CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sakura_ungu

Dia dan Satu Impian

 Close [Copy link]
Post time 26-3-2010 03:57 PM | Show all posts
just for information, kalau sabtu dan ahad, tak leh nak masuk sini lah sebab ada kelas. So next entry, hari isnin la jawabnya

sorry semua
sakura_ungu Post at 26-3-2010 15:04

Okeh no hal rasanya ramai juge yg membaca time di office...so x ketara sgt jiwa weekend x ada n3.
Masih belajar lagi.......ropenya ....trend le ni ramai student2 IPTA or sewaktu dgnnya menulis enovel...
tabik spring dgn bakat yg mereka ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2010 04:20 PM | Show all posts
Bagus2 dgn adik2 yang berbakat sanggup meluangkan masa mencurahkan idea untuk menceriakan hari2 yang tension dan membosankan kakak2 diopis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2010 05:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by sakura_ungu at 26-3-2010 17:36

Bahagian 6

***************************************************

Usai kelas Behavioural Sciences tengahari itu, Zafran tidak menunggu lama. Dia mengemas buku dan segera melangkah keluar dari dewan kuliah 3. Kepalanya terasa berdenyut-denyut dan pandangannya berpinar. Sudah dua hari dia tidak mendapat rehat yang cukup. Tidur ala-ala tidur ayam, ayam pun tidur dengan lena agaknya. Tidur spesis gajah agaknya aku dalam minggu ni, bisik hatinya sendiri.

Apa yang dia buat serba tak kena. Memasak spageti semalam, kononnya resepi istimewa Dunkirk tapi tak menjadi apabila dia terlebih garam dan cili. Sudahnya, Fuad dan Azlan, teman serumah sakit perut sepanjang hari. Dia cuba menghadap buku dan menelaah nota Molecular Biology tetapi hanya dapat bertahan dalam dua jam sahaja. Selebihnya dia akan kembali terfikirkan perkara itu. Lantas dia keluar, berbasikal ke Wollaton Park sehingga ke Forest Field dan bila Maghrib barulah dia kembali terjengul di muka pintu bilik. Solat penyembuh duka, itulah yang penawarnya paling utama, dan dia terlelap di atas sejadah sehingga subuh menjelang. Terjaga dari tidur bila suara Daniel bergema, melaungkan azan Subuh, memenuhi rumah mereka di Countyby itu.

"Zaf! Awalnya balik!" Rashdan, pelajar tahun tiga jurusan Medical and Surgical Sciences menjerit dan dia menoleh. Bakal bergelar doktor untuk dua tahun lagi. Semput lelaki itu mengejarnya dari dewan kuliah tadi.

"Nak singgah Blackwell kejap, bro. Ada buku nak kena beli," ucapnya selamba.

"Kau nampak cam tak sihat je. Berjangkit Fuad ke?" Rashdan bersuara aneh. Mereka mula bersaing langkah, menuju ke tingkat bawah blok timur, Nottingham Medical School. Pelajar-pelajar yang lain juga nampaknya usai kuliah masing-masing, dan koridor yang luas itu mula nampak padat tatkala pelajar keluar dari bilik kuliah untuk ke destinasi lain. Hingar-bingar jadinya, dan mereka berdua terserempak dengan sekumpulan pelajar perempuan Malaysia yang baru tamat sesi pembelajaran. Tersenyum-senyum gadis itu semua tatkala terpandang Rashdan. Top malaysian student la katakan.

"Memang tak sihat sikit. Tapi bukan berjangkit Fuad. Fuad dah kebah dua hari lepas," Zafran bersuara agak malas. Mereka berdua menuruni tangga dan sekali lagi berselisih dengan sekumpulan pelajar malaysia yang dikenalinya, geng-geng Adlin dari KISAS. Sememangnya Nottingham seperti kampung Malaysia. Ke sana-sini pasti bertembung dengan orang tanahair sendiri.

"Berehat je la kat rumah. Mid-term tak lama lagi. Nanti tak pasal terganggu study,"
"Subjek Prof. Yatter. Takkan nak tinggal macam tu je," sindirnya selamba.
"Aku tahu kisah kau ngan Mardhiah,"
Zafran tak endah. Dia tahu itu topik sebenar yang mahu diperkatakan oleh Rashdan. Sepupu rapat kepada Ainul Mardhiah, pastinya Mardhiah menceritakan padanya. Dia melangkah semakin laju, menghampiri Blackwell's Medical Bookshop yang terletak di hujung koridor, bersebelahan dengan restoran Time for Coffee, restoran kegemaran dia dan Fuad melepak tatkala menunggu waktu pertukaran kelas.

