CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: ajie2000

Iran Gantung Dua Ulama Sunni

[Copy link]
Post time 1-6-2011 11:57 AM | Show all posts
Para sahabat tidak memahami perkataan Mawla dalam Hadis al-Ghadir dengan erti khalifah kerana jika demikian hadis tersebut akan berbunyi: “Barangsiapa yang aku adalah khalifahnya, maka ‘Ali adalah khalifahnya.” Ini akan menjadikan wujudnya dua khalifah dalam satu waktu yang sama, sesuatu yang tidak dibolehkan dalam Islam. Nah! Jika kefahaman para sahabat terhadap agama (al-Qur’an dan al-Sunnah) adalah salah atau mereka sengaja menyembunyikan kefahaman yang benar, pasti Allah tidak akan redha kepada mereka, apatah lagi menjanjikan syurga yang kekal kepada mereka. Ini tidak lain menunjukkan kefahaman para sahabat terhadap agama adalah benar dan apa yang mereka amal serta sampaikan kepada generasi seterusnya adalah juga benar. Tidak ada orang yang menyangkal kefahaman agama para sahabat melainkan mereka menyangkal persaksian Allah dalam ayat di atas.

Termasuk dalam kebenaran fahaman para sahabat terhadap agama ialah kefahaman mereka terhadap perkataan Mawla dan Wali dalam Hadis al-Ghadir. Sebelum ini para pengkaji Syi‘ah sendiri telah menerangkan bahawa terdapat 110 orang sahabat yang meriwayatkan Hadis al-Ghadir. Ahl al-Sunnah menambah, bahawa para sahabat tidak sekadar meriwayatkan hadis tetapi mereka juga memahami apa yang mereka riwayatkan. Justeru apakah kefahaman para sahabat seramai 110 orang yang menyaksikan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkhutbah menyampaikan Hadis al-Ghadir?

Kefahaman mereka adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ingin menjadikan ‘Ali sebagai sebaik-baik penolong dan pelindung mereka. Ini kerana umat Islam asalnya adalah penolong dan pelindung bagi sesama mereka. Firman Allah:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain [al-Taubah 9:100] Maka ‘Ali adalah penolong dan pelindung yang paling utama bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan.

Para sahabat tidak memahami perkataan Mawla dalam Hadis al-Ghadir dengan erti khalifah kerana jika demikian hadis tersebut akan berbunyi: “Barangsiapa yang aku adalah khalifahnya, maka ‘Ali adalah khalifahnya.” Ini akan menjadikan wujudnya dua khalifah dalam satu waktu yang sama. Hal ini adalah tidak mungkin kerana dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 1853 (Kitab kepimpinan, Bab apabila dua khalifah menuntut bai‘ah), Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menegaskan:

Apabila terdapat dua khalifah yang menuntut dibai‘ah (diberi ikrar janji taat setia), maka bunuhlah yang kedua daripada mereka.

Seandainya didakwa Hadis al-Ghadir hanya melantik ‘Ali sebagai khalifah manakala jawatan tersebut disandang sesudah kewafatan Rasulullah, ia tidak mutlak kepada sebaik sahaja sesudah kewafatan baginda tetapi pada bila-bila masa sesudah kewafatan baginda. Lebih dari itu urusan umat Islam pada bila-bila masa sesudah kewafatan Rasulullah tidak terhad merujuk kepada ‘Ali kerana dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah juga telah berpesan:
"Ikutilah dua orang sesudahku (yakni) Abu Bakar dan ‘Umar (bin al-Khaththab)". Ini adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh beberapa sahabat, antaranya Huzaifah bin al-Yaman, ‘Abd Allah ibn Mas‘ud, Abu al-Darda’, ‘Abd Allah ibn ‘Umar dan Anas bin Malik radhiallahu 'anhum. Lafaz di atas dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 3662 (Kitab al-Manaqib, Bab manaqib Abu Bakar dan ‘Umar).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2011 12:07 PM | Show all posts
Oleh itu di sisi para sahabat radhiallahu 'anhum, perkataan Mawla dan Wali tidak bermaksud khalifah tetapi penolong dan pelindung umat Islam. Ini tidak sedikit jua mengurangi keutamaan ‘Ali kerana khalifah adalah satu kedudukan yang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab manakala Mawla adalah satu kedudukan yang dipenuhi dengan pelbagai keutamaan.

