Post time 27-3-2022 07:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-3-2022 03:56 AM
Tak perlu nak susah susah fikir. Jikalau kamu berada di tempat dia pun kamu akan berusaha menukarkan kembali si anak kepada agama Islam walau dengan apa cara sekalipun.
Bawa lari menyeberangi lautan naik kapal secara haram pun pernah berlaku kerana tidak mahu si anak mengikut agama asal si ibu pun pernah berlaku.
kisah... thread lama aku baca mak dia hindu... kalau dah buddha, awat fight anak jadi hindu balik... baik dia fight jadi buddha cam dia ~ ni soalan jujur tau...
Oh dah bising ye kes ni ...hmm okay. Dalam radio IKIM ade rancangan analisis kot - tapi banyaklh yg dok justify itu ini.
perlis, kalu tak salh saya ade kan implikasi undang - undang tentang unilateral conversion.. de klausa yg tulis berkenan kusa ibu ATAU bapa ( dalm keizinn coversion ) bukan ibu dan bapa ...yg dapat tentukan hak penjagaan anak and hak anak nak peluk agama ape...
Aku pun x sure agama Loh skang nih, hindu or buddha...tp situasi skang nih adalah nk kekalkan status quo, nak cabar keabsahan penukaran sepihak suami dia dulu dari hindu kepada Islam..
then kalau skang ni dia dah jadi buddha, dan dia nak fight utk buddhakan anak2 dia akan jadi isu penukaran agama sepihak oleh dia sendiri lah plak.....sbb kalau nk cabar keabsahan tindakan si suami maka perlembagaan akan isytihar anak2 dia kembali kepada agama asal iaitu HINDU.....then kalau dia nk buddhakan anak2 dia plak dia kena minta persetujuan si suami lah plak....selagi si suami x bagi persetujuan maka anak2 dia akan kekal dlm agama asal iaitu Hindu sehinggalah sampai umur 18 tahun baru dorg bleh pilih sendiri nak jadi Islam, Hindu atau Buddha
Jawapan kes ni straight forward cuma rujuk Perkara 4(1)
Ada negeri yg guna ATAU dgn alasan isu Islam adalah hak ekslusif Raja2 melayu...tp kena igt isu Islam yg disebut adalah melingkupi hal2 penganut yg memang dah jadi Islam.
Isu ni adalah melibatkan Islam dan Bukan Islam, iaitu berkait salah seorang penjaga yg tidak Islam dinafikan haknya dlm sama2 menentukan status agama anak2 mereka, jadi mmg Civil court akan prevail....
Isu ni mmg xkan selesai selagi xder keselarasan antara negeri2 dan juga antara negeri dan Persekutuan...
Negeri nak guna hujah Islam under Raja, tp hal nih terkait gak dgn non muslim yg x tertakluk under Raja melayu dan Islam, so mmg akan sentiasa timbul isu cabaran enakmen syariah di peringkat mahkamah civil, dan end up civil akan always prevail...
Dan akan sering kita dengar ungkapan ISLAM TELAH DIHINA, ISLAM TERTINDAS DI BUMI SENDIRI...pening aku dgn org yg x faham isu dan suka main sentimen nih
Padahal isu nih mudah, xkan timbul langsung andai penukaran agama sepihak tidak dibenarkan oleh mana2 negeri.....tu punca dia...
Adapun isu dipaksa memeluk Islam (Dakwaan Ramasamy dan clan) tu adalah teknikal perundangan.....Dah kalau underage x boleh buat sebarang keputusan dan persetujuan secara perundangan, tindakan menukar agama mereka mmg boleh dianggap secara paksa.......walaupun mmglah betul xder insiden bebudak tu kena belasah, kena hunus pisau di leher suruh dorg masuk Islam, tp perundangan mmg dh mcm tu.....
Bukan bermaksud aku setuju apa2 usaha memurtadkan org Islam, tp dari sudut perundangan itu yg perlu disuarakan samada kita suka atau tidak
Aku setuju jer Ustazah NAzirah tu buat tindakan undang2 terhadap mana2 pihak yg buat fitnah terhadap dia mcm kes tuduh dia culik lah sembunyikan lah, yg tu mmg patut ambil tindakan undang2