CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Normala17

[MERGED] Himpunan Amalan2 bida'ah masyarakat Melayu Malaysia

[Copy link]
Post time 24-2-2006 07:43 PM | Show all posts
banyaknya bidaah...
aku nak pastikan btul ke berdoa selepas solat ramai2 tu salah satu bidaah yg menyesatkan?
kalo ia benar sesat, knpa ia masih terus menerus diamalkan di masjid2 diMalaysia? bukan aje diamalkan dimasjid dikampung2, masjid kat Putrajaya dan masjid negara pun amalkan juga...adakah pak imam masjid tidak tahu menahu tentang ini? adakah mereka tergolong dalam org2 yg jahil?

sekadar ingin tahu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2006 01:02 AM | Show all posts
Benda yg tidak ada pd asalnya , tp SETELAH LAMA DIAMALKAN TANPA ILMU , dan akhirnya ia akan jadi budaya , nak ditinggalkan mmg susah

Manusia mmg mempunyai level of understanding yg berbeza2 , once DIA ATAU MEREKA DAH PERCAYA , it almost IMPOSSIBLE TO CHANGE IT BACK although dihidangkan bukti2 yg konkrit spt hadis2 sohih dan ayat alquran sbg rujukan

Tp itulah LIFE , kalau x de salah sangka , prejudis , rasa teraniayai , itu bukan KEHIDUPAN lagi , wallahu alam
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2006 10:56 AM | Show all posts
adakah berdoa ramai2 selepas solat itu menyesatkan? adakah doa meminta kebaikan itu satu kesesatan? berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang sangat berat ini. sedangkan nabi memberitahu doa itu senjata orang mukmin. berjemaah itu lebih baik dari berseorangan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2006 12:59 PM | Show all posts
Kat tempat saya (UK) kitaorang Malaysia selalu baca Yasin malam Jumaat kat masjid university. Nak dijadikan cerita, semalam masa khutbah, khatib (org Arab) kata baca Yasin tu bidaah dan HARAM... siap mention "Malaysian" dalam khutbah. ... (part ni personally saya tak berkenan, ...dah lah saya ni memang allergic sket dgn attitude sesetengah pak Arab)

Ni nak tanya, apa pendapat korang? Takkan ler ulama kat Malaysia tak tau pasal benda ni? Atau adakah ini hanya perbezaan pendapat? Musykil...musykil..... :stp::stp:

[ Last edited by pelicano at 25-2-2006 01:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2006 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by pelicano at 25-2-2006 12:59 PM
Kat tempat saya (UK) kitaorang Malaysia selalu baca Yasin malam Jumaat kat masjid university. Nak dijadikan cerita, semalam masa khutbah, khatib (org Arab) kata baca Yasin tu bidaah dan HARAM... si ...

Kan aku dah jwb benda ni , kau x baca ke:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2006 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 25-2-2006 10:56 AM
adakah berdoa ramai2 selepas solat itu menyesatkan? adakah doa meminta kebaikan itu satu kesesatan? berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang sangat berat ini. sedangkan nabi memberitahu doa i ...

Psl dah lama kau buat benda tu , maka kau fikir benda itu akan jd betul , am i rite:hmm:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2006 01:49 PM | Show all posts
Satu yg perlu diingat psl BIDAAH ni:

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA no matter what is the objective or the out put
Hukum ialah hukum , ia tidak akan berubah w.pun 999 dr 1000 orang mengamalkannya , wallahu alam
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2006 02:05 PM | Show all posts
sekiranya anda berpegang dengan ASWJ bermazhab Shafie, hayati khutbah yang telah dimuatkan sebelum ini berkenaan bacaan yassin, tahlil, maulid, talkin dan perkara-perkara yang disebut di dalamnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2006 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by kelat at 25-2-2006 02:05 PM
sekiranya anda berpegang dengan ASWJ bermazhab Shafie, hayati khutbah yang telah dimuatkan sebelum ini berkenaan bacaan yassin, tahlil, maulid, talkin dan perkara-perkara yang disebut di dalamnya.

Kau ingat agama islam ni , BYK VERSION KE:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2006 11:09 PM | Show all posts

Reply #Everybody's post

aduhh version mana satu yg betul ni?
ada yg kata sesat, ada yg kata tidak...

