CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
Post time 6-7-2010 04:48 PM | Show all posts
ok gak citer ni..teruskan usaha..
suka baca citer org yg kuat berangan ni..klakar jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2010 05:01 PM | Show all posts
ok gak citer ni..teruskan usaha..
suka baca citer org yg kuat berangan ni..klakar ...
liyanur Post at 6-7-2010 15:48


aku cume gunakan ayat2 yng basic ...sbb aku bkn sorg yg puitis....cume nak bawak Juwita tu in real life.....kekdahnya lagu mana yer..???
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 05:08 PM | Show all posts
Reply 62# ariellin

xpe ariellin..slow2..sbnrnya aku pun ade gak buat citer dlu2..
tp susahkan nak realkan watak yg kita buat tu..last2 citer aku tu tersadai camtu jer..
hrp2 citer ariellin smpai la ke garisan penamatnya walo x piutis cam pro tp mesej smpai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 10:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 20:04

Bergegas aku menuruni tangga bangunan tiga tingkat itu.. Berlari terkocoh-kocoh mendapatkan ayah dan emak yang datang menjenguk aku. Selama hampir tiga bulan, inilah pertama kali aku dapat berjumpa dengan mereka.

Dari kejauhan aku nampak kelibat mereka. Ayah yang menyandar di kereta sementara emak duduk kemas di bangku di Taman Tunas. Sempat mata aku meliar, ramai juga parents yang hadir hari ini tetapi kebanyakkan parents pelajar Tingkatan 4.

"Emak.....abah, Ju rindu sangat. Emak dengan ayah sihat ke? Emak nampak gemuk lah. Emak rindu Ju sampai gemuk, apa cerita ni?", soalanku yang bertalu-talu ibarat mencurah air ke daun keladi (macam pelik bunyi perumpaan ini) disambut tawa oleh mereka berdua..

Emak cium pipi aku tanpa henti. Menitis air mata emak. Kerinduan barangkali.

"Alah mak, tak payah lah nak buat drama kat sini. Malu Ju kalau kawan nampak", seloroh aku berbisik. Ayah cuit pipi aku.

"Anak ayah sihat ke? Study macam mana?", pertanyaan Encik Hussin Abu tadi adalah part yang paling tak seronok di pendengaran aku. Macam mana nak aku khabarkan yang aku gagal semua sabjek berkaitan kira-kira.

Dulu aku lulus dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pun disebabkan usaha tanpa jemu siang dan malam. Dengan berkat doa emak dan ayah juga. Dan untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun hadapan, aku juga harus struggle seperti dahulu.

"Alah ayah, macam biasa-biasa aje. Mak ada bawa ikan duri asam pedas Ju tak?", tiba-tiba aku bangkitkan masakan kegemaran aku.

Aku suka emak masak ikan duri asam pedas. Sedapnya tidak terkira. Aku paling suka makan kepala ikan duri. Aduh terliur rasanya.

Emak mengeluarkan bekas berisi lauk pauk dan nasi. Juga sedikit pencuci mulut. Kami menikmatinya dengan berselera. Rasanya masakan emak memang yang paling enak sekali.

"Ayah, badan Ju gatal-gatal lah. Ju pun tak tahu kenapa. Tapi gatal tu bukan selalu. Cuma kalauu gatal tu datang tiba-tiba, penatnya badan nak menggaru, ayah", aku memberitahu masalah aku. Sungguh, rasanya sejak kebelakangan ini, badanku memang gatal-gatal. Tidak pula aku tahu puncanya.

"Ju ada maklum dengan Warden? Atau mungkin Ju allergic dengan seafood?", serkap ayah sambil menyuapkan puding laici ke dalam mulut aku.

"Tak mungkin teori ayah tu betul sebab menu kat sini, ayam goreng kicap, daging goreng kicap, lepas tu ikan goreng kicap, lepas tu ayam goreng kicap semula dan seterusnya. Dah imune pun usus besar Ju dengan makanan yang sama", komplen aku seenaknya.

"Ishh, itu kan rezeki. Terima dan makan sahaja. Cuba Ju bayangkan di Palestin, Afrika sana, rumput pun mereka boleh rebutkan. Bersyukur lah, nak", bicara emak menyentuh kalbu. Terasa celupar pula mulutku.

"Sedapnya, kalau hari-hari macam ni kan best", aku memuji sambil menjilat jari.

