CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: urusniaga2020

Hakim Berikan Sebab Kenapa Benarkan Herald Guna Nama Allah

[Copy link]
Post time 17-1-2010 11:16 PM | Show all posts
59# migdal_bavel

Ntah la Migdal..perkara tersebut telah pun dipersetujui oleh ahli bahasa hebrew, arab dan melayu...tp bila bab mlysia...mjdi sebaliknya...

Benda yg asas pun msh keliru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2010 11:17 PM | Show all posts
60# genot

DBP klu x silap aku, versi awal2 dulupun terjemah God kpd Allah, tp ntah sejak 2 menjak ni ditukar jd tuhan..motif???
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 11:19 PM | Show all posts
Rasanya tak ada sapa salah siapa benar....kalau ada yg salah dan ada yg benar..kenapa Majlis Peguam sendiri minta kes kalimah Allah ni diselesaikan diluar mahkamah?.

Siapa boleh jawap?.
Anak_Nogori Post at 17-1-2010 12:37


yg salah adalah penjujung "lord Reid" perlembagaan malaysia yg membuat hakim berani membuat keputusan....siapakah pengaggungnya?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 11:20 PM | Show all posts
Salam Genot, semoga afiat ke atas ko dan keluarga ko juga.

Pembelajaran bahasa Ibrani ko rasanya dah baik, harap ko boleh membaca Hebrew Koran ini bahawa nama Allah dalam al-Qur'an memang diterjemah kepada Elohim dalam Hebrew.

أَيْنَمَا تَكُونُواْ يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُواْ هَذِهِ مِنْ عِندِ اللّهِ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُواْ هَذِهِ مِنْ عِندِكَ قُلْ كُلًّ مِّنْ عِندِ اللّهِ فَمَالِ هَؤُلاء الْقَوْمِ لاَ يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا (سورۃ النساء, آيۃ 78)

המוות ישיגכם בכל מקום אשר בו תהיו, ולו גם במגדלים נישאים. בפקוד אותם טובה, יגידו, זאת מעם אלוהים, ובפקוד אותם רעה, יגידו, זאת מעמך. אמור, הכל מעם אלוהים, ומה להם לאנשים הללו כי לא יבינו דבר מן האמרים? (סורת הנשים, פסוק 78).


http://quranet.haifa.ac.il/he-quranet/7-chapter-1/20-what-should-you-say-to-a-girl-who-feels-guilty-about-her-fathers-death.html

http://quranet.haifa.ac.il/he-quranet/7-chapter-1.html

Quranet ni adalah pengajian tentang Islam bagi orang Yahudi, ia wujud dalam Ibri dan Arabi
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 11:21 PM | Show all posts
60# genot

DBP klu x silap aku, versi awal2 dulupun terjemah God kpd Allah, tp ntah sejak 2 menjak ni ditukar jd tuhan..motif???
cmf_shalom Post at 17-1-2010 23:17


dorg tu ngengada arh, ada isu baru banyak bunyik, ada lagik isu2 penting yg patut dorg sibukkan selain dr isu terjemahan bible yg spatutnya tertakluk bawah perintah Vatican sana, bkn hal org lain utk kacau2..... aku pon dendam dgn org2 DBP neh.... org tanya sesuatu bek2 dorang leh tengking2 org mcm bagosss jer, cakap x surupa bikin...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 11:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by migdal_bavel at 17-1-2010 23:52

Ak letak kembali post ak tentang hubungkait Allah dan Elohim ini agar orang faham kenapa Elohim dalam Bible tidak diterjemah kepada Tuhan dalam bahasa Melayu:

Kristianiti beriman kepada kitab-kitab Ibrani. Dalam bahasa Ibrani, apabila ingin menterjemahkan Elohim אלהים kepada bahasa Arab, ia memang diterjemah kepada Allah الله

Begitu juga sebaliknya, al-Qur'an yang berbahasa Arab apabila diterjemahkan kepada al-Qur'an Ibrani maka nama Allah  الله diterjemah kepada Elohim אלהים

dan hal ini bukannya seperti yang dihujahkan, kononnya ia hanyalah adat kebiasaan Yahudi dari Tanah Arab yang terpengaruh dengan bahasa Arab, maka cuba meminjam nama "Allah" sebagai makna bagi Elohim.

