|
Spared from destruction
By TEH ENG HOCK
[email protected]
Is the Makam Sultan Mahmud Dijulang Mangkat protected from natural disasters by supernatural powers?
MAKAM Sultan Mahmud Mangkat Dijulang sits proudly at the top of a little hillock in Kampung Makam, Kota Tinggi, looking smart with a new coat of paint and freshly laid tiles.
Everything looked spick and span, and one would not have guessed that one of the worst floods in the country had just hit the state.
There was a drastic contrast below, as floodwaters had engulfed the village, forcing almost 600 villagers to evacuate as water rose as high as their rooftops.
As photographer Kamal Sellehuddin and I hiked uphill, we saw many of the villagers trying to salvage their possessions from their houses. But there was not much left to save |
|
|
|
|
|
|
|
La....biar betul ni....
Ke sbb kedudukan geografi di makam tersebut yg mampu menampan banjir?
Tk sepatutnya sesuatu perkara yg kita anggap pelik tu adalah "suci dn terpelihara"...;) |
|
|
|
|
|
|
|
pada aku bab tulah-tulah nie mmg wujud..
tp aku tak tauler pasal sultan perak bela jin plak..
aku pecaya tanah perak mmg berdaulat..
tp aku tak nak taksub..cuma percaya ajer..
knape johor banjir?..adeke tu tulah sbb nak wat SJER...
mungkinkah dlm SJER tu org asing bleh beli tanah di johor sesuka ati?//:hmm:
aku cuba jd realistik tp kdg2 kehidupan nie ada yg misteri..
ALLAH s.w.t maha mengetahui apa yg diperlisihkan..:love: |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..
the truth depends on urselves..
kalo org ni percaye sgt2 psl all these daulat things.. he'll see the kubur as 'protected'
that's "the truth" for him..
kalo org lain x percaye sgt psl daulat2 ni.. he'll see it as another kubur 'luckily placed a bit higher up'
that's "the truth" for him
for me, the latter is my "truth" |
|
|
|
|
|
|
|
ASM.
bab daulat/karomah dll. ni memang ada. MAcam yang aku pernah kata, pecaya ke, tak pecaya ke, kurnia Tuhan tetap ada. Malah memang ada maqam orang yang tinggi martabatnya semasa hidup, masih punya tanda-tanda karomahnya sampai dia dah meninggal pun. Benda ni semua harus terjadi sebab Allah Taala tu maha membuat apa saja yang dia mahu. Hal ni ada, dan terjadi cuma mungkin sebab bukan semua kita mengalami dan memahami, jadi kadang tu agak sukar kita nak bercerita.
Contohnya maqam sultan tak tenggelam, untuk menjadikan ia tak tenggelam, kenalah duduk ditempat tinggi, sebagai jalan tak tenggelam tadi. Tapi harus jugak tak tenggelam walaupun di tanah rendah. Tuan-tuan hamba semua tentu masih ingat peristiwa Masjid Arrahman kalau aku tak silap namanya di Acheh yang tak runtuh, walaupun semua binaan keliling hancur lebur dimamah tsunami dulu. HArus susah juga kita nak mencari logiknya baik dari segi kejuruteraan atau pun dari segi apapun. Jadi apa sebab tak runtuh? harus kerana dipelihara Allah. Yang seronoknya di media barat, US, gambar masjid ni tak muncul pun kalau aku tak silap dalam laporan depa. Ada sebab la kot...
Daulat Raja dll. ni pulak kadang tu muncul bukan pada semua orang. Jadi bila yang terkena tu bercerita, susah orang lain nak percaya sebab tak tengok, tak mengalami. Sekarang ni pulak orang lebih suka kalau sesuatu fenomena tu boleh dibuktikan. Lagilah susah nak faham kalau pembuktian jadi ultimate solution. JAdinya, muncullah orang-orang macam Uncle Seekers dll. ni yang harus bagi aku depa ni orang cerdik belaka dan tak bodoh,... tetapi jahil...