Dan di hadapanku, melintas seorang lelaki berkulit putih, bermata sepet dan berambut lurus.

"Siapa dia, ya? Tak pernah nampak pun sebelum ni? Takkan junior? Tapi mungkin senior kut. Atau pelawat", suara hatiku berkata namun mata masih melekat pada lelaki itu.

Lelaki itu menoleh dan tiba-tiba juga ada getar dalam dada.

"Kenapa pulak ni?", aku rapatkan tangan di dada...degup jantung terasa laju..

"Emak, Ju rasa macam nak sakit lah", bisikku perlahan...emak menoleh kehairanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 10:24 PM | Show all posts
Reply  ariellin

xpe ariellin..slow2..sbnrnya aku pun ade gak buat citer dlu2..
tp susahkan nak  ...
liyanur Post at 6-7-2010 16:08



tu lah...selagi ada kudrat aku gegeh coretkn jugak...sesaja cuba nasib..  walhal bakatnya non hado...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 10:37 PM | Show all posts
bestnyerrr...banyaknyer entry...
teruskan usaha ye cik penulis...
nah untuk awak.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2010 11:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 21-8-2010 20:04

"Lai, macam mana formula Fantaghiro tu ye? Tolong ajar aku boleh tak, bab tu je", aku rayu Lailawati semasa kami berada di Bilik Prep. Aku jengah dia sedang membuat nota kecil tentang sabjek Agama Islam.

"Dian Juwita, bukan Fantaghiro tapi Fantagoras, ada arti?", dia lepaskan tawanya.

Aku mencebik. Sebenarnya bab itu amat payah sebutannya. Kebetulan sahaja bunyinya akan-akan Fanthagiro, itu lebih memudahkan aku.

"Okey apa tu. Kau tahu, aku lebih suka Fanthagiro dengan Tarabas dari dia dengan Romuldo. Kau bayangkan, Romuldo tu hero tapi memanjang aje Fanthagiro nak selamatkan dia. Sekejab kena sumpah jadi batu. Sekejab jadi katak. Siapa lagi nak menolong Fanthagiro kalau bukan Tarabas yang handsome dan macam jambu air, tu", aku terangkan panjang lebar kepada Lailawati walau pun aku yakin yang kawan aku seorang ni tak tahu pun siapa karektor-karektor yang aku sebutkan tadi. Tapi aku admit antara Tarabas dengan Romuldo, harus aku pilih Tarabas untuk jadi pelindung aku.  Tarabas yang gagah perkasa.

Lailawati menggelengkan kepada dan membuang senyumnya sambil menyambung menyalin nota. Aku masih menunggu dia menyelesaikan tugasnya. Sabar kan separuh daripada iman.

"Chup, aku nak tanya something lah, boleh tak?", Laila mengerutkan dahi dan memalingkan wajahnya ke arah aku.  Dah tiba-tiba aku teringatkan sesuatu, nak buat macam mana?.

"Kau nak tanya apa? Malam-malam ni jangan nak tanya yang bukan-bukan pulak. Kau tu bukan boleh percaya", amaran keras Kerajaan Malaysia dari Lailawati kepada aku.

"Ishhh, aku cuma nak tanya, dulu kan kau pernah gosip pasal student baru tu. Nama dia siapa ya? Yang mana satu?", lurus aku bertanya. Pensil ditangan aku pusingkan perlahan-lahan.

Lailawati menepuk dahi. Aku agak terperanjat dengan sikapnya. Pelik betul perempuan ni, hati aku berkata jahat.

"Budak tu dah hampir berkurun dekat sini, kau masih tak tahu nama dia siapa? Allah Ju, abaikan aja. Tapi kalau kau nak tahu, Shakira suka dekat dia siap main-main mata dalam DM", penjelasan itu sungguh membuatkan aku tak sangka. Terperanjat lagi beruk aku!

Aku terperanjat bukan sebab aku tak percaya tentang suka dan jatuh cinta, tapi aku hanya aku tak percaya tentang kewujudan budak lelaki tu. Macam cerita Hallowman rasanya. Itu dah tentunya satu hal, hal yang lainnya pulak, kes Shakira main-main mata dalam DM pun aku tak perasan walhal kami berempat semeja.  Harus aku jalankan siasatan ni, aku berkira-kira sendiri.

