CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakhalal

Bila Esok Kita kan Bertemu Kembali...

[Copy link]
 Author| Post time 26-1-2011 05:44 PM | Show all posts
Reply 60# juliet80


    hehehe..tenang cik juliet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2011 12:14 PM | Show all posts
alisha ni keji sgt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 07:11 PM | Show all posts
Reply 62# adieqchomelz


    erk..hahaha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 11:35 PM | Show all posts
BAB 11
“True friendship comes when the silence between two people is comfortable.”

Comfortable? Aku tak selesa langsung macam ni, getus hati Alisha. Dia mengerling sekilas Nina yang senyap mengadap televisyen. Sejak dari hari Najmi pergi tanpa sepatah kata dari rumah sewa mereka, Nina langsung tidak menegurnya. Dia tahu, Nina marah dengan sikapnya pada Najmi.

Alisha akui, sudah hampir 2 bulan hubungannya dengan Najmi dingin. Panggilan telefon dari Najmi jarang dia sambut yang akhirnya menyebabkan Najmi tidak menghubunginya lagi. Najmi masih mengingatinya kerana masih ada pesanan ringkas yang dilayangkan kepadanya saban hari walaupun selepas kejadian hari itu.

Alisha memicit- micit kepalanya sambil menyandar ke kerusi. Apa aku dah buat? Dia bertanya pada dirinya sendiri. Bukan sekali tapi berkali- kali! Ada rasa ingin menyendiri. Ada rasa ingin bersendirian, buat sementara waktu. Najmi! Nama itu diulang sebut di dalam hati. Seketika kemudian, nama Azmal Zakwan pula yang terbayang di mindanya. Aku bukan lakukan ini semua kerana Azmal. Dia yakin dia tidak meyimpan sebarang rasa istimewa terhadap Azmal!

“Kau kenapa?” Alisha membuka matanya. Aku berhalusinasi ke tadi? I heard someone’s talking to me... But who? Nina?

“Icha! Kau kenapa?” Sah, memang Nina! “Sakit ke?” Nina bertanya lagi. Badannya sudah beralih mengadap Alisha.

“Tak lah! Aku okay,” balas Alisha. Awkward. Masing- masing seolah- olah kehilangan kata- kata.

“Ni...”
“Icha...”

Eh? Alisha dan Nina sama- sama tergelak. Tak sangka mereka akan bercakap serentak.

“Aku dulu!” pintas Nina pantas. Alisha mengangguk.

“I’m sorry Icha... Sorry kalau kau rasa aku masuk campur dalam urusan hidup kau,” kata Nina, lancar sekali.

“Nina, jangan cakap macam tu! Aku yang nak minta maaf pada kau. For everything!” pintas Alisha. Dia menghulurkan tangan pada Nina dan sahabatnya itu menyambut. Mereka sama- sama tersenyum. Alisha rasa sedikit lega. Sedikit? Ya, kerana dia masih rasa bersalah pada Najmi.

“Icha... One question?” perlahan Nina berkata. Tangan Alisha masih digenggamnya erat- erat. Alisha sekadar mengangguk.

“Kau dengan Azmal?” ringkas soalan Nina.

Alisha membulatkan matanya lantas berkata,“ Nina, aku ni tunang Najmi! Aku tak pernah ada apa- apa hubungan dengan Azmal!”

“Tapi Icha, kenapa kau layan Najmi macam tu? Pulak tu, lepas kau kenal Azmal Zakwan tu!” bunyinya seakan merungut. Alisha mengeluh perlahan sebelum dia bercerita kepada Nina tentang apa yang dia dan ibunya bincangkan dari hati ke hati saat dia pulang ke rumah ibubapanya minggu lalu.

bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2011 01:18 AM | Show all posts
ini sambungannya...

Alisha berkisah, Nina mendengar dengan tekun...

“Icha bagitahu ibu... Sebenarnya, Icha ada masalah dengan Najmi ke?” pujuk Arfah. Bahu Alisha diurut lembut. Alisha diam tidak bersuara namun dia menggelengkan kepalanya.

“Siapa pulak Azmal dalam cerita Icha ni?” selamba ibunya bertanya. Pantas Alisha memandang wajah Arfah. Mulutnya terlopong. Syafiq muncul di benaknya. Ini mesti abang yang cerita dengan ibu! Desis hatinya.

“Abang bagitahu ibu?” Alisha bertanya.

“Niat abang baik. Dia rasa tak sedap hati.” Wajah Alisha, Arfah renung dalam- dalam. “Abang tak nak Icha buat salah. Icha ingat lagikan pasal abang dulu?”
Alisha ingat, malah sentiasa ingat. Ahh... Malas nak rewind, ini cerita aku, bukan cerita abang!

“Icha memang tak ada apa- apa hubungan dengan Azmal, bu. Icha dengan dia cuma kawan biasa je,” kata Alisha. “Icha tak pernah jumpa dia face to face pun.”

“Jadi dia bukan saingan Najmi?” Tanya Arfah dalam senyuman.

