CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: richard303

"Assalamualaikum" atau "Salamun Alaikum"

[Copy link]
Post time 4-10-2010 09:22 PM | Show all posts
Reply 59# abulhasan


    salam,

sy ingatkan sdr Abulhasan masih lagi mencari ulama yg betul untok berguru. Dah jumpa kah??
lain kali jangan terima apa saja yg diberi olih orang yg bergelar pakar/arif/ustaz/guru membabi buta.
Semak dulu dengan Quran sama ada betul atau tidak.
Nasib baik tak tuduh sdr putar belit ayat2 Allah. Maklumlah tak tahu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 03:15 AM | Show all posts
Waalaikumsalam..

Eh en ramsys. apa kabar. lama tak jumpa.

Saya dah lama jumpa ulama yang betul, en ramsys ada jumpe tak? kalau tak jumpa saya boleh bawa jumpa. tapi takut en ramsys la taknak jumpa sebab en ramsys ni ilmu lebih lagi kot.

en ramsys, sy rasa kita ni baru je bekenalan. tak baik la en ramsys menyebarkan benda2 tak baik, bedosa tau. guru2 saya ajar meneliti nas dengan mengambil pandangan dan pendapat para ulama yang lebih bijak dari kita, dan guru2 saya ajar jugak untuk berpikir tapi berdasarkan cara para ulama ASWJ la, takde main tafsir quran ikut hawa nafsu ni. maklumla, kita ni bahasa arab pon tak pandai mana, tetibe nak direct tengok quran takut salah faham pulak. ye tak?

eh lupe, en ramsys ni bijak lagi kot. tu terer tu boleh tafsir quran tanpa faham Bahasa Arab, tengok tejemah je dah tau dah hukum hakam. agaknyela. betul ke tak tak tahu le.

apa2 pun en ramsys, sama2 kita banyak2 mengaji ye . 1perkara nak kongsi, kalau ulama dah sepakat Hadis Nabi sebagai dalil dalam berhujah, jangan tolak tau. nanti masuk neraka tau. nauzubillah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 08:48 AM | Show all posts
Soalan mnm77 adalah "Selainnya macam 'hoi' 'ah' 'eh' dah jadi tak salah?"
Jadi jawapan saya adalah berpandukan soalan itu. Tapi sekarang mnm77 nak ubah kepada "UFF" pulak. Memang sy tak nafikan bahawa dlm Q17:23 kalimah yg digunakan adalah "UFF".
Kalau nak bincang pasal "UFF" katalah nak bincang pasal "UFF".
By the way mnm77 tahu kah apa makna "UFF" dalam bahasa Arab? Dan apa kaitannya dengan "AH" dlm terjemahan yg sy guna?
ramsys Post at 4-10-2010 21:14


Rasa rasa anda memahami isu 'uff' dan 'ah' ni sama seperti yang saya faham. Pertanyaan saya hanya untuk membuka minda, bukan nak kata terjemahan 'ah' tu salah, walaupun lafaznya disebut 'uff'.

Mari kita fokus balik kepada persoalan thread:

Dan kesejahteraan (As-salaamu) semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". (33) Itulah ’Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya. (34)

Adakah "As-Salamu" ini bukan ucapan Salam sejahtera seperti yang ditunjukkan dalam Al-Quran?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 07:02 PM | Show all posts
salam sdr mnm77.

Persoalan ini sy dah jawab pd #47.
Tapi untok lebih jelas lagi sy sarankan sdr baca dari ayat Q19:30 hingga ayat Q19:33.
Mengikut Quran, "AsSalamun" bukanlah kata "salam" (kata hormat) yg kita gunakan sepertimana lazimnya kita guna bila bertemu dengan sesaorang.
Kita buat contoh dari ayat Q19:33 itu sendiri. Bila sy berjumpa dengan sdr mnm77 bolih tak sy ucapkan seperti berikut:-

"Alssalamu AAalayya yawma wulidtu wayawma amootu wayawma obAAathu hayyan."
"Kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali."


Sy rasa ucapan itu tidak tepat sekali.
"AsSalamu" hanya digunakan didlm doa sja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 07:33 PM | Show all posts
salam sdr Abulhasan,

guru2 saya ajar meneliti nas dengan mengambil pandangan dan pendapat para ulama yang lebih bijak dari kita, dan guru2 saya ajar jugak untuk berpikir tapi berdasarkan cara para ulama ASWJ la


Tuhan sy pula mengajar sy untok mengunakan Al-Furqaan (Al-Quran) untok membeza yg mana hak dan yg mana batil.

