CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyanah

Untold Story.

  [Copy link]
Post time 24-5-2010 11:20 PM | Show all posts
adakah mamat senget tu harizz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2010 11:42 PM | Show all posts
Reply 62# mijot


bukan harizz ar...harizz tu dalam citer SS - Nasz....hehehe...xpun yg dlm citer tulisan Fauziah Ashari...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 11:44 PM | Show all posts
Reply 60# Hasmuniah


   TQ..TQ...semangat nih...ehehee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 11:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 24-5-2010 23:57

Episod 13-part 2

Sengal! Ujarku dalam hati sambil cuba menatap mata lelaki itu disebalik cermin mata hitamnya. Tiba-tiba handphone dengan ringtone lagu Indecent Obsessison berkumandang di udara. ‘Fixing a broken heart.’ Automatik mindaku teringatkan Hafizz. Berputar ke malam majlis bakat dan perpisahan yang diadakan pada tahun terakhir kami dalam alam persekolahan.

Sempena malam gilang-gemilang itu (cheewah!!), aku mengenakan kebaya pink dengan tudung pink yang berlainan nada tapi tonanya sama. Atau berlainan tona tapi nadanya sama. Apa-apalah, tak tahu yang mana satu betul.

Bukan mata Hafizz jer yang nampak macam nak terkeluar dari sarungnya.. Mata-mata budak-budak lelaki yang lain pun sama. Tak berkelip-kelip. Siap drop jaw gitu. Ahaks! Overlah pula perumpamaan itu. Semua itu, bukan aku yang kata ekkk…. Budak-budak perempuan yang duduk satu dorm dengan aku tu yang ia-ia berkata. Aku pun apa lagi, terperasan jugalah sekejap!! Kembang-kempis hidung aku. Heh. Entah-entah aku nampak macam badut sarkas, tapi mereka saja cakap aku macam puteri jatuh dari langit.  

Aku yang baru ingin melangkah masuk ke dalam dewan, perasan yang Hafizz sudah mengambil tempat duduk yang terletak di barisan hadapan sekali. Tak ada tempat yang lagi depan ker? Apasal tak duduk bersila betul-betul kat depan stage tu? Perliku dalam hati. Melihat aku yang sedang melangkah masuk dengan penuh anggun, dia berdiri lalu melambaikan tangan padaku. Nak tak nak aku melangkah juga kepadanya. Aku bukannya apa cuma bimbang. Bimbang dia akan mengutuk lebih-lebih dressing aku. Lebih-lebih lagi apabila aku menangkap senyum simpul yang bermain dibibirnya.

Ketika menghampiri, dia memandangku seolah-olah berkata. Dipersilakan duduk tuan puteri. Aku tanpa berlengah terus mengambil tempat untuk duduk bersebelahan dengan Hafizz. Tak betah aku berdiri lama-lama, lagi-lagi dengan kasut tumit tinggi yang mendera kaki aku.   

Ketika itu perjalanan majlis baru saja bermula. Ucapan pembukaan dan perasmian majlis oleh Tuan Pengetua sedang berlangsung.

“Psst…lawalah engkau hari ini.” Hafizz berbisik. Bibir aku terus mengukir senyum tatkala mendengarnya. Tak tahu apa pasal, tapi senyum tu tak mau surut-surut lah pula.

Setelah beberapa ketika, Hafizz yang kelihatan sedikit resah tiba-tiba membuka mulut.
“Kau jangan pergi mana-mana. Aku ada surprise untuk kau.” Bisiknya padaku sebelum melangkah pergi. Ketika itu pengacara majlis sedang mengambil alih pentas selepas persembahan tarian tradisional oleh sekumpulan enam pelajar dari tingkatan lima.

“Seterusnya kita akan dihiburkan dengan sebuah persembahan unplugged dari dua anak muda yang berbakat. Dengan ini majlis menjemput kumpulan yang menamakan diri mereka ‘Unrevealed’ untuk naik ke pentas. Dipersilakan.”  Tepukan gemuruh diberikan.

Kelihatan Hafizz muncul di atas pentas dengan memegang sebuah mikrofon. Aku sedikit terkejut. Lebih-lebih lagi apabila mendengar ayat-ayat Hafizz yang kedengaran bergema ke seluruh dewan.

