CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tanaman-tanaman yang memberi manafaat pada kita

[Copy link]
 Author| Post time 8-8-2006 03:05 PM | Show all posts
Originally posted by deknon at 8-8-2006 02:01 PM
syd ..cube cari khasiat leek plak boleh tak
setau non boleh jd ubat batu karang jugak...dgn bagi lawas kencing




Leeks

With a more delicate and sweeter flavor than onions, leeks add a subtle touch to recipes without overpowering the other flavors that are present. Although leeks are available throughout the year they are in season from the fall through the early part of spring when they are at their best.

Leeks are related to onions, shallots and scallions to which they bear a resemblance. They look like large scallions having a very small bulb and a long white cylindrical stalk of superimposed layers that flows into green, tightly wrapped, flat leaves.

Health Benefits

Leeks, like garlic and onions, belong to a vegetable family called the Allium vegetables. Since leek is related to garlic and onions, it contains many of the same beneficial compounds found in these well-researched, health-promoting vegetables.

Lower LDL Cholesterol While Raising HDL Cholesterol

A high intake of Allium vegetables has been shown to reduce total cholesterol and LDL, or "bad" cholesterol levels, while at the same time raising HDL, or "good" cholesterol levels. This can be very important for preventing the development or progression of the blood vessel plaques that occur in atherosclerosis and diabetic heart disease. If these plaques grow too large or rupture, the result can be a heart attack or stroke. Allium vegetables have also been shown to lower high blood pressure, another risk factor for heart attack and stroke.

Protection from Cancer

Regular consumption of Allium vegetables, as little as two or more times a week, is associated with a reduced risk of prostate and colon cancer. The research focused on colon cancer suggests that several of the compounds found in these foods are able to protect colon cells from cancer-causing toxins, while also stopping the growth and spread of any cancer cells that do happen to develop.

Although leeks contain many of the same compounds as those active in fresh garlic and onions, they contain them in smaller amounts. For this reason, larger amounts of leeks may need to be eaten to obtain the benefits provided by its Allium family cousins. Fortunately, the mild, sweet taste of leeks makes this easy to do.

Stabilize Blood Sugar Levels

In addition to their unique properties as Allium family vegetables, leeks also emerged from our food ranking system as a very good source of manganese and a good source of vitamin B6, vitamin C, folate, and iron. This particular combination of nutrients would make leeks particularly helpful in stabilizing blood sugar, since they not only slow the absorption of sugars from the the intestinal tract, but help ensure that they are properly metabolized in the body.

Description

Leeks, known scientifically as Allium porrum, are related to garlic, and to onions, shallots and scallions to which they bear a resemblance. Leeks look like large scallions, having a very small bulb and a long white cylindrical stalk of superimposed layers that flows into green, tightly wrapped, flat leaves. Cultivated leeks are usually about 12 inches in length and one to two inches in diameter, and feature a fragrant flavor that is reminiscent of shallots but sweeter and more subtle. Wild leeks, known as "ramps," are much smaller in size, but have a stronger, more intense flavor.

History

Leeks enjoy a long and rich history, one that can trace its heritage back through antiquity. Thought to be native to Central Asia, they have been cultivated in this region and in Europe for thousands of years.

Leeks were prized by the ancient Greeks and Romans and were especially revered for their beneficial effect upon the throat. The Greek philosopher Aristotle credited the clear voice of the partridge to a diet of leeks, while the Roman emperor Nero supposedly ate leeks everyday to make his voice stronger.

The Romans are thought to have introduced leeks to the United Kingdom, where they were able to flourish because they could withstand cold weather. Leeks have attained an esteemed status in Wales, where they serve as this country's national emblem. The Welsh regard for leeks can be traced back to a battle that they successfully won against that Saxons in 1620, during which the Welsh soldiers placed leeks in their caps to differentiate themselves from their opponents. Today, leeks are an important vegetable in many northern European cuisines and are grown in many European countries.

How to Select and Store

Leeks should be firm and straight with dark green leaves and white necks. Good quality leeks will not be yellowed or wilted, nor have bulbs that have cracks or bruises. Since overly large leeks are generally more fibrous in texture, only purchase those that have a diameter of one and one-half inches or less. Try to purchase leeks that are of similar size so as to ensure more consistent cooking if you are planning on cooking the leeks whole. Leeks are available throughout the year, although they are in greater supply from the fall through the early part of spring.

Fresh leeks should be stored unwashed and untrimmed in the refrigerator, where they will keep fresh for between one and two weeks. Wrapping them loosely in a plastic bag will help them to retain moisture. Cooked leeks are highly perishable, and even when kept in the refrigerator, will only stay fresh for about two days. Leeks may be frozen after being blanched for two to three minutes, although they will lose some of their desirable taste and texture qualities. Leeks will keep in the freezer for about three months.

How to Enjoy

For some of our favorite recipes, click Recipes.
Tips for Cooking with Leeks:

Before preparing leeks, clean them thoroughly to remove any soil that may have gotten caught within the overlapping layers of this root vegetable. First, trim the rootlets and a portion of the green tops and remove the outer layer. For all preparations except cutting into cross sections, make a lengthwise incision to the centerline, fold it open, and run the leek under cool water. If your recipe calls for cross sections, first cut it into the desired pieces, then place the sliced leek in a colander and run under cool water.
A Few Quick Serving Ideas:

    * Healthy Saut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2006 03:12 PM | Show all posts
Cengkih kawal bau mulut
Oleh RAMLI ABDUL KARIM





DI KALANGAN masyarakat negara ini, CENGKIH sudah tidak asing lagi. Ia digunakan dalam masakan dan juga menjadi kandungan rokok kretek.