“Alah! Ibu ingat anak ibu ni sapa nak jadi rebutan?” tingkah Alisha. Arfah ketawa kecil mendengar kata- kata Alisha.

“Tapi Icha takut la bu...” adu Alisha perlahan.

“Takut apa?” pantas Arfah bertanya. Wajah anaknya itu direnung dalam- dalam, seakan- akan mencari jawapan di dalam mata Alisha.

“Takut nak jadi isteri orang,” balas Alisha lantas tunduk mengelus jari sendiri. Tanpa Alisha duga, ibunya ketawa besar mendengarnya.

“Nak takut apa kalau si dia tu Icha sendiri yang pilih?” ujar Arfah dalm tawa yang masih bersisa. “Si dia tu dah tak sabar nak jadi suami Icha tau... Tak sangka pulak Icha kat sini, takut- takut,” usik Arfah. Tawanya meletus lagi melihat wajah Alisha yang bertukar merah.  

Alisha dan Nina saling berpandangan. Alisha tersenyum, kelihatan manja. Nina mencebik. “Kau ni kan, bikin saspen je tau!” marah Nina.

Alisha kemudian mengeluh perlahan. “Nina, aku takut nak cakap dengan Najmi.”

“Takut apa?” Nina sudah berkerut dahi. Seketika kemudian dia berkata, “Ahah!! Aku dah tahu, kau takut sebab kau dah buat salah kat Najmi kan? Kan?”

“Macam mana nak buat Nina? Tolong aku!” rayu Alisha dengan wajah kesian.

Nina tersenyum, sinis. “Itu kau kena fikir sendiri. Kau yang cari masalah, pandai- pandailah kau setelkan. i just want to wait and see,” balas Nina selamba.

Alisha ternganga. “Kau kejam!” balas Alisha lantas memukul tubuh Nina dengan kusyen kecil. Pecah tawa mereka malam itu.

“Icha, ingat lagi tak masa kau demam teruk kat UIA dulu?” Nina bertanya tiba- tiba. Senyuman manis bergayut di bibirnya.

Alisha kelihatan berfikir sejenak. “Ooo... yang kau bawa aku pergi klinik Universiti tu ek? Ingat! Kenapa?”

“Tak ingat apa yang jadi kat klinik?” sola Nina lagi.

Automatik Alisha tersenyum. Matanya bersinar seperti bintang. “Mestilah ingat!” balas Alisha.

“Icha, you looked radiant!!” jerit Nina . Alisha ketawa kecil. “Aku tak mungkin lupa bila kita keluar dari pintu klinik tu Najmi ada tengah tunggu kau. Muka dia masa tu... Kalut habis! Tapi... ” Nina sengaja membiarkan ayatnya tergantung.

“Tapi, aku pulak yang blur! Aku tak ingat dia tu siapa!” sambung Alisha dalam tawa. Mereka sama- sama ketawa.

“Teruk betul! Tapi yelah, otak kau tak centre masa tu,” usik Nina. “Tapi balik dari klinik tu, memang parah la angau kau kat Najmi!” Alisha ketawa terus.

Tak mungkin dia lupa peristiwa itu. Betul kata Nina, dia memang sungguh- sungguh jatuh cinta dengan pelajar dari Kuliyyah Ekonomi itu. Hmm... I love you once and i’ll love you forever! Tekad Alisha tiba- tiba. Dalam pada itu, otak Alisha ligat berfikir cara untuk menambat kembali hati Najmi yang pastiya tercalar dengan perlakuannya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2011 02:35 PM | Show all posts
errrmmm , sekejap nak sekejap tak nak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-1-2011 08:19 PM | Show all posts
Reply 66# Jesica


    tu la..jgn jd macam budak alisha ni.sekejap nak,sekejap tak nak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2011 08:21 PM | Show all posts
EPISOD 12
Alisha bingkas bangun. Dia terjaga. Pantas tangan kirinya menekan suis lampu tidur. Cahaya suram menerangi kamarnya. Alisha menghela nafas berkali- kali. Dia bermimpi. Mimpi yang tidak enak. Dia menyelak gebar dan bangun ke bilik air. Dia membasuh mukanya berkali- kali.

Selesai, dia kembali ke katil. Sempat matanya mengerling jam di meja sisi katil. 434 pagi! Terasa seakan mimpinya itu benar- benar terjadi. Dia bermimpi Najmi hilang di telan kabus. Puas dia cuba untuk menarik Najmi namun Najmi tetap berkeras untuk pergi. Tangan yang Alisha hulur tidak di sambut. Najmi memilih untuk pergi. Ya Allah, apa makna semua ini? Bisik hatinya. Dia kembali berbaring namun kantuknya langsung hilang. Tiba- tiba, dalam hati ada rasa takut. Takut apa Icha? Takut kehilangan!

Alisha tahu dia bersalah pada Najmi. Dia telah melukakan hati lelaki itu. Tunangnya yang baik! Apa yang terjadi minggu lepas kembali bermain di layar matanya. Icha yang salah! Icha yang salah! Ada berani untuk mengaku depan Najmi ke Icha? Sigh... bukannya Alisha tidak mahu menghubungi Najmi dan meminta maaf tapi dia hilang kosa kata. Ah alasan la Alisha! Itu bisik hatinya yang satu lagi.

