CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ilahkhatibrani

Pengalaman Mistik III- Ilahkhatibrani

 Close [Copy link]
Post time 3-6-2009 10:29 AM | Show all posts
Salam dan Selamat Pg.. Dah masuk umah baru rupanya.. br sehari tak buka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2009 10:34 AM | Show all posts

Balas #4 ilahkhatibrani\ catat

insyaallah...aku pon nak try hafal ler......

tq ilah...........
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 10:49 AM | Show all posts
Salam ilah dan semua.............

cek in umah baru ilah.....

sabar menunggu.....

p/s- belum ada citer lg dah 3 page....ramai beno nk inteprem....termasuklah aku...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 10:53 AM | Show all posts
ceem pon mau inteprem

ilah....rindu la ngn cite baru dr ilah..tp kalau busy xyah tepek dulu,kang jd beban pulak

tggu free k:flower:
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 10:53 AM | Show all posts
salam ilah n kengkawan sume.....

umah baru,azam baru..sume baru..huhu..
tmbah2 lg buang y keruh ambik y jernih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by azhardanil at 3-6-2009 10:17
Salam ilah and all..

Nk tanya ni ilah...
Doa Haikal tu kite kene baca semua ketujuh-tujuh Haikal tu skali gus ke mcm ne..??
Untuk kite mendapatkan khasiatnye..



salam danil,

kena baca ketujuh2 sekali gus....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-6-2009 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by azhardanil at 3-6-2009 10:20
Hmmm..klau aku ade keluarkan ayat2 tak sopan dlm ni aku minta maaf la ye kengkawan...especially tu tuan rumah kite, ilah.. Sori ye, maybe secara xsedar dan xsengaja..
Tiada niat buruk.. Maybe bt ...


salam Danil,

hmm maafkan Danil....hmm rasanya tak der apa2 nak dimaafkan sebab danil MEMANG tak der wat silap dan salah kat Ilah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 11:24 AM | Show all posts
Salam wat,

sayang yus, mimi,fewwit,edzadha,ctaz,melia,ceem, naza dan tokma..

hari nie citer panjang tuk page  depan tu mungkin tak sempat...kalau sempat pun confirm ilah post pendek2 he..he....jadi baik tak payah wat nanti kontroversi  jangan mare yek..nanti cepat tua ....tapi kisah mistik pendek mungkin boleh kot.....erk! big boss panggil

[ Last edited by  ilahkhatibrani at 3-6-2009 11:35 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2009 11:27 AM | Show all posts
salam ilah..tahniah..da 3 rumah da..haha..trskan penceritaan...saya sentiasa ade tuk membaca..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 11:29 AM | Show all posts
salam kak ilah n kekawan sume..wah dh mukak umah baru:pompom: :pompom:
besh2...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 01:30 PM | Show all posts
ilah, thanks yer bagitau pasal Ayat Haikal..
InsyaAllah, Bujangpun nak amalkan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 02:02 PM | Show all posts

hye..

Salam pd Ilah & rakan2.. Tahniah atas pembukaan umh bawu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 03:28 PM | Show all posts
KISAH MISTIK RUMAH SEWA
(diceritakan semula oleh mak ..ilah masa kejadian nie berlaku ilah ingat2 lupa tapi boleh ingat sikit2 beberapa kejadian sebab kecil lg masa nie)

Sebelum abah jadi peneroka...abah bekerja jadi pemandu lori.hmm tapi hanya setahun sahaja sebab selepas kelahiran ilah iaitu anak kedua abah memohon masuk ke tanah rancangan iaitu F#####..dan abah lulus untuk memasuki tanah rancangan untuk fasa pertama .hmm pada masa nie umur ilah dah empat tahun manakala  kak long lima tahun

Sekarang nie, ilah nak bercerita mengenai rumah yang kami duduki  sebelum berpindah ke F####


Oleh kerana abah kerap tiada di rumah , abah telah bercadang untuk menyewa rumah dibandar selama sebulan sahaja memandangkan bulan kedua kami akan berpindah masuk ke tanah rancangan...tambahan pula rumah yang bakal kami duduki nie berdekatan ngan kemudahan asas.

