CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gravedigger

Abdullah bin Saba

[Copy link]
Post time 27-2-2006 11:58 AM | Show all posts
Macam  mana   kesudahannya  lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2006 12:41 PM | Show all posts
Detik-detik nyawa tercabut dari badan semakin hampir. Benarlah seperti kata al-quran yang bermaksud bahawa setiap yang bernyawa itu pasti kan mati juga satu hari nanti.
Abu Bakar merenung jauh ke dalam dirinya serta terbayang lagi perbuatan-perbuatannya masa lampau...



30. Khalifah Abu Bakar dan Umar telah bertengkar sehingga suara mereka di hadapan Rasulullah SAWA. Abu Bakar berkata:"Wahai Rasulullah lantiklah al-Aqra bin Habi bagi mengetuai kaumnya." Umar berkata:"Wahai Rasulullah janganlah anda melantiknya sehingga mereka menengking dan meninggikan suara mereka di hadapan Rasulullah SAWA." Lalu diturunkan ayat di dalam Surah al-Hujurat(49):2,"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari." Sepatutnya mereka berdua bertanya dan merujuk kepada Rasulullah SAWA mengenainya.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,IV, hlm.6;al-Tahawi, Musykil al-Athar,I,hlm. 14-42]


[ Last edited by Gravedigger at 27-2-2006 12:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2006 12:45 PM | Show all posts
. Khalifah Abu Bakar telah dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah SAWA. Tetapi Nabi SAWA tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula, Ahmad bin Hanbal   SAWA sedang duduk, maka Nabi SAWA kagum dan tersenyum.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI, hlm.436

sebelum pergi lebih jauh,boleh saya tahu al-musnad Ahmad bin Hanbal cetakan mana??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2006 12:53 PM | Show all posts
Maka terbayanglah lagi abu Bakar apabila Nabi tersenyum semasa ia di caci malah nabi tidak pula memarahi orang yang mencacinya itu.

31. Khalifah Abu Bakar telah dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah SAWA. Tetapi Nabi SAWA tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula, Ahmad bin Hanbal   SAWA sedang duduk, maka Nabi SAWA kagum dan tersenyum.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI, hlm.436]
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2006 12:53 PM | Show all posts
Khalifah Abu Bakar telah dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah SAWA. Tetapi Nabi SAWA tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula, Ahmad bin Hanbal   SAWA sedang duduk, maka Nabi SAWA kagum dan tersenyum.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI, hlm.436

sebelum pergi lebih jauh,boleh saya tahu al-musnad Ahmad bin Hanbal cetakan mana??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2006 12:56 PM | Show all posts
Terbayang lagi yang terpapar seperti tayangan gambar di hadapannya. Aaaahh...sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna seprti pepatah kata orang-orang Malaizie.

32. Khalifah Abu Bakar banyak membuat pengakuan-pengakuan dimana dia sepatutnya melakukan sesuatu,tetapi tidakmelakukannya dan sebaliknya. Ibn Qutaibah mencatatkan dalam bukunya al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19,  9 perkara yang disesali oleh Abu Bakar seperti berikut:
"Tiga perkara yang aku telah lakukan sepatutnya aku tidak melakukannya dan tiga perkara yang aku tidak lakukannya sepatutnya aku melakukannya dan tiga perkara yang sepatutnya aku bertanya Rasulullah SAWA mengenainya. Adapun tiga perkara yang aku telah melakukannya sepatutnya aku tidak melakukannya:

1. Sepatutnya aku tinggalkan rumah Ali (Fatimah) sekalipun mereka mengisytiharkan perang ke atasku.
2. Sepatutnya aku membai'ah sama Umar atau Abu Ubadah di Saqifah Bani Saidah, iaitu salah seorang mereka menjadi amir dan aku menjadi wazir.
3. Sepatutnya aku menyembelih Fuja'ah al-Silmi atau melepaskannya dari tawanan dan aku tidak membakarnya hidup-hidup.

