CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: yhn

Riding a motorcycle is very dangerous !

[Copy link]
 Author| Post time 27-6-2008 10:54 AM | Show all posts
hi, how are you?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2008 11:26 AM | Show all posts
naik moto mmg best,cuma kalo ujan jer la jadi tak berapa best.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 03:48 PM | Show all posts

Reply #62 green7's post

tol2...tp kdg2 nk berteduh tmpt yg di sediakan pon cm cuak..ade gak orrg gilak time ujan pon bwk cm pelesit...kalo tebabas kene tmpt beteduh moto tuh.... ..tu kdg2 aku sanggup redah ujan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 06:09 AM | Show all posts
paper sinar harian lately bnyk kes eksiden moto & maut....kebanyakannya kene gelek dgn lori
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2008 08:40 PM | Show all posts
para wanita yang menunggang skuter, sila jgn tiru aksi ini

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by takde_name at 27-6-2008 03:48 PM
tol2...tp kdg2 nk berteduh tmpt yg di sediakan pon cm cuak..ade gak orrg gilak time ujan pon bwk cm pelesit...kalo tebabas kene tmpt beteduh moto tuh.... ..tu kdg2 aku sanggup redah ujan...

redah jerrr..standby raincoat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2008 11:21 AM | Show all posts

Reply #65 sixfullbar's post

dah mcm monyet je
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 07:31 PM | Show all posts
thestar arini:

[quote]More bikers, accidents on the road

SHAH ALAM: More motorcycles are hogging the roads now which could mean more accidents, Road Safety Department director-general Datuk Suret Singh said.

He said that in the past six months alone there was a 30% increase in registrations for motorcycles, compared with the same period last year.

揗ore people are turning to motorcycles as their mode of transport instead of cars because of the fuel hike and this could result in more accidents,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2008 11:45 PM | Show all posts
1,939 Kematian Melibatkan Penunggang Dan Pembonceng Motosikal Sehingga Jun

PETALING JAYA, 5 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 1,939 kematian dicatat dalam kemalangan yang membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal sehingga Jun lepas berbanding 211 kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat.

Beliau berkata hasil daripada kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati lebih 60 peratus daripada jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal disebabkan kecederaan di kepala.

Sehubungan itu, katanya penunggang dan pembonceng motosikal hendaklah sentiasa memakai topi keledar yang disahkan Sirim dengan kemas dan betul kerana ia merupakan satu-satunya alat yang dapat memberi perlindungan di bahagian kepala.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya pada perasmian program Inisiatif Topi Keledar Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dengan kerjasama Media Prima, New Straits Times (NST) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalan menteri berkenaan Datuk Seri Lajim Ukin.

Ong berkata program ini akan memberi peluang kepada semua pihak menaja seberapa banyak topi keledar untuk didermakan kepada penunggang dan pembonceng motosikal di 150 daerah di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar.

"rogram ini merupakan satu langkah intervensi yang penting dalam usaha memulihkan keadaan sekarang di mana paras kegunaan topi keledar ialah 40 peratus hingga 50 peratus di kawasan luar bandar berbanding 90 peratus di bandar," katanya.

Ong berkata usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan memerlukan penglibatan dan sokongan semua lapisan masyarakat termasuk majikan, pemimpin masyarakat, ahli politik dan badan profesional.

Beliau berkata individu atau sektor swasta dan korporat serta badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menaja boleh menghantar sumbangan melalui Bank Draf, Postal Order, Money Order atau cek berpalang atas nama Majlis Keselamatan Jalan Raya atau akaun Majlis itu di CIMB Bank yang bernombor 1601-0000968-05-4.

Sumbangan itu akan dikumpul dan Majlis Keselamatan Jalan Raya akan membeli topi-topi keledar bagi diagih secara percuma untuk 150 daerah di seluruh negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKJR Datuk Suret Singh berkata secara purata, setiap hari terdapat 10 hingga 15 penunggang motosikal terkorban dalam kemalangan manakala 30 hingga 45 penunggang pula cedera parah.