Dalam resipi masakan, penggunaan bunga atau biji cengkih bertujuan mendapatkan aroma harum lauk-pauk.

Tentunya cita rasa anda berubah jika lauk masak kurma atau nasi minyak di kenduri-kenduri perkahwinan tidak mengandungi haruman cengkih.

Dalam penyediaan sup pula, selain daripada bahan-bahan rempah lain yang lazim digunakan, bunga cengkih juga amat penting.

Ini kerana, selain memanaskan badan ia juga dipercayai dapat menjaga kesihatan dan menjanjikan kesegaran terutama kepada ibu-ibu baru lepas bersalin.

Cengkih atau dalam bahasa Inggeris dipanggil CLOVE adalah dari keluarga Myrtaceae dengan nama saintifiknya Syzygium aromaticum L.

Pohon cengkih banyak ditanam di kawasan berhampiran pantai dan pergunungan di India dan Indonesia. Tingginya mencapai 18 meter dan usianya boleh mencecah ratusan tahun.

Daun dan bunganya mengandungi zat-zat dan minyak angin (eugenol, asetileugenol, kariofilen, furfurol, metil-amilketon, vanilin), kariofilin dan serat.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), cengkih tergolong dalam tanaman ubatan yang paling banyak digunakan di dunia sama ada dalam bentuk balsam atau minyak cengkih.

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, selain turut digunakan secara meluas untuk produk kosmetik, antara khasiat cengkih ialah menghilangkan nafas berbau atau mengawal bau mulut.

Menurutnya, 10 hingga 15 biji cengkih direbus terlebih dahulu dengan 10 gelas air selama kira-kira 15 minit atau sehingga parasnya tinggal tiga gelas.

``Minum satu perempat atau separuh gelas air rebusan berkenaan sekurang-kurangnya sekali setiap sehari.

``Untuk lebih berkesan, air rebusan diminum tiga kali sehari terutama selepas makan,'' katanya.

Tambah Tajuddin, untuk melegakan sakit gigi, bunga atau biji cengkih ditumbuk lumat sebelum disapukan pada gigi berkenaan.

Menurutnya, air rebusan cengkih juga berkhasiat untuk mengubati kembung perut, mengeluarkan angin dalam badan dan melegakan sengal-sengal.

``Pun begitu, selain meminum air rebusannya, penggunaan cengkih dalam masakan juga memberi khasiat tersebut,'' ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 03:26 PM | Show all posts
ok thank syd...tgk cengkih teringat gigi...:solute::cool:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 04:48 PM | Show all posts
Pelbagai khasiat pokok primrose



PASTINYA ramai golongan wanita mengenali tumbuhan ini.

Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita.

Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Habitat bagi tumbuhan ini boleh dijumpai di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Ia tumbuh di tepi-tepi jalan, tebing landasan, tanah terbuka yang kering, padang rumput dan padang lama.

Pokok primrose biasanya hidup selama dua tahun dan tumbuh dengan sendiri.

Primrose mudah hidup di tanah yang disaliri air selain memerlukan sinaran matahari yang banyak untuk hidup.

Tumbuhan tersebut agak tinggi iaitu kira-kira 4 hingga 5 kaki. Batang pokok ini sentiasa berdiri tegak, bersaiz gempal, berbulu lembut, kemerahan dan bercabang.

Saiz daunnya pula adalah sebesar 3 hingga 6 inci manakala permukaannya yang kasar dan berbulu mengeluarkan bau limau.

Akar tunjang primrose biasanya panjang, bergentian, kekuningan di bahagian luar dan keputihan di tengah-tengah.

Bunganya pula mempunyai duri setinggi 21/2 inci di bahagian cabang, berwarna kuning dan mempunyai empat kelopak.

Kelopak bunga primrose akan mekar pada sebelah malam dan kuncup pada sebelah siang.

Bunga tersebut yang mengeluarkan bauan yang wangi seperti haruman manis sering menarik rama-rama melakukan pendebungaan.

Daun pokok primrose boleh direbus dan dimakan seperti sayur manakala akarnya pula mengeluarkan air manis yang enak apabila direbus seperti kentang.

Sementara itu, bunga primrose pula boleh dijadikan manisan tambahan untuk salad manakala lenggainya boleh dikukus.

Selain akarnya yang mempunyai pelbagai khasiat, minyak yang terhasil daripada biji primrose dikatakan mengandungi sejenis asid lemak yang amat berguna.

Asid jenis itu dikatakan jarang dijumpai dalam mana-mana tumbuhan dan mempunyai pelbagai kegunaan utama dalam tubuh manusia.

Asid tersebut yang dikenali sebagai asid GLA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita.

Asid lemak ini dikatakan dapat mengelakkan pembekuan arteri, penyakit jantung, ekzema, sirosis, artritis reumatoid, menopaus, PMS, sklerosis dan tekanan darah tinggi.

Ia juga dikatakan memberi kesan baik terhadap hormon seks termasuk estrogen dan testosteron selain membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan.