“Lagu ini khas saya tujukan buat teman kesayangan saya. I wish she knew that I treasure our relationship the most.” Pandangannya jatuh padaku serentak diikuti dengan yang lain. Spontan telapak tanganku menutup mulut tak percaya. Aku meneguk air liur. Malunya bukan main. Dia meneruskan semula kata-katanya tanpa mengalihkan pandangan.   

“A friend is sweet when it’s new but it is sweeter when its true, but you know Zulaikha, its sweetest when its YOU!” (credit to Lovinghugs.com)

Dia kemudian mengambil tempat pada salah sebuah dari dua kerusi yang disediakan sebelum Razley datang membawa dua buah gitar. Salah satu daripadanya diserahkan pada Hafizz. Nampaknya, Razley akan turut sama dalam persembahan itu. Keadaan hening seketika. Ambil mood. Semua penonton senyap menantikan petikan gitar pembukaan.   

Sekali lagi, tepukan gemuruh bergema diikuti dengan siulan dari para penonton tatkala persembahan dimulakan. Aku terkedu dan sungguh tak menyangka Hafizz akan membuat kejutan seperti itu. Dia mendendangkannya dengan sepenuhnya jiwa dan perasaan. Aku yang mendengar rasa macam terbuai di awang-awangan. Menusuk jiwa. Menusuk kalbu. Rasa nak menangis pun ada.   

There was nothing to say the day you left
I just filled a suitcase full of regrets
I hailed a taxi in the rain
Looking for some place to ease the pain

Pre-Chorus:
Then like an answered prayer
I turned around and found you there
Chorus:
You really where start (you really know where to start)
Fixing a broken heart
You really know what to do
Your emotional tools
Can cure any fool
Whose dreams have fallen apart?
Fixing a broken heart
I never could understand
What you're going to through
There must be a plan that led me to you
Coz' all the heart just disappears
Every moment you are near

Pre-Chorus:
Just like an answered prayer
You make the loneliness easy to bear

Repeat Chorus

Bridge:
Soon the rain will stop falling, baby
So let's forget the past
Coz here we are at last
Repeat Chorus

Tepukan gemuruh kedengaran bergema memenuhi ruang dewan. Pasti ramai yang cair mendengar nyanyian versi unplugged Hafizz. Perasaan aku tak dapat aku gambarkan. Redup mata Hafizz menyentuh hati aku. Rasa sebak menyelubungi diri.     

“Wei, kau nyanyi lagu jiwang ker? Kata rockers sejati.” Aku terjah dengan soalan bila dia sudah selamat melabuhkan punggung bersebelahan denganku. Cuba menyembunyikan perasaan hatiku. Dia cuma tersenyum sambil memerhatikan aku yang seperti salah tingkah.

“Nasib baik lagu itu, kalau lagu ‘Untukmu Sayang’ kau nak?” Masih memandangku, agaknya cuba menyelami perasanku. Spontan aku menutup muka aku dengan kedua belah tapak tangan. Risau dia dapat menebak.

“Jangan pandang aku macam tu boleh tak?” Aku bersuara disebalik tangan yang menyelubungi wajah aku. Dia tergelak cuma.

“Okey, okey. Alihkanlah tangan tu.”

Setelah reda dengan usikan itu. Aku berkata.

“Lepas ni, sure ramai gadis-gadis yang terpikat dengan kau.”
“Kau? Tak terpikat ker?”

“Hek-eleh, kesitu pula dia.”
“Ehehehe…”
“Camana aku nyanyi tadi?”
“Bolehlah tahan.”
“Boleh tahan jer…seminggu aku praktis untuk kau tau?”
“Huh!”

“Seriously, how would you rate me out of 10?”
“The intro, full mark sebab elemen surprise untuk aku. Singing, 9 out of 10. Good. Cair jugalah pompuan-pompuan tu dengan kau punya persembahan. ” Aku perasan gak ada yang cam histeria, terjerit-jerit masa Hafizz dan Razley buat persembahan tadi.

“Kau tak jeles ker?” Aku jegilkan mata padanya.
“Habis tu tak cair?” Aku julingkan mata ke langit.

Lama dia pandang aku. Aku pula yang naik resah. Tak leh jadi ni. Lepas tu aku pula pandang dia , buat-buat pegun seketika sebelum melontarkan soalan dengan niat ingin mengenakannya.