"Mardhiah ada tinggalkan pesan untuk aku, mintak aku sampaikan pada kau,"

Kata-kata itu menghentikan langkahnya. Pesanan dari Mardhiah? Perlahan dia menoleh, memandang wajah Rashdan yang tenang, setenang air di Waterloo tatkala musim dingin melanda. Tak perlu pesanan itu, Zaf! jerit hatinya. Jika tidak, kau akan makin hilang pertimbangan nanti.

"Apa....apa yang dia cakap pada kau?" Nyata dia masih belum mampu mengikut kata hatinya. Perasaannya masih melonjak tatkala mendengar nama gadis yang pernah suatu ketika dahulu menghuni hidupnya.

Rashdan menarik nafas. Suasana hingar bingar pelajar tidak memberi kesan pada mereka. "Dia cuma pesan...antara kau dan dia tak pernah terputus ikatan persahabatan. Hubungilah dia semula bila kau dah bersedia nanti,"

Zafran terkelu. Suasana menjadi hening sejenak. Dia merasakan kakinya seolah tidak menjejak ke bumi. Orang ramai lalu-lalang di sekeliling seakan menjadi seperti angin, bertiup pergi meninggalkan tempias di pipi.

Mardhiah meminta aku menghubunginya semula. Mampukah aku?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 05:10 PM | Show all posts
Nottingham seperti kampung Malaysia....
Ini kg ROBIN HOOD... cerita yg paling haku suke tgk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2010 05:28 PM | Show all posts
Nottingham seperti kampung Malaysia....
Ini kg ROBIN HOOD... cerita yg paling haku suke tgk...
qimi08 Post at 26-3-2010 17:10


series mcm kampung Malaysia

robin hood akan muncul dipertengahan citer
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 05:34 PM | Show all posts
series mcm kampung Malaysia

robin hood akan muncul dipertengahan citer
sakura_ungu Post at 26-3-2010 17:28

nottingham, birmingham, oxford, conventry....tempat saya dulu2 he he he he
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-3-2010 05:45 PM | Show all posts
nottingham, birmingham, oxford, conventry....tempat saya dulu2 he he he he
qimi08 Post at 26-3-2010 17:34





rindu tak ngan Trent and Derby?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 08:03 PM | Show all posts
Wardah ni senasib ngan Nadira...sedihnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2010 09:23 PM | Show all posts

rindu tak ngan Trent and Derby?
sakura_ungu Post at 26-3-2010 17:45


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! best laa korang2 nie.. pakat2 penah dok kat obersea laaa... seronoknyeee...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 09:56 PM | Show all posts
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! best laa korang2 nie.. pakat2 penah dok kat obersea laaa... seronoknyeee...
mikoodette Post at 26-3-2010 21:23
aku ni dulu punya tinggi angan2 nak gi obersi belajar tp hajat tak sampai, tak mencapai piawaian, pastu family lak tgh bg tumpuan kat abang-abang dan kakak yg berderet kat U...masuklah kat U tempatan...best gak...hehehe, tp itulah kalau rezeki tak kemana dapat Azam org jauh!!! ha ha jadilah tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 10:11 PM | Show all posts
aku ni dulu punya tinggi angan2 nak gi obersi belajar tp hajat tak sampai, tak mencapai piawaian, pastu family lak tgh bg tumpuan kat abang-abang dan kakak yg berderet kat U...masuklah kat U tempatan ...
cmf_blingblings Post at 26-3-2010 21:56


still dpt jugak kan... at least... rather have than never!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2010 11:28 PM | Show all posts
cerita ini pun best
rasa sejuk pula bila baca cerita student kat obersee ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 12:56 AM | Show all posts
wow.. dah meriah ngan kemunculan penulis2 berbakat..
teruskan ye cherry blossom aka sakura
penulisan yg agak matang.. mmg sedap baca.. nasib baik tak leh wat makan

penulis ade kelas hujung minggu nih wat part time study ker??