Penyelidikan yang dilakukan turut mengesahkan bahawa minyak primrose boleh membantu mengurangkan kesakitan dan penyakit radang.

Selain itu, minyak tersebut juga memberi kesan yang positif kepada otot uterine, sistem saraf dan metabolisme.

Kulit kayu dan dedaun primrose pula amat berguna untuk merawat masalah usus, batuk dan lelah.

Teh yang diperbuat daripada akar primrose pula digunakan untuk merawat masalah kegemukan.

Bagi wanita yang ingin kulit muka kelihatan merah dan cantik, serbuk yang diadun daripada batang berbunga primrose dapat memenuhi impian tersebut.

Bagaimanapun, serbuk tersebut hanya boleh diperoleh di pasaran sebagai salah satu daripada produk kosmetik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 05:28 PM | Show all posts
Senduduk rawat luka
Oleh NORZAILA ROSLI



DALAM perubatan tradisional atau berasaskan herba, banyak cara digunakan untuk mengubati luka.

Salah satu pokok herba yang selalu digunakan ialah SENDUDUK dari keluarga Melastomatacea dan turut dikenali dengan beberapa nama seperti akar KEDUDUK HITAM, SEKENDUDUK, KENDUDUK atau KODOK.

Senduduk atau nama saintifiknya Melastoma malabathricum L. adalah sejenis pokok renek yang bercabang.

Tumbuhan ini biasanya mencapai ketinggian 3 hingga 4 inci dan sering menghasilkan bunga ketika masih kecil.

Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus.

Manakala daunnya yang berukuran 1 hingga 5 inci panjang mempunyai permukaan bawah yang kasar sekiranya disentuh.

Senduduk juga dikelaskan sebagai rumpai dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar.

Tumbuhan `rumpai' ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luar negara.

Menurut Fellow Penyelidikan Kanan Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, Dr. Khadijah Muhamed, senduduk juga didapati berguna untuk merawat luka luaran dan dalaman.

``Ia turut digunakan secara popular oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim,'' katanya.

Selain merawat cirit birit, daun dan pucuk senduduk juga boleh digunakan untuk merawat penyakit leukorea (keputihan).

Bagi merawat penyakit tersebut, anda boleh merebus segenggam daun senduduk dengan sedikit gula, halia dan bonglai.

Air rebusan tersebut boleh diminum untuk merawat lendir pekat dan keputihan yang keluar dari faraj.

Kepada mereka yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut.

Sementara itu, daun dan akarnya yang telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut.

Ia juga boleh digunakan untuk mengubati bintik-bintik pada pesakit cacar.

Akar tumbuhan ini juga tidak terkecuali menyumbangkan kebaikan kepada manusia.

Menurut Dr. Khadijah, air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan untuk membasuh mulut bagi mengubati sakit gigi.

``Kepada wanita yang ingin melembutkan kaki atau mengurangkan angin badan, ia juga boleh digunakan sebagai mandian,'' ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 09:46 PM | Show all posts
Originally posted by yati8018 at 7-8-2006 04:08 PM
Saya ada anak benih kemangi dlm polibeg. Ada sesapa yg berminat utk menanam boleh PM saya. FREE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...



nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!:nyorok:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-8-2006 02:18 PM | Show all posts
Bawang putih kurangkan kolesterol
Oleh RAMLI ABDUL KARIM





BEBERAPA minggu lalu ruangan ini telah menyiarkan rencana mengenai rahsia perubatan dan pelbagai khasiat bawang merah.

Diimbas kembali, bawang merah dari keluarga tumbuhan Lilliaceae atau nama saintifiknya Allium cepa L. digunakan secara meluas dalam masakan dan perubatan di seluruh dunia.

Antaranya untuk mengurangkan asid di dalam perut, mengubati bengkak termasuk bengkak payu dara, kegatalan dan melegakan saraf.

Jus bawang merah pula jika diminum boleh mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur dan mengubati cirit-birit.

Selain itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan jerawat, mengubati sengal-sengal atau sakit sendi dan sesak nafas, mengurangkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kandungan gula dalam badan.

Malah, jus bawang merah digunakan dalam bidang perubatan sebagai bahan antiseptik. Ini termasuklah bagi melegakan sakit dan inflamasi atau radang apabila berlaku kulit melecur akibat terbakar.

Minggu ini ruangan ini mendedahkan rahsia satu lagi spesies dari keluarga Lilliaceae yang tidak kurang popularnya di kalangan masyarakat seluruh dunia.

BAWANG PUTIH atau nama saintifiknya Allium sativum Linn juga mempunyai kelebihan yang sama hebat dengan bawang merah.

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, bawang putih digunakan untuk melegakan sakit gigi di samping mengeluarkan duri dan besi berduri yang tertusuk di jari.

Di samping itu, katanya, bawang putih berkhasiat untuk mengurangkan kolesterol dan gula serta memecahkan lemak dalam badan.

``Untuk sakit gigi, layurkan buahnya di atas api seketika dan gigit kuat-kuat pada gigi yang sakit. Ia dipercayai membantu melegakan sakit gigi berkenaan.

``Manakala buah bawang putih yang telah dilayurkan boleh digunakan untuk membuang duri atau besi dengan menekapkannya pada tempat yang tercucuk. Selalunya duri atau besi berkenaan akan tertarik keluar,'' ujarnya.

Untuk mengurangkan kolesterol, gula dan memecahkan lemak, kita disyorkan memakan sebiji atau dua biji bawang putih.