Nama Allah telah digunakan umat Yahudi dalam Sifrut CHaZa''L [kitab-kitab pendeta] di mana, dalam terjemahan Ibraninya, nama Elohim digunakan.

Hanya dalam konteks pentrasliterasian Ibrani-Arabi, jika ingin menulis atau menyebut satu kata nama Arab yang mengandungi nama Allah seperti Abdullah, Allahu Akbar, maka baharulah ditransliterasikan Allah itu dengan אללה maka jadilah Abdullah עבדאללה dan Allahu Akbar אללה אכבר . Ini dipanggil kaedah transliterasi dan bukannya kaedah terjemahan, yakni perkara yang kita perbahaskan sekarang.

Ia bahkan sememangnya satu terjemahan harafiah di samping berkonsepkan tauhid yang sama.

Elohim אלהים sendiri khusus merujuk kepada Tuhan yang Esa, untuk membezakan perkaaan Elim אלים (kata jamak bagi El אל yakni tuhan dalam bentuk umum), sama seperti orang Islam menggunakan perkataan Ilah اله (iaitu kata umum bagi tuhan untuk membezakan Allah الله dengan ilah/tuhan lain).

Ada Muslim cuba berhujah dengan mengatakan bahawa Elohim אלהים hanyalah kata jamak bagi Eloah אלה yang merupakan kata am untuk makna "tuhan" , iaitu sama erti secara etimologi dengan perkataan Ilah اله dalam bahasa Arab. Bersifat umum semata-mata dan tidak layak disamakan dengan Allah yang Maha Esa.

Hujah mereka, orang Islam menyembah Allah yakni kata nama khusus, bukannya bererti tuhan secara am tetapi adalah kata personal bagi Tuhan Sekalian Alam.

Perlu diingatkan bahawa, kata nama Allah الله sendiri berasal dari kata dasar Ilah اله yang umum itu.

Untuk memahamkan perkara ini, kita rujuk kembali kepada konsep ma'arifah (kata nama khas) dan nakirah (kata nama am) dalam tatabahasa Arab. Bahasa Melayu, tidak ada definite article "The" dan "Al" macam dalam bahasa Inggeris dan Arab, maka sebab itulah kalian agak kurang faham dalam soal ini berbanding masyarakat yang bertutur bahasa Semitik.

Bahasa Melayu hanya menggunakan perkataan "itu" atau "ini" untuk merujuk kepada sesuatu benda secara pasti dan khusus.

Dalam bahasa Arab, sebenarnya sebutan dan penulisan Allah الله itu berasal daripada perkataan Ilah اله yang telah dimakrifatkan (dikhususkan) demi menunjukkan Tuhan yang Esa bagi sembahan monotheistic religions.

Untuk memakrifatkan suatu kata nama, maka mestilah ditambahkan dengan definite article Al ال sehingga terjadilah perkataan al-Ilah الاله atau dalam bahasa Melayu secara literalisnya - Tuhan itu [The God]

Dalam kaedah bahasa Arab, apabila terdapat huruf Lam ل yang dipisahkan dengan huruf Lam ل yang lain oleh satu huruf Alif ا , maka huruf Alif itu turun pangkatnya kepada tanda shaddah ّ saja. Sebab itulah kita dapat lihat tanda Alif kecil di atas tanda shaddah pada nama Allah الله

Kaedah ini teraplikasi kepada sebutan al-Ilah الاله ini di mana ia diringkaskan kepada Allah الله dengan mentashdidkan huruf Alif ا pada pangkal perkataan Ilah اله sehingga terjadilah sebutan Allah الله

Kita sebut Lillah لِلّه (ertinya kerana Allah), tetapi di manakah nama Allah الله di situ? Sedangkan huruf Alifnya tiada bukan? Hal ini kerana kaedah yang sama teraplikasi.