“Are you flirting with me, Hafizz?” Dia tersenyum mendengarkan soalan aku. Tanpa menjawab, dia bertanya semula.

“If my answer is yes, would you allow me to do so?” Terbata-bata aku mendengarnya. Putus fius agaknya mamat ni. Sungguh aku tak tahu, dia akan menjawab sebegitu rupa. Sangkaku dia akan terdiam. Sudahnya aku juga yang terkena. Aduss!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 11:50 PM | Show all posts
Reply 63# babyanah

oopss silap hero lak
ni mesti byk sgt bc nvl sampai tertukar nama lah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 11:56 PM | Show all posts
kadang2 kita payah nak terima kenyataan bila kwn baik suka/ jatuh cinta pd kita...
sbb bg kita kwn baik adalah kwn baik,xboleh bertukar jd pakwe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-5-2010 11:59 PM | Show all posts
Reply 67# mijot


  betul3x...ehehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 12:03 AM | Show all posts
Reply 66# mijot


   eh! silap dalam SS tu zarul & joe...katne pula hero nama Harizz ni ekk.....
neway, kena take note ni...xleh guna nama hero yg nama hampir serupa dlm citer lain....hik hik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2010 10:55 AM | Show all posts
eh! silap dalam SS tu zarul & joe...katne pula hero nama Harizz ni ekk.....
n ...babyanah Post at 25-5-2010 00:03




hahaha...next baby!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 04:35 PM | Show all posts
nak n3 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 05:07 PM | Show all posts
best3...nk lg n3...nk lg nk  lg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2010 01:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 26-5-2010 23:46

Episod 13- part 3

Aku kembali ke alam realiti bila terdengar perbualan lelaki tadi dengan seseorang si hujung talian. Aku bukan sengaja untuk mencuri dengar tapi kedudukan yang begitu hampir membolehkan aku mendengar patah-patah perbualan dengan sejelas-jelasnya.

“Yes, Ma. I am here. At her office.” Dia masih memandangku sementara telefon bimbit itu ditekapkan pada telinga sebelah kanan. Her office? Aku ker yang menjadi topik perbualan? Ma? Ma as for mama, or maybe for Salmah, Rosmah, Manisa…aku menggeleng sekali sambil mengerlipkan mata. Cuba mengelak dari berfikir yang bukan-bukan.

“Okey, Ma. I will call you later. Love you. Assalamualaikum.”  Matanya masih tak beralih arah. Sebentar kemudian, telefon bimbit di masukkan semula ke dalam saku seluar.

“Engkau dah tak kenal aku ker?” Lembut gemersik suara itu menerjah pendengaran membuat ku terasa seram sejuk. Aku meneguk air liur. Perlahan dia membuka kacamatanya dan membuatkan aku terkaku seketika.  Masih menanti reaksiku.

“???” Blur seketika. Rasa tidak percaya seakan bertindan dengan rasa ingin percaya yang ini semua bukan salah satu dari cerita alam fantasiku.

“Ika, you look so stunning in that baju kebaya.” Me or the baju? Sempat lagi aku berfikir begitu, heh?

“Hei, betulkah engkau tak ingat kat aku lagi ?”  Ulangnya semula.  

Aku meneliti every details. Mengamat-amati andai benar yang tekaan ku tidak salah. Hafizz ker? Tiba-tiba, aku terjerit kecil. Gosh!!! Memang Hafizz! Serta merta mata aku membulat besar. Dia tersenyum lebar, menyedari yang ingatan ku sudah pulih sepenuhnya semula. Cheh!  

“Now, don’t I deserve a big hug?!” Dia mendepangkan tangannya. Aku memandangnya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Ikut hati, mau aja aku peluk kejap-kejap mamat ni. Lepas terlompat-lompat macam anak-anak kecil dapat aiskrim...Yayy!!  Ikut waras, mungkin tidak!!

“Your wish!” Dia tergelak lagi mendengar jawapan aku. Gembira. Samalah macam aku, sampai tak cukup telinga nak cover senyuman yang tak putus-putus. Happy yang sangat-sangat.  

“Silakanlah duduk. Lama kita tak jumpa ekk.” Aku mempelawa.
“Engkau pun dah banyak berubah.” Sambungku semula ketika masing-masing mendapatkan tempat di Sofa biru yang disediakan dalam bilik menunggu itu.
“Makin handsome ker?” Senyuman masih tak lekang dibibir.