Alisha mencapai telefon bimbitnya dan membuka Folder Picture. Gambar Najmi direnung satu persatu. Tanpa sedar, bibirnya mengucap rindu. Abang, Icha rindu abang. Maafkan Icha bang... akhirnya Alisha tertidur dengan telefon bimbit di tangannya.

Pukul 7 pagi, di rumah sewa Alisha...

Alisha masih bermalas- malasan di atas katil. Telefon bimbitnya kemas di tangan yang seketika kemudian, dia lambung- lambung ke udara. Dia sedang berkira- kira untuk menghubungi Najmi. Mimpi semalam masih segar di ingatan. Badannya rasa tidak enak mengenangkan mimpi itu. Panjang doakan ketika solat Subuh tadi. Dia memohon dengan sepenuh hati agar dia dan Najmi tidak berubah hati (terutamanya Alisha Hanif!). Dia memohon dengan tulus agar pernikahannya dengan Najmi kelak menjadi gedung untuk dia dan Najmi berkongsi kasih sayang dan mendapat ganjaran pahala.


Akhirnya dia menekan Speed Dail nombor 2. Automatik talian menghubungkannya dengan Najmi. Alisha menggigit bibirnya, dalam hati, Tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya dia. Lebih berdebar dari saat pertama kali bertemu dengan ibubapa Najmi!

Alisha hampa. Panggilannya tidak di endahkan oleh Najmi. Suara operator yang menyambut panggilan Alisha dengan meminta dia meninggalkan pesan. Alisha mengeluh. Dia mengetuk kepalanya dengan telefon bimbit. Dengan langkah yang lemah, dia bangun mencapai tuala dan ke bilik mandi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2011 10:08 PM | Show all posts
nak lagiiii~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2011 09:47 PM | Show all posts
Coming!!! Insya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 01:27 PM | Show all posts
penuh debaran !
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 10:37 PM | Show all posts
next...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2011 10:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by anakhalal at 9-2-2011 00:08

Pukul 745 pagi, rumah Najmi...

Berkerut seribu dahi Najmi saat melihat ada Missed Call dari Alisha di telefon bimbitnya. Air dari rambutnya menitik di atas telefon skrin segera disapu. Berkali- kali dia periksa waktu panggilan dan memang sah, Alisha menelefon! Oh, atau mungkin tak sengaja tertekan? Accidentally called? Hmm... Telefon bimbit diletak di atas katil dan dia segera mencapai pakaian kerjanya.

“Aku nak tumpang keta kau hari boleh?” Tanya Najmi saat Azim melabuhkan punggung di hadapannya. Dia menyuakan Azim secawan Nescafe yang mana Azim sambut tanpa banyak soal.

“Oh, itu pasal bikin Nescafe aa? Huh, jangan main- main sama Nippon!” balas Azim. Najmi mencebik.

“Ye la... Kalau tak, takdenya aku nak susah- susah buat,” selamba juga Najmi membalas.

“Kenapa dengan Blade?” Tanya Azim.

“Blade okay... Saja terasa macam nak naik Honda pagi ni,” jawab Najmi dengan senyum meleret. Azim sekadar tersengih.

Najmi membuang pandang ke luar. Azim di sebelah diam memandu. Ada yang difikirkan Azim. Sikap Najmi pagi itu. Nampak senang hati. Hmm... Problem dah setel ke? God bless you, bro!

Lagu yang disiarkan radio menangkap perhatian Najmi...
SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

“Sapa yang nyanyi lagu tadi?” tiba- tiba Najmi bertanya. Azim berpaling sekilas sebelum menjawab, “Anuar Zain.”

“Aku teringat Icha bila dengar lagu tadi,” kata Najmi sambil pandangan jauh di lontarkan ke luar. “Tadi ada missed call dari Icha. Kau rasa patut ke aku return call dia?” Najmi bertanya pula.

“Kau rasa?” Pertanyaan yang Azim balas.

“Nak tapi tak nak pun ada. Aku rasa macam nak diam je dulu. Kau rasa macam mana?” Soalan lagi dari Najmi.

Azim tersenyum. “Bro, jual mahal sikit bro!” Najmi tersengih. Jual mahal lah, kot nanti aku yang gigit jari!
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 02:20 PM | Show all posts
next
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 06:12 PM | Show all posts
Reply 73# anakhalal


    najmi ,jgn talipon ica
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 06:13 PM | Show all posts
AH , next !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2011 07:23 PM | Show all posts
Doa Najmi, Alisha dan Azmal Zakwan...

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah..."

nantikan sambungan, Insya Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 09:49 PM | Show all posts
bila nak sambung..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 09:59 PM | Show all posts
saper jodoh alisha yang sebenarnya??
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 07:44 AM | Show all posts
suspen nye.....smoha najmi la jodoh alisha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.070092 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list