*err bercukur rambut utk baby tu camne yer? [bidaah atau tidak?]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2006 07:03 AM | Show all posts
Originally posted by hujan at 25-2-2006 11:09 PM
aduhh version mana satu yg betul ni?
ada yg kata sesat, ada yg kata tidak...

*err bercukur rambut utk baby tu camne yer? [bidaah atau tidak?]

Ada nabi buat x , kalau x , mmg bidaah la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2006 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by hujan at 25-2-2006 11:09 PM
*err bercukur rambut utk baby tu camne yer? [bidaah atau tidak?]


kalau ritual bercukur tu yg dimaksudkan, Mala rasa bidaah sbb org melayu ada guna 'buah kelapa'. It's a tropical fruit.

:gila:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2006 11:37 AM | Show all posts
satu lagi Mala dengar, zaman nabi tak ader pisau cukur betul ke :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2006 09:47 PM | Show all posts
salam

buat saudara kelat
saya bertanya saudara kenapa saudara MEMBACAKAN khutbah itu
adakah ianya memang YANG HAK dan BETUL????????
adakah saudara sanggup TANGGUNG BALANYA jika ia SALAH
kerana saudara MEMBACAKANNYA
dan mungkin mereka yg kurang PENGETAHUAN mengikutinya

dan kalau saudara katakan golongan ASWJ tu
adakah saudara BENAR_BENAR pasti mereka IKUT SUNNAH 100%
iaitu JEMAAH YANG IKUT SUNNAH
atau GOLONGAN INI hanya MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI
SENDIRI MENGAKU BAIK DAN SOLEH
sedangkan IKUT SUNNAH hanya sedikit dalam kehidupan golongan ini
tak caya ke?????
atau saudara jugak salah seorang dr golongan ini??????
saya tak suka panjang, nanti boring manusia baca
harap saudara faham walaupun tak menerimanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2006 11:07 AM | Show all posts
Apa itu Bid'ah ?

Assalamualaikum Wr Wb

Kontroversi mengenai bid'ah sudah sering kita dengar, namun tidak pernah ada
penyelesaian yang mencapai titik temu, berikut ini adalah definisi bermacam-
macam bid'ah yang dikutip dari buku :"40 Masalah Agama" karya K.H.Sirajuddin
Abbas mengenai bid'ah. Mudah-mudahan dapat menjadi panduan buat netters
semua.

Masalah bid'ah adalah satu masalah yang amat rumit kerana ia menyangkut banyak
bidang dalam masalah agama kita. Ia kait-mengait dengan banyak hadith yang
termaktub dalam beberapa hadith, dan bertalian erat dengan banyak amalan
sahabat-sahabat Rasulullah SAW.

Ramai orang orang mengatakan; "ini bid'ah, itu bid'ah, ini sesat, itu dhalalah",
tanpa mahu berfikir melainkan hanya terpaku kepada tekstual hadith, tanpa mahu
melihat konteks hadith mahupun asbabul wurudnya. padahal dia sendiri justeru
tidak mahu mendalami, bahkan ta'rif atau definisi bid'ah sendiripun dia tidak
tahu.

Seperti halnya peribahasa mengatakan; Ramai orang yang mendengar bunyi
loceng, tetapi sedikit sekali yang mengetahui di mana terletaknya loceng itu.

Banyak sekali ayat Al-Quran dengan secara tidak langsung, begitu juga hadith-
hadith Nabi dengan cara langsung mengancam terhadap bid'ah dan ahli bid'ah.

Tersebut dalam kitab Sahih Muslim, bahawa Nabi bersabda, ertinya;
" Dari Siti Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa
yang mengerjakan amal ibadat yang tidak kami perintahkan, amalnya itu akan
ditolak. "
HR. Imam Muslim - Syarah Muslim XII, hal. 16. Ini adalah hadith umum.

Menurut bahasa Arab, bid'ah berasal dari kata, badi'u yang bererti mencipta
yang sebelumnya belum pernah ada, sehingga kata-kata bid'ah memiliki maksud:
" sesuatu yang diadakan tanpa contoh yang terdahulu "

Imam Syafi'i membagi bid'ah kepada menjadi dua iaitu :

a. Bid'ah dhalalah, iaitu bid'ah yang sesat, bid'ah tercela, iaitu pekerjaan
keagamaan yang berlainan atau menentang Kitabullah, menentang Sunnah Nabi,
Atsar Sahabat-sahabat dan Ijma' ulama.

b. Bid'ah Hasanah, iaitu pekerjaan keagamaan yang baik yang tidak menentang
Sunnah Nabi, tidak menentang perbuatan Sahabat-sahabat Nabi, tidak menentang
Ijma'.