@bling.. nak rehat kejap leh.. tapi nak coti panjang rasanye banjir umah hakim ngan an tuh ngan teriak tangisan peminat novel2 kat sini langsung kene tutup umah lepas tu bukak lagi satu.. ok gak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 11:53 AM | Show all posts
wow.. dah meriah ngan kemunculan penulis2 berbakat..
teruskan ye cherry blossom aka sakura
penulisan yg agak matang.. mmg sedap baca.. nasib baik tak leh wat makan

penulis ade ke ...
Kia_picanto Post at 27-3-2010 00:56
kia, kat sini pun hang sempat lagi keloi aku no?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 02:45 PM | Show all posts
kia, kat sini pun hang sempat lagi keloi aku no?
cmf_blingblings Post at 27-3-2010 11:53


err.. sebab ko menimbulkan kontroversi itu di rumah ini
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 02:59 PM | Show all posts
ooo..rupa2nya wardah dgn wafiyah adek beradek kembar..
sakura teruskan menulis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2010 09:35 AM | Show all posts
**************
Kuala Lumpur

Wardah menutup kitab Al-Quran kuning keemasan dan menciumnya lembut. Antara perkara yang cukup menenangkan jiwa dan perasaannya adalah membaca Quran. Untuk seketika, dia termangu di atas sejadah. Sunyi menusuk kalbu. Jika dahulu, Wafiyyah ada di sisi, solat berjemaah dan seterusnya bertadarus bersama-sama. Kini dia tiada, dan kesepian menguasai dirinya kini. Benarlah kata orang, kembar itu ibarat sebahagian dari diri, tiada kembar di sisi seperti hilang separuh dari jiwa dan anggota.

Apa yang Fiyah tengah buat kat sana agaknya? dia terfikir sejenak. Apapun keadaannya, dia yakin Wafiyyah boleh berdiri dengan tabah. Sungguhpun mereka kembar berbeza selang 5 minit, tetapi perwatakan jauh berlainan. Wafiyyah lebih tabah dan kuat, serta cekal mengharungi apa jua masalah. Jarang mendengar sungutan darinya malah setiap tugas yang diberi mampu diselesaikan dengan baik. Kerana itulah, Wafiyyah jauh lebih menonjol berbanding dirinya, baik dalam aktiviti sekolah mahupun pelajaran. Dan kerana itulah, Wafiyyah kini berada di London, menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar di sana. Mereka memohon di universiti yang sama, Imperial College, tetapi rezeki memihak kepada Wafiyyah, manakala dirinya gagal mendapat sebarang tempat sebaliknya hanya tawaran dari IPTA tempatan diterima. Perasaan kecewa timbul tetapi untuk seketika sahaja. Terfikir akannya, perbelanjaan Wafiyyah sepanjang pengajiannya kelak, dan kerana itu dia memutuskan untuk menolak tawaran belajar dan bekerja.

Meskipun mendapat tentangan hebat dari adik kembarnya itu, tetapi keputusannya muktamad. Itulah persamaan mereka berdua, tetap dengan keputusan dan pendirian masing-masing. Dan kini, di usia 23 tahun, di saat sahabat yang lain bertungkus lumus berjuang bersenjatakan pena dan kertas memerah otak, dia pula berjuang di bidang pekerjaan mencari rezeki. Perjuangan berbeza, tetapi matlamat sama. Mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Bunyi pintu utama ditutup, menyentakkannya dari lamunan. Dia bangun, meletakkan Al-Quran di atas meja solek dan menolak pintu biliknya. Pandangannya terarah pada Syifa, masih bertudung litup dan berbaju kurung, terduduk di atas lantai di hadapan pintu. Wajahnya kelihatan pucat dan dia mengeletar.

"Syifa," Wardah tergamam. Segera menghampiri teman serumahnya itu lantas bersimpuh di hadapannya. "Kenapa ni??"

"Wa....Wardah..." tergagap seketika gadis itu, mengangkat muka memandangnya dengan mata bergenang dan pipi basah. Wardah kaget. Dan tak semena-mena, Syifa merangkul bahunya, menangis mendodoi-dodoi. "Kenapa ni Syifa? Apa yang berlaku?" Dia memeluk temannya kembali, dengan fikiran penuh pertanyaan dan tekaan. Apa yang terjadi pada Syifa? Jarang dia melihat gadis itu sebegini, biasanya Syifa penuh dengan kegembiraan laksana puteri kayangan berjumpa putera idaman. Namun dibiarkan Syifa menangis, melepaskan perasaannya sendiri. Biarlah Syifa menceritakan segalanya nanti, tidak perlu dia memaksa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 10:49 AM | Show all posts
waaaa best2....
nak lg......:
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 11:04 AM | Show all posts
nak lagi sakura..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 03:10 PM | Show all posts
wah wah besh nye ader citer baru.... good luck
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.101087 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list