“Tak. Dah tak handsome macam dulu.” Terkekeh-kekeh dia mendengar kata-kataku. Aku ingatkan bila dah bertemu kembali, suasana akan jadi kekok. Maklumlah macam dah berzaman rasanya. Manalah tahu masing-masing terkedu tidak tahu bagaimana hendak memulakan.

“Nak minum tak?”
“Kat sini tak best nak lepak-lepak minum, karang boss kau nampak pula. Jom arr kita keluar minum.”
“Wei, aku tengah kerja ler ni.” Aku melihat jam yang sudah hampir menjejak pukul 3 petang. Opps!! Tak sedar masa yang berlalu agak pantas.
“Dah lama sangat, kan. Banyak benda yang kena catch-up ni.”  
“Jom ar..keluar. Aku rindu sangat dengan kau.” Pujuk dia lagi.
“Hello? Agak-agak ler…aku masih tengah bekerja ni…”
“Bolehlah…takkan takde jalan kut..” Hish! Hafizz ni.
“Kau ni kan, belum sampai sejam jumpa dah ajak aku mengelat..”  Hafizz tergelak besar mendengar kata-kataku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 08:40 AM | Show all posts
baby! awat sikit sngt ni...lagi lah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:30 AM | Show all posts
nk lagiik..
bekal x cukup ni..{:1_137:}
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:53 PM | Show all posts
next...next...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2010 11:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 27-5-2010 12:24

Episod 14-Part 1

Tepat jam 5.45 pm, Hafizz sudah terpacak di bilik menunggu yang sebenarnya lebih kepada conference room atau meeting room yang bersaiz kecil.

“Hei, pakwe sapa yang handsome sedang tunggu kat waiting room.” . Pada ketika itu, aku tak perasan orang yang dimaksudkan itu adalah Hafizzz.

Aku sedang jalan beriringan keluar dengan Rozaini, ketika terlihat Hafizz di bilik menunggu yang berdindingkan kaca.. Agak-agak ler nak tunggu aku pun, tunggu ler kat lobi. Sungutku dalam hati.   

Bijak sungguh mamat ni memilih masa. Ketika orang sibuk bersiap-siap keluar pejabat, ketika itulah dia menunjukkan diri. Memang sah aku akan jadi mangsa usikan sebentar lagi.

“Bukan main lagi, pakwe siap tunggu tu.” Kata Farah mencuit bahuku.
“Pandai kak Ika sembunyikan pakwe ekkk…” Kemudian Syila pula menyambung.
“Patutlah sorok, pakwe hensem!” Usik Farah semula.
“Bila nak kenalkan?” Rozaini pula menyiku aku. Aku menarik nafas. Tak tahu bagaimana hendak membalas usikan-usikan tersebut. Takut kalau aku membalas,  berpanjangan hingga ke esok lusa.

Mahu tak mahu terpaksa juga aku memperkenalkan si Hafizz pada mereka.
“Ini Hafizz.” Kataku sambil mengukir senyum.
“Hafizz jer ker?” Hafizz pula yang mengusikku. Aku mengetapkan bibir sambil menjegilkan mata.
“Hai, selamat berkenalan.” Ucap Hafizz kemudian sambil menganggukkan kepala.
“Saya Farah.”
“Syila.”
“Rozaini.”
“Selamat berkenalan.” Ucap mereka serentak.

“Ke mana arah tujuan kita?” Aku bertanya setelah proses suai-kenal singkat antara rakan-rakan pejabat dengan Inche’ Hafizz yang so called hensem ini tamat. Aku pandang dia dari atas ke bawah. Nak tengok tang mana yang kengkawan aku nampak ke’henseman’nya itu. (ada tak ayat tu dalam kamus, sedap-sedap aku jer ekkk…)

“Kau kat sini dah lamakan? Kaulah yang jadi navigator.” Jawab Hafizz mematikan niatku.
“KLCC?” Itu jer lah yang boleh aku fikirkan ketika ini.
“Tapi, KLCC jam ar time cam ni…” Kata Hafizz pula.
”Laa…bukannya naik kereta pun. Kita pergi naik LRT ar…” Tingkahku pula, kata nak aku yang navigate. Daaa?
“Sesak…ar…”  Sesaklah pula. Banyak songehlah Hafizz ni.