``Kandungan allicin dan aliin di dalamnya mempunyai daya antikolesterol dan ini mencegah penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

``Pun begitu, memakan bawang putih yang telah digoreng, direbus atau dibakar terlebih dahulu dikatakan lebih baik berbanding memakan mentah,'' jelasnya.

Tajuddin berkata, bawang putih juga selalu digunakan dalam bidang perubatan kerana ia bersifat antibakteria dan antiseptik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2006 03:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 9-12-2009 11:16

Belimbing ubat kurap
Oleh RAMLI ABDUL KARIM


MEMAKAN buah-buahan dan meminum jusnya bukan saja membolehkan kita menikmati keenakannya malah sekali gus menghilangkan dahaga.

Setiap orang mempunyai minat tersendiri terhadap buah-buahan tertentu mengikut cita rasa masing-masing.

Paling diminati ialah oren, tembikai, epal, lobak merah dan nanas. Semuanya diminati ramai kerana buah-buahan ini bukan sekadar boleh dimakan begitu saja malah dibuat jus.

Selain keenakannya, buah-buahan juga diminati ramai kerana khasiatnya kepada kesihatan.

Salah satu buah yang diminati ramai ialah BELIMBING BESI atau turut dikenali sebagai BELIMBING SEGI dengan nama saintifiknya Averrhoa carambola dari keluarga tumbuhan Oxalidaceae.

Semua orang sudah semestinya pernah merasa keenakan jus belimbing yang boleh dipesan hampir di semua kedai makan.

Tetapi ramai yang tidak menyangka di sebalik rasa manis dan masam buah dan jus belimbing, terdapat pelbagai khasiat untuk kesihatan badan pada buah itu.

Kajian mendapati belimbing mengandungi pelbagai zat. Bagi setiap 100 gram belimbing yang dimakan, ia mengandungi 35.7 miligram kalori yang baik untuk tenaga, 0.37g protein, 9.38g karbohidrat, 0.9g serat, 6.0mg kalsium dan 1.65mg zat besi.

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, dalam perubatan tradisional, daun dan jus belimbing banyak digunakan.

Menurutnya, empat atau lima helai daunnya yang ditumbuk lumat boleh mengubati demam campak, kurap, panau dan sakit kepala.

``Caranya ialah dengan menampalkan daun belimbing yang ditumbuk lumat itu ke bahagian yang terkena penyakit kulit tersebut atau di dahi jika seseorang sakit kepala.

``Kaedah ini dikatakan lebih mujarab dan berkesan jika sewaktu menumbuk ramuannya dicampurkan dengan asam jawa dan beras,'' katanya.

Menurut Tajuddin, bagi jus belimbing pula, ia dipercayai baik untuk merawat kencing manis, mengurangkan tekanan darah tinggi, sakit tekak dan pelawas kencing.

``Ambil tiga biji buah belimbing besi muda, kisar dan minum airnya. Amalkan minum dua atau tiga kali sehari,'' jelasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2006 03:29 PM | Show all posts
Cili api boleh sembuhkan bisul
Oleh RAMLI ABDUL KARIM



HERBA pilihan minggu ini iaitu CILI API memang cukup istimewa. Ia bukan saja dikenali ramai sebagai rencah penambah selera dalam masakan tetapi juga kerana keunikannya yang tersendiri.

Ia turut dikenali sebagai CILI PADI dan CABAI BURUNG dengan nama saintifiknya Capsium frutescens dari keluarga tumbuhan Solanaceae.

Cili api sinonim dengan pedas. Sebab itu terdapat peribahasa `siapa makan cili dia terasa pedasnya'.

Sama ada anda makan buah atau meramas daunnya, ia tentu akan menyebabkan anda kepedasan dan kepanasan.

Pun begitu, cili api tetap diminati dan sentiasa dicari-cari ramai. Ia cukup penting sebagai ramuan masakan dan tidak kurang juga dijadika jeruk.

Tidak sah rasanya jika resipi lauk-pauk yang dihidangkan di rumah langsung tidak mengandungi cili api.

Bayangkan bagaimana mahu menjamah sajian di depan mata jika ikan masak asam tidak dibubuh cili, gulai lemak Negeri Sembilan tidak pedas ataupun sambal nasi lemak pula rasa tawar tanpa lada.

Bagaimana pula reaksi spontan anda kalau kuah tomyam tawar kerana langsung tidak dibubuh cili api manakala kuah cucur udang juga tidak pedas.

Semua itu membuktikan betapa dekatnya setiap orang dengan cili api walaupun kadang-kadang jika memakan makanan yang terlalu pedas ia akan menyebabkan anda berkejar ke tandas kerana cirit-birit.

Selain dikaitkan dengan pedas, ramai orang tidak tahu bahawa cili api juga mempunyai khasiat kesihatan yang tersendiri.

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, selain buahnya, daun dan akar pokok cili api juga mempunyai kegunaan.

Katanya, daun cili api yang telah dilumatkan boleh menyembuhkan bisul dan luka dengan menampalkannya pada bahagian berkenaan.

``Selain itu, daunnya dilayurkan dan kemudian ditampal untuk mengubati sakit-sakit sendi, bengkak dan sengal-sengal otot,'' ujarnya.

Tambah Tajuddin, buah cili api pula boleh mengubati ulser atau seriawan mulut walaupun kaedah ini mungkin menyebabkan pedas dan kepedihan.