Q25:1  Tabaraka allathee nazzala alfurqana AAala AAabdihi liyakoona lilAAalameena natheeran

Q25:1  Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al Qur'an) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,

Q25:1 (Picktall) Blessed is He Who hath revealed unto His slave the Criterion (of right and wrong), that he may be a warner to the peoples

1perkara nak kongsi, kalau ulama dah sepakat Hadis Nabi sebagai dalil dalam berhujah, jangan tolak tau. nanti masuk neraka tau


Sy lebih takut pada Tuhan sy.

Q39:38 Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku".
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 01:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by abulhasan at 6-10-2010 01:31

Waalaikumsalam..

Eh, en ramsys. apa kabar? shat x? en ramsys still lagi amalkan tafsir ikut akal sendiri ek. ish3.. tak bagus tu en ramsys.. nanti boleh tersalah faham. kalau tak percaya baik en ramsys tanya orang yang ambil bidang tafsir.

Ish3, en ramsys. kenapa en ramsys cakap "tuhan saya"? tuhan kita ni tak sama ke? bahaya tu en ramsys.. ish3, tak patut, tak patut...

Memang betul Allah turunkan Al-Quran untuk menjadi Al-Furqan, Az-Zikri, An-Nur, Al-Huda dan banyak lagi peranan Al-Quran. Tapi kena ingat, "menggunakan Al-Quran sebagai Al-Furqan"  itu bukan dengan menggunakan akal orang awam yang sikit pon tak mengerti maksud sebenar Al-Quran, tapi mengikut kefahaman yang telah Allah wahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.

Ingat, Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai penerang kepada maksud Al-Quran. Dengan makna yang jelas lagi, Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan perkara hak dan batil yang ada dalam Al-Quran. Akal manusia lemah macam kita ni tak mampu nak tahu dengan sendirinya mana hak dan batil melainkan ada yang memberitahu.

Banyak sangat ayat Quran yang menyebut tentang peranan, kehebatan, pengiktirafan Rasulullah SAW, sampai ada ayat yang menyebut secara jelas supaya patuh kepada Nabi SAW. Kalau patuh pada Nabi SAW maknanya ikut apa baginda buat, ikut apa yang baginda suruh. Dan salah satu suruhan Baginda, orang awam bertanya pada orang alim dalam perkara yang mereka tak tahu. Tapi en ramsys ni tolak hadis kan, tu pasal la tak tahu kot.

Guru2 sy yang mengaji daripada dulu dengan mengikut jalan ulama ASWJ selalu berpesan bahawa orang awam yang tidak mendalami ilmu agama secara khusus tak mampu nak memahami maksud sebenar Al-Quran melainkan dengan mengambil penerangan para ulama' terdahulu sperti Imam asy-Syafie, Imam Malik, imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, imam2 mufassir sperti imam At-Tobari, imam Ibn Kathir, imam Fakhru Razi dan imam2 lain sperti imam Nawawi, imam Ibn Hajar, imam as-Subki, imam Ghazali rahimahumullah dan ramai lagi. Maknanya kita belajar daripada orang yang telah belajar.

Betul ke en ramsys takutkan Allah? kalau takut kenapa tak ikut perintah Allah yang menyuruh hambaNya dalam mentaati Rasulullah sebagai utusanNya?

Tula en ramsys, sy dah ajak en ramsys ikut sy pergi mengaji, en ramsys tak mahu. Saya tak mahu nak berdebat2, tapi tindakan en ramsys yang memperlekehkan martabat hadis sebagai hujah dalil dalam Islam memang sudah melampau.. Jadi sy datang ni nak kongsi mana yang sy tahu

Saya berminat untuk berkongsi 1perkara, apabila kita bercakap tentang sesuatu perkara melibatkan perkara agama, maka berhati2.. apabila kita sudah sedap bercakap, kita mungkin tidak sedar kita sudah terlajak kata. Kalau bertaubat, I/Allah Allah SWT Maha Penerima Taubat, tapi bagaimana jika kita tidak sedar kita sudah melakukan kesilapan dan tidak juga bertaubat, di mana kesudahan kita? Itulah sebabnya pada awal2 hadir sy dalam thread ni, sy ada pesan pada diri sy dan sahabat2 sekalian supaya jangan main2 dalam perkara agama. Tak tahu ckp saja tak tahu. Dapat pahala tau sebab bercakap benar. So kita tak rugi apa2. Tapi lain pulak jadinya jika ingin kejar ke"femes"an, takut2 terlajak kata dan tak sedar sudah terlajak langsung hanyut... Nauzubillah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2010 11:11 AM | Show all posts
Sy rasa ucapan itu tidak tepat sekali.
"AsSalamu" hanya digunakan didlm doa sja.
ramsys Post at 5-10-2010 19:02


Itu kan pendapat anda. Ada dalil dan sokongan pendapat anda? Kalau sekadar rasa saja, belum cukup tu? Rasa tu macam sangkaan.