Sesampai ajer kat lobi Menara 40 tingkat itu dia berkata padaku.
“Kau tunggu kat sini, ekk…” Dia berhenti seketika sebelum menyambung semula.
“Nanti aku datang.”

Selang 15 minit kemudian, sebuah kereta jenis Honda jenis Integra Type R muncul kat perkarangan lobi lalu berhenti ke depan sedikit dari tempat aku berdiri menantikan Hafizz. Aku sekadar mengerling Honda berwarna Orange Pearl itu. Aku tak nak tengok lebih-lebih walaupun aku teringin sangat nak tahu siapa yang drive. Tak mahu orang yang kat dalam tu perasan dan terasa bangga. Honda Integra Type R memang dicipta khas untuk mereka yang berminat dalam sukan permotoran terutama perlumbaan antara kereta. R itu sebenarnya stand for Racing. Bukan calang-calang orang yang mampu memiliki kenderaan jenis ini. Second hand dengan harga bawah RM100,000.00 pun tak dapat dia kat pasaran.  

Hon dibunyikan…pin pin pin…aku pandang ke kiri ke kanan, amoi yang dua-tiga orang di sebelah kiriku melakukan perbuatan yang sama. Agaknya ownernya sesat jalan. Apasal security guard tu tak attend, bingit telinga taw!.  Sebentar kemudian, kereta diundurkan kebelakang lalu berhenti betul-betul dihadapanku. Cermin kereta diturunkan.

“Zulaikha!” sayup-sayup kedengaran suara memanggil. Dari dalam kereta tersebut. Betul ker nama aku? Aku menundukkan kepala sedikit meninjau pemanggil yang juga pemandu kenderaan tersebut. Hek-eleh, Hafizz rupanya. Terasa darah menyerbu pantas ke muka. Malu dan segan dengan sesiapa yang berada di lobi ketika itu. Mesti mereka fikir, apalah awek ni kereta member sendiri pun tak kenal. Heh!.Bukan salah aku, dia tak cakap pun yang dia bawa kereta. Aku membela diri sendiri.

“Khayal ker apa?” Perli Hafizz sambil membukakan pintu dari arah dalam.
Aku cuma menjelirkan lidah. Ahaks!
“Manalah aku tahu kau bawa kereta.” Jawabku sambil melangkah masuk ke dalam perut kereta lalu menutup pintu dengan segera. Tanpa berlengah Hafizz terus memecut laju.
“Aku dah sebulan kat sini.” Kata-katanya buat aku terkejut.
“Lepas sebulan, baru kau cari aku?”
“Ada benda lain kena settlekan dulu.” Aku cuma angkat kening.
“Ada apahal kat kat sini?”
“Bukan aku dah bagitahu ker?” Aku mengerutkan dahi. Bila?
“Tadi kat atas, nak collect engkau.” Kemudian dia gelak melihat tingkah aku..
“Seriuslah, wei.”
“Aku ada mega project kat sini.”
“Mega project? Kau kerja apa?”
“Aku kerja sendiri dengan company sendiri.” Aku sekadar mengangguk.
“So, berapa lama kat sini?”
“Amboi, tanya macam nak halau aku jer…”
“Eh-eh! Terasa pula?”
“Lebih kurang enam bulan.”
“Lamanya.”
“Kau tak suka ker?”
“Mestilah suka.” Jawabku spontan tanpa berfikir panjang.
“Aku dah biasa kat sini. Selalu on and off tapi tak lama, sebab business aku main kat Sabah.”
“Apasal kali ini lepas ke enam bulan pula?”
“Mega project yang ini memerlukan masa lebih sedikit.” Dia berkata seraya tersenyum.
“Ooh….so, bila off balik ke Sabah?”
“Kau nak ikut ker?” Aku terdiam.
“Tapi kena balik rumah aku dulu, jumpa my mom. She is looking forward to see you again.” Dia memandangku sepintas lalu, sebelum memandang semula ke jalan raya. Ingin tahu reaksi aku bagaimana agaknya.

Tak berapa lama kemudian, had kelajuan dikurangkan. Dalam jam-jam begini jalan raya di Kuala Lumpur memang sedikit sesak. Peak hours. Masa orang keluar dari pejabat dan bergegas pulang. Hafizz melihat jam sekilas sebelum masuk ke perkarangan Masjid Negara yang telah dibina antara tahun 1963 dan 27 Ogos 1965. Terletak di Jalan Perdana Kuala Lumpur. Jangan tak tahu, ia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah setiap kali solat.