Imam Jalaluddin Suyuthi berpendapat bahawa hukum bid'ah itu dipandang dari
hukum fiqih menjadi lima, iaitu :
Bid'ah Wajib,
Bid'ah Sunat,
Bid'ah Haram,
Bid'ah Makruh dan
Bid'ah Jaiz (boleh).

Bid'ah yang terlarang dalam agama hanyalah bid'ah dalam keagamaan. Adapun
dalam urusan keduniaan tidak ada bid'ah yang terlarang; mithalnya kita boleh
mengadakandan membuat sesuatu barang walaupun belum ada sebelumnya atau
belum pernah dikerjakan pada zaman Nabi atau zaman Sahabat, asalkan
perbuatan itu baik dan tidak bertentangan dengan hukum agama, tidak termasuk
yang dilarang oleh hukum agama.

Dapat dimithalkan dalam hal ini adalah membuat rumah, membuat kenderaan dan
mengenderainya, membuat dan memakai peralatan elektronik, memakai sarung dan
kopiah, semuanya ini meskipun belum ada pada zaman Nabi SAW, tetapi kita
diberi izin membuatnya dan memakainya kerana hal ini adalah termasuk soal
keduniaan dan disesuaikan dengan kepentingan yang kita perlukan.

Tetapi dalam hal keagamaan, mithalnya sholat yang lima waktu mithalnya kita
jadikan menjadi enam waktu, atau puasa Ramadhan mithalnya dilakukan dua bulan
dalam setahun, naik haji tidak ke Mekah tetapi mithalnya ke Palestin, maka itu
jelas merupakan bid'ah yang dimaksud Rasulullah SAW sebagai suatu kesesatan.

Ada beberapa macam hal keagamaan yang tidak dikenal pada zaman Nabi, namun
dilakukan juga oleh para Sahabat, Khalifaur-Rasyidin, iaitu Saidina Abu Bakar
RA, Umar RA, Utsman RA, dan Ali RA. Semuanya itu tidak dapat dikatakan bid'ah
dhalalah (bid'ah sesat), tetapi adalah bid'ah hasanah (bid'ah baik).

Contohnya:
a. Membukukan kitab suci Al-Quran, yang diawali pengumpulannya oleh Saidina
Abu Bakar RA dan kemudian dilanjutkan dan disempurnakan oleh Saidina Utsman
bin Affan RA.

b. Sholat Tarawih berjama'ah 20 rakaat dan sebulan Ramadhan penuh, yang
diadakan oleh Saidina Umar RA.

c. Azan pertama pada sholat Jumaat, yang diperintahkan oleh Saidina Utsman RA.
Dan lain-lain.

Kesemuanya itu adalah bid'ah kerana tidak dikenal pada zaman Rasulullah SAW
dan Rasulullah-pun tidak menyuruhnya. Semuanya hanya ditetapkan dan atas
inisiatif Khalifaur-Rasyidin.

Kalau seseorang Khalifaur-Rasyidin menetapkan sesuatu amal ibadat, maka kita
harus mengikutinya dan mengamalkan kerana sesuatu yang digariskan oleh
Khalifah Rasyidin pada hakikatnya pasti datangnya dari Rasulullah SAW, juga
kerana Khalifaur-Rasyidin itu adalah orang yang selalu bergaul dengan Rasulullah
SAW.

Sabda Rasulullah SAW, ertinya;
" Maka wajib atasmu memegang Sunnah aku dan Sunnah Khalifah Rasyidin yang
diberi hidayat. "
H.R. Imam Abu Daud dan Tarmidzi

Dalam hadith ini terang dan jelas bahawa Nabi memerintahkan kepada ummat
Muslimin supaya mengikuti sunnah Nabi dan sesudah Nabi wafat supaya mengikuti
juga sunnah Khalifaur-Rasyidin. Hal ini dapat difahami kerana Khalifaur-Rasyidin
adalah orang yang paling dekat kepada Nabi, bergaul dengan Nabi dalam waktu
suka dan duka dan mendengar serta melihat segala sesuatunya dari Nabi.

Al-Quran pada zaman Nabi dan juga pada zaman Khulafaur-Rasyidinpun tidak
memakai titik dan juga tidak pakai baris.