Tapi mungkin aku sangat sibuk memikirkan hal dunia agaknya, sampai gajah depan mata pun tak terlihat.

"Wei, handsome tak budak tu?", Lailawati seperti biasa, tetap mengerutkan dahi.

"Kau ni mungkin akan kelihatan sepuluh tahun lebih tua dari aku kalau asyik kerut dahi", seloroh aku dan tangannya pantas mengetuk kepala aku dengan kotak pensilnya. Auchhhh, aku garu kepala yang sakit.

"Padan muka!", Lailawati menjelirkan lidahnya, "Nah, ni formula Fanthagiro yang kau nak tu, hafal!", itu arahan namanya !
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 11:29 PM | Show all posts
wooo...teringat zaman f4 dgn f5..
time tu duk asrama..
alangkah seronoknya zaman belajar..

zaman f4,zaman yg paling xbest sebab :
-kena bgn awal pg, duty kemas asrama so mmg xcukup tdo masa f4
-senior perempuan sumer cam hampagas
-xleh lalu kt koridor kelas f5
-ptg2 kena riadah,nak tdo kejap pun xleh
-salah sket nama mesti naik ke warden
-slalu rehat kt koop jer

zaman f5 mmg heaven sbb :
-ktorg senior yg xamik kesah sgt...
-masa f5 xtdo dlm kelas lg..boleh tdo ptg b4 dinner..
-boleh lak ada hati dgn cekgu praktikal ..
-dpt rehat kt kantin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 11:29 PM | Show all posts
wah syok la dik banyak n3... tapi cikgu ali rustam wat akak teringat kat ketua menteri melaka la pulak... ada ke rupa cikgu tu iras2 datuk ali rustam tuh...hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 11:33 PM | Show all posts
wah syok la dik banyak n3... tapi cikgu ali rustam wat akak teringat kat ketua menteri melaka la pul ...
asyriqa Post at 6-7-2010 22:29


aku x pasan pulak Cikgu Ali Rustam tu nama KM Melaka ...cume aku imagin Cikgu AR dlm citer ni, sgt cool, inesen n ensem opkos...dn Juwita aku tu selalu perasan dengan kelaku CIkgu math dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 12:40 AM | Show all posts
wah.. ari jer dah baca 4 cita baru.. best.. best
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 03:39 AM | Show all posts
nnt masukkan entry lg ye.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 08:59 AM | Show all posts
sbb nya idea dtg sikit2....   sila sabar bebanyk.....
ariellin Post at 6-7-2010 15:52


memang kena bersabar nak suruh org letak n3...
tau paksakan terus x letak n3...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 09:20 AM | Show all posts
bertambah meriah ruangan ini dengan cerita2 bru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2010 11:26 AM | Show all posts
~ Belahan Jiwa 9


Pagi Sabtu di Asrama. Kami semua pelajar perempuan Tingkatan Empat berdiri di luar bilik masing-masing. Tiba-tiba sahaja Kak Aini, Ketua Asrama dengan tujuh orang AJK termasuk Kakak Suara Bingit itu mengadakan sport-check tergempar.

Bermula dari Tingkat 1 dan kini mereka berada di dalam bilik kami berempat. Mujur juga aku sempat mengemas loker dan menegangkan katil. Seandainya Lailawati merengek-rengek menyuruh aku tidur pun, aku tak sanggup untuk mengorbankan keregangan cadar aku tu.

Selesai mereka membuat sport-check ke atas loker dan katil Lailawati, Shakira dan Marshila, mereka semua kakak-kakak AJK menuju ke katil aku. Kak Mahsuri selaku AJK Kebersihan membalingkan duit syiling lima puluh sen ke atas katil aku. Nampaknya memang tegang sebab aku lihat syiling itu melambung kembali. Aku membuang senyum. Begitu juga Lailawati, Shakira dan Marshila.

Namun, Kak Aini menggamit aku untuk bersama-sama mereka. Aku sedikit kaget. Kenapa ya? Dalam hati tiba-tiba rasa berdebar. Aku ada buat salah ke?. Perlahan aku menghampiri mereka. Aku menundukkan wajah sebab syarat utama jika bercakap atau berhadapan dengan senior, jangan sesekali memandang muka mereka. Kononnya tanda hormat. Geli sangat aku dengar peraturan itu. Sangat mengarut.

