|
TOP 10 NOVEL PILIHAN KORG serta REVIEW TTG NOVEL DI BOD INI !
[Copy link]
|
|
sori tp mana senarai novel nak minta review tu ye? |
|
|
|
|
|
|
|
sori tp mana senarai novel nak minta review tu ye?
sheisfath Post at 16-3-2011 18:54
tak ada senarai, tapi u mesti baca novel2 yg ada kat bod ini saja...
lepas dah abis baca buat lah review kat sini.... nnti dpt upah..
pilih je mana2 novel yg u suka dan baca smpai ending...
tapi yg baru kebanyakkannya belum ada ending lagi...
boleh korek citer2 lama kat page belakang2... |
|
|
|
|
|
|
|
igt ade link novel lama kat cni...tak pe..korek pelan2 thread yg lama2.. demam baca novelku dah start balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
E-novel yg di minati:
Of course Blingblings punya cite. Semuanya menarik walau jalan cerita hampir sam amengisahkan janda.
1. Azam & Ijah
2. Sebuah Natijah Terindah
3. Cinta Kristal
4. Tak Ada Tajuk
5. Nasz-h --- Anaz
6. Detox |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakan e-novel menarik tapi memandangkan saya baru join eforum jadi tak sempatlah nak baca semua. Ada juga cerita yg macam dah corrupt, kenapa ye?
Saya menyukai cerita orang dewasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 66# azwamg
setiap enovel yg lama2 sudah dimangga sebaik saja melepasi page 100...
dan ada yg dimangga atas permintaan penulis itu sendiri... kemungkinan novel2 itu akan diterbitkan ke versi cetak...
anda boleh memulakan pendapat bagi setiap karya seperti yg telah dibuat oleh forummer yg lain seprt diatas...
apa maksud anda corrupted? adakah anda terjumpa chinese font atau tidak boleh dibaca atau tidak boleh ditembusi?
ada sesetengah enovel lama terdapat chinese font sebab masa tu forum ini masih dalam proses pembangunan systemnya...
tidak hairanlah kalau anda terjumpa font yg berbeza dalam setiap n3nya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cikieda at 7-5-2011 01:15
NOVEL PILIHAN
DOKTOR CINTA - Dyadilla
Mengisahkan Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya
M.A.I.D - Suri Ryana
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
HATI BILA CINTA - Lynn Allyna
Dua-dua tak sebulu. Bila si lelaki kata mahu, si perempuannya pula kata tidak. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti tak sah kalau si perempuan tak mengalirkan air mata. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?
Dalam benci ada cinta. Mulut kata benci tapi hati tetap kata cinta. DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Fenn telah menutup pintuk hatinya untuk bercinta semula. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar rindu dan sayang.
Fenn tak mahu cepat mengalah. Cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.
“Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.”
Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?
7 HARI MENCINTAIKU - Siti Rosmizah
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
ANDAI ITU TAKDIRNYA - Siti Rosmizah
Perkahwinan yang tidak di duga di antara Aleya dan Syed Aizriltelah membuka lembaran duka dalam hidup gadis malang itu. Airmata menjadi peneman hidupnya apatah lagi selepas di buang keluarga. Darjat dan ego menjadikan Syed Aizril mengenepikan bicara hati sendiri. Mampukan Aleya terus hidup menganyam derita? Sejauh mana Syed Aizril mampu mempertahankan keegoaannya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 68# cikieda
sebenarnya ni benang tuk review enovel kat WR je... ingat tadi nak merge kat riingkasan novel..
tgk dah ada gak kat sana .... jgn salah baca title benang ya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cikieda
sebenarnya ni benang tuk review enovel kat WR je... ingat tadi nak merge ka ...
Jaza2008 Post at 10-5-2011 14:13
Semoga Pn.Momod bertabah dan bersabar ye.
hahahahaa~
Bak pantun Scotish ~ Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Kami budak baru belajar, kalau salah tolong JOLOKKAN. |
|
|
|
|
|
|
|
tak da lagi ke review novel2 baru yg dah tamat. tak sempatlah nak tengok satu2 citer tu. yg bersiri pun, 3,4 minggu baru boleh masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 24# cmf_azure
urrrrrrrrrrrrrrrrm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 60# Adilla
saya selalu nampak promo novel dosa semalam ni. tp tak sangka pula ni karya akak adilla. sangka saya akak sekadar berkarya di internet sahaja. tahniah. satu semangat utk saya jadi mcm akak 1 hari nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Adilla
saya selalu nampak promo novel dosa semalam ni. tp tak sangka pula ni karya akak adi ...
JejariNisha Post at 1-12-2011 00:33
hehehe.....suka tak citer Dosa Semalam tu??
setiap orang pasti boleh menjadi apa yang di impikan. Berusaha dan berjuang untuk mendapatkanya sehingga berjaya. Nisha pun boleh ada buku sendiri. cuma berlatih dan berlatih, insyallah akan ada hasilnya dik... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe.....suka tak citer Dosa Semalam tu??
setiap orang pasti boleh menjadi apa yang di impi ...
Adilla Post at 1-12-2011 08:53
terus terang saya x pernah baca sinopsis dia apatah lagi membelinya. tapi lepas saya tau Adilla Tasha tu adalah akak, terus teruja nak beli. Sebab saya dah jatuh cinta dgn kisah aji din dan minah. saya percaya novel dosa semalam tu pasti tdk mengecewakan... InshaAllah akan segera dapatkan buku tu. Tp kena tunggu tengah bulanlah sbb baru lg beli novel 2mgu lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
terus terang saya x pernah baca sinopsis dia apatah lagi membelinya. tapi lepas saya tau Adilla ...
JejariNisha Post at 1-12-2011 09:43
tak mengapa Nisha, ada kelapangan barulah Nisha dapatkan dan jgn lupa komen yeh sbb klu nak jadi penulis komen pembaca adalah sesuatu yang ditunggu dan dihargai. So cerita Nisha cepat sambung okey. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe.....suka tak citer Dosa Semalam tu??
setiap orang pasti boleh menjadi apa yang di impi ...
Adilla Post at 1-12-2011 08:53
kak sha, ana dah baca novel Dosa Semalam dan disebabkan nak tahu kesudahannya semalaman ana baca tanpa henti, ana mula2 tue cam nak marah kat keluarga si hanim sbb wat hanim camtue serta si tuan Ariff tue sekali, tup2 dia so romantik pulak, x jadi marah
ada lagi Novel kak sha yg dah dipasaran, nnt ana leh cari kat kedai buku |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|