Huruf Jar (huruf kata penghubung) yakni huruf Lam ل (yang membawa maksud kerana, untuk, bagi) itu telah menyebabkan huruf Alif pada nama Allah الله telah hilang. Huruf Lam yang terganda sebanyak tiga kali itu dibataskan kepada dua sahaja maka jadilah Lillah لِلّه  (ertinya kerana Allah).

Ini merupakan kaedah bahasa Arab.

Maka bagi bahasa Ibrani ada kaedahnya tersendiri. Untuk merujuk kepada Tuhan yang Esa yang disembah monotheistic religions, maka perkataan Eloah אלה yang sama etimologi dengan Ilah اله tadi dijamakkan atas dasar plural of majesty.

Untuk menjamakkan suatu shem etzem (kata nama), mestilah ditambahkan dengan huruf Yod י dan huruf Mem ם aka -im. Alhasilnya, tersebutlah Elohim אלהים .

Kaedah bahasa Arab tidak perlu menjamakkan kata nama atas sebab plural of majesty. Sebab itu kita tidak pernah dengar perkataan Aalihah آلهة yakni kata jamak bagi Ilah اله untuk merujuk kepada Tuhan yang Esa.

Pokok pangkal di sini, agama Yahudi, Kristianiti dan Islam berasal daripada kaum Semitik yang menggunakan bahasa Semitik. Dalam bahasa Semitik, kata dasarnya semua sama, termasuklah bagi makna tuhan.

Tuhan dalam bahasa Semitik terbentuk daripada huruf Alef, huruf Lam dan Huruf Heh, tidak kiralah sama ada Ibrani, Suryani atau Arabi kesemua bahasa mempunyai huruf yang sama walaupun bentuk huruf berbeza. Sebutannya Eloah, Ilah, Alaha tapi kata dasarnya tetap sama, terbentuk daripada 3 huruf yang sama.

Dan apabila timbul soal ingin merujuk kepada Tuhan yang Esa (tauhid agama samawi), maka soal bahasa tetap tidak dapat lari. Meskipun kita sudah tahu bahawa kata dasar tuhan itu adalah sama, tetapi bahasa Ibrani dan Arabi berbeza dalam soal ini menurut kaedah nahunya.

Bagi bahasa Arab (yang menjadi bahasa keagamaan Islam), perlu diletakkan definite article Al ال akan tetapi bagi bahasa Ibrani (yang menjadi bahasa keagamaan Judeo-Kristianiti), perlu dijamakkan dengan -im ים .

Justeru, para penterjemah sudah tentulah sememangnya telah ahli dalam hal ini maka sebab itulah ketika mereka menterjemahkan Bible dari bahasa Ibrani kepada bahasa Arab, nama Elohim אלהים (merujuk kepada Tuhan yang Esa dalam erti kata tauhid agama monotheism) diterjemah kepada nama Allah الله .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2010 11:28 PM | Show all posts
Dan oleh sebab bahasa Melayu sendiri menggunakan banyak kata pinjaman bahasa Arab termasuklah untuk Allah ini, maka hukum yang sama teraplikasi. Allah bukanlah bahasa Melayu, tetapi bahasa Arab.

Dalam kaedah menterjemah suatu bahasa, kita tidak akan menterjemahkan kata pinjaman bahasa asing tersebut mengikut kaedah bahasa yang meminjam itu, akan tetapi kita akan merujuk semula kepada kaedah bahasa asal bagi perkataan yang dipinjam itu

Maka tidak perlu timbul soal kenapa tidak diterjemahkan kepada perkataan Tuhan saja dalam konteks nama Elohim (sebagaimana dakwaan hujah sesetengah Muslim) kerana mereka fikir, Elohim hanyalah sama erti dengan nama Tuhan saja (bersifat am untuk merujuk kepada tuhan lain).