Abah telah berjaya menyewa sebuah rumah di bandar tesebut di mana tuan umah tersebut adalah melayu..malahan sewa bulanan sangat murah iaitu rm150.00 sahaja sebulan...jadi kami sekeluarga pun tinggal di sana..

Pada hari pertama sehingga hari ke lima tiada apa2 yang berlaku kerana masa nie abah cuti lagi.sehinggalah abah mulai bekerja sehingga tidak pulang ke rumah kerana perjalanan jauh.

Pada malam pertama abah tiada di rumah ilah dengan kak long tidur bersama mak dibilik..memandangkan ilah anak bongsu (time nie kununnya manjalah tu )  ilah tido sebelah mak tambahan lagi ilah time nie masih menyusu badan lagi walaupun dah berumur .empat tahun manakala kak long tidur di sebelah ilah aaaa time nie kak long dah putus susu badan tapi masih tidur dgn puting

Pada malam tu..ilah tersedar daripada tidur sebab ilah terdengar suara menderam..kuat sangat..dan bila ilah buka mata..terbeliak mata ilah sebab ilah nampak ader sesusuk tubuh hitam tengah bergayut kat siling  bilik mak ..betul2  kat atas kepala ...

masa nie ilah terkesima dan terpaku..sebab makhluk hitam nie memndang tepat kat ilah ngan mata merah dia sambil menderam senyum dan perlahan2 merangkak daripada siling menuju ke arah ilah...

masa nie ilah nak menangis sambil jerit kuat sebab nak kejutkan mak...tapi tak boleh sebab badan ilah kaku..tak leh bergerak..makhluk hitam tu semakin meyeringai kat ilah bila tengok ilah ketakutan sambil tunjukkan gigi dia...waaaaa lagilah ilah takut sebab gigi dia ada siung siap kuar air pekat lagi meleleh2 lagi .....last2 ilah pejam mata sambil cuba menjerit panggil mak ...kali nie ilah berjaya....terus ilah menangis macam nak pecah rumah...lagaknya .(time nie masih masih tutup mata sambil melalak...)

manakala mak pula terkejut dengar ilah tetiba menangis pada lewat malam...dan bila tengok badan ilah panas serta mengeletar ..cepat 2 mak peluk ilah tapi ilah meronta2 sambil menangis kuat tanpa henti....last2 emak  ambil tiga batang lidi di mana setiap satu mak cucuk ngan lada kering dan letak di atas kepala ilah sambil mak usap ubun2 ilah ngan membaca ayatul Qursi sampai ilah berhenti menangis dan tertidur. Manakala menurut mak, pada malam tu mak berjaga sampai pagi sebab bimbangkan ilah dan kak long pula tidur mati langsung tak sedar adik dia menangis macam nak rak


Pada keesokkan paginya, selepas subuh mak bersiap nak gi pasar ..time nie ilah dah bangun tido..bila ilah tengok mak tak der kat sebelah cepat2 ilah bangun dari katil sebab cari mak nak menyusu ( he..he..he dah jadi habit time nie bila bgn jer nak menyusu bdn ) manakala kak long ilah ..masih tidur lagi ngan hisap puting kesayangan dia tu.....masa ilah tengah jalan terkatik-katik cari mak .(time nie mak kat ruang tamu tengah mengemas sebelum bergerak ke pasar kat depan umah..ilah nampak sebab pintu bilik terbuka.dan langsir lak mak dah ikat ke tepi )

tetiba ilah nampak ada dua susuk tubuh tengah berdiri pakai jubah cam telekung pun ader warna putih di mana sorang cam lelaki manakala sorang lagi cam pompuan dan kedua2nya berwarna hitam legam.....dorang nie tengah berdiri kat sudut tepi ruang tamu umah sambil memandang kat ilah ngan pandangan tajam...isk! dorang nie naperlah asyik tengok ilah..tengoklah kak long...dahlah hitam legam "bentak ilah dalam hati sambil tutup mata

Sementara mak lak pelik tengok ilah sebab melihat ilah tutup mata ngan tangan sambil hentak kaki dan siap wat cakap "syoh! syoh! macam halau ayam.sambil baca doa makan.(.he..he.time nie doa makan ngan bismillah jer tahu baca .)

last2 mak pergi kat ilah dan pegang tangan ilah terus ilah berhenti baca doa makan sambil hentak kaki...dan bila ilah buka mata ..bende hitam legam yang ilah nampak hilang .....dan menurut mak juga lepas ilah buka mata tanpa segan silu minta ngan mak nak menyusu badan ...he..he...he.....