Mudah nak cerita, sebagai contoh, aqidah Islam tu sendiri adalah suatu yang ghaib. Duduknya dalam kalbu manusia. Percaya atau tak, ya terpulang pada yang empunya diri.. untuk jadi orang Islam yang baik, tak perlu rasanya orang ISlam soal begini "Takdir Allah: BEtul atau MEtos" komdian masing-masing cuba mencari jawabnya pulak harus tak jumpa....dan boleh gugur Syahadah kalu buat gitu pun.
Daulat ni wujud, segala kurnia Allah wujud. Bukan saja di Malaya, tapi juga di tempat lain, di alam lain.
WaAllahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
good discussion. Tapi saya percaya daulat ni masih lagi wujud di kalangan sultan-sultan. apa-apapun, semuanya atas kehendak Allah jua. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #67 harleena's post
Semua raja-raja ni immoral lots. Rayaat jelata di letak under the social heaps umpama kan hamba abdi untuk diperah. Jadi mental kita disikik untuk berfikir sabagai hamba abdi hingga terbawak kehingga anak cucu. Kita yang meletakan mereka ketahap yang begitu tinggi bukan Allah.:nerd: :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thamrong at 19-1-2007 07:58 PM
Semua raja-raja ni immoral lots. Rayaat jelata di letak under the social heaps umpama kan hamba abdi untuk diperah. Jadi mental kita disikik untuk berfikir sabagai hamba abdi hingga terbawak kehi ... Kita yang meletakkan mereka ke tahap yang begitu tinggi
Apa yang saya maksudkan dengan semuanya atas kehendak Allah tu bukannya ttg Allah meletakkan mereka-mereka tu ketahap yang tinggi. Yang saya maksudkan ialah semua kejadian samada yang dikatakan daulat atau sesuatu yang pelik atau sumpahan yang berlaku di zaman-zaman dulu tu, benda-benda tu terjadi atas kehendak Allah jua. Itu yang saya maksudkan. Takkan lah Allah yang meletakkan mereka pulak ke mana-mana tahap kot :nerd: :nerd: :nerd:
You misunderstood me laaa.
[ Last edited by harleena at 19-1-2007 08:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #69 harleena's post
Benar semua yang terjadi adalah atas kehendakNya. Tapi dalam polimik daulat ni kita beranggapkan daulat raja macam ada satu linkages yang special dimana patut diambil perhatiain oleh Allah daripada yang lain2nya. Di sisi Allah raja-raja ni tak special kerana ia manusia biasa saja maka hukuman di akhirat baginya serupa degan manusia2 lain.:hmm: :hmm:thamrong cai!! |
|
|
|
|
|
|
|
yg masjid kt Acheh tu .. aku percaye tu kekuasaan Allah
sbb masjid dibina sbb utk menyembah-Nya.. memeuliakan-Nya
but for a sultan's makam.. can it be that mulia? |
|
|
|
|
|
|
|
ASM.
Tuan Hamba Thamrong,...
Aku ni bukan pandai dan tahu banyak perkara. Dan aku hanya orang biasa, bukan seperti tuan hamba yang aku rasa banyak pengetahuan, pakar dalam sejarah, mahir memberi bukti dan peri. Moga tuan terus diberkati Allah...
CUma...
AKu rasa tuan hamba kurang faham maksud sebenar Daulat dalam daulah, karomah dalam kurnia, ma'unnah dalam doa...
Elok rasanya disamping mahir Ilmu yang tertulis, tuan juga boleh belajar Ilmu yang menulis...
Bak kata orang, tiap cermin ada bayangnya, tiap bayang ada wujudnya...dan tiap wujud ada yang punya....
Kalau mencari biar jumpa, kalau bersuluh biar terang...
Berkolek air nya dengket, bertongkang airnya dalam...
Kalau tuan orang yang ahli, tentu tuan faham maksudnya...
ma'asalamah. |
|
|
|
|
|
|
|
ASM.