Ucapan Salam itu adalah juga doa kesejahteraan secara tak langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 12:34 PM | Show all posts
salam,


Sy x ada halangan mengunakan bahasa apapun selagi ianya bermaksud “selamat atas kamu.” ...
ramsys Post at 30-9-2010 20:04



Saya percaya bahasa itu berevolusi..sama juga dengan budaya manusia itu sendiri.. Bahasa melayu itu sendiri jika kita lihat amat jauh berbeza dari zaman Tun Seri Lanang berbanding dengan zaman ini.. bahkan pengucapan..ejaan..tatabahasa bahasa melayu pada zaman P Ramlee juga berbeza berbanding dengan zaman kita sekarang..pun begitu kita masih mampu tertawa dengan lawak P Ramlee..kerana bila sahaja kita faham akan apa yang cuba disampaikan..bahasa serta undang-undangnya jadi tidak relevan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 05:22 PM | Show all posts
Salam sdr Abulhasan.

Pada mulanya sy ingat nak juga jawab tulisan sdr. Tapi bila ingatkan yg sdr pernah putar belit ayat2 Allah jadi tawar & malas plak.

Kalau sdr dah lupa biar sy ingatkan, nanti kata sy fitnah plak.
Sy minta nas dari Quran dimana tuhan menyebut “dalam hal agama kita diminta mengikut pakar/arif/ulama”.
Sdr. Tunjukkan surah ini:-

surah AnNahl :43
Maksudnya : Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang alim daripada kalangan kamu jika kamu tidak mengetahui


Tapi bila sy rujuk kpd pakar/arif dlm penterjemahan Al-Quran lain pula maksudnya:-

(Terjemahan AlQuran olih Prof. Dr. H. Mahmud Yunus)
Q16:43  "Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (ya Muhammad),  melainkan beberapa laki2, yang Kami wahyukan kepada mereka. Sebab itu kamu tanyakanlah kepada orang2 ahli kitab (Taurat dan Injil) jika kamu tidak tahu,”  


Apakah ini yg diajar olih guru sdr? Putar belitkan ayat2 tuhan kerana nak menjaga kedudukan mereka? Mengapa sdr ini senang sangat menerima bulat2 apa saja yg disampaikan olih mereka? Jahil sangat kah? Memang patut sangatlah  sdr ikut mereka kerana senang mereka kelentong sdr.   

bukan dengan menggunakan akal orang awam yang sikit pon tak mengerti maksud sebenar Al-Quran


Jika hadis tersangat  mustahak sehingga tanpanya Quran x bolih difahami maksudnya  sudah tentu tuhan akan menyebutnya didalam quran dengan terang dan nyata.
Datagkan 1 nas dari quran dimana tuhan menyuruh kita mengambil hadis2 bukhari sebagai sumber hukum selain Quran.

Tolong tunjukan pada sy.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 11:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by abulhasan at 6-10-2010 23:36

بسم الله الرحمن الرحيم

Waalaikumsalam. Apa kabar en ramsys. makin kerap juga kita bertemu ye

eh eh, takkan dah tawar kot en ramsys.. takpe2, sy tambahkan garam sikit, nnti ada rasa masin2.

Masuk pada perkongsian kita ye .. herm..patutla en ramsys tak paham3. en ramsys tgk terjemah. sy kan pesan rujuk tafsir takpun nak lagi senang tanye pada ahli tafsir. Diorang mendalami bidang tafsir tu bukan saje suke2, diorang nak tolong orang mcm kita yang serba tak tau ni.. dan kalau en ramsys nak tahu, terjemah ni sekadar sebut zahir ayat  je. kalau tafsir ni lebih menyeluruh. kenape ye en ramsys ni taknak ikut cadangan sy, herm.. pelik3.. kalau orang yang bersungguh nak memahami sesuatu, dia akan berusaha kaji secara mendalam sehingga mengkaji hujah pihak lawannya. tapi en ramsys taknak kaji pulak, en ramsys degil yee..

Macam ni la en ramsys,
وما أرسلنا من قبلك إلا رجالا نوحى إليهم فسئلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

Terus terang sy cakap, kalau cume bace terjemahan stakat faham tapi memang takkan mengerti tujuan ayat tersebut diturunkan. jadi sila rujuk ahli tafsir.