Sudut ketiga: Maksud Hadis al-Ghadir di sisi ‘Ali bin Abi Thalib.

Di antara semua sahabat, orang yang paling memahami Hadis al-Ghadir ialah ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh. Ini kerana apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkhutbah menyampaikan Hadis al-Ghadir, baginda menyampaikannya dalam suasana memegang dan mengangkat tangan ‘Ali. Zaid bin Arqam radhiallahu 'anh menerangkan peristiwa khutbah Ghadir Khum, di mana antara lain Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang penting, salah satu daripadanya lebih besar daripada yang lain: Kitab Allah Ta‘ala (al-Qur’an) dan ahli keluarga terdekatku. Maka perhatikanlah bagaimana sikap kalian terhadap kedua-duanya sepeninggalan aku kerana sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga bertemu dengan aku di Telaga Haudh (di Akhirat kelak).”
(Zaid berkata): Kemudian baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla adalah Mawla aku dan aku adalah mawla bagi setiap mukminin.”
(Kemudian Zaid menerangkan): Kemudian baginda mengangkat tangan Ali radhiallahu 'anh lalu bersabda: “Barangsiapa aku adalah mawlanya maka inilah (‘Ali) walinya. Ya Allah! Cintailah sesiapa yang memperwalikannya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya.”

Di antara semua sahabat, orang yang paling memahami Hadis al-Ghadir ialah ‘Ali bin Abi Thalib. Ini kerana ketika menyampaikan hadis tersebut, Rasulullah telah memegang dan mengangkat tangan ‘Ali. Akan tetapi sepanjang hayatnya ‘Ali tidak pernah menggunakan Hadis al-Ghadir untuk menun-tut hak khalifah bagi dirinya.Hadis di atas dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam kitabnya al-Mustadrak – hadis no: 4576 (Kitab Ma’refah al-Shahabah, Bab manaqib ‘Ali bin Abi Thalib). Ia disahihkan oleh al-Zahabi sebagaimana sebut Ibn Katsir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 5, ms. 209. Terdapat beberapa poin penting daripada hadis di atas:

1. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “…aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang penting…”, inilah yang dimaksudkan sebagai Hadis al-Tsaqalain dan ia akan kita kupas dalam perbahasan seterusnya insya-Allah.

2. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “…Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla adalah Mawla aku…” bererti Allah adalah penolong dan pelindung Rasulullah. Di sini perkataan Mawla tidak bermaksud khalifah kerana Allah bukanlah khalifah kepada Rasulullah, tidak juga kepada umat Islam. Ini selanjutnya menjadi bukti bahawa Hadis al-Ghadir yang menggunakan perkataan Mawla dan Wali pada asalnya tidak membahas subjek kekhalifahan tetapi subjek penolong dan pelindung bagi umat Islam.

3. Keterangan Zaid bin Arqam radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memegang dan mengangkat tangan Ali seraya bersabda: “Barangsiapa aku adalah mawlanya maka inilah (‘Ali) walinya” menunjukkan bahawa orang yang paling memahami maksud Hadis al-Ghadir adalah ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh.

Timbul persoalan, apakah kefahaman ‘Ali terhadap Hadis al-Ghadir? Jawapannya dapat diperolehi dengan mengkaji dua petunjuk:

Petunjuk pertama: ‘Ali tidak pernah menggunakan Hadis al-Ghadir untuk menuntut hak menjadi khalifah.

Seandainya Hadis al-Ghadir bermaksud melantik ‘Ali radhiallahu 'anh sebagai khalifah, pasti ‘Ali akan menuntut haknya berdasar hadis tersebut. Pasti ‘Ali akan bangun berkhutbah di hadapan orang ramai sejurus selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan mereka tentang Hadis al-Ghadir dan menuntut umat Islam melantiknya menjadi khalifah.