“Kita singgah solat Maghrib.” Kata Hafizz. Aku sekadar mengangguk. Kewajipan harus ditunaikan bila sampai waktunya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2010 10:35 AM | Show all posts
nak lg!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 12:12 PM | Show all posts
huhuhu
best gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2010 12:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 28-5-2010 16:12

Episod 14-part 2

Hafizz sudah menunggu ketika aku keluar dari Masjid menuju ke kawasan tempat letak kereta yang disediakan.

“Where to?”
“Kita ke Restoran Pannaz kat PJ?” Hafizz yang memberi cadangan.
“It’s up to you tapi kena hantar aku balik cepat sebab tomorrow morning aku ada meeting.”
“Okey.” Dia menjawab bersahaja. Dan Honda pun meluncur laju.

Aku tak pernah makan kat Restoran Pannaz. This is the first time. Nak sampai kat Damansara Perdana pun agaknya berzaman, maklumlah aku kan takde ‘kaki’. (Sorry, kaki kat sini maksudnya bukan real kaki tau, ehehehe…)  So, bila melangkah masuk aje, I am very impress sebab ada anak melayu mampu buat bisnes macam ni. Menarik! Makanan sedap dan harga berpatutan. Tak menyesal makan arr…. Sesuai sangatlah dengan taglinenya “ …food that is not only good for your hunger but excellent for your wallet too.”

Setelah berjaya mendapat tempat. Kami pun duduk berhadapan. Pantas aje aku sambar menu, maklumlah dah hampir pukul 9 malam. Perut dah berkeroncong. Aku bukannya boleh makan lambat sikit, takut gastric. Setelah puas melihat menu, akhirnya aku order Nasi Ulam with Grilled Chicken Perchik Style (perut melayu macam aku ni, kenalah makan nasi) dengan Vanilla Milkshake. Hafizz pun order benda yang sama kecuali air, dia minta Double Esspresso.

“Mana kau menghilang 10 tahun?” Aku memulakan perbualan.
“Kau nak cerita pendek ker cerita panjang?” Tanpa menunggu jawapan aku dia menyambung.
“Versi pendek ekkk…..5 years kat oversea, 3 years building my career until stable, the balance would be tracking you down.” Tracking me down?  
“Versi panjang….aku akan cerita bila sampai masanya.” Katanya sambil mengangkat kedua-dua kening dua kali. Double-jerk, kata Orang Putih.

“So have you since, contact any of our schoolmate?” tanyaku lagi. Maklumlah aku memang totally lost of contact dengan semua kawan-kawan sekolah bila aku tercampak kat Kuala Lumpur. Percaya tak? Sebenarnya aku bukannya ramai kawan pun masa tu. Aku kan spesis alien dan termasuk dalam kategori hampir pupus. Mengada-ngada jer aku ni!

Gelak-gelak…borak-borak…sembang-sembang yang entah apa-apa entah (maksudnya borak kosong aaa) …tak sedar waktu sudah hampir menjejak jam 11 malam. Rasa macam masa berlalu dengan pantas.

“Eh, Hafizz dah pukul 11 ar….” Aku berkata bila melihat jam yang tertera pada dinding restoran tersebut. Aku sendiri tak pakai jam tangan. Rimas. Tak selesa. Bukan jam tangan aje, gelang tangan, subang, rantai semua yang sewaktu dan sejenis dengan barang perhiasan atau barang kemas memang aku tak pakai. Macamanalah aku tak kata yang aku ni spesies alien. Alasan ajer tu, cakap aje lah yang kau memang tak mampu Zulaikha. Aku kutuk diri aku sendiri.

“So?”  Dia buat-buat tak faham.
“Aku nak balik..”
“Laa…aku tak puas borak dengan kau lagi…”
“Esok, esok sambung ar…aku bukannya pergi mana pun.”
“Okey ar…” Balasnya sedikit kecewa.

*******************

Senyap sunyi sepanjang perjalanan, cuma kedengaran deruan enjin Honda yang lebih menguasai daripada bunyi lagu-lagu yang berkumandang dari channel Hot FM. Serupa tak payah pasang radio. Ujarku dalam hati.