``Caranya ialah dengan merebus beberapa cili api sehingga air rebusan tinggal satu pertiga daripada paras asal.

``Kemudian kumur-kumurkan air rebusan itu dan bertahan jika berasa pedih. Amalkan sekurang-kurangnya sekali sehari sehingga sembuh.

``Tetapi ketika merebus buah cili api itu, jangan sekali-kali potong, tumbuk atau melumatkannya kerana ini akan menyebabkan rebusan menjadi lebih pedas,'' ujarnya.

Sementara itu, kata Tajuddin, air rebusan akar pokok cili api juga berkhasiat dan ia boleh diminum untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan merawat cirit- birit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2006 03:30 PM | Show all posts
Khasiat buah-buahan bantu kurangkan kolesterol
Oleh AIZAWATI AHMAD

TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?

Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.

Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

``Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.

Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.

Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.

Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram.

Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya.

``Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida.

``Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi.

Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.

Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh.

Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai ``tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh.''

Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia.

``Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,'' terangnya.

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjalankan kajian terhadap khasiat buah-buahan tempatan sejak tiga tahun lalu.

``Kami memilih buah kerana semua orang suka makan buah. Ia berbeza dengan sayur-sayuran kerana tidak semua orang gemarkan sayur,'' jelas beliau.

Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi.

UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan.

Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya.

Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi.

``Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil sedangkan ada segelintir daripada produk berkenaan diragui keberkesanannya,'' katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2006 03:48 PM | Show all posts
Nangka ubati bengkak buah dada
Oleh RAMLI ABDUL KARIM



MENGALAMI sakit bengkak, luka dan bisul memang merimaskan. Ia tentunya menyulitkan jika membabitkan bahagian-bahagian sensitif yang terdedah kepada sentuhan akibat pergerakan badan.

Sakit berkenaan lebih menyusahkan orang yang mengalaminya jika ia berlaku di tempat-tempat sulit seperti celah paha dan buah dada.

Selain itu, sakit lain seperti ulser dan penyakit-penyakit kulit termasuk kurap dan kayap juga ialah di antara yang amat ditakuti.

Selama ini sakit-sakit bengkak, luka, bisul, ulser, kurap dan kayap selalunya dirawat menggunakan ubat-ubatan yang diperoleh di klinik atau farmasi.

Malah, ada sesetengah pesakit membiarkan gejala itu sembuh sendiri walaupun mengambil masa yang lama. Perbuatan itu kadang-kadang menjadikan keadaannya lebih serius.

Bagi sesiapa yang berdepan dengan gejala tersebut dan ingin merawatnya menggunakan perubatan tradisional, anda bolehlah mencuba memanfaatkan daun, buah dan akar NANGKA atau nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus dari keluarga Moraceae.

Pokok nangka tidak perlu diperincikan kerana kebanyakan kita tentu mengenali dan pernah menikmati keenakan buahnya.

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, untuk sakit bengkak buah dada, akar pokok nangka boleh digunakan untuk mengubatinya.

Menurutnya, sedikit akar pokok nangka diasahkan ke belakang pasu dan dicampur dengan sedikit air sebelum disapu pada tempat yang bengkak di buah dada.

``Ulangi cara ini beberapa kali sehingga menampakkan kesannya dan berhenti apabila ia benar-benar sembuh,'' katanya.

Kata Tajuddin, untuk sakit bisul, daun nangka yang kering dilumatkan. Abunya dicampurkan sedikit minyak masak sebelum disapu ke tempat sakit.

Daun nangka kering yang dibakar pula boleh mengubati ulser atau seriawan mulut jika disapukan dengan abunya.

``Daun muda atau tua pula boleh mengubati luka iaitu selepas ia dilayurkan di atas api dan ditampalkan pada tempat yang sakit,'' jelasnya.

Sementara itu, menurut Tajuddin, buah muda atau putik nangka pula mujarab digunakan untuk mengubati kurap dan kayap.

Caranya ialah dengan mengasahkan putik nangka itu ke belakang pasu dan dicampur sedikit bedak sejuk.

``Ia kemudian disapu ke tempat kurap atau kayap dan diulang sekurang-kurangnya dua kali sehari,'' kata Tajuddin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2006 04:54 PM | Show all posts
Daun bidara cantikkan rambut
Oleh RAMLI ABDUL KARIM



BAGI umat Islam, BIDARA bukanlah pokok yang asing kerana daunnya selalu digunakan ketika memandikan jenazah.

Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara.

Penggunaan daun bidara itu bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya sunah daripada Rasulullah sendiri.

Mengikut riwayat, daripada Ibnu Abbas, katanya: ``Ketika seorang lelaki sedang wukuf ketika mengerjakan haji bersama-sama Rasulullah di padang Arafah tiba-tiba lelaki itu terjatuh daripada kenderaannya lalu meninggal dunia.

``Maka kejadian itu dikhabarkan kepada Nabi. Baginda kemudian berkata `Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara dan kapankanlah dia dengan dua kain ihramnya. Jangan kamu beri dia harum-haruman dan jangan ditutup kepalanya maka sesungguhnya Allah akan membangkitkan dia nanti pada akhirat seperti keadaannya sewaktu berihram'.''