"Untuk menggalakkan semua penunggang motosikal di negara ini menggunakan topi keledar yang mematuhi standard tertentu, kami minta pihak Kastam melarang pengimportan topi keledar dari luar negara yang tidak mematuhi standard," katanya.

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 07:46 AM | Show all posts
Oleh kerana sebab ini aku dgn bangganya mendeclare aku tak pernah ada lesen motor dan hanya bawak motor cub dekat kampung sahaja. Rasanya aku adalah 2-3 org lelaki melayu yg tak pernah ada lesen motor. Aku bangga dgn reality ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 07:54 AM | Show all posts

Reply #70 Bell's post

congrats

satu pencapaian yg membanggakan
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 08:16 AM | Show all posts
mmg bahaya..tpi kena berhati2 la..

aku pun dah byk kali eksiden naik motor..

cuma nak beli motor yg ade airbag kalo ade
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2008 11:45 PM | Show all posts
Makin Banyak Motosikal Di Jalan Raya Buat Suret Singh Bimbang

PUTRAJAYA, 8 Ogos (Bernama) -- Pendaftaran motosikal baru yang bertambah 30 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini dipercayai kesan daripada harga petrol yang tinggi, membimbangkan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Datuk Suret Singh kerana bilangan penunggang dan pembonceng yang terbunuh dalam tempoh itu telah meningkat.

Menurut Suret, kematian penunggang dan pembonceng motosikal akibat nahas jalan raya dari Januari hingga Jun lepas naik 12 peratus, iaitu 211 kematian daripada sejumlah 290 keseluruhan kematian.

Yang turut membimbangkan beliau ialah kecenderungan orang ramai yang mempunyai kereta dan motosikal untuk lebih menggunakan motosikal, kebanyakannya kerana mereka merasai kesan kenaikan harga minyak itu.

"Ini meningkatkan risiko mereka di jalan raya, berbanding jika mereka menggunakan kereta atau kenderaan lain," kata Suret kepada pemberita di sini hari ini .

Beliau berkata risiko menggunakan kereta berbanding motosikal adalah 17 peratus lebih rendah, menggunakan bas berbanding kereta pula 30 peratus lebih rendah, menggunakan kereta api berbanding bas 325 lebih rendah dan menggunakan kapal terbang berbanding kereta api 6,000 kali lebih rendah.

Suret berkata kerajaan giat menjalankan kempen bagi menyedarkan pengguna jalan raya terutama penunggang dan pembonceng motosikal tentang isu keselamatan, termasuk kempen terbaru iaitu "Jom Klik" yang akan dilancarkan dalam masa tiga minggu lagi.

Katanya, melalui kempen bersepadu yang menekankan pemakaian topi keledar dan tali pinggang keledar itu, pengguna kenderaan dan motosikal akan diberi nasihat, pelekat dan risalah berkaitan keselamatan jalan raya, di samping poster untuk dipamerkan di plaza-plaza tol atau tempat-tempat strategik dan iklan melalui media elektronik dan media cetak.

Kempen itu katanya, sebagai kesinambungan kempen "Tiada Hari Tanpa Advokasi" yang dimulakan minggu lepas di mana bagi tempoh satu jam setiap hari penunggang motosikal dan pemandu kereta akan ditahan di plaza tol bagi mengingatkan mereka untuk mengikat topi keledar dan mengetatkan tali pinggang mereka.

Suret berkata orang ramai juga boleh memilih untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan risiko di jalan raya selain membantu mengembangkan industri pengangkutan awam di negara ini.

-- BERNAMA


bukan suret je bimbang...org lain pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 08:00 AM | Show all posts
sexual intercourse is 5 time dangerous than riding a bike...


i love bike and never had anything scary... becos i am an alert rider.. even at 200kmj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.052907 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list