Pertama: Asbab Nuzul " Ayat ini diturunkan untuk menjawab kepada orang kafir quraisy yang tidak percaya tentang kenabian Nabi Muhammad dengan mengatakan Allah Maha Kuasa, jika Dia mahu Dia akan utuskan malaikat sebagai Rasul dan bukannya daripada kalangan manusia. Jadi Allah turunkan ayat ni menyuruh mereka bertanya kepada alim ulama dikalangan mereka mengenai perutusan Rasul2 sebelum Nabi Muhammad supaya mereka tahu Rasul2 terdahulu juga daripada kalangan manusia. Dan alim ulama ketika itu adalah ahli kitab yang beriman dengan Taurat dan Injil.

Kedua : Salah satu pengajaran ayat yang boleh diambil, jika seseorang ingin mengetahui sesuatu perkara yang dia tidak tahu maka mesti dia bertanya kepada yang alim dalam bidang tersebut. Seperti dalam ayat tadi, orang kafir quraisy ketika itu berdegil dan mengingkari kenabian Nabi Muhammad kerana baginda seorang manusia, maka Allah suruh mereka pastikan dengan orang alim ketika itu kerana alim ketika itu lebih mengetahui perkara kerasulan berbanding mereka. (Allah yang suruh tau )
Harap2 paham la ya en ramsys. kalau tak faham juga elok la en ramsys belajar asas balik, daripada alif ba ta pon takpe. Ilmu

---------------------
Ish3.. Kalau sy cakap en ramsys jahil tak perlu marah ye. Sy dah cerite seblum ni, dalam Quran ada banyak ayat suruhan supaya patuh kepada Rasulullah (mesti en ramsys pon tau ) Banyak sgt sgt sgt Salah satunya surah an-Nisa' ayat 59. Biasa sangat kita semua dengar ayat ni. Ayat tu Allah suruh juga taat pada Rasulullah SAW, taat tu maknanya ikut  perbuatan, percakapan, suruhan dan larangan Baginda. tak cukup ke ayat berkenaan sebagai dalil. Nak minta dalil lain? berusaha cari sendiri ye, sy bagi sokongan daripada belakang kalau tak stuju pon takpe, sbb sy tak rugi kalau en ramsys berdegil

Tentang pentingnya peranan Hadis Nabawi sebagai penerang ayat Quran, amat2 jelas. Sy rs semua orang tahu kita bljar cara2 sembahyang melalui Nabi (daripada hadis Baginda). Kalau perkara yang besar seperti cara solat diajarkan daripada hadis Nabi SAW, apakah ianya tidak mustahak? tak setuju? silakanlah. sy tau ada kalangan daripada anti hadis ni sembahyang niat je.
en ramsys, dalam sohih bukhari tu bukannya hadis yang direka2 tau, hadis sohih. faham ke makna sohih? mesti tak faham, tah2 tak tahu pon.. fahamkan dulu apa maksud hadis sohih ye Nak dalil? fahamkan surah an-Nisa' : 59. lepas tu belajar ilmu hadis daripada basic.. Janganlah minta dalil byk2 lepas tu bile ati rase tak suke kat dalil2 tersebut terus tolak, padahal otak yang tak faham maksud.

Sy nk kongsi 1perkara,
Sy secara pasti bahwa kita semua tahu ilmu agama ni kene belajar berguru face2face dengan orang yang alim, dan tidak memadai hanya dengan membaca daripada sumber2 tertentu, ini supaya kita tidak salah faham..

usuluddin, ulum quran, ulum hadis, ilmu nahu, sorof, fiqh lughah, ilmu balaghah, nahu muqaran, ilmu dilalah, ilmu sanad, ilmu rijal, usul fiqh, ilmu mantiq, ilmu takhrij dan banyak lagi ilmu2 asas dalam Islam yang disusun oleh ulama2 terdahulu bagi membantu kita untuk memahami Quran dan Hadis Nabi, ini supaya kita sampaikan apa yang betul2 dimaksudkan oleh nas Quran dan Hadis. Jika kita tak mampu untuk belajar semua ilmu2 ini, maka memadai kita belajar fardu ain iaitu asas2. Melainkan kita nak jadi seorang pendakwah yang mengajar orang lain tentang agama, maka kita wajib belajar daripada basic dalam semua cabang2 ilmu tadi. Kalau tak mampu nk jadi pendakwah, cukuplah belajar supaya dapat menjadi pemimpin diri dan keluarga. bnyk juga pahala tau
Mengenai perkongsian ilmu, sprti yang ada dalam forum ni, itu perkara yang sgt baik spy kita saling ingat mengingatkan dan nasihat menasihatkan. Cuma yang perlu kita pastikan adalah dalilnya sohih dan benar, dan juga kefahaman seiring dengan kefahaman sebenar dalil. Nampak berat bukan? itulah sebabnya bukan semua orang layak nak tafsir quran dan syarah hadis.

kepada en ramsys, jelas pada sy yang en ramsys langsung tidak menguasai ilmu2 penting dlm mentafsir termasuklah cbg ilmu lain. kalau en ramsys berdegil juga untuk meneruskan kefahaman en ramsys, maka silakan. Dan sy juga ingin berhenti di sini, bukan sebab tawar, tapi kerana tidak guna sy berdebat dengan orang yg jahil murakkab.

Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 05:07 PM | Show all posts
salam,

Selain Q4:59 ada lebih dari 10 ayat yg menyuruh "Taat kepada Rasul". Kalau ayat2 inilah yg menjadi sandaran untok sy mesti menerima hadis, baik sdr simpan sajalah hadis tu sendiri.
Fahamkan tugas Muhammad sebagai Nabi dan tugas Muhammad sebagai Rasul dulu.

Srd Allah tak semestinya perlu Asbab Nuzul untok turunkan ayat2nya.
Dan 1 lagi sdr bolih simpanlah istilah2 arab saudara tu. Buat sy mengantuk dengarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 08:00 PM | Show all posts
Waalaikumsalam,

Patut la en ramsys ni susah sangat nak terima, mengantuk rupanya . kalau mengantuk jangan byk bercakap en ramsys, duduk diam2, takut mase becakap nanti banyak silapnye sebab masa tu tengah separuh akal

teruskan lah kalau nak . Sy cuma nak kongsi dengan orang lain supaya tiada orang yang terpengaruh dengan pendapat orang mengantuk
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 12:06 AM | Show all posts
salam,

sy kan pesan rujuk tafsir takpun nak lagi senang tanye pada ahli tafsir. Diorang mendalami bidang tafsir tu bukan saje suke2, diorang nak tolong orang mcm kita yang serba tak tau ni..


Inilah projek memperbodohkan orang2 melayu. Orang2 biasa tak bolih faham bahasa tuhan jadi diperlukan khidmat juru tafsir yg memahami bahasa tuhan. Apa2 yg tersurat didalam Quran tidak penting tapi yg tersirat. Juru tafsir ini tahu apa yg tersirat dengan tuhan.  Dia saja yg faham bahasa tuhan. Apa punya mengarut. Juru tafsir ni ditauliahkan olih tuhan kah? Xkan tuhan yg maha mengetahui tak tahu daya pemikiran hambanya.
Sdr Abulhasan kata kita orang biasa tak bolih faham quran, tapi tuhan kata sebaliknya:-

Q54:17  Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Salah satu pengajaran ayat yang boleh diambil, jika seseorang ingin mengetahui sesuatu perkara yang dia tidak tahu maka mesti dia bertanya kepada yang alim


Pengajaran & tafsiran mengikut keperluan sdr Abulhasan. Bukan makna dalam quran.

dalam sohih bukhari tu bukannya hadis yang direka2 tau, hadis sohih. faham ke makna sohih


Siapa yg mengsohihkannya?? Tuhan?? Rasul??
dalam quran tuhan tak suruh ikut hadis bukhari pun. “Taat Rasul” bukan bererti ikut hadis.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 06:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 11-10-2010 18:11
بسم الله الرحمن ا  ...Pertama: Asbab Nuzul " Ayat ini diturunkan untuk menjawab kepada orang kafir quraisy yang tidak percaya tentang kenabian Nabi Muhammad dengan mengatakan Allah Maha Kuasa, jika Dia mahu Dia akan utuskan malaikat sebagai Rasul dan bukannya daripada kalangan manusia. Jadi Allah turunkan ayat ni menyuruh mereka bertanya kepada alim ulama dikalangan mereka mengenai perutusan Rasul2 sebelum Nabi Muhammad supaya mereka tahu Rasul2 terdahulu juga daripada kalangan manusia. Dan alim ulama ketika itu adalah ahli kitab yang beriman dengan Taurat dan Injil.

Kedua : Salah satu pengajaran ayat yang boleh diambil, jika seseorang ingin mengetahui sesuatu perkara yang dia tidak tahu maka mesti dia bertanya kepada yang alim dalam bidang tersebut. Seperti dalam ayat tadi, orang kafir quraisy ketika itu berdegil dan mengingkari kenabian Nabi Muhammad kerana baginda seorang manusia, maka Allah suruh mereka pastikan dengan orang alim ketika itu kerana alim ketika itu lebih mengetahui perkara kerasulan berbanding mereka. (Allah yang suruh tau )

abulhasan Post at 6-10-2010 23:33


So ayat tu cuma menyuruh bertanya mengenai kerasulan Nabi terdahulu pada alim ulama di kalangan ahli kitab , tapi kenapa ayat tu dijadikan dalil untuk orang awam bergantung harap 100 % seluruh Quran dan Sunnah pada alim ulama zaman sekarang pulak ?  