Sesekali aku pandang Hafizz yang sedang leka memandu. Mau tak leka, laluan jalanraya ketika ini memang kosong dan free. Jalanraya dah macam dia yang punya.

Aku mengambil peluang itu untuk menilik dirinya. Tak serupa pun dengan hero pujaan aku, Johny Depp. Jauh panggang dari api. Rambutnya disikat rapi ke belakang, kalau jatuh ke depan mesti menutupi wajah. Agaknya, fikirku. Aku tengah mengulas tentang isu rambut panjang ekkk…

Aku pandang lagi si Hafizz. Ada iras-iras pelakon gak…hmmm…siapa yang tengok True Blood yang popular dengan watak Sookie (Anna Paquin) dan Bill (Stephen Moyer)…itu hero dan heroin….tapi dia lebih kurang cam vampire sheriff tu…’Eric’ (nama betul Alexander Skarsgard)…yang berbeza si Hafizz ni tak ada ‘fangs’ (gigi pontianak)…rambutnya juga berwarna hitam…dan dia tak pucat cam vampire tu…warna kulit Hafizz cam warna kulit lelaki melayu sejati…tak gelap sangat dan tak cerah sangat…tapi aura vampire tu tetap ada! Ahaks! Aku tergelak kecil membuatkan Hafizz menoleh kearahku seolah-olah bertanya ‘kenapa?’ Aku sekadar menggelengkan kepala dengan gelak yang masih bersisa.

Honda itu meluncur laju masuk ke kawasan SD Apartment, Hafizz tersenyum sambil mengangkat tangan tanda hormat kat pakcik guard yang sedang bertugas mengawal laluan keluar masuk..  

Dia memberhentikan kereta di bahagian parking bawah blok apartment milik aku. Macam tahu-tahu saja yang apartment aku terletak dalam blok tersebut.

"Aku hantar kau sampai kat atas ekk.."
"Aku duduk kat tingkat satu jer…" Macam ler aku tak tahu naik sendiri. Hengot mulut aku, mesti nampak burukkan? Ada aku kesah?
"Tak apa, aku nak hantar juga…" Suka hati engkaulah.
“Okey arr..”

Sampai di pintu.

“Esok pagi, aku jemput kau …aku hantar kau sampai office.” Itu bukan ayat tanya. Itu lebih kepada ayat penyata.
“Okey juga, jimat duit belanja.” Balasku dengan senang hati.

“Opps! Lepas Solat Jumaat, aku jemput kau…”
“Macamlah aku boleh keluar awal.”
“Tak leh ambil half day ker? “ Soal Hafizz.
“Bukan tak boleh tapi rugi ler ambil half day on Friday, sebab 4.45pm dah habis waktu kerja.” Terang aku semula.
“Okeylah, aku call kau? Phone number please…”
“Kau boleh cari aku sampai kat office tapi tak ada number phone aku?” Tempelakku.
“Aku lupa ambil dari Adli hari tu.” Jelasnya.
Aku mengeluarkan telefon bimbit.
“So, your number?” Aku pula bertanya.
“Buat apa?” Berkerut dahinya.
“Laa…kata nak my number, Aku nak buat miss call.”
“012 3456789” Sebentar kemudian telefon bimbit Hafizz berbunyi.

“What time are you normally going off?”
“Going off?” Aku bertanya tak faham.
“To your office?”
“Oh…6.30 to 7 in the morning, aku naik public transport. Kalau nak cepat harus keluar cepat.” Baru dapat meneka maksud soalan.
“Ok then, 7 in the morning I fetch you.”
“Come, lock your grill and door before I go.”  Sambungnya semula, being protective pula.
“It’s really feel good having to meet you again.” Tuturnya dengan mata tersenyum. (Mata pun boleh tersenyum…huhu..)
“Me too.”
“Good Night. Assalamualaikum.”
“Waalaikum salam.”
“Bye…”
“Bye…”

Aku memerhatikan dia berlalu pergi sehingga kelibatnya hilang lantas menutup pintu. Huh! Dah hampir jam 1.00 malam, segera aku mandi dan menunaikan solat Isya’.  Lepas ni nak landing dengan happy. Zzzzz…
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 01:20 PM | Show all posts
alaaa...nak lagi laaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.062310 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list