Selepas bagi ilah menyusu ...mak bersiap nak gi pasar kat depan rumah..dan selalunya mak mesti bawa ilah sementara along tinggal kat umah sebab masih tido ...dan akan dijaga oleh abah sementara kami ke pasar..tapi kali nie abah tiada jadi mak bercadang nak bawa along sekali ...tapi malangnya menurut mak bila mak cuba kejut along dari tido nie punyalah susah nak bangun..siap menangis lagi bila emak tarik puting ..bila letak balik kat mulut dia..boleh lak senyap terus landing kat katil terus tido balik....he..he...he..kelakau tu alaong ilah...

last2 mak amik keputusan tinggalkan along sekejap sebab selalunya kalau mak ke pasar hanya mengambil masa lebih kurang 5 minint sehingga sepuluh minit jer....jadi mak tinggalkan along keseorang kat umah dengan menutup semua tingkap kat umah ngan pintu di kunci. (rumah kami nie setingkat jer takder tangga tinggi...)

Bila dah beli apa yang patut menurut mak ..kami berdua terus balik ke rumah secepat yang mungkin sebab risau along bangun...jadi dalam sepuluh minit kemudiannya kami pun sampai ke rumah..
dan bila mak buka pintu...alangkah terkejutnya mak sebab along tido kat depan pintu ngan terkencing serta muka sembab macam baru menangis sambil terlelap kat situ......hmm masa nielah mak dah syak sesuatu dan mulai hari tu mak mengalami gangguan sepanjang abah takder kat rumah masa tu...masa nie abah dijangka pulang dalam keesokkan tengah hari

Menurut mak, mak mula diganggu semasa mak nak solat Zuhur pada hari yang sama along terlelap di depan muka pintu...semasa mak sedang sembahyang tetiba ada bende baling pasir kat atas sejadah mak...terkejut mak...terus mak berhenti solat ..dan buang pasir tersebut.dan bila mak lihat sekeliling tiada apa2 yang pelik .bila mak nak solat kembali ...tetiba ada bende baling pasir sekali lagi kat mak kali nie lagi banyak daripada sebelum...terus mak berhenti solat dan buang pasir tersebut ..

kali nie mak nekad solat ngan pejamkan mata dan cuba khusyuk tuk solat dan alhamdullilah mak berjaya abiskan solat Zuhur....dan kejadian nie berulang setiap kali mak nak solat Asar ,maghrib dan Isya'

Setelah ilah ngan along tido ...mak menyapu ubun kami berdua sambil membaca ayat pendinding supaya kami berdua tidak diganggu .....alhamdullilah ilah ngan along tido nyenyak..cuma mak yang kena ganggu teruk malam tu....pada tengah malam tetiba mak tersedar sebab mak dengar bunyi org berjalan kat zink umah dan bunyi org baling pasir kat zink atap umah ..dan bila mak buka mata..mak terkejut sebab ada dua lembaga hitam legam betul berdiri kat hujung kaki mak..cepat2 mak bangun nak peluk ilah dan along sebelum sempat mak mencapai kami berdua ..salah sorang lembaga hitam laju bergerak ke arah mak dan tunduk berlaga muka mak sambil menyeringai dan terus cekik leher mak..manakala seorang lagi melompat ke katil dan melayang memijak kaki mak sambil terapung....

terus mak kejung tak bergerak sebab mak rasa berat yang amat sangat serta kesakitan daripada kaki hingga ke leher..mak cuba meronta dan cuba membaca ayatul kursi tetapi kerongkong mak macam tersekat2...dan tanpa duga mak dapat menyebut "Allahu Akhbar!" terus makhluk hitam dua ekor tu hilang serta merta...badan mak abis basah berpeluh dan terus mak peluk kami berdua sampai pagi...dan esok pepagi mak pergi rumah jiran yang berdekatan sementara menunggu abah pulang .