HARUS untuk setiap kejadian Allah SWT tu dimuliakan atas sebab yang kadang kita sebagai manusia tak tercapai akal dan tak perlu tahu pun. Kalau Allah mahu memuliakan seseorang, tak sedikit pun dikurang dan kalau dia nak merendahkan, juga sama.
Dalam bincang-bincang kita ni, kita melihat hal-hal mencarik adat yang terjadi pada makam Raja, Sultan Melayu yang harus pula dikait dengan Daulat atau kurnia Allah pada raja/Sultan tersebut. Kalau bertanya pada aku yang tak tahu ni, aku akan berkata harus Allah Taala memuliakan hambanya yang dia mahu dan dalam hal ni, Raja atau Sultan tersebut.
Hal ni tak perlu dikaitkan dengan sama ada Raja itu zalim, baik, jahat, mulia dsb. kerana itu satu urusan yang tidak tercapai akal. Bagi tuan-tuan yang tak mahu setuju dengan aku tak mengapa, aku tak minta pun. Aku cuma cadang, kalau kita tak faham, belajar. Ilmu begini tiada diajar di Universiti...cuma diberitahu....
Apa yang terjadi pada makam raja, Orang Alim, Ulama', Wali, Sheikh Tareqat malah Rasul, Nabi, orang baik-baik, adalah suatu yang benar. Dan harus kerana kurnia Allah atas martabat orang tersebut yang dimuliakan Allah dan masyarakat. Moga menjadi manafaat,
"Allahua'limulghaibi wasyahadah..." -Quran. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #72 sikomeng's post
AKu rasa tuan hamba kurang faham maksud sebenar Daulat dalam daulah, karomah dalam kurnia, ma'unnah dalam doa...
Elok rasanya disamping mahir Ilmu yang tertulis, tuan juga boleh belajar Ilmu yang menulis...
Bak kata orang, tiap cermin ada bayangnya, tiap bayang ada wujudnya...dan tiap wujud ada yang punya....
Kalau mencari biar jumpa, kalau bersuluh biar terang...
Berkolek air nya dengket, bertongkang airnya dalam...
Saudara Komeng, terima kaseh atas hujah anda.
Perjalanan thread ni agak jauh kita lalui dan saya berpendapat bahawa perbincangan sudah menyimpang dari topik asal. Daulat Raja, Betul atau Mitos!
Keywordsnya Daulat Raja. Saya agak cemas bila timbul isu dari forumist yang mentakrif daulat itu serupa atau menjurus kapada maksud karomah.Bagi saya seorang raja itu tidak mempunyi apa-apa karomah kerana karomah itu berpautkan pada amalan Sufism atau mysticsm. Kita bukan mempersoalkan isu mysticism disini kerana ilmu itu memerlukan latihan spiritual yang berperingkat dari Shariat, Marefat (wisdom atau mental illumination) dan Haqiqat (seeing the truth tapi bukan dengan mata). Mereka yang mendapat limpahannya bukan sebarangan manusia. Untuk sampai kemuncak fana-fil-lah memerlukan 100% devotion. Ini mustahil bagi raja yang sekular dan setakat menjadi lambang ketua negara dan agama sahaja.
Bagi saya raja (dalam kontek berbahasan disini bermaksud raja Melayu) itu seorang manusia biasa saja tidak mempunyi sebarang kuasa mistik. Kuasa yang ada cuma kuasa temporal dan spatial sahaja dan ini diwarisi melalui keturunan bukan dipilih melalui 'divine pleasure'. Konsep daulat di warisi dari budaya Hindu yang banyak mempegaruhi kesultanan Melayu yang berakar di Srivijaya. Raja di lihat mempunyi daualt atau 'divine power' dan perlu disembah. Mitos. |
|
|
|
|
|
|
|
Srivijaya kept a balance of power by enforcing a code of conduct on how rulers and subjects should treat each other. This code of conduct became the foundation of adat, which is Malay custom with the force of law. Unless subjects pledged total loyalty to the ruler they would be executed for treason. The ruler, in turn, was obligated to respect the rights of his subjects. Should the ruler break the adat, he too would be punished by the Supreme Being. As the ruler was believed to be endowed with a supernatural aura of kingship, daulat, so must he himself be judged by a power higher than mortals.