Akan tetapi fakta yang sahih menunjukkan ‘Ali tidak pernah melakukan sedemikian. Adakah ‘Ali menderhakai kehendak Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam? Pasti tidak! Tidak ada apa-apa penjelasan melainkan ‘Ali sendiri mengetahui bahawa Hadis al-Ghadir tidak bermaksud melantik dirinya sebagai khalifah.

Tokoh-tokoh Syi‘ah memberi alasan kononnya ‘Ali tidak menuntut haknya sebagai seorang khalifah demi menjaga kesatuan umat Islam. Kononnya setelah melihat umat Islam melantik Abu Bakar radhiallahu 'anh, ‘Ali mengambil keputusan untuk berkompromi, yakni dengan tidak meminta hak kekhalifahannya demi mengelakkan perpecahan umat Islam saat itu. Di sisi Ahl al-Sunnah, ini adalah alasan yang amat lemah. Sebabnya:

1. Ahl al-Sunnah mengenali ‘Ali sebagai seorang yang berani lagi teguh menegakkan kebenaran. Berdasarkan sikapnya ini, ‘Ali tidak sekali-kali akan membiarkan haknya menjadi khalifah diambil oleh orang lain. Membiarkan sedemikian bererti menderhakai wasiat Rasulullah dalam Hadis al-Ghadir.

Melainkan, ‘Ali sendiri memahami bahawa ketika Rasulullah mengangkat tangannya dalam Hadis al-Ghadir, baginda tidak bermaksud menjadikannya sebagai khalifah Islam tetapi sebagai penolong dan pelindung umat Islam.

2. Seandainya benar ‘Ali mengambil keputusan untuk berkompromi, ia adalah keputusan yang amat fatal. Disebabkan keputusan inilah umat Islam berpecah kepada Ahl al-Sunnah dan Syi‘ah sebagaimana yang disaksikan sehingga hari ini. Padahal jika ‘Ali membuat keputusan untuk tidak berkompromi, yakni dengan tetap menuntut haknya menjadi khalifah yang pertama tanpa berlengah, nescaya perpecahan umat Islam tidak akan berlaku.

Melainkan, ‘Ali sendiri mengetahui bahawa Hadis al-Ghadir tidak bermaksud memberi dirinya hak menjadi khalifah. Atas pengetahuan inilah ‘Ali tidak pernah membuat keputusan untuk berkompromi kerana pada asalnya memang tidak ada apa-apa untuk dikompromikan.

Petunjuk kedua: ‘Ali menggunakan Hadis al-Ghadir hanya setelah dirinya dilantik menjadi khalifah keempat.

‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh tidak menggunakan Hadis al-Ghadir untuk menuntut haknya menjadi khalifah. Sebaliknya ‘Ali menggunakan Hadis al-Ghadir untuk menuntut orang ramai membantunya dalam tugas-tugas kekhalifahan. Ini berlaku setelah beliau diangkat menjadi khalifah umat Islam yang keempat selepas ‘Utsman radhiallahu 'anh dibunuh. Sa‘id bin Wahab dan Zaid bin Yutsay’ (زيد بن يثيع) menerangkan:

‘Ali pernah meminta persaksian orang ramai di sebuah tanah lapang, sesiapa yang pernah mendengar sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada hari Ghadir Khum, hendaklah dia berdiri. Maka berdirilah di belakang Sa‘id (bin Wahab) enam orang dan di belakang Zaid (bin Yutsay’) enam orang, mereka bersaksi bahawa mereka telah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada ‘Ali radhiallahu 'anh pada hari Ghadir Khum:

“Bukankah Allah lebih utama terhadap kaum mukminin?” Orang ramai (yang hadir di Ghadir Khum ketika itu menjawab): “Ya!”.
Rasulullah melanjutkan: “Ya Allah! Barangsiapa yang aku adalah mawlanya maka ‘Ali adalah mawlanya. Ya Allah! Cintailah sesiapa yang memperwalikannya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya
.”

Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad bin Hanbal. Dalam beberapa riwayat yang lain, disebut bahawa yang berdiri adalah tiga puluh orang, dua belas daripadanya adalah mereka yang pernah menyertai Perang Badar. Hadis ini dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Musnad Ahmad – hadis no: 950 (Musnad sepuluh orang yang diberi berita gembira dengan syurga, Musnad ‘Ali bin Abi Thalib).