Hujah ini melanggari hukum bahasa Ibrani dan Arabi yang saling berkait. Elohim dan Allah adalah dua kata yang sama. Penterjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu adalah bukannya dari bahasa Inggeris (God) akan tetapi dari perkataan Elohim bahasa Ibrani itu sendiri.

Bahasa Inggeris juga sama seperti Melayu, bukanlah satu bahasa Semitik sebab itulah penganut Yahudi yang bertutur dalam Inggeris tetap memanggil Elohim manakala penganut Muslim yang bertutur dalam Inggeris memanggil Allah, kerana bahasa Inggeris, seperti bahasa Melayu, bukanlah bahasa yang mempunyai kaitan dengan bahasa Semitik sehingga terpaksa menggunakan nama yang sama.

Hal ini mungkin kerana bagi mereka, mereka percaya bahawa sejak nabi Adam, hanya nama Allah merupakan sebutan yang sebenar dan betul bagi Tuhan yang Maha Esa sejak nabi Adam.

Kefahaman ini tidak wujud bagi kaum-kaum Semitik yang terlebih dahulu mewarisi agama-agama monotheism ini. Mereka yang menganut agama Yahudi, Kristianiti, Islam adalah multilingual dan dalam tradisi agama, nama Elohim אלהים (Ibrani), Allaha ܐܰܠܳܗܳܐ (Suryani) dan Allah الله (Arabi) saling digunakan mengikut bahasa yang digunakan tanpa ada bias.

Seorang Syriani yang beragama Islam akan tetap memanggil Tuhan yang Esa dengan nama Allaha ܐܰܠܳܗܳܐ semasa bertutur dalam bahasa Suryani atau malah ketika berdoa dalam bahasa Suryani  (melainkan semasa beribadah dalam bahasa Arab, akan sebutlah Allah). Begitu juga dengan seorang Yahudi yang memeluk Islam, dalam pertuturan hariannya atau doanya dalam Ibrani, akan tetap memanggil Elohim אלהים untuk merujuk kepada Allah yang disembahnya dalam bahasa Arab semasa solat.

Tidak pernah timbul hanya Elohim lah yang asal, hanya Allaha lah yang asli, atau hanya Allah yang sebenar dalam kalangan Yahudi kerana perbezaan sebutan ini seperti perbezaan loghat saja. Hakikatnya, kata dasarnya tetap sama.

Bahasa Semitik sangat spesifik dengan agama Monotheism dan malah tatabahasanya sendiri sememangnya dilingkari dengan agama. Ketika ada kaum Semitik beragama Polytheism sekalipun, nama Elohim, Allaha, Allah tetap menjadi Tuhan yang Terutama. Dalam Taurat, Elohim digelar Tuhan segala tuhan (sebagai simbol kepada kebenaran Tuhan Esa terhadap tuhan berhala sembahan).

Maka tidak boleh samakan dengan bahasa lain yang bukan bahasa asal bagi agama yang korang semua anuti (Islam dan Kristianiti).

Dalam bahasa Ibrani dan bahasa Arabi, telah termaktub dengan sendirinya bahawa nama Allah dan Elohim itu saling interchangable, tidak bertukar hukumnya dari segi etimologi bahkan dari segi tauhidnya jua. Ini adalah bahasa, dan bahasa jiwa kepada bangsa dan dari bangsa inilah agama korang datang.

Kaum Semitik yang menganut Yahudi, Kristianiti dan Islam tidak pernah timbul masalah ini dalam kalangan mereka kerana ia sememangnya suatu yang sangat basic dan asas. Kita tidak akan terkeliru dengan bahasa ibunda kita sendiri.