"Juwita, ini gambar siapa? Boyfriend?", tersentap dengan soalan Kakak Suara Bingit, aku bingkas mengangkat muka memandangnya. Memang kelihatan sekeping gambar di tangan kirinya tapi aku kurang pasti gambar siapa. Dahiku berkerut, otakku ligat berfikir siapakah empunya gambar yang mereka jumpa di dalam loker aku?

"Kalau akak tanya, jangan pandang muka akak! Pandai melawan?", suara itu memang bingit sekali. Aku kembali menundukkan wajah. Rasanya seluruh tubuhku tiba-tiba menggigil. Terasa ingin menangis. Sungguh berdebar-debar gelodak di dalam hati.

Yang pasti, Kak Aini serta AJK-AJK sedang memerhatikan aku. Mungkin menantikan penjelasan dari aku. Aku berundur setapak kebelakang. Sebenarnya aku keliru. Pening dengan kejadian yang tidak disangka-sangka.

"Dian Juwita, awak pekak ke? Tak dengar soalan tadi?", suara itu memecah kebuntuan aku. Air mata aku turun jua. Deras. Rasanya inilah pertama kali aku diperlakukan seperti 'hamba'. Sedihnya.

"Jawablah. Yang menangis tu kenapa?", aku semakin menggogoi. Kuat ! Sakitnya hati aku. Ingat aku pekak? Tuli? Namun tiba-tiba aku mendapat kekuatan yang entah daripada mana datangnya.

"Saya tak tahu itu gambar siapa ! Puas hati !!" aku menjawab kuat ! Kuat sehingga mereka semua tersentak. Aku pandang si Suara Bingit itu. Biar air mata aku menitis laju sekali pun, aku tetap membuntangkan mata memandang ke arahnya.

"Apa hak kakak-kakak semua nak menengking saya? Hanya sebab saya junior? Hanya sebab kakak-kakak semua ada kuasa? Dan apa hak kakak untuk menjerit dan memekak pada saya? Saya tak peduli, saya nak bagitahu, itu bukan gambar saya! Not mine !", aku terus berlari keluar bilik sehingga terlanggar Lailawati yang berdiri tegak di hadapan pintu bilik.

Aku sudah tak peduli apa tindakan mereka selanjutnya. Aku berlari menuruni tangga bangunan tiga tingkat itu. Laju. Aku seka air mata namun tetap tidak mampu menghalanginya untuk mengalir keluar. Aku dengar Lailawati dan Shakira menjerit memanggil aku namun aku tak peduli.

Namun, otak aku secara tiba-tiba teringatkan pesan ayah, katanya orang yang diduga dengan masalah dan ujian adalah orang yang disayangi Allah SWT. Pesan emak pula, kalau kita fikir diri kita telah cukup menderita dengan semua musibah yang melanda, ingatlah diluar sana ada orang yang lebih malang nasibnya dari kita. Jadi kita sebagai manusia hendaklah selalu bersyukur dan redha dengan apa yang datang kerana sesungguhnya itu semua untuk menguji sekuat mana kesabarang kita.

Hatiku kembali normal. Degup jantung juga begitu. Tetapi kaki tetap berlari laju. Dan air mata masih juga tumpah.

Namun malangnya semasa menuruni tangga Asrama ke kantin, aku terlanggar seseorang yang kebetulan sedang menaiki tangga itu. Kami sama-sama terjatuh dan aku tidak tahu apa lagi yang berlaku selepas itu. Yang aku tahu kepala aku sakit sangat...


:: nak edit tajuk n3, tapi lum dan...kebizian melanda...

:: any comments aku appreciate n tqvm
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 11:51 AM | Show all posts
thanx sbb bg n3..rasanya citer dh ok..
x kaku lg..teruskan smbgan..tgh syok ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2010 11:52 AM | Show all posts
terkenang zaman remaja / persekolahan...terus kan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 01:18 PM | Show all posts
ariellin...macam kisah benaran sajork...
keep it up bebeh... but pliss make it happy ending...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 01:42 PM | Show all posts
Cerita ni buat kita ulang tayang kenangan masa duduk hostel
cuma masa akak dulu x ada la pulak  snr yg sombong semua baik2
masa duk hostel ni le ramai dpt adik or kakak angkat
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 01:49 PM | Show all posts
mesti best kan dok hostel..tapi saya tak berpeluang pun coz rumah dgn sekolah dekat aje huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.043030 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list