Kenapakah ‘Ali meminta persaksian orang ramai tentang Hadis al-Ghadir? Fakta-fakta sejarah menerangkan bahawa orang-orang yang membai‘ah ‘Ali terdiri daripada dua kumpulan:

1. Pertama adalah para sahabat radhiallahu 'anh dan mereka bersikap jujur dalam memberi bai‘ah kepada ‘Ali dan membantu tugas-tugas kekhalifahannya.

2. Kedua adalah orang-orang yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan ‘Utsman radhiallahu 'anh dan mereka berpura-pura memberi bai‘ah kepada ‘Ali dalam rangka menyamar dan mengelakkan diri daripada dijatuhkan hukuman. Ciri-ciri utama untuk mengenali orang-orang dalam kumpulan kedua ini adalah mereka enggan membantu ‘Ali dalam tugas-tugas kekhalifahannya.[4]

Justeru ‘Ali berkhutbah kepada orang ramai dan meminta persaksian mereka tentang Hadis al-Ghadir. Melalui persaksian ini, orang-orang yang hadir pada hari Ghadir Khum, yakni para sahabat daripada kumpulan pertama, dapat memberitahu kepada orang-orang yang tidak hadir pada hari Ghadir Khum, yakni orang-orang yang menyamar daripada kumpulan kedua. Apabila para sahabat daripada kumpulan pertama memberitahu mereka daripada kumpulan kedua tentang peristiwa Ghadir Khum dan Hadis al-Ghadir: “Ya Allah! Barangsiapa yang aku adalah mawlanya maka ‘Ali adalah mawlanya. Ya Allah! Cintailah sesiapa yang memperwalikannya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya”, sebahagian orang daripada kumpulan kedua sedar akan kesilapan mereka dan kembali bertaubat dengan membantu ‘Ali dalam tugas-tugas kekhalifahnnya. Sebahagian lagi enggan bertaubat kerana sejak awal tujuan mereka memasuki Islam ialah untuk merosakkannya dari jalan dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 12:10 PM | Show all posts
Fakta yang penting di sini adalah, tindakan ‘Ali meminta persaksian orang ramai untuk membantunya dalam tugas-tugas kekhalifahan melalui Hadis al-Ghadir menunjukkan beliau memahami hadis tersebut dalam konteks penolong dan pelindung, bukan dalam konteks kekhalifahan. Seandainya ‘Ali memahami Hadis al-Ghadir dalam konteks kekhalifahan, nescaya beliau meminta persaksian orang ramai sebaik sahaja selepas kewafatan Rasulullah, tidak selepas dirinya dilantik menjadi khalifah keempat.

Demikianlah kajian kita terhadap maksud Hadis al-Ghadir dari sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, para sahabat radhiallahu 'anhum dan ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh. Jelas bahawa mereka memahami Hadis al-Ghadir sebagai menerangkan keutamaan ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh sebagai penolong dan pelindung umat Islam. Hadis al-Ghadir tidak bermaksud melantik ‘Ali sebagai khalifah umat Islam sebagaimana yang didakwa oleh Syi‘ah.

Kesimpulan: Hadis al-Ghadir bermaksud menerangkan keutamaan ‘Ali bin Abi Thalib sebagai penolong dan pelindung umat Islam.  Seandainya Hadis al-Ghadir bermaksud melantik ‘Ali sebagai khalifah, bererti ‘Ali telah menderhakai kehendak Rasulullah. Hal ini pasti mustahil bagi ‘Ali, maka mustahil jugalah andaian menjadikan Hadis al-Ghadir dalil kekhalifahan bagi ‘Ali.

[1] Dakwaan bahawa ayat 67 surah al-Maidah turun atas alasan Rasulullah bimbang untuk melantik ‘Ali adalah tidak benar. Lihat jawapan penulis dalam buku Siri Kedua, ms. 117 dan seterusnya (Ayat al-Tabligh)

[2] Bagi Musnad Ahmad edisi enam jilid, rujuk jld. 1, ms. 118.

[3] Lebih lanjut rujuk kitab al-‘Awasim min al-Qasim oleh Ibn al-‘Arabi.