Hanya Muslim penutur bagi bahasa Melayu (ditambahkan lagi kuat perkauman dan politiknya) dengan fikiran bahawa agama Kristianiti itu tauhidnya lain dengan tauhid Islam, oleh itu mereka beranggap Elohim itu juga termasuk dalam tauhid yang lain.

Kristiniti tetap menggunakan kitab yang sama dengan umat Yahudi (merujuk kepada Old Testament/Hebrew Bible) dan yang membezakan hanyalah tafsirannya tentang tauhid tetapi dari segi bahasa kitabnya, ia tetap sama.

Sejak azali lagi, Elohim itu adalah semulajadi kata nama yang merujuk kepada Allah bagi orang Muslim. Hujah Yahudi mengubah sebutan nama Allah hanyalah satu hujah ignorant yang tidak berasas kerana hal ini berkait dengan soal bahasa, bukannya akibat kefahaman agama yang berbeza. Tolong asingkan perbezaan antara Islam dan Judeo-Kristianiti apabila berbicara soal asas yang sama di mana ia menjadi tunjang bagi agama kita.

Persoalan Yahudi mengubah kitab itu hanya wujud dalam ideologi Islam, sedangkan sebelum zaman Muhammad lagi nama Elohim, Allaha dan Allah digunapakai untuk kaum Semitik rujuk kepada Tuhan yang Maha Esa.

Jika tidak faham hujung pangkal, sepatutnya tidak boleh menjatuhkan hukum kerana nama Allah bukanlah dari bahasa Melayu tetapi bahasa Semitik yakni bahasa agama yang kita semua anuti. Bahasa Semitik berbeza dengan bahasa Melayu yang tidak punya asal usul bagi mana-mana agama monotheism. Bahasa Semitik sudah sejak azali lagi mempunyai nama khusus terhadap Tuhan yang Esa (sembahan agama-agama Monotheism). Jika ingin anuti agama Semitik, maka mahirlah bahasa itu dan adik-beradiknya jua.

Jika hendak lebih faham, kita pergi kepada asal-usul bagi bahasa Semitik yakni ibu kepada segala bahasa. Lihatlah asal-usul bagi tulisan Arab dengan adik-beradiknya yang lain seperti Ibrani dan Suryani (Aramaic). Bahasa Semitik merujuk kepada bahasa yang berkembang terus dari piktograf Proto-Canaanite.

Tulisan Rumi yang diikuti kalian itu berasal daripada tulisan Yunani (bapa kepada segala bahasa Eropah) yang telah berevolusi daripada huruf Phonenicia (dari Proto-Canaanite juga) dan dari situ, terus berkembang mengikut hala tuju sendiri dan menjadi jauh daripada bahasa Semitik apabila huruf-huruf lain diwujudkan semasa era perkembangan Latin yakni tulisan Roman yang kita semua gunapakai hari ini.



Piktograf Proto-Canaanite ini berasal daripada permulaan tamadun dunia ini wujud yakni di Sumeria yang bertulisan Cuneiform, kemudiannya tamadun Mesir yang bertulisan Hieroglyphs. Inilah piktograf Proto-Canaanite yang telah menjadi leluhur asal bagi bahasa Semitik di mana bahasa Semitik, tidak seperti bahasa lain yang telah jauh berkembang mengikut hala tuju sendiri. Bahasa Semitik tetap menggunakan huruf yang sama, sebutan yang sama mengikut piktograf-piktograf Proto-Canaanite:




Maka dengan itulah kita menganggap bahasa Semitik seperti Arab, Ibrani dan Suryani diturunkan terus daripada Proto-Canaanite. Huruf-huruf dan sebutannya tetap sama. Dan bagaimanakah orang-orang Semitik ini boleh mengasaskan perkataan? Rujuklah tamadun di mana kita bermula. Piktograf Proto-Canaanite adalah terdiri daripada lambang-lambang atau gambar-gambar yang berkait rapat dengan kaum Semitik (keturunan Sam bin Nuh).

