|
funny gilerr part dia ingat cikgu tu lanun
sakit perut aku baca
sambung lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Hari persekolahan Zulaikha sudah memasuki hari kedua. Dia sudah mempunyai ramai kenalan baru di kelas itu. Mungkin dia tidak menghafal kesemua nama kawan-kawan barunya, namun sejak hari semalam, dia sudah semakin rapat dengan murid-murid yang sekumpulan dengannya terutama sekali Zazalina. Zulaikha merasakan teman barunya itu seorang yang bijak dan baik orangnya.
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Zulaikha dan Zazalina masing-masing membawa bekalan makanan. Mereka berdua berjalan keluar dari kelas dan menuju kearah taman sekolah. Tumpuan utama mereka ialah sebaris pohonan tin. Pohonan tin setinggi pokok mempelam itu bukan sahaja mempunyai daun yang lebar bagaikan telinga gajah tetapi juga berdaun lebat. Tengku Nadia sudah berpesan kepada Zulaikha untuk menunggunya di situ kerana ianya sesuai untuk dijadikan pohon teduhan ketika waktu rehat.
Lentangan rerumput zoysia japonica sebagai hamparan taman hijau sekolah itu cukup mengasyikkan lebih-lebih lagi apabila sinaran sipi matahari pagi menjamah permukaan rumput. Taman hijau sekolah itu terletak di hujung bangunan kelas mereka yang juga bersebelahan dengan padang sekolah. Itu adalah kali pertama Zulaikha melihat taman sekolah itu. Berbanding jika hendak ke kantin, taman sekolah itu jauh lebih dekat dengan kelas bangunan kelas mereka. Agak tenang suasana di situ berbanding di kantin yang sesak dan bising dengan murid-murid yang beratur hendak membeli makanan.
Zulaikha terpandang sebuah kolam ikan bersebelahan dengan sebuah pokok tin yang paling besar. Kolam itu hanyalah seluas meja ping pong dan ianya mempunyai air terjun mini buatan. Susunan batu-batuan di sekeliling kolam itu menyerikan lagi kolam air terjun mini tersebut. Zulaikha tersenyum lebar.
“Jǐn lǐ yú chí! (Kolam ikan koi!)” jerit kecil Zulaikha sambil berlari-lari anak menuju ke arah kolam itu.
Zazalina yang kehairanan menuruti Zulaikha ke kolam itu sambil bertanya, “Jin? Ada jin?”
Zulaikha mendecit, “ Chhh…ikan! Cantek!” Ajaknya pula sambil menarik tangan Zazalina, “Lái! (mari!)”
Sesampainya mereka berdua di tepi kolam itu, Zulaikha menuding ke arah ikan-ikan koi itu dan berkata, “Jǐn lǐ ikan! (Ikan koi!)”
“Ohh..ikan koi,..ingatkan jin apa,” Zazalina menambah lagi, “Cantik kan?”
Zulaikha cukup suka melihat liuk-lentuk ikan-ikan koi yang memenuhi kolam itu. Kali terakhir dia melihat kecantikan kolam ikan koi ialah ketika mengikuti bubapanya berziarah ke rumah pakciknya di Ho Chi Minh dahulu. Semenjak itu dia jatuh cinta dengan kecantikan ikan koi apatah lagi dengan rupa kolam yang kelihatan seperti semulajadi.
Mereka berdua melabuhkan punggung bersebelahan kolam itu untuk menikmati bekalan makanan yang dibawa. Selang beberapa minit kemudian, Tengku Nadia pun tiba dengan empat rakannya dan duduk di situ bersama-sama.
“Nilah adik baru saya! Nama dia Zulaikha.” tutur Tengku Nadia dengan gembira memperkenalkan Zulaikha kepada rakan-rakannya yang berempat itu.
Zulaikha hanya tersenyum-senyum menggangguk kepada rakan-rakan Tengku Nadia sambil mengunyah manakala mulutnya pula penuh dengan makanan sepertimana biasa tabiatnya.