[4] Untuk membuktikan hal ini, ‘Ali Ahmad al-Salus dalam bukunya Ma‘a al-Itsna ‘Asyariyyah fi al-Ushul wa al-Furu’, jld. 1, ms. 136 telah menukil sebuah khutbah dari kitab Nahj al-Balaghah, ms. 53-54, yang mengisahkan tentera Sufyan bin ‘Auf menyerang al-Anbar (gudang simpanan barang jualan). Ketika berlaku serangan, orang-orang Syi‘ah melarikan diri meninggalkan ‘Ali tanpa membantunya menahan serangan tentera Sufyan bin ‘Auf. ‘Ali kemudian berkhutbah:

"Suatu perbuatan yang tercela dan sangat menyedihkan ketika kalian menjadi sasaran tembak, kalian diserang namun kalian tidak menyerang, kalian diperangi namun kalian tidak melawan. Ada yang berbuat maksiat kepada Allah dan kalian membiarkannya.
Apabila aku perintahkan kalian untuk menyerang mereka pada musim panas, kalian berkata: “Suasana kini sangat panas, tunggulah sehingga panasnya hilang.” Dan apabila aku perintahkan kalian untuk menyerang mereka pada musim dingin, kalian berkata: “Suasana sangat dingin, tunggulah sehingga dinginnya hilang.” Ini semua hanya sebagai alasan supaya kalian terhindar dari panas dan dingin. Kalau kalian takut kepada panas dan dingin, tentu demi Allah kalian akan lebih takut dari pedang (yakni untuk berperang)!"

"Wahai kaum yang mirip lelaki tetapi tidak jantan, berfikiran seperti anak kecil dan perempuan, aku akan mencintai kalian seandainya aku belum pernah melihat dan mengenal kalian. Demi Allah! Perkenalan ini menjadi penyesalan dan menambah kekecewaan, semoga Allah melaknat kalian! Telah kalian isi hatiku dengan nanah dan kalian bakar dadaku dengan kemarahan sehingga membuat aku harus menelan dukacita yang berpanjangan. Kalian hancurkan pendapatku dengan kedurhakaan tanpa mahu menolongku sama sekali sampai-sampai kaum Quraisy berkata: “Sesungguhnya anak Abu Thalib adalah seorang pemberani tetapi dia tidak mengenal strategi peperangan (disebabkan mereka yang enggan membantunya).”
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 01:34 PM | Show all posts
aku jumpa seorang bermazhab syiah, dia offer seribu ringgit untuk membuktikan kesalahn syiah. sesape ade berani?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 02:51 PM | Show all posts
aku jumpa seorang bermazhab syiah, dia offer seribu ringgit untuk membuktikan kesalahn syiah. sesape ...
pendakwa Post at 12-6-2011 13:34

Suruh dia simpan jer duit dia tu.  Nak cari kebenaran pun nak bebayar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 01:46 PM | Show all posts
Reply 65# ibnur

Dia ckp setakat dok berlagak sembang kat sini berani, jumpa penakut......
patutnya berani kerana benar...
Dia dah tukar ke rm10000.00 utk satu persoalan yg dia tak dpt jwb...berani?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2011 09:51 PM | Show all posts
Reply  ibnur

Dia ckp setakat dok berlagak sembang kat sini berani, jumpa penakut......
patutnya ...
pendakwa Post at 13-6-2011 13:46


lantak dia la.  macam ler kita semua ni setakat cakap forum jer.
duit pun jadi pertaruhan Islam yer dia orang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 09:34 PM | Show all posts
1/73 x 100 = 1.36%....