Kesemua kata dasar boleh dicari asal-usulnya maka termasuklah kata dasar bagi makna tuhan bagi kaum Semitik yakni Ilah اله dan juga Eloah אלה . Eloah atau Ilah ini dieja dengan huruf Alef ا א  , huruf Lam/Lamed ل ל dan huruf Heh ه ה

Kita boleh kaji, bahawa piktograf Proto-Canaanite bagi huruf Alef ini diwakili gambar Lembu Jantan yang bermaksud suatu yang berkuasa, pemimpin, penguasa menurut tradisi Semitik. Huruf Lam/Lamed pula berasal dari piktograf yang diwakili gambar Tongkat Pengembala yang bermaksud perbuatan menternak, memelihara, memimpin, membimbing, mentarbiyah. Nabi-nabi dari kaum Semitik semuanya seorang Pengembala atau Ro'i yang juga maksudnya Pemimpin. Huruf Heh pula diwakili oleh gambar manusia dengan kata lain khalifah di bumi ini.

Jika kita atur huruf Alef, huruf Lam, huruf Heh ini sebagai satu gabungan, maka kita dapat lihat asal usul bagi kata nama Ilah dan Eloah ini adalah dari makna pemimpin/penguasa+memimpin/memelihara+manusia dan dari inilah makna Tuhan itu kita dapat. Sebab itu dalam tradisi Judeo-Kristian, Tuhan digelar Adonai Ro'ie atau maknanya the L-rd is my Shepherd (Tuhan adalah Pengembalaku/Pemimpinku)

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 11:36 PM | Show all posts
Dah xde hakim ISLAM ke kat Malaysia ni,agaknye dah pupus kot,hu2...:kant:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2010 11:46 PM | Show all posts
menarik skalik penerangan migdal.... sbenarnya apa yg ada dlm kotak fikiran aku gak. aku agak dorang yg melayu ni hanya baca ayat2 dari kitab suci macam baca formula magis jer.... bukan baca dengan kefahaman sebagaimana penutur sebenar bahasa dalam kitab tu yg baca n merasainya.... mcm yg ko cakap arh, aku x nah anggap basa Ibrani sbg bahasa yg berbeza, sbenarnya basa yg srumpon gak mcm bahasa suryani sb nenek moyang kita memang tinggal sebelah menyebelah saja n saling berhubung2.

owh best, sronok dapat bahan bacaan dalam bahasa Ibrani, trima kasih aku snagat hargainya... aku bleh agak sikit2 dah makna perkataan2 dalam terjemahan bahasa Ibrani tersebut walopon aku x tgk bahagian yg berbahasa Arab. herannya aku mmg blajar bahasa korang tanpa amik masa yg lama walopon mula2nya aku sukar gak nak bezakan huruf2 korang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 12:32 AM | Show all posts
mcm yg ko cakap arh, aku x nah anggap basa Ibrani sbg bahasa yg berbeza, sbenarnya basa yg srumpon gak mcm bahasa suryani sb nenek moyang kita memang tinggal sebelah menyebelah saja n saling berhubung2.


Sebab masing-masing ada kitab dan peradaban, maka leluhur kita berkembang mengikut hala tuju sendiri sebab itu ada sistem penulisan yang berbeda. Kalau Kaum Semit yakni Bani Sam tidak berkembang, mungkin tidak akan ada orang Arab, orang Ibri, orang Asyuri, orang Kaldani dan lain2. Mungkin hanya ada bangsa Semitik saja.

owh best, sronok dapat bahan bacaan dalam bahasa Ibrani, trima kasih aku snagat hargainya... aku bleh agak sikit2 dah makna perkataan2 dalam terjemahan bahasa Ibrani tersebut walopon aku x tgk bahagian yg berbahasa Arab. herannya aku mmg blajar bahasa korang tanpa amik masa yg lama walopon mula2nya aku sukar gak nak bezakan huruf2 korang...


http://www.seforimonline.org/seforimdb/index.php

Ini dia kitab-kitab muktabar dalam Judaism yang boleh diperoleh secara online tapi agak sukar untuk membacanya kerana berbentuk pdf.