“Ehh…macam orang Cina je?!,” tanya Najwa, salah seorang dari rakan-rakan Tengku Nadia.
“Laaa….memang la…nanti lama-lama dia jadi Melayu lah,” jawab Tengku Nadia bersahaja.
“Jadi Melayu? Nanti mata dia tak sepet dah ke awak?” tanya Ain pula kehairanan dengan dengan jawapan Tengku Nadia tadi. Dia juga salah seorang daripada lima rakan Tengku Nadia itu.
“Mana boleh mata sepet jadik bulat pulak! Mana boleh Cina jadi Melayu?! Cina tak pandai makan pakai tangan kan?” ujar seorang lagi rakan mereka berlima yang bernama Siti.
Mereka berlima terus berbincang tentang perkara itu di depan Zulaikha seolah dia tidak berada di situ langsung pun. Zulaikha pula sedari tadi memang tidak mengambil peduli dengan orang lain jika berhadapan dengan makanan. Malahan pula dia masih tidak dapat menangkap ayat-ayat bahasa Melayu jika ditutur dengan laju. Sekali menyuap makanan, sekali menoleh ke arah kolam sambil melihat kawanan ikan koi berenang-renang. Dia langsung tidak mengendahkan apa yang dibincangkan oleh Tengku Nadia berlima itu.
Zazalina pula hanya melihat dan mendengar sahaja lima sekawan itu yang saling membalas pertanyaan masing-masing tentang Zulaikha, sedangkan Zulaikha sendiri tidak mengambil peduli apa-apa pun. Dia hanya terus menyuap makanan dengan menggunakan sudu.
Sedang riuh lima sekawan itu bersembang, tiba-tiba mereka terdiam saling memandang memerhatikan Zulaikha seolah ada perkara yang telah mereka persetujui di luar pengetahuan Zulaikha. Tengku Nadia pula kelihatan serba salah. Manakan tidak? Apabila rakan-rakannya bertanya adakah Zulaikha pandai makan nasi menggunakan tangan dia sendiri tidak tahu untuk menjawab. Memanglah Zulaikha boleh memakan nasi menggunakan tangan, tetapi kelihatannya Zulaikha cukup canggung. Kebiasaannya Zulaikha hanya makan menggunakan sudu. Apa yang membuatkan Tengku Nadia menjadi serba salah ialah mereka ingin melihat Zulaikha memakan nasi menggunakan tangan ketika itu juga.
Zulaikha yang masih leka menyuap makanan, terhenti seketika apabila seorang dari rakan berlima itu bangun berdiri. Budak perempuan yang bertubuh agak besar dan tinggi berbanding kanak-kanak seusia mereka itu berjalan ke arah Zuaikha dan duduk bertinggung disebelahnya. Dengan segera budak itu merampas sudu yang dipegang Zulaikha. Budak perempuan yang bernama Najwa itu hanya tersengih melihat Zulaikha yang terpinga-pinga apabila sudunya dirampas. Mereka ingin melihat bagaimana Zulaikha hendak makan menggunakan tangan.
Zulaikha segera memandang ke arah Tengku Nadia memohon penjelasan. Tengku Nadia hanya membalas dengan wajah yang kelihatan serba salah disebabkan perbuatan Najwa yang agak melampau itu. Dia sendiri pun kadang-kadang turut dibuli oleh rakan-rakannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Najwa sambil ketawa kecil berkata, “Budak Cina! Makanlah pakai tangan! Kitorang nak tengok!”
Zulaikha cuba mencapai kembali sudunya yang dirampas namun tidak sampai setelah Najwa menjauhkan sudu itu darinya.
“Hái gěi wǒ lah! (pulangkan balik lah!)” Zulaikha bertempik.
“Makan lah pakai tangan!” balas Amirah seorang lagi dari rakan berlima itu sambil membuat gaya makan nasi menggunakan tangannya.