Macamana pemahaman sedara ttg 1 golongan itu merujuk pada golongan yg  terbesar?
Chek_am8848 Post at 30-5-2011 13:43

hmmm... saya faham hadith tu direct je..berpecah 73 pecahan takder pulak diberitahu, 1 pecahan tu sama besar...
tak patutlah kita assume 1 pecahan tu banyaknya 1.36% dari keseluruhan.... macam baru je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 10:52 AM | Show all posts
hmmm... saya faham hadith tu direct je..berpecah 73 pecahan takder pulak diberitahu, 1 pecahan tu  ...
kawankau Post at 2-7-2011 21:34



dan saya pun tak paham, kenapa ada sambungan pada hadith tu yg menyatakan 1 golongan tu adalah ASWJ.. sedangkan ASWJ wujud 2-3 abad selepas kewafatan Nabi. Adakah islam sebelum ASWJ tu adalah sesat?
Sedang kita percaya KEBENARAN itu adalah satu, tapi sejarah telah mencatatkan, 4 imam mazhab itu sendiri berbalah ttg sesuatu hukum.... Mana mungkin kebenaran itu berbilang-bilang. Sedang nabi yg diutuskan utk umat manusia pun hanyalah satu, islam yg disampaikan pun adalah satu.... TAPI utk sesuatu perkara, berbagai-bagai plak hukumnya?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 04:20 PM | Show all posts
Saya seorang sunni. Tapi saya tidak berani nak mengkafirkan Syiah.. Sebab syiah memang diketahui merupakan golongan yang mengutamakan (cintakan) ahlul bait. Mereka juga merupakan penyokong Saidina Hussein Bin Ali iaitu cucu Rasulullah dalam peperangan Karbala yang mengorbankan Saidina Hussein (yang dibunuh oleh tentera Yazid - Muawiyah)...

Saya terfikirkan tentang satu hadith Rasulullah seperti berikut ;

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

Nabi SAW telah menggambarkan musibah penyingkiran yang akan menimpa kaum keluarganya setelah kewafatan baginda. Apa yang menimpa Saidina Ali serta keluarganya kita sendiri dapat lihat dalam lipatan sejarah. Siapa yang sedang membelanya kini?? Itu menjadi tandatanya.

Oleh itu, kita sebagai sesama islam, janganlah mengkafirkan sesama islam. Janganlah mengikuti jejak langkah golongan Khawarij.. Ingat, Tauhid kita sama, Rasul kita sama, Musuh kita juga sama iaiatu Yahudi (Israel - Zionis) LAKNATULLAH... itu kafir yang nyata.. Wajib diperangi.

Dalam banyak-banyak negara Islam kini siapa yang berani menentang Israel dan sekutunya Amerika?

Yang saya nampak Pakistan (Sunni) ada kuasa nuklear tetapi tunduk kepada Amerika.

Hanya Iran (Syiah) yang sedang giat membangunkan teknologi nuklear walaupun mendapat tekanan hebat Amerika dan sekutunya BERANI MENENTANG KUASA JAHANAM TU.. Walaupun saya sunni tapi saya bangga dengan Iran yang berani dan mampu mencetus teknologi canggih setanding dengan kuasa besar dunia (kafir) dalam mencipta pesawat yang tidak dapat dikesan radar.

Renungkanlah ya ayyuhalmuslimuun...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 04:37 PM | Show all posts
Reply 67# ibnur

dia ckp, sembang dlm forum berani, nak jumpa kecut......
ama cam mau jumpa sama dia?????
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 04:38 PM | Show all posts
Reply 70# namirulmukminin

alhamdulillah, saudara adalah org yg menggunakan akal fikiran...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 09:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by namirulmukminin at 4-8-2011 14:02

Saya ingin menarik saudara sekalian kepada satu lagi hadith Rasulullah seperti berikut ;

Sabda Nabi SAW (maksudnya); Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

Untuk makluman saudara sekalian, tanah Khurasan meliputi sebahagian besar kawasan sebelah timur laut Negara Iran (Syiah) dan kawasan tersebut sememangnya diliputi salji pada musim sejuk. Oleh itu, maksud tersirat hadith ini juga masih menjadi tandatanya kepada saya sehingga kini.. sebab itu saya tidak mahu dan tidak akan menkafirkan golongan Syiah (terutama di Iran).