Titik ( nuqthah ) dan baris ( syakl ) ayat-ayat Al-Quran pada hakikatnya bid'ah
juga kerana tidak terkenal di zaman Nabi. Tetapi termasuk bid'ah hasanah kerana
diadakan demi untuk menjaga supaya kitab suci jangan salah baca oleh
pembacanya.

Setelah Agama Islam berkembang dan negeri-negeri Islam menjadi luas dari Barat
ke Timur, sampai ke Persia, India, China, Kazachtan di timur dan sampai ke
Morocco, Sepanyol dan Portugal di Barat yang terdiri dari bermacam-macam
bangsa dan mempunyai bermacam-macam bahasa, yang tidak mengetahui ilmu
Nahwu, Sharaf, Ma'ni dan Balaghah, maka terpaksalah ayat-ayat suci itu diberi
titik dan baris supaya jangan salah membacanya bagi orang-orang yang tidak
berbangsa Arab, atau orang Arab yang tidak pernah mendengar langsung dari
Rasulullah SAW. Hal ini dianggap amat perlu kerana apabila salah membaca maka
akan merosakkan makna dan ertinya.

Seluruh umat Islam dari dahulu hingga sekarang, termasuk ulama-ulamanya, Imam-
imam Mujtahidnya ( imam yang 4 ), dan pemimpin-pemimpinnya menerima dengan
baik titik dan baris Al-Quran itu walaupun diadakan sesudah Nabi wafat. Ini
dinamakan hukum ijma', iaitu kesepakatan. Maka titik dan baris yang pada mulanya
bid'ah, menjadi tidak bid'ah.

Begitu juga hasil-hasil ijtihad Imam-imam Mujtahid yang 4 tidak boleh dikatakan
bid'ah, walaupun kesemuanya itu tidak dikenal di zaman Nabi. Dan kalau terpaksa
dikatakan bid'ah juga maka itu adalah termasuk bid'ah hasanah.

Mithalnya ijtihad tentang fiqh zakat.

Pada zaman Nabi yang dizakatkan hanyalah gandum, lembu, kambing, emas dan
perak. Tetapi padi, kerbau, wang kertas, tidak dikenal pada zaman Nabi.

Imam-imam Mujtahid berpendapat bahawa padi dizakatkan juga, dikiaskan kepada
gandum kerana merupakan bahan makanan utama. Kerbau kalau sampai senisab
dizakatkan, dikiaskan kepada lembu. Dan wang kertas dizakatkan juga kerana
dikiaskan dengan dirham dan dinar yang ada pada zaman Nabi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2006 11:08 AM | Show all posts
Banyak lagi contoh-contoh kiasan dari hasil ijtihad Imam Mujtahid yang
kesemuanya tidak dikenal di zaman Nabi, tetapi diterima oleh dunia Islam.

Mithalnya :
a. Haram hukumnya memukul ibu-bapa kerana dikiaskan kepada haram mengatakan
"cis", kerana keduanya sama-sama menyakiti ibu-bapa.
" Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur
tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada
mereka ( sebarang perkataan kasar ) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah
engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia ( yang bersopan santun ). "
Q.S Al-Israa' : 23

b. Haram hukumnya membakar harta anak yatim kerana dikiaskan kepada
memakannya, kerana membakar dan memakan sama-sama melenyapkannya.
" Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim,
sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka
pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala. "
Q.S An-Nisaa' : 10

c. Wajib hukumnya mengeluarkan zakat dari harta anak-anak dikiaskan kepada
harta orang dewasa, kerana keduanya sama-sama harta dan milik yang sempurna.

d. Wajib hukumnya memotong tangan pencuri kain kafan didalam kuburan
dikiaskan kepada mencuri kain dari peti, kerana keduanya tersimpan. Yang satu
tersimpan dalam peti dan yang lain tersimpan dalam kubur.

e. Wajib mengeluarkan zakat padi dikiaskan kepada zakat gandum kerana
keduanya sama-sama makanan yang pokok ( utama ).

f. Wajib mengeluarkan zakat kerbau dikiaskan kepada zakat lembu dan kambing,
kerana keduanya sama-sama haiwan yang dapat dipunyai dan dimakan.