Adapun tiga perkara yang aku tidak melakukannya sepatutnya aku melakukannya:
1. Sepatutnya ketika al-Asy'ath bin Qais dibawa kepadaku sebagai tawanan, aku membunuhnya dan tidak memberinya peluang untuk hidup, kerana aku telah mendengar tentangnya bahawa ia bersifat sentiasa menolong segala kejahatan.
2. Sepatutnya ketika aku mengutus Khalid bin al-Walid kepada orang-orang murtad, aku mesti berada di Dhi al-Qissah, dengan itu sekiranya mereka menang, mereka boleh bergembira dan sekiranya mereka kalah aku boleh menghulurkan bantuan.

Adapun tiga perkara yang sepatutnya aku bertanya Rasulullah SAWA ialah:
1. Kepada siapakan jawatan khalifah patut diberikan sesudah beliau wafat, dengan demikian tidaklah jawatan itu menjadi rebutan.
2. Sepatutnya aku bertanya kepada beliau, adakah orang Ansar mempunyai hak menjadi khalifah.
3. Sepatutnya aku bertanya beliau tentang pembahagian harta pusaka anak saudara perempuan sebelah lelaki dan ibu saudara sebelah lelaki kerana aku tida puas hati tentang hukumnya dan memerlukan penyelesaian."

Kenyataan di atas telah disebut juga oleh al-Tabari dalam Tarikhnya, IV, hlm. 52;Ibn Abd Rabbih, 慖qd Farid,II,hlm. 254;Abu
Ubaid, al-Amwal,hlm. 131]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2006 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by whale at 27-2-2006 12:53 PM
Khalifah Abu Bakar telah dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah SAWA. Tetapi Nabi SAWA tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula, Ahmad bin Hanbal   SAWA sedang duduk, maka Nabi  ...

cetakan mana2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2006 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 28-2-2006 09:35 AM

cetakan mana2 je...



:tq::tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2006 08:40 AM | Show all posts

pengulangansoalan

grave wrote
5. Khalifah Abu Bakar juga mengambil kembali Fadak daripada Fatimah AH selepas wafatnya Rasulullah SAWA. Khalifah Abu Bakar memberi alasan "Kami para nabi tidak meninggalkan pusaka, tetapi apa yang kami tinggalkan ialah sedekah." Hujah yang diberikan oleh Abu Bakar tidak diterima oleh Fatimah dan Ali AS kerana ianya bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an seperti berikut:


panjang sekali tulisan grave dan ianya adalah pengulangan soalan yg telah dijawab

sila ke

:dia:
http://forum.cari.com.my/viewthr ... age%3D1&page=19

baca perbincangan yg panjang lebar
takkanlah sheir nak bawakan kat thread ni pulak perbahasan tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 08:49 AM | Show all posts

satu soalan

segala perbahasan yg dikemukakan grave masih boleh dipertikaikan..
spt apa yg tersebut dlm al-imamah wassiyasah..yg mana kononnya dikatakan kitab aswj..

tapi bagaimana dgn yg ini yg tidak boleh dipertikaikan lg
إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (40)
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..at-taubah 40

abu bakar sebagai sahabat nabi s.a.w. apakah ayat ini telah dimansukhkan

وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (100)
Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

mengikut assabiqunal awwalun akan mendapat kejayaan dan keredaan allah
siapakah assabiqunalawwalun itu kalau bukan termasuk abu bakar umar
adakah mengikut org yg sesat akan mendapat keredhaan allah??:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 08:53 AM | Show all posts
Khalifah Abu Bakar telah dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah SAWA. Tetapi Nabi SAWA tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula, Ahmad bin Hanbal   SAWA sedang duduk, maka Nabi SAWA kagum dan tersenyum.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI, hlm.436]


tolong bawakan teks asal supaya senang nak cari dlm musnad ahmad..
tak jumpa lagi ni:stp::stp:
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 01:27 PM | Show all posts
Originally posted by whale at 27-2-2006 12:45 PM
. Khalifah Abu Bakar telah dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah SAWA. Tetapi Nabi SAWA tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula, Ahmad bin Hanbal   SAWA sedang duduk, maka Nab ...