Tak nampak relevan langsung lah pulak kerana yang di sentuh ayat tu cuma 1 bahagian yakni kerasulan Nabi terdahulu tapi yang dijadikan dalil pulak adalah seluruh agama merangkup Quran Sunnah semua , so mana relevan nya tu dari 1 bahagian terus jadi seluruh agama Islam kesemua sekali gus  ? Itu extreme tu !

بسم الله الرحمن ا ...Sy nk kongsi 1perkara,
Sy secara pasti bahwa kita semua tahu ilmu agama ni kene belajar berguru face2face dengan orang yang alim, dan tidak memadai hanya dengan membaca daripada sumber2 tertentu, ini supaya kita tidak salah faham..

abulhasan Post at 6-10-2010 23:33


Belajar face to face yang saudara tekankan tu sudah tentulah alim ulama zaman sekarang kat M'sia la kan, sebab dengan orang awam yang bekerja memanjang mana ada masa nak cari ulama luar negara , macam mana nak face to face melainkan dengan "ulama" kat masjid dan "tempat ceramah" aje laa di M'sia ,  alim ulama zaman dulu macam imam syafie imam ghazali etc tu semua mana nak dapat face to face  lagi dah sebab semua dah meninggal dunia .

So kenapa nak di suruh bergantung 100% pada alim ulama di M'sia yang kebanyakannya taksub politik memanjang tu ? Semua ulama M'sia confirm betul kah pemikiran mereka dan tidak ada sorang pun yang boleh di tipu syaitan langsung ?

Guru2 sy yang mengaji daripada dulu dengan mengikut jalan ulama ASWJ selalu berpesan bahawa orang awam yang tidak mendalami ilmu agama secara khusus tak mampu nak memahami maksud sebenar Al-Quran melainkan dengan mengambil penerangan para ulama' terdahulu sperti Imam asy-Syafie, Imam Malik, imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, imam2 mufassir sperti imam At-Tobari, imam Ibn Kathir, imam Fakhru Razi dan imam2 lain sperti imam Nawawi, imam Ibn Hajar, imam as-Subki, imam Ghazali rahimahumullah dan ramai lagi. Maknanya kita belajar daripada orang yang telah belajar.
abulhasan Post at 6-10-2010 01:27


Banyak buku-buku yang di tulis oleh ulama muktabar kan seperti imam syafie, imam ghazali , ibnu kathir , al maududi tu semua kan yang dah di terjemahkan ke dalam bahasa malaysia dan bahasa inggeris agar mudah di fahami oleh orang awam , so kenapa nak suruh jugak bergantung pada ulama face to face M'sia ?

Dah lah masa orang awam di habiskan banyak di tempat kerja mencari nafkah, kemudian nak di suruh cuma belajar agama waktu kat masjid dan waktu kat tempat ceramah pulak secara face to face , lagi sikit laaa masa yang orang awam boleh guna untuk belajar agama kalau lagu tu kekdahnya .  

Orang awam tak boleh baca dan fahami terjemahan Quran dan Hadis Sahih serta terjemahan buku-buku karangan ulamak muktabar secara sendiri kah dan nak kena alim ulama m'sia juga tolong perjelaskan pada orang awam apa yang dah jelas sebenarnya ? Kenapa sampai lagu tu sekali nak di suruh orang awam taksub dan bergantung harap 100% pada alim ulama M'sia ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 06:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 11-10-2010 18:29

Yang satu nak suruh bergantung kat para ulama M'sia 100% sampai akal sendiri pun tak nak guna langsung, yang satu lagi pulak nak suruh tolak hadis2 sahih lalu nak pakai akal sendiri 100 % ... dua - dua berpandangan terlalu extreme !

Pada saya , Islam ni mudah dan jangan kita menyusahkan , akal ada so gunalah dan jangan di buat pekasam , begitu juga hadis-hadis sahih ada so fahaminyalah agar petunjuk yang banyak terdapat dalam hadis-hadis sahih boleh menjadi amalan hidup seharian agar tak sesat .

Bergantung pada alim ulama M'sia 100% dan bergantung pada akal sendiri 100% adalah perbuatan sesat kerana alim ulama dan akal fikiran adalah makhluk yang bisa terpengaruh dengan godaan dan bisikan syaitan !

Bergantung pada Allah laa dan guna akal untuk memahami petunjuk Allah di merata-rata di alam semesta , di dalam kitab Allah , di dalam buku-buku ilmiah , di dalam kehidupan manusia dan di dalam segala kehidupan makhluk Allah yang terdapat di mana-mana di seluruh cakerawala , barulah seluruh hidup jadi bermakna dan berkat apabila minda di fokuskan pada menghayati ciptaan Allah sepanjang masa untuk mensyukuri nikmat Nya !