Sehingga secara ringkas bid'ah itu terbagi menjadi 5, iaitu :

1. Bid'ah Yang Haram ( Dhalalah Atau Sesat )

A. Bid'ah Haram Dalam I'tiqad ( Kepercayaan )
- Kepercayaan bahawa masih ada Nabi sesudah Nabi Muhammad SAW.
- Kepercayaan bahawa Khalifah Nabi yang pertama adalah Saidina Ali.
- Kepercayaan bahawa Imam-imam menerima wahyu sebagaimana Nabi menerima wahyu.
- Kepercayaan bahawa Khalik ( Pencipta ) dan makhluk ( yang dicipta ) adalah satu.
- Kepercayaan bahawa dalil-dalil hukum agama hanya terdapat dalam Al-Quran sahaja.
- Kepercayaan bahawa Allah SWT tidak mempunyai sifat.
- Kepercayaan bahawa takdir baik dan buruk tidak ada.
- Kepercayaan bahawa manusia yang mengadakan pekerjaannya.
- Kepercayaan bahawa Kalam Allah SWT adalah makhluk.
- Kepercayaan bahawa Allah SWT tidak dapat dilihat dalam syurga.
- Kepercayaan bahawa Mi'raj Nabi SAW hanya dalam bentuk mimpi.
- Kepercayaan bahawa azab kubur tidak ada.
- Kepercayaan bahawa Hisab, Titian dan Timbangan, tidak ada di Akhirat.
- Kepercayaan bahawa syafa'at Nabi Muhammad SAW tidak ada.
- Kepercayaan bahawa Nabi tidak mempunyai mu'jizat selain Al-Quran.
- Kepercayaan bahawa berdoa dengan bertawashul adalah syirik.
- Kepercayaan bahawa Allah SWT duduk di atas 'Arasy seperti duduknya manusia
di atas kerusi
- Kepercayaan bahawa Allah turun pada malam hari seperti turunnya manusia dari tangga.
- Kepercayaan bahawa yang menentukan baik dan buruk adalah akal, bukan syari'at.
- Kepercayaan bahwa syurga dan neraka tidak kekal.
- Dan lain-lain sebagainya.


B. Bid'ah Haram Dalam Syari'at Dan Ibadat

- Menambah-nambah ayat dalam kitab Al-Quran.
- Menulis ayat Al-Quran dengan huruf Latin, huruf Cina, huruf Jepun atau huruf
lainnya selain huruf Arab.
- Membuat foto atau gambar-gambar Nabi.
- Mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran dengan pendapat saja.
- Azan sholat dengan cd atau cassette.
- Sholat dalam hati sahaja, tidak fi'liyah.
- Sholat Juma'at bersendirian sahaja, di rumah atau dalam bilik, tidak ke Masjid.
- Sholat bukan dengan bahasa Arab.
- Khutbah Jumaat bukan dengan bahasa Arab.
- Naik Haji bukan ke Mekkah.
- Menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran ke dalam bahasa selain bahasa Arab, dan
membuang huruf Arabnya sehingga menjadi Al-Quran Malaysia, Al-Quran
Inggris, Al-Quran Belanda, Al-Quran Cina, dan sebagainya. ( Maksud
menterjemahkan ke dalam bahasa lain di atas ialah mengambil maknanya itu
dalam bahasa lain secara explisit yang mungkin lain daripada maknanya dalam
bahasa Arab kerana perkataan dalam bahasa Arab boleh mempunyai banyak
makna dan kemungkinan juga dalam bahasa lain tidak ada satu perkataan yang
boleh menerangkan satu perkataan dalam bahasa Arab dan sebagainya ).
- Puasa terus menerus.
- Puasa pada hari raya 'Idil fitri dan Idil Adha.
- Masuk puasa bukan dengan rukyat atau ikmal
- Sholat Jumaat di atas kapal di waktu sedang musafir.
- Menzakatkan seluruh harta termasuk pakaian, perkakas rumah seperti meja,
piring, dan lain-lain.
- Mengangkat amil zakat bukan oleh Khalifah ( Pemerintah Islam ).
- Mengumpulkan zakat untuk membuat masjid, pembuat jalan, dan lain-lain.
- Membuat masjid dari wang yang berasal haram, seperti wang hasil judi, hasil
rasuah, wang hasil loteri, dan lain-lain yang sejenis.