Bidara atau nama saintifiknya Zizyphus mauritiana dari keluarga tumbuhan Rhamnaceae dan berasal dari wilayah Yunnan di selatan China, Malaysia dan Queensland di Australia juga mempunyai khasiat tersendiri.

Malah dalam perubatan moden, buah bidara digunakan secara meluas terutama sebagai campuran untuk ubat antiseptik.

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, dalam rawatan tradisional bahagian pokok bidara yang selalu digunakan sebagai ubat-ubatan ialah daun dan akarnya.

Katanya, daun bidara selalu digunakan untuk mencantikkan rambut iaitu dengan terlebih dahulu meramas-ramaskan tujuh hingga 10 helai daunnya di dalam sedikit air.

``Selepas itu, ia dilumat dan dilumurkan ke atas kepala selama kira-kira 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

``Amalan ini boleh diulangi dua atau tiga hari sekali terutama selepas melihat kesannya yang dapat melembut dan mengilatkan rambut,'' ujarnya.

Tambah Tajuddin, daunnya juga boleh mengubati bisul dan luka iaitu dengan mengeringkan dan menumbuknya sehingga halus terlebih dahulu.

``Daun yang telah dihancurkan itu kemudian ditampalkan pada bahagian yang sakit dan dibiarkan seharian sebelum ditukar dengan yang baru.

``Amalan ini elok dilakukan pada waktu malam dan digantikan pada waktu pagi keesokannya,'' katanya.

Tajuddin memberitahu, akar pokok bidara pula boleh membantu mengubati demam iaitu dengan meminum air rebusannya.

``Cara merebusnya ialah dengan mengambil lima atau enam helai daun dan dijerang bersama tiga cawan air.

``Apabila paras air rebusan sudah tinggal satu cawan, ia bolehlah diminum secara beransur-ansur pada waktu pagi dan petang,'' tambahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 08:20 PM | Show all posts
Galangal (Lengkuas)
Botanical: Alpinia officinarum (HANCE.)
Family: N.O. Zingaberaceae or Scilaminae

    ---Synonyms---Galanga. China Root. India Root. East India Catarrh Root. Lesser Galangal. Rhizoma Galangae. Gargaut. Colic Root. Kaempferia Galanga.
---Part Used---Dried rhizome.
---Habitat---China (Hainan Island), Java.

---Description---The genus Alpinia was named by Plumier after Prospero Alpino, a famous Italian botanist of the early seventeenth century. The name Galangal is derived from theArabic Khalanjan, perhaps a perversion of a Chinese word meaning 'mild ginger.'
The drug has been known in Europe for seven centuries longer than its botanical origin, for it was only recognized in 1870, when specimens were examined that had been found near Tung-sai, in the extreme south of China, and later, on the island of Hainan, just opposite. The name of Alpinia officinarum was given to the herb, as the source of Lesser Galangal. The Greater Galangal is a native of Java (A. Galanga or Maranta Galanga), and is much larger, of an orange-brown colour, with a feebler taste and odour. It is occasionally seen at London drug sales, but is scarcely ever used. There is also a resemblance to A. calcarata.The herb grows to a height of about 5 feet, the leaves being long, rather narrow blades, and the flowers, of curious formation, growing in a simple, terminal spike, the petals white, with deep-red veining distinguishing the lippetal.

The branched pieces of rhizome are from 1 1/2 to 3 inches in length, and seldom more than 3/4 inch thick. They are cut while fresh, and the pieces are usually cylindrical, marked at short intervals by narrow, whitish, somewhat raised rings, which are the scars left by former leaves. They are dark reddish-brown externally, and the section shows a dark centre surrounded by a wider, paler layer which becomes darker in drying. Their odour is aromatic, and their taste pungent and spicy. They are tough and difficult to break, the fracture being granular, with small, ligneous fibres interspersed throughout one side. The drug is exported, chiefly from Shanghai, in bales made of split cane, plaited, and bound round with cane. The root has been used in Europe as a spice for over a thousand years, having probably been introduced by Arabian or Greek physicians, but it has now largely gone out of use except in Russia and India. Closely resembling ginger, it is used in Russia for flavouring vinegar and the liqueur 'nastoika': it is a favourite spice and medicine in Lithuania and Esthonia. Tartars prepare a kind of tea that contains it, and it is used by brewers. The reddishbrown powder is used as snuff, and in India the oil is valued in perfumery.

---Constituents---The root contains a volatile oil, resin, galangol, kaempferid, galangin and alpinin, starch, etc. The active principles are the volatile oil and acrid resin. Galangin is dioxyflavanol, and has been obtained synthetically. Alcohol freely extracts all the properties, and for the fluid extract there should be no admixture of water or glycerin.

---Medicinal Action and Uses---Stimulant and carminative. It is especially useful in flatulence, dyspepsia, vomiting and sickness at stomach, being recommended as a remedy for sea-sickness. It tones up the tissues and is sometimes prescribed in fever. Homoeopaths use it as a stimulant. Galangal is used in cattle medicine, and the Arabs use it to make their horses fiery. It is included in several compound preparations, but is not now often employed alone.

The powder is used as a snuff for catarrh.