Asyik dok fokus kat alim ulama dan akal sendiri saja akan jadi macam katak bawah tempurung laa . Jumud .
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 11:00 AM | Show all posts
salam,

Didalam Islam tidak ada extremenya. Yang ada Cuma yang betul dan yang salah.

Q2:2  "Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,"

Yang betul adalah yang mengikut petunjuknya.

Manusia  dikurniakan olih penciptanya dengan banyak nikmat. Salah satu kurnian tuhan yang paling agung dianugerahkan kepada kita semua adalah kebolehan untok berfikir dan membuat perbezaan. Kecerdikkan dan keupayaan untok membezakan yang mana baik dan yang mana buruk telah meletakkan manusia ditempat teratas diantara makluk ciptaan tuhan. Jadi marilah kita gunakan anugerah ini dengan bijak dan dengan sebaik mungkin.

Q17:36  Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Ayat diatas  mengajar kita supaya tidak menerima apa2 pun tanpa memereksanya terdahulu dengan menguna akal fikiran kita.

Mengikut pendapat dan pandangan guru2/ustaz2 dengan tidak mengesahkannya terlebih dahulu bolih membawa kita ke penghujung yang trajik. Seperti yang diterangkan olih Allah:-

Q14:21  "Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong: ""Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan daripada kami azab Allah (walaupun) sedikit saja? Mereka menjawab: ""Seandainya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu. Sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri""."

Q67:10  "Dan mereka berkata: ""Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan, niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala""."

Keupayaan kita untok berfikir dan membuat perbezaan adalah anugerah yang paling berharga, jadi janganlah kita biarkan sesiapapun mengongkong pemberian tuhan ini daripada kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 08:48 PM | Show all posts
samb......

Didalam Al-Quran terdapat banyak ayat2 dimana tuhan menyuruh hamba2nya berfikir. Antaranya:-

Q16:12  Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal.

Q29:35  Dan sesungguhnya Kami tinggalkan daripadanya satu tanda yang nyata bagi orang-orang yang berakal.

Q2:242  Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum-Nya) supaya kamu memikirkannya.

Allah mengecam orang2 yang tidak mengunakan akalnya untok berfikir.

Q8:22  Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak memikir apa-apa pun.

Pemberian akal dan keupayaan untok berfikir yang ada pada kita adalah untok dipergunakan supaya dapat membantu kita untok mengenal yang mana betul dan yang mana salah.
Jadi gunakanlah pemberian tuhan ini dengan sebaik mungkin supaya kita tidak dipersalahkan olihnya diakhirat nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 09:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 14-10-2010 09:18
Didalam Al-Quran terdapat banyak ayat2 dimana tuhan menyuruh hamba2nya berfikir. Antaranya:-

Q16:12  Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal.

Q29:35  Dan sesungguhnya Kami tinggalkan daripadanya satu tanda yang nyata bagi orang-orang yang berakal.

Q8:22  Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak memikir apa-apa pun.
ramsys Post at 12-10-2010 20:48


Salam...

Benar ayat-ayat di atas menyuruh kita berfikir. NAMUN MESTI diperhatikan bahawa kita diperintahkan berfikir atas KEBESARAN Allah, hebatnya Allah Ciptakan alam ini dengan kejadian-kejadian dan perumpamaan dibuat supaya kita berFIKIR


Adakah sama antara orang yang buta dan orang yang melihat? Cuba fikirkan dan memikirkannya تَتَفَكَّرُونَ.....

قُل لَّآ أَقُولُ لَكُمۡ عِندِى خَزَآٮِٕنُ ٱللَّهِ وَلَآ أَعۡلَمُ ٱلۡغَيۡبَ وَلَآ أَقُولُ لَكُمۡ إِنِّى مَلَكٌ‌ۖ إِنۡ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّ‌ۚ قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلۡأَعۡمَىٰ وَٱلۡبَصِيرُ‌ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ
Katakanlah: "Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkan (nya)? (Al-An'Am, 50)


Setelah jelas kekuasaan Allah, maka berkenaan HUKUM-HAKAM, kita tidak diperintah untuk berfikir, sebaliknya diterangkan supaya kita memahaminya:

كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَڪُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ
Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum-Nya) supaya kamu memahaminya. (Al-Baqarah, 242)

Terjemahan yang dibawakan di bawah boleh dipertikaikan:
Q2:242  Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum-Nya) supaya kamu memikirkannya.


Terjemahan kalimah 'memikirkannya' itu sepatutnya digantikan dengan memahaminya تَعۡقِلُونَ.

