..
jangan biarkan saya terkejut dengan pertanyaan saudara... hassan r.a. dan hussein r.a. adalah cucu Nabi s.a.w. tidakkah ada keturunan ahlul bait yang menceritakan pada saudara tentang anak-anak lelaki beliau iaitu Qasim dan juga Ibrahim yang meninggal diusia muda.
singkat sekali pengetahuan saudara ahmad mengenai kedudukan ilmu nasab dan salasilah dlm keluarga ahlulbait rasul dlm pandangan islam. sepatutnya ana yg terkejut dgn statement saudara itu. fakta saudara itu sendiri pun sudah salah. anak rasulullah ade 3 qosim,abdullah dan ibrahim yg meninggal waktu kecil. dari dulu lagi saudara tidak habis2 menuduh ana dgn permainan kata2. ana tgk hujah anta pun hanya permainan kata2 atau enta dengki dgn hujah dari saudara yg lain. betullah kata saudara, tuhan ni cipta manusia byk ragam.
hasan dan husein cucu rasulullah? dlm ilmu nasab ni saudara..tak boleh nak pakai logik. saudara juga kononnya menyuruh ana berhujah dgn hadis dan al-quran. skrg mane hujah saudara berdasarkan dalil dari nas atau hadis membuktikan yg hasan dan husein ra bukan anak muhammad bin abdullah bin abdulmuthalib? |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon maaf pada saudara Yahya sekiranya saya dianggap telah cuba menghentam saudara, semoga Allah ampunkan saya dan membuka hati saudara untuk memaafkan saya. Cuma secara asasnya saya berasa tidak selesa berhujah dengan cerita-cerita dan pengalaman individu didalam beramal dengan islam, itu sahaja.
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
saudara Yahya benar tentang Abdullah dan mohon maaf pada semua kerana terus menaip apa yang keluar diminda,...Abdullah juga dikenali sebagai Al Tayeb dan Al Taher
[ Last edited by ahmadi_bangi at 20-7-2006 03:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Pernah pipi mengikuti sebuah ceramah Agama di sebuah Masjid di KL. Hal menarik ini dirakam :
Ustaz kepala sewel tersebut telah mengatakan :
"Sesiapa yang mengatakan dia Syed ataupun Syarifah yang berketurunan daripada Rasulullah s.a.a.w, dia adalah pendusta. Kerana Rasulullah s.a.a.w TIDAK ADA anak LELAKI."
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
2. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah
3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
[Yang di bawah hanya sekadar Copy Paste daripada Tafsir Al-Quran; Penerbit: Majlis Ulama' Indonesia]
Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa kaum Quraisy menganggap kematian anak laki-laki berarti putus turunan. Ketika putra Rasulullah saw. meninggal, al-'Ashi bin Wa'il berkata bahwa Muhammaad terputus turunannya. Maka yata ini (S.108:3) sebagai bantahan terhadap ucapannya itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari as-Suddi.)
Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab ad-Dalail yang bersumber dari Muhammad bin 'Ali, dan disebutkan bahwa yang meninggal itu ialah al-Qasim.
Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa ayat ini (S.108:3) turun berkenaan dengan al-'Ashi bin Wa'il yang berkata: "Aku membenci Muhammad." Ayat ini (S.108:3) turun sebagai penegasan bahwa orang yang membenci Rasulullah akan terputus segala kebaikannya.
(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bersumber dari Mujahid.)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa ketika wafat Ibrahim putra Rasulullah saw. orang-orang musyrik berkata satu sama lain: "Orang murtad itu (Muhammad) telah terputus keturunannya tadi malam." Allah menurunkan ayat ini (S.108:1-3) yang membantah ucapan mereka.
(Diriwayatkan oleh at-Thabarani dengan sanad yang dha'if yang bersumber dari Abi Ayyub.)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa 'Uqbah bin Abi Mu'aith berkata: "Tidak seorang anak laki-laki pun yang hidup bagi Nabi saw. sehingga keturunannya terputus." Ayat ini (S.108:3) turun sebagai bantahan terhadap ucapan itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari Syamar bin 'Athiyah.)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa ketika Ibrahim putra Rasulullah saw. wafat, kaum Quraisy berkata: "Sekarang Muhammad menjadi Abtar (putus turunannya)." Hal ini meyebabkan Nabi saw. bersedih hati, maka turunlah ayat ini (S.108:1-3) sebagai penghibur baginya.
(Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Ibnu Juraij.)
---------------------
Ketahuilah, Fathimah itu ialah Al-Kautsar; yakni kebaikan yang banyak - Khair Katsir. Daripada Fathimah lah, Hassan, Hussein, Zainab, Ummi Kalthum lahir; dan Mohsin.....? |
|
|
|
|
|
|
|
Maksud dari riiwayat dari Umar bin Khattab r.a ia mengatakan, bahawa aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Setiap sebab (penyebab pertalian keturunan) mahupun nasab (pengikat garis keturunan) akan terputus pada hari kiamat, kecuali sebab dan nasabku, dan setiap keturunan dinisbatkan kepada pengikat keturunannya yakni ayah mereka, kecuali putera-putera Fatimah, maka sesungguhnya akulah ayah mereka dan tali pengikat keturunan mereka"
(Hadis riwayat Al-Baihaqi, Al-Thabrani dll)
Maksud dari riwayat dari Imam Al-Hakim dalam kitabnya Al-Mustadrak mengeluarkan sebuah hadits riwayat sahabat Jabir, bahwa Rasulullah saw bersabda:
"Bagi setiap keturunan dari seorang Ibu ada pengikat keturunannya, kecuali putera Fatimah, akulah wali mereka dan tali pengikat keturunan mereka".
kebenaran adalah segala-segalanya
[ Last edited by ahmadi_bangi at 21-7-2006 06:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Maksud dari riiwayat dari Umar bin Khattab r.a ia mengatakan, bahawa aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Setiap sebab (penyebab pertalian keturunan) mahupun nasab (pengikat garis keturunan) akan terputus pada hari kiamat, kecuali sebab dan nasabku, dan setiap keturunan dinisbatkan kepada pengikat keturunannya yakni ayah mereka, kecuali putera-putera Fatimah, maka sesungguhnya akulah ayah mereka dan tali pengikat keturunan mereka"
(Hadis riwayat Al-Baihaqi, Al-Thabrani dll)
hadith yang datang dari S.Umar. menarik sekali. adakah ahli syiah akan menyatakan hadith ini palsu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|