---Dosage---From 15 to 30 grains in substance, and double in infusion. Fluid extract, 30 to 60 minims.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 08:24 PM | Show all posts
Nutmeg
Botanical: Myristica fragrans (HOUTT.)
Family: N.O. Myristicaceae

    * Description
    * Constituents
    * Medicinal Action and Uses
    * Uses of Nutmeg

---Synonyms---Nux Moschata. Myristica officinalis (Linn.). Myristica aromata. Myristica.
---Part Used---Dried kernel of the seed.
---Habitat---Banda Islands, Malayan Archipelago, Molucca Islands, and cultivated in Sumatra, French Guiana.


---Description---The tree is about 25 feet high, has a greyish-brown smooth bark, abounding in a yellow juice. The branches spread in whorls - alternate leaves, on petioles about 1 inch long, elliptical, glabrous, obtuse at base - acuminate, aromatic, dark green and glossy above, paler underside and 4 to 6 inches long. Flowers dioecious, small in axillary racemes. Peduncles and pedicles glabrous. Male flowers three to five more on a peduncle. Calyx urceolate, thick and fleshy, covered with an indistinct reddish pubescence dingy pale yellow, cut into three erect teeth. Female flowers differ little from the male, except pedicel is often solitary. Fruit is a pendulous, globose drupe, consisting of a succulent pericarp - the mace arillus covering the hard endocarp, and a wrinkled kernel with ruminated endosperm. When the arillus is fresh it is a brilliant scarlet, when dry more horny, brittle, and a yellowish-brown colour. The seed or nutmeg is firm, fleshy, whitish, transversed by red-brown veins, abounding in oil. The tree does not bloom till it is nine years old, when it fruits and continues to do so for seventy-five years without attention. In Banda Islands there are three harvests, the chief one in July or August, the next in November, and the last in March or April. The fruit is gathered by means of a barb attached to a long stick. The mace is separated from the nut and both are dried separately. The nutmeg or kernel of the fruit and the arillus or mace are the official parts.

After the mace is removed, the nutmegs are dried on gratings, three to six weeks over a slow charcoal fire - but are often sun-dried for six days previously. The curing protects them from insects.

When thoroughly dried, they rattle in the shell, which is cracked with a mallet. The nutmegs are graded, 1st Penang, 2nd Dutch (these are usually covered with lime to preserve them from insects), 3rd Singapore, and 4th long nutmegs.

Nutmegs have a strong, peculiar and delightful fragrance and a very strong bitter warm aromatic taste.


---Constituents---They contain lignin, stearin, volatile oil, starch, gum and 0.08 of an acid substance. By submitting nutmegs and water to distillation, a volatile oil is obtained. The small round heavy nutmeg is the best. Those that are larger, longer, lighter, less marbled, and not so oily, are inferior.

The powder of nutmegs, beaten to a pulp with water, then pressed between heated plates, gives from 10 to 30 per cent of orangecoloured scented concrete oil erroneously called 'oil of mace' - an inferior oil is prepared in Holland from the spoiled or inferior nutmegs - and an artificial preparation is made by mixing together tallow, spermaceti, etc., colouring it with saffron and flavouring it with essential oil of nutmeg.

After the nutmegs have been collected, the outside fleshy pericarp is made into a preserve.

The mace of commerce should be somewhat flexible, cinnamon-yellow coloured, in single or double blades, with nutmeg-like smell and a warm, sharp, fatty, aromatic taste.

There is a large trade in wild nutmegs, which are known in commerce under the names of long, female, Macassar, Papua, Guinea, or Norse nutmegs. All these varieties have been traced to Myristica argentea of New Guinea, from whence they enter commerce as Macassar nutmegs.

There is much adulteration and fraud in the nutmeg trade. The essential oil has often been extracted before they are marketed - a fraud which can be detected by the light weight. This renders them more subject to attacks by insects.

Concrete oil of nutmeg, often erroneously termed 'oil of mace' or 'nutmeg butter,' is made by bruising the nuts and treating them with steam. The best nutmeg butter is imported from the East Indies in stone jars, or in blocks wrapped in palm leaves - it should be softly solid, unctuous to touch, orange yellow colour and mottled, with the taste and smell of nutmeg.

Holland prepares an inferior kind of oil sometimes offered for sale - it is said to be derived from nutmegs that have been deprived of their volatile oil by distillation. It is found in hard shining square cakes, light coloured and with less taste and smell than the East Indies oil. Ucuhula nut is the round or oval seed of M. surinamensis. It is distinguished by very large albuminous crystalloids, the seeds containing over 70 per cent solid yellow fat. The Brazilian M. officinalis resembles the nutmeg in form and structure, it contains crystals like the preceding one, though less large; has a black shell covered with broad furrows and yields a fat or bicuhyba balsam very like the ordinary nutmeg, with a sharp sour taste, and a peculiar fatty acid, bicuhybastearic acid. From M. otoba otoba fat is procured. Almost colourless with a fresh smell of nutmeg, it contains myristin, olein, and otobite. The fruit of virola or M. sebifera also gives a fatty substance termed ocuba wax. The following are erroneously called nutmegs:

CALIFORNIAN NUTMEG. The seed of a coniferous tree, Sorreya Californica - its odour and taste terebinthinate.

JAMAICA or CALABACH NUTMEG. Obtained from Monodora myristica.

NEW HOLLAND or PLUME NUTMEG. Obtained from the Atherosperma moschata.

CLOVE NUTMEG. Obtained from Agathophyllum aromaticum.

Insects that attack nutmegs only extract the fat oil. They do not interfere in any way with the essential oil.