2. Bid'ah Makruh

- Sholat dhuha secara berjamaah.
- Menghiasi masjid dengan ukiran-ukiran.
- Membayarkan zakat fitrah berlebih-lebihan, umpamanya dibayarkan 4 karung -
sedangkan yang wajib hanya 3.5 liter.
- Menetapkan suatu hari untuk ibadat khusus, umpamanya untuk berzikir pada hari
Jumaat sahaja, untuk shalawat hari Sabtu sahaja, untuk baca Al-Quran hari
Khamis, dan istighfar pada hari Rabu.
- Zikir waktu bersetubuh dengan isteri, atau ketika buang air.
- Zikir ketika mengantuk.
- Melebihi hitungan zikir yang sudah ditetapkan oleh Nabi setelah sholat,
umpamanya membaca "Subhanallah" sudah ditetapkan Nabi 33 kali, tahmid 33
kali dan takbir 33 kali. Tetapi dibaca lebih daripada itu.
- Dan lain-lain.


3. Bid'ah Yang Wajib

- Membukukan ayat-ayat Al-Quran kerana takut hilang berserakan, sebagaimana
yang sudah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Utsman RA.
- Memberi titik dan baris pada ayat-ayat Al-Quran kerana khuatir akan salah
orang yang membacanya yang akan membawa salah pengertian.
- Membukukan hadith-hadith Nabi SAW demi untuk memelihara syari'at supaya
jangan hilang, sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain.
- Membuat dan mengarang kitab-kitab Tafsir demi untuk menjaga supaya orang
nantinya jangan sampai kepada tidak mengerti akan isi Al-Quran.
- Membukukan kitab-kitab fiqih guna menjaga supaya hukum-hukum agama
berjalan baik.
- Mengarang buku-buku atau kitab guna pembantah orang-orang yang salah i'tiqad
dan ibadatnya, kalau jalan selain ini tidak ada.
- Belajar ilmu Nahwu - Sharaf - Hadith - Ma'ani, kalau dalam memahamkan Al-
Quran tergantung kepadanya.
- Dan lain-lain.


4. Bid'ah Sunnat ( Bid'ah Hasanah )

- Azan pertama pada sholat Jumaat.
- Sholat tarawih 20 rakaat.
- Membina menara masjid untuk azan sholat.
- Melakukan azan sholat di atas menara.
- Belajar ilmu Nahwu - sharaf - Hadits - ma'ani - qawafi - dan lain-lain ilmu yang
bertalian dengan agama.
- Membina madrasah-madrasah agama Islam.
- Mengadakan perayaan peringatan Maulud Nabi, Mi'raj Nabi dan lain-lain.
- "Qiyam" atau berdiri ketika mendengar kisah Maulud Nabi.
- Mengadakan perkumpulan atau majlis ilmu untuk membahas agama dan keagamaan.
- Mendirikan rumah-rumah peribadatan.
- Bersalam-salaman sesudah sholat subuh berjamaah.
- Memukul beduk untuk memanggil waktu sholat.
- Dan lain-lain sebagainya.


5. Bid'ah Harus

- Membuat makanan yang lazat-lazat.
- Memakai pakaian yang bagus-bagus.
- Menggunakan kenderaan yang bagus-bagus.
- Membina rumah tempat tinggal yang besar dan luas.
- Mengadakan pejabat-pejabat untuk pengurusan sesuatunya.
- Naik Haji dengan kapal laut atau udara.
- Dan lain-lain sebagainya.


*via email

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2006 12:26 PM | Show all posts
huraian yang jelas dan terang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2006 02:41 PM | Show all posts
Perlu ditegaskan sekali lagi , dr sg faith atau spiritual atau ibadah kepercayaan , bkn bersifat material , BIDAAH bermaksud PERKARA2 YANG NABI TIDAK BUAT SEMASA HAYATNYA

Perkara ni simple , nak faham pun mudah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2006 12:22 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 27-2-2006 02:41 PM
Perlu ditegaskan sekali lagi , dr sg faith atau spiritual atau ibadah kepercayaan , bkn bersifat material , BIDAAH bermaksud PERKARA2 YANG NABI TIDAK BUAT SEMASA HAYATNYA

Perkara ni simpl ...


:hmm: rasa cam faham jer... err tak sure lah :stp: :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2006 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 6-2-2006 10:13 PM
salam

contoh BIDAAH yg paling sikit
dan paling hampir dgn kita
adalah kartun kecik-kecik tu
yg jelir lidah lah, gelak cam dah nampak SYURGA
tapi tengah dok cakap pasal AGAMA

hello geng,  ...




Yes!bagus.setuju.Tapi tak per.ramai yg suka benda ni.tak nampak.berseronok lah kamu semua.kehkeh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.451132 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list