SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri dan TimbalanMenteri Pertahanan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyangkal kenyataan DatukSeri Najib Tun Razak bahawa projek kapal tempur pesisir (LCS) terbengkalaikerana PH menangguhkannya pada September 2019. Dalam satu kenyataan bersama oleh bekas Menteri Pertahanan,Mohamad Sabu dan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong menjelaskan,kenyataan Najib bahawa projek LCS hanya dapat diteruskan semula pada April 2022kerana berlakunya pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021 juga tidak benar. “Garis masa membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapanbukan punca projek LCS lambat. Status kemajuan projek LCS sepatutnya mencapai49.12 peratus pada Januari 2016tetapi hanya siap 39.67 peratus. “PadaJanuari 2017, kemajuan projeknya sepatutnya 59.35 peratus tetapi hanya siap 46.99 peratus manakala dijangka siap70.58 peratus pada Januari 2018 tetapi hanya siap 50.15 peratus. “PadaJanuari 2020, projek itu sepatutnya siap 82.41 peratus tetapi hanya siap 56.39 peratusdengan variance sebanyak -26.02 peratus. Sampai hari ini, reka bentukterperinci belum siap,” menurut kenyataan berkenaan pada Selasa. Pembinaan LCS jelasnya, melibatkan fasa reka bentuk konsep,diikuti reka bentuk asas dan akhirnya reka bentuk terperinci.
https://www.sinarharian.com.my/article/215505/berita/semasa/projek-lcs-mat-sabu-chin-tong-sanggah-kenyataan-najib
|