Disebabkan oleh kefahaman manusia itu berbeza-beza mengikut kemampuan akal masing-masing, maka Allah perintahkan kita:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ إِلَّا رِجَالاً۬ نُّوحِىٓ إِلَيۡہِمۡ‌ۚ فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada ahli Az-Zikr jika kamu tidak mengetahui (An-Nahl, 43)

Siapakah yang dimaksudkan dengan ahli Az-Zikr tu?

Silakanlah siapa-siapa memberi jawapannya......
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 02:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 14-10-2010 14:25

Sambungan....

Apabila kita diperintahkan Allah dalam syari'at beragama, dalam bab HUKUM-HAKAM, kita kena akur tanpa memikirkan lagi (dengar dan taat):

إِنَّمَا كَانَ قَوۡلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ إِذَا دُعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَهُمۡ أَن يَقُولُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَا‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ   
Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan: "Kami dengar dan kami taat." Dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
(An-Noor, 51)


Inilah orang-orang yang memahami HUKUM-HAKAM ayat Allah apabila diterangkan kepada mereka.

Apa akan terjadi bila kita guna akal untuk menilai perintah Allah dan Rasul? Tidakkah Allah itu sendiri Maha Mengetahui segala-galanya? Patutkah dinilai dengan akal fikiran? Layakkah kita?

Contoh nyata dalam Al-Quran, bahawa Iblis tidak Taat perintah Allah kerana dia FIKIR dia lebih mulia dari Adam AS. Dia menilai perintah Allah itu, layakkah dia menilai perintah Allah? Apakah yang terjadi pada Iblis akhirnya?

Apakah kita layak menilai menggunakan akal fikiran kita berkaitan perintah Allah?
Maka bertanyalah kepada ahli Az-Zikr jika kamu tidak mengetahui (An-Nahl, 43)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 05:21 PM | Show all posts
Salam,

Dulu dah pernah jawab persoalan ni... copy paste yg dulu...

Mungkin cara yg sempurna di dalam memberi salam ialah dengan menyebut Assalamu alaikum warahmatullah wabarakatuh (Salam sejahtera untuk kamu dan mudah2an kamu mendapat rahmat Allah serta keberkatanNya)  

Di dalam sebuah Hadis riwayat Umran bin Husain, katanya:

Seorang lelaki telah datang kepada Nabi Saw sambil memberi salam kepada baginda, katanya, Salam sejahtera untuk kamu?lalu baginda menjawab salamnya, kemudian ia terus duduk.  Nabi bersabda: Sepuluh?(iaitu ganjarannya sepuluh).

Kemudian datang lagi seorang lelakiyang lain, lalu memberi salam kepada baginda, katanya Salam sejahtera untuk kamu dan mudah2mudahan kamu mendapat rahmat Allah? lalu baginda menjawab salamnya dan ia terus duduk.  Baginda bersabda, Dua puluh? (iaitu ganjarannya 20)

Kemudian datang  lagi seorang lelaki lain lalu memberi salam kepada baginda, katanya, Salam sejahtera untuk kamu dan mudah2an kamu mendapat rahmat Allah serta keberkatan-Nya).  Baginda menjawab salamnya dan ia terus duduk.  Baginda bersabda , Tiga puluh?(iaitu ganjarannya sebanyak 30)

Hadis riwayat al-Darimi, Abu Daud dan al-Tirmidhi, beliau berkata : Hadis ini adalah hadis hasan (baik).  Di dalam riwayat lain oleh Abu Daud terdapat penambahan di dalam teksnya iaitu:  

Kemudian datang lagi seorang lelaki, lalu memberi salam kepada baginda, Salam sejahtera untuk kamu dan mudah2an kamu mendapat rahmat Allah, keberkatan-Nya serta keampunan-Nya?  Lalu baginda bersabda (sesudah baginda menjawab salamnya) : Empat puluh? (iaitu ganjarannya adalah sebanyak 40).  Dan sabdanya lagi, Begitulah kedudukan tentang berbagai kelebihan (memberi dan menjawab salam).

So...

Sekurang2 ucapan memberi salam hendaklah seseorang itu menyebut Assalamu alaikum atau Assalamu alaika. jika orang yang diberikan salam itu hanya seorang sahaja, atau pun menyebut "Salamun alaikum" (salam sejahtera utk kamu) atau "Salamun alaika" (salam sejahtera utk engkau)

Menurut pendapat fuqaha Mazhab Shafie , adalah sunat menggunakan ungkapan jamak apabila mengucapkan salam kepada seseorang individu, iaitu dengan menyebut Assalamu alaikum atau Salamun alaikum sebagai ucapan kepada para malaikat Allah yg ada.

Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.076097 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list