Source from paper on SE Asian History University of Hawaii.
Jelas disini konsep daulat ni berakar dari kesultanan Melayu Srivijaya. Supreme Being di waktu itu bukannya Allah kerana mereka beragama Hindu. Kita misi pisahkan agama dan adat. Ramai di kalangan kita agak keliru tentang perkara ini. Contohnya dalam perkawinan Melayu yang wajib dan di tuntut oleh islam ialah ijab kabul atau akad nikah sahaja. Bersanding, tepung tawar, beras kunyit, mandi tujuh hari tujuh malam tu adat yang kita warisi turun temurun dari nenek moyang kita yag beragama hindu dizaman purba. Kini di amal sebagai adat sahaja.
Peradaban Melayu terutama sistem kesultanan banyak di pengaruhi oleh budaya Hindu. Ini kerana telah ujud inter-reaction antara kuasa di selatan India dengan alam melayu. Salah satunya kerajaan Chola. Di selatan India ( the Dravidian ) agama Hindu banyak memberi penekanan kepada kuasa ketuhanan pada raja. Ini bermaksud daulat. Raja di tiap-tiap wilayah mendirikan kuil-kuil yang khusus untuk mendedikasi keturunan mereka. Mereka memperdayakan rayaat bahawa kerabatnya adalah keturunan dewa Vishnu, Khrisna, Hanuman dan tah apa jadah lagi...Rayaat di bohongi dan di takuti kerana raja ada linkage dengan kuasa ini yang kita panggil daulat. Tapi kalau hari ini anda pergi ke Selatan India (Tamil Naidu, Karnataka dan Kerala) bekas raja-raja ni macam manusia biasa sahaja. Maka jelas daulat tu satu mitos. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #61 Syd's post
[quote]揑 do not know whether there are mythical powers protecting the tomb, or just because the tomb is located on slightly higher ground. Maybe God is watching over it, |
|
|
|
|
|
|
|
Daulat raja adalah satu 'delusion' ( idea dan kepercayaan yang tidak benar). Di reka untuk tujuan tertentu saperti brain-washing minda rayaat untuk kekebalan raja. Zaman dulu kala durhaka adalah satu yang berat dan boleh di hukum bunuh. Raja tidak teragak-agak memberi hukuman mati kerana raja adalah undang-undang. Rayat tunduk dan takut dan dituntut untuk 'menyembah duli' dan melafazkan 'ampun tuanku' walaupun rayaat tidak membuat salah. Ampun tuanku sudah jadi second nature dalam minda Melayu.:hmm: :hmm:
ff: Dalam sejarah Islam raja dan sufi adakalanya bertentangan ( In opposition). Ini terjadi apabila raja menjurus kapada fahamam sekular dan materialistik. Para Sufi adalah universalist dan humanist Islam dan matlamatnya untuk untuk mendapatkan pencerahan rohani( spiritual purity). Mereka hidup dlam keadaan sederhana dan ada yang menjadi fakir. Apabila pengaruh Sufi setempat menjadi kuat, timbul perasaan kurang disenag. Maka para sufi munkin di bunuh, di usir dan amalannya diharamkan. Contohnya 4 Imam dalam sejarah Abbasid; Mhmud Ghazi dan Al Baruni; Mahmud V Granada dan Ibn Khaldun juga Jahangir dan Ahmad Sirhindi. |
|
|
|
|
|
|
|
DAULAT seseorang raja itu berkait rapat dengan kuasa, kemuliaan keturunannya dan keimanan raja tersebut. Bagi saya konsep DAULAT wujud tetapi bergantung kepada semua yang saya senaraikan di atas, iaitu sejauhmana kuat atau lemahnya ciri-ciri yang saya sebut di atas.