---Medicinal Action and Uses---The tonic principle is Myristicin. Oil of Nutmeg is used to conceal the taste of various drugs and as a local stimulant to the gastro-intestinal tract.

---Uses of Nutmeg---Powdered nutmeg is rarely given alone, though it enters into the composition of a number of medicines. The expressed oil is sometimes used externally as a gentle stimulant, and it was once an ingredient of the Emplastrum picis.

The properties of mace are identical to those of the nutmeg. Dose, 5 to 20 grains.

Both nutmeg and mace are used for flatulence and to correct the nausea arising from other drugs, also to allay nausea and vomiting.

Nutmeg is an agreeable addition to drinks for convalescents.

Grated nutmeg mixed with lard makes an excellent ointment for piles.

In some places roasted nutmeg is applied internally as a remedy for leucorrhaoea. Dose of the powder, 5 to 20 grains. Fluid extract, 10 to 30 drops. Larger doses are narcotic and produce dangerous symptoms. Spirit, B.P., 5 to 20 drops.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 04:00 PM | Show all posts
BIJAN





Bijan dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Sesamum indicum dan berasal dari keluarga Pedaliacea. Ia adalah sejenis bahan makanan  yang banyak digunakan untuk membuat pelbagai jenis roti dan kuih muih. Pokoknya tumbuh menegak setinggi satu meter dan mengeluarkan bunga kecil yang berbau harum berwarna putih keunguan.

Bijan kaya dengan proten, vitamin A dan E, lemak dan mengandungi 55 peratus minyak yang amat popular dalam masakan Cina. Terdapat dua jenis bijan iaitu putih dan hitam tetapi jenis putih adalah yang paling popular. Bijan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam rawatan tradisional. Kegunaannya yang paling ketara dalam perubatan tradisional ialah ia  boleh melebat serta menghitamkan rambut dan mengatasi masaalh rambut kering dan uban.

Bijan juga berkesan dalam menguatkan tubuh badan. Ia baik untuk hati dan  limpa serta sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 04:03 PM | Show all posts
KESUM



Kesum dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Polygonum minus huds dan berasal dari keluarga Polygonaceae. Ia mudah ditanam, khususnya di kawasan-kawasan lembap yang berair. Daunnya digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa dan masak asam pedas.

Selain digunakan di dalam ramuan masakan kesum juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam. Daun kesum direbus kemudian airnya diminum. Untuk merawat masalah kelemumur pula, daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan sedikit air sebelum digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian bilas dengan air bersi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2006 04:23 PM | Show all posts
BELIMBING BULUH



Belimbing buluh dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae. Ia sejenis tumbuhan tempaatn yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan, masak lemak dan sebagainya.Belimbing buluh juga mempunyai nilai ubatan yang tinggi. Ia berkesan untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat. Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu kekulit muka

Jus buah belimbing buluh berkesan untuk melegakan penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan pitam. Ia juga berkeasn untuk melegakan masalah batuk. Caranya adalah dengan merebus buah, daun dan bunga belimbing buluh kemudian airnya diminum setiap pagi dan petang. Bunga belimbing juga mujarab untuk merawat sakit gigi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 04:28 PM | Show all posts
BROKOLI



Brokoli dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Brassica oleracea italica dan berasal dari keluarga kobis Brassica. Ia dapat menjauhkan penyakit barah. Ia adalah di antara jenis makanan yang paling kaya dengan bahan-bahan fotokimia berfungsi melundungi tubuh badan daripada penyakit barah, gangguan kardiovaskular, dan masalah kedutan.

Amalan memakan satu setengah cawan sayur brokoli pada setiap hari berkesan untuk menghindarkan penyakit barah di kawasan paru-paru, usus besar, perut, mulut, farinks dan prostat. Brokoli  juga mengandungi beta-carotene dan alpha- carotene, sejenis bahan antipengoksidaan yang bertindak melawan penyakit barah paru-paru dan menghalang pertumbuhan sel ketumbuhan. Kandungan klorofil yang tinggi dalam sayur kalori menyekat pertumbuhan pertumbuhan sel barah dan merangsang pembiakan sel darah merah dan hemoglobin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 05:19 PM | Show all posts
Belimbing Tanah



Nama Botani
Tacca Cristata

Nama Lain
Belimbing Tanah, Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak

Famili
Taccaceae

Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur ('ovate') dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut). Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit.


Khasiat dan Kegunaan
       
Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 05:22 PM | Show all posts
Capa



Nama Botani
Blumae Balsmifera (L) DC

Nama Lain
Capa, Cepa, Sembong, Telinga Kerbau

Famili
Asteraceae

Pengenalan

Pokok jenis renek ini boleh mencapai ketinggian sehingga 3-4 m. Pokok capa boleh dicamkan melalui baunya yang seperti kapur barus. Daunnya besar, berbentuk bujur panjang (berukuran antara 7 - 13 cm x 2.5 - 5 cm), tebal, ringkas, tersusun secara berselang, tepi daunnya bergerigi ('serrate dentate'), pangkal daun berkeadaan sempit, hujungnya tajam dan mempunyaia bulu halus dibahagian bawah daun. Tangkai daunnya panjang (2.5 cm). Jambak bunganya terbit dicelah tangkai daun. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna kuning.

Daun capa  digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. Daun capa biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman manakala akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot. Di Filipina pula, daun sembung digunakan  untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang. Pohon sembung juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.140858 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list