Bila abah pulang mak ceritakan apa yang terjadi selama abah tiada kat rumah..dan tanpa berlengah lagi abah pergi berjumpa tuan rumah dan bertanya sama ada umah yang kami sewa tu berhantu..pada mulanya pakciktuan umah nie tak mengakui..siap cakap mungkin mak mimpi...abah punyalah marah siap nak bersilat ngan tuan umah nie...nasib baik suami jiran nie ada bersama sabarkan abah..haaa time nie barulah tuan umah nie cakap umah yang kami sewa nie memang berhantu..dah ramai duduk tapi tak sampai sehari terus cabut...abah punyalah marah ngan tuan umah tu sebab tak jujur ngan abah...last2 tuan umah tu pulangkan duit sewa abah....tapi abah tak ambil sebab kata abah terpaksa duduk kat umah tu selama sebulan sebab susah nak dapat umah dalam masa terdekat.....akhirnya tuan umah bersetuju semua kos air serta elektrik dia yang tanggung selama kami sekeluarga tinggal di situ..dan abah setuju

sementara mak lak setelah dipujuk oleh abah ..barulah mak setuju pulang semula ke rumah tersebut..dan pada malam tu pada kali pertama abah menggunakan ilmu yang ada untuk melindungi kami sekeluarga selama sebulan

menurut mak , pada malam tu selepas Isyak abah membuat sesuatu di mana setiap penjuru umah abah menekan duit syiling perak dengan ibu jari sambil membaca beberapa ayat al-Quran terutama daripada surah Al-Imran , surah al-Jin  dan doa nabi sulaiman  dan ajaibnya syiling tersebut melekap di tempat yang abah tekan macam di gam..dan masa abah tekan syiling tu mak dengar bunyi benda jatuh macam dilontar ngan kuat diluar rumah ..bila ditanya ngan abah kata tiada apa..

dan alhamdullilah semenjak tu..bila abah tiada dirumah tiada gangguan lagi...cuma ada kalanya ilah nampak makhluk hitam tu macam terpasung kat tanah kat luar umah tak leh bergerak..dan bila cukup sebulan tempoh ..kami sekeluarga berpindah ke tanah rancangan- THE END


[ Last edited by  ilahkhatibrani at 3-6-2009 17:25 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 03:51 PM | Show all posts

Reply #73 ilahkhatibrani's post

makhluk ape tu ..siap senyum,adehhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:27 PM | Show all posts
Salam tuk ILAH n sume peminat2 citer Mistik Ilah
baru hari nie berkesempatan nak melawat umah baru..
ape2 pon GOOD LUCK ILAH..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:39 PM | Show all posts
Salam Ilah & kengkawan..

tahniah untuk umah baru ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2009 05:23 PM | Show all posts
Masa aku umur 4 tahun aku tak hingat langsung apa yang berlaku kat sekeliling aku masa tu...

Ilah pula dengan detail boleh ingat...wuiii respek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 05:27 PM | Show all posts
WAT KENGKAWAN TERUTAMA HALIMI DAN SYD KISAH MISTIK BADI PESAKIT GANJIL ILAH AKAN UPDATE KAT PAGE DEPAN TAPI HARI NIE TAK SEMPAT SEBAB CITER YANG NIE TERLALU PANJANG INSYA-ALLAH BILA ADA KELAPANGAN ILAH AKAN UPDATE ..JADI BERI MASA SEDIKIT TUK ILAH YEK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 05:29 PM | Show all posts

Balas #75 gilmoregirl\ catat

SALAM GILMORE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2009 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by tondu at 3-6-2009 17:23
Masa aku umur 4 tahun aku tak hingat langsung apa yang berlaku kat sekeliling aku masa tu...

Ilah pula dengan detail boleh ingat...wuiii respek...


salam Tondu..

ingat sikit2 jer bila mak bercerita ngan ilah ada teringat mana yang patut..tapi selebihnya banyak dapat daripada mak...alaaa empat tahun dah besarlah ..bila dah lima tahun ilah dah masuk tadika dah...siap ingat selalu menyanyi lagu air terjun ngan lagu "anakl  ayam turun sepuluh"  kat tadika ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.133377 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list