p/s...semoga ALLAH terus memelihara institusi RAJA di MALAYSIA. Sesungguhnya DIAlah yang maha mengetahui segala rahsia alam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thamrong at 21-1-2007 11:38 PM
ff: Ini satu pandangan yang agak berlainan. Pak Cik Doris ni adalah gulungan orthodok yang berpegang kapada fahamam 'rasa'. Sememangnya fahaman 'rasa' adalah amalan orang Melayu dari ...
Konsep 'rasa' telah adalah mental state orng Melayu semenjak dari zaman purba lagi. Hingga hari ini maseh lagi ujud di kepala kita. Mereka sungguh tertarik degan cerita dongeng2 dan isu2 tahyul. Contoh mereka percaya pada kuasa keris dan lembaga atau artifat2 dalam pamira hantu di museum Shah Alam' Keadaan sebegini minda mereka senang di perangkap dan di bendung. Di sini saya perturunkan analysis minda Melayu yang di tulis oleh salah seorang sociologist tempatan.
... pemikiran Melayu pada zaman sebelum Hindu-Buddha lebih bersifat asli, bersahaja dan
alamiah yang lebih bersumberkan perasaan. Kedatangan pengaruh Hindu-
Buddha terutamanya membawa falsafah inkarnasi --- penjelmaan. Dengannya
gambaran tentang alam, insan lari dari realiti kepada fantasi-dongeng dan
bertentangan dengan logika serta rasional, sebaliknya ia lebih bersifat
estetika.... Manakala Islam membawa keyakinan tentang alam nyata dan
metafizik berfalsafah tauhid. Ia bersifat pengisian dalaman dan luaran;...
Pengaruh moden pula kelihatan lebih membawa kesan kepada yang bersifat
luaran (Shafie Abu Bakar 1984, 176).
[quote]
Kalau orang Melayu sebelum Islam tidak begitu ketara di dalam pengistilahan
yang berkait dengan akal |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by unRESTworld at 20-1-2007 12:04 AM
yg masjid kt Acheh tu .. aku percaye tu kekuasaan Allah
sbb masjid dibina sbb utk menyembah-Nya.. memeuliakan-Nya
but for a sultan's makam.. can it be that mulia?
Mungkin ff: sikit.........Perbincangan ttg yang di Acheh tu dah lama dirumuskan oleh berbagai pihak. Memanglah indah buat orang2 Islam mempercayai sebagai kekuasaan Allah. Benar! Pada sy, kekuasaan dan kehendak Allah jua terlebih dahulu mengikut syarat2 dan undang2 alam yang Ia sendiri telah tetapkan. Jadi kalau pembinaannya lebih kukoh dari segi arkitekturnya, nescaya bangunan akan dapat lebih bertahan. Kalau bangunan2 yang dibina seperti macam fly by night punya standad kemungkinan besar akan binasa ....
Ttg makam diraja tu, senang untuk difaham mengapa ia terletak dikawasan yang lebih tinggi dan sudah tentu yang tinggi itu biasanya dipandang lebih baik lagilah...............orang2 lainpun pikir cam tu ....satu bukit dia buat perkuburan kaum2nya....hanya mungkin ada juga sebab2 yang lain seperti lebih hampir dengan langit..jadi lebih senang bagi roh untuk naik kelangit. Makam Megat pula dibuat di tebing sungai sahaja ....erti kata ...ditempat yang rendahlah. Inipun kita boleh faham mengapa. Tiada yang anihnya dan sy harap penulis2 janganlah pula membuat cerita yang bukan2 seolah2 ada misteri, kuasa luar biasa...dll. Ini akan mengelirukan fikiran sesetengah orang.
[ Last edited by hamizao at 22-1-2007 09:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|