Satu lagi hadith yang menyokong perkara tersebut seperti berikut;

Sabda Nabi SAW Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya. (Nuaim bin Hammad)

Apa yang digambarkan oleh Rasulullah dalam hadith tersebut pada pandangan saya agak bertepatan sekali dengan kedudukan Iran di sebelah timur Mekah dan Madinah ketika itu. Itu cuma pandapat saya jika dikaji kedua-dua hadith di atas..... selebihnya hanya Allah maha mengetahui. Dari itu saya tidak berani mengkafirkan golongan Syiah. Wallahuallam...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 09:52 PM | Show all posts
Saya seorang sunni.
namirulmukminin Post at 2-8-2011 16:20

tapi cerita kamu yg panjang itu lagi sesuai sebagai hujah 'saya seorang Syiah'
cuba cerita panjang2 kenapa kamu kekal sunni pula walapun kamu rasa kebenaran Syiah panjang2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 11:11 AM | Show all posts
tapi cerita kamu yg panjang itu lagi sesuai sebagai hujah 'saya seorang Syiah'
cuba cerita panjan ...
amukgemuk Post at 11-9-2011 21:52


Saya seorang sunni yang tidak terlalu TAKSUB sehingga sanggup mengkafirkan lain-lain mazhab dan aliran dalam Islam sebelum membuat kajian terperinci berkaitan mazhab dan aliran tersebut... Saya seorang sunni yang mahukan dan inginkan PENDAMAIAN sesama muslim... walau berbeza mazhab tapi islam itu tetap satu.. dakwahnya tetap sama iaitu mentauhidkan Allah yang Maha Esa..

Kenapa harus ada perpecahan di adalam Islam hanya kerana perbezaan mazhab? Mazhab wujud hanya disebabkan perselisihan pendapat para ulama dalam membuat penafsiran ilmu dan hukum Al-Quran dan Hadith selepas kewafatan baginda..

Ketahuilah wahai saudaraku muslimin sekalian, perpecahan dan permusuhan sesama islam adalah berpunca daripada fitnah yang dah berakar umbi sejak sekian lama lagi... api-api fitnah telah mula wujud selepas kewafatan Rasulullah dan amat ketara ketika era pemerintahan Saidina Uthman dan Saidina Ali... Perpecahan besar berlaku ketika zaman Bani Umaiyah... akibat fitnah dan diwarisi fitnah bersama-sama perpecahan dan permusuhan itu sehingga kini... oleh kita semua.. Islam Baka...

Renungkanlah Hadith baginda Rasulullah ini :

“ Telah terjadi zaman Kenabian atas kamu, maka terjadilah zaman kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu. Kemudian terjadilah Zaman Kekhalifahan (khulafa’ ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka terjadilah zaman itu sebagaimana yg ALLAH kehendaki. Kemudian Allah Mengangkatnya, lalu terjadilah Zaman Pemerintahan yang Menggigit (Zaman Fitnah). terjadilah zaman itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya pula. Kemudian terjadilah Zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan diktator) dan terjadilah Zaman itu sebagai mana yang ALLAH kehendaki. Kemudian terjadi pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman kenabian”. Kemudian baginda diam.

(Riwayat Ahmad)

Ketahuilah wahai saudaraku, Zaman Fitnah telah berlalu selepas tamatnya zaman Khalifah... Disitulah berlakunya perpecahan umat Islam dek kerana fitnah... dan kini umat islam berada pada zaman penindasan dan penzaliman... kerana apa? Ya.. selain daripada jawapan standard "dah ditakdirkan begitu"... kalu kita renung balik, kita mudah ditindas dan dizalimi kerana kita berpecah... Rasulullah telah berikan peringatan tentang perkara ini lebih 1400 tahun yang lalu... kenapa kita tidak mahu fikirkannya? Kenapa kita terus sempitkan fikiran kita dengan terus menelan fitnah yang dah ditaburkan beribu tahun dulu untuk memecah belahkan umat islam?

Ubahlah sentimen ketaksuban kita pada mazhab... bersatulah dalam payung Islam tanpa mengambilkira perbezaan Mazhab.. setiap muslim biarkanlah bebas dengan mazhab masing-masing.. kita dengan mazhab kita dan syiah dengan mazhab mereka.. yang penting dakwah kita sama iaitu MENTAUHIDKAN ALLAH..

Ingatlah Rasulullah pernah bersabda dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari :" Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ada dua golongan besar saling bunuh membunuh, antara keduanya terjadi peperangan besar sedang DAKWAHNYA ADALAH SATU."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.145269 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list