Kebetulan malam semalam dgr kuliah dari Syeikh Dr Mahmud Al Husaini Ahlulbait, syeikh tarekat Syazaliah yg ke 50 dari Madinah , beliau ada menceritakan hal ini, terasa dihati tatie tatkala itu betapa indahnya kisah ini kepada seorg pejuang yg benar2 ingin berjuang mendapat REDHA TUHANNYA .

sewaktu S.Abu Bakar dan RSAW sedang bersama, datang seorg badwi memaki2 S. Abu Bakar. RSAW dan S. Abu Bakar hanya berdiam diri sahaja.

Perkara itu berulang sebyk tiga kali. Pada kali ketiga S. Abu Bakar cuba untuk membela diri nya dari dimaki dan difitnah oleh org BAdwi itu. RSAW meninggalkan S. Abu Bakar.

Kejadian itu menunjukkan RSAW tidak bersetuju dengan tindakan S. ABu BAkar membela diri dari dimaki oleh org Badwi itu.

S. Abu Bakar bertanya kepada RSAW, mengapa tindakan beliau untuk membela diri itu tidak disokong ooleh RSAW.

RSAW menjawab, Wahai Abu Bakar, tatkala orang itu memaki engkau padahal itu hanyalah fitnah dan hasad dengki semata2, Allah dan segala malaikat memaki orang itu. Tetapi apabila engkau mula membela diri, tatkala itu akan datanglah syaitan kepada engkau.

Moral of the story,

RSAW tersenyum kerana secara kasyafnya baginda melihat bahawa kesabaran S. Abu BAkar itu apabila menerima makian mendapat keredhaan Allah dan segala makhluk dimukabumi ini mendoakan kesejahteraannya.

Manakala apabila S. Abu Bakar mula bgn utk menjawab dan membela diri, maka tatkala itu datanglah syaitan kerana itu RSAW meinggalkan S. Abu Bakar.


Wallahualam...

BEtapa kasih dan sayangnya RSAW kepada S. Abu Bakar, itulah sahabat utama RSAW yg paling mulia...MAsyaallah....

[ Last edited by serihartatie at 3-3-2006 01:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 05:08 PM | Show all posts
Tak ada pula Rasulullah s.a.w. sebut bahawa Baginda kasih dan sayang kepada Abu Bakar kerana kejadian dimaki hamun tu? Kat mana Nabi kata Tatie? Apa yang saya lebih memikir ialah berkenaan apa yang Abu Bakar nak cerita di hadapan Nabi s.a.w. bila berjumpa di Padang Mahsyar berkenaan tindakan Abu Bakar ke atas anak kesayangan Rasul iaitu Fatimah Azzahra...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 07:33 AM | Show all posts

pendirian aswj ttg sahabat

Pendirian ahlussunnah waljamaah
Didalam membicarakan sahabat r.a. kita mesti mendahulukan al-quran dan riwayat2 yg shahih..bilamana al-quran tlh mengatakan sahabat2 r.a. adalah org2 yg baik, mendapat keredhaan allah taala maka kalaulah ada pertentangan riwayat mestilah didahulukan quran dan riwayat2 shahih spt riwayat2 yg terdapat didlm kitab2 shahih bukhari, muslim dsbgnya..
Ayat2 quran yg menyebutkan kelebihan sahabat r.a.
فَإِنْ آمَنُواْ بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَواْ وَّإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (137)
Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu).al-baqarah 137

Kpd siapakah ayat ini ditujukan kalau tidak kpd sahabat2 ra.

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا (18)
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya (al-fath 18)

Siapakah golongan yg berbaiah di bawah pokok sebagaimana yg dirakamkan dlm quran tersebut..

وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (100)
Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.at-taubah 100
Siapakah golongan muhajirin dan ansar tersebut.
Kalaulah mengikut mereka mendapat keredhaan allah apatah lg org yg diikuti
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 07:35 AM | Show all posts

samb

لِلْفُقَرَاء الْمُهَاجِرِينَ الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيارِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا وَيَنصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ (8)
وَالَّذِينَ تَبَوَّؤُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (9)
(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (agama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).
[9] Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.  Al-hasyr 8-9

Siapakah golongan muhajirin dan ansar tersebut??

وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ (10)أُوْلَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ (11)
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (al-waqiah 10-11)
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 07:36 AM | Show all posts

samb

Dan byk lg ayat2 quran yg menyebutkan kelebihan, kebaikan sahabat2 r.a. serta keredhaan allah terhadap mereka..


Apatah lagi kalau kita lihat dlm kitab2 shahih yg menyebutkan ttg sahabat2 ra. Begitu byk sekali rasanya cukup dgn ayat2 quran shj dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2006 07:54 AM | Show all posts

kedudukan kitab2 yg menjadi rujukan syiah

Mari kita lihat kedudukan kitab2 yg menjadi rujukan golongan2 yg mencaci sahabat2 ra.
Al-imamah was-siasah karangan ibnu qutaibah..
Kitab tersebut bukanlah karangan ibnu qutaibah tapi sebaliknya adalah karangan org lain kemudian diletakkan atas nama beliau..mmg beginilah perangai syiah selalu berdusta atas nama taqiyyah..buktinya
1.Kitab tersebut tidak tertulis di dalam senarai karangan-karangan beliau. Untuk melihat senarai tulisan Ibn Qutaibah, boleh dirujuk kepada kitab-kitab Wafayat Al-A`yan, Lisanu Al-Mizan, Tarikh Khatib Baghdadi, Syazaratu Az-Zahab dan Bughyatu Al-Wu`at. Tidak mungkin sebuah buku Ibn Qutaibah yang begitu terkenal dan tersebut di dalamnya serangan-serangan dan tuduhan-tuduhan terhadap para sahabat tidak diketahui oleh tokoh-tokoh hadits dan sejarah.
2.         Ibn Qutaibah di dalam tulisan-tulisannya yang lain seperti Adabu Al-Katib, Gharibu Al-Qur'an, Gharibu Al-Hadits, Takwili Mukhtalifi Al-Hadits dan lain-lain jelas menampakkan keahliannya dalam kesusasteraan `Arab di samping sikap beliau yang begitu keras terhadap Syi`ah dan ahli-ahli bid`ah yang lain. Tetapi kitabnya Al-Imamah Wa As-Siyasah ini langsung tidak mempunyai nilai sastera, jika tidak dipandang kepada cerita-cerita karut yang terdapat di dalamnya sekalipun. Orang-orang yang mempunyai daya menilai akan dapat memutuskan sendiri bahawa buku tersebut bukannya lahir dari seorang ahli sastera seperti Ibn Qutaibah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 07:55 AM | Show all posts

samb

3.        Kebanyakan riwayat yang tersebut di dalam kitab Al-Imamah Wa As-Siyasah menyokong aliran Syi`ah dan dengan jelas menunjukkan bahawa penulisnya seorang berfahaman Syi`ah, sedangkan Ibn Qutaibah terkenal sebagai seorang yang kuat menentang Syi`ah. Bahkan Ibn Hajar mengatakan beliau lebih condong kepada aliran an-Nashb (aliran yang lebih kuat menyokong golongan Mu`awiyah r.a.) yang lebih keras sikapnya terhadap Syi`ah daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jama`ah.
4.Bukti keempat yang menunjukkan kitab Al-Imamah Wa As-Siyasah bukannya tulisan Ibn Qutaibah ialah di dalamnya terdapat banyak riwayat dari `ulama
Reply

Use magic Report

nawazihussin This user has been deleted
Post time 4-3-2006 07:55 AM | Show all posts
Nampaknya thread ni dah lari topik厖厖厖..
Buka utk membicarakan ibnu saba
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 07:55 AM | Show all posts

yanabiulmawaddah

Antara kitab yg kononnya karangan aswj adalah kitab yanabiulmawaddah
Mari kita lihat kedudukan kitab tersebut:
Seseorang yang pernah membaca dan meneliti kitab 揧anabi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.048729 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list