Cuba cari kitab muktabar karangan RaMBa''M دلالة الحائرين דלאל̈ה אלחאירין - The Guide for the Perplexed yang ditulis dalam bahasa Yahudi-Arabi kemudiannya diterjemah ke dalam bahasa Ibrani dengan nama Moreh Nevuchim oleh keluarga Ibn Tibbon

http://www.seforimonline.org/seforim9.html

Bahasa Yahudi-Arabi adalah bahasa Mizrachim di Tanah Arab yang mengasimilasikan bahasa Arab dengan terma-terma Ibrani dan dalam masa yang sama menggunakan huruf-huruf Ibrani sebagai penulisan. Kalau ko baca, macam bahasa Arab dalam tulisan Ibrani saja (bagi orang Arab ia adalah satu lahjah, bukannya bahasa).

Bahasa Yahudi-Arabi seperti suatu equivalent kepada Yiddish (Hebrew-German-Slavic) bagi Ashkenazim dan Ladino (Hebrew-Spanish) bagi Sephardim
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 12:44 AM | Show all posts
70# migdal_bavel

bagus la ko nih migdal rajin melayan budak2 nih dan explain macam2. nanti slow2 akak bace semer tulisan awak
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 12:45 AM | Show all posts
owh wow, menarik ya amat n amat mudah nak baca walopon dalam tulisan Ibrani!!!! kitab2 nih susah nak cari n aku rasa x kan jumpa kat negara yg mangkok mcm nih!!!! mesti donlod n baca dolo....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 01:13 AM | Show all posts
Rasanya tak ada sapa salah siapa benar....kalau ada yg salah dan ada yg benar..kenapa Majlis Peguam sendiri minta kes kalimah Allah ni diselesaikan diluar mahkamah?.

Siapa boleh jawap?.
Anak_Nogori Post at 17-1-2010 12:37



Putrajaya setuju perkataan Allah diguna di Sabah dan Sarawak
Joe Fernandez | Jan 15, 10 3:23pm
Selepas beberapa bulan tercetus isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah suci tersebut digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kiri) dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.   Nazri berkata, beliau pernah menyaksikan upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan mendengar perkataan Allah disebut di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 01:19 AM | Show all posts
habis la migdal bakal digelar melayu urban jugak sbab bg hujah yg mcmni.....


bg aku, buat apa ckp pada org yg tutup telinganya dan x nk dengar pendapat org lansung....bila x sama pendapat cthnya dlm isu ni..terus dikafirkan org itu,terus digelar urban dan sbgnya....mmg mcm tin kosong....bunyinya kuat...tapi dlmnyaa kosong....maka...biarlah mereka....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 01:26 AM | Show all posts
owh wow, menarik ya amat n amat mudah nak baca walopon dalam tulisan Ibrani!!!! kitab2 nih susah nak cari n aku rasa x kan jumpa kat negara yg mangkok mcm nih!!!! mesti donlod n baca dolo.... {:1_132: ...
genot Post at 18-1-2010 00:45


ini dia kitab tu

http://www.seforimonline.org/seforimdb/pdf/217.pdf

url yang ak bagi sebelum ni tak dapat kan. Untuk muat turun, ko kena zoom in kan gambar dia, lepas tu baru dia tunjukkan url bagi pdf yang kita hendak download tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 01:30 AM | Show all posts
bagus la ko nih migdal rajin melayan budak2 nih dan explain macam2. nanti slow2 akak bace semer tulisan awak


terima kasih kak, selamat membaca  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.520805 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list