“Báichī…(bodoh..)” Zulaikha mendengus sedikit mencebik bibirnya.
Zulaikha tidak ingin lagi memperdulikan mereka. Lagipun dia ingat akan pesanan dari kedua ibubapa angkatnya akan perlakuan di sekolah yang harus dijaganya. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dilempangnya budak perempuan bertubuh besar bernama Najwa itu.
Zulaikha cuba juga menghabiskan baki makanan. Dia memakan nasi dengan menggunakan tangannya. Walaupun agak canggung dan seleranya sudah sedikit terbantut dek gangguan Najwa, namun dia tetap cuba menghabiskan juga makanannya. Ibunya sering mengajarnya jangan sesekali membazirkan makanan kerana itu adalah rezeki yang dicari dengan susah payah.
Zazalina hanya memerhatikan dengan simpati. Belum pun sampai tiga suapan, Amirah, Najwa, Siti dan Ain sudah ketawa mengekek-ngekek. Zulaikha hanya mendengus sesekali menjeling mereka sambil meneruskan suapannya.
“Awak semua janganlah gelakkan orang. Tak baik lah.” Tegur Zazalina kepada kumpulan itu.
Tengku Nadia menyambung kata-kata Zazalina pula, “Najwa, dahlah…bagilah balik sudu Ika tu. Kita pun tak makan lagi ni.”
“Wehh…kejap lagilah. Saya nak tengok lagi ni. Kelakarlah! Bukan senang nak tengok orang Cina makan nasi pakai tangan.” Balas Ain.
“Ha’ah! Tengok tu.. makan macam orang cacat je!” siti turut menyampuk menambah perisa.
Zulaikha terus menyuap nasi tanpa memperdulikan mereka. Tangan kanannya mengepal nasi seperti menggenggam tangan….mulutnya pula sedikit comot dengan nasi yang melekat di pipi.
Najwa sedikit merasa tercabar dengan sikap Zulaikha yang kelihatan cuba tidak memperdulikan mereka. Walaupun sudah diusik sebegitu, Zulaikha kelihatan seperti tidak mengendahkan mereka langsung seolah gangguan mereka itu tidak terkesan langsung dek Zulaikha yang kelihatan bersahaja itu. Itu membuatkan Najwa berasa geram. Lalu dia merapatkan mukanya ke sisi kanan muka Zulaikha dan merenung tajam ke anak mata Zulaikha. Pun tidak dipedulikan dek Zulaikha yang memang sengaja bersikap sebegitu malas hendak melayan perangai bodoh mereka itu.
Najwa menolak bekas makanan Zulaikha ke bawah Segala nasi dan lauk berhamburan di atas rumput. Semua orang terkejut dan tercengang dengan tindak tanduk Najwa yang melampaui batas itu.
Zulaikha mulai meradang. Warna kulit mukanya mulai kelihatan merah. Matanya sedikit berair. Tengku Nadia berasa cemas. Dia mulai risau apabila melihat Zulaikha begitu kerana dia cukup mengenali perangai baran budak perempuan Cina itu.
“Ika…ingat pesan mama dengan papa hari tu?” tegur Tengku Nadia cuba meredakan keadaan sebelum menjadi bertambah buruk. Namun ianya mungkin agak terlambat.
“Botoh! Sayer nak makan lah!” tempik Zulaikha sambil bangun berdiri.
Serentak dengan itu tanpa disangka Najwa, Zulaikha menampar pipinya dengan sekuat hati. Najwa terus terduduk meraung dan menangis kesakitan perit pipinya ditampar Zulaikha. Zulaikha mengutip saki baki beberapa buku nasinya yang tertumpah di atas rumput lalu menyumbatkannya ke dalam mulut Najwa dengan perasaan geram.
“Nasik kasi makan loh! Báichī! (Bodoh!)” Zulaikha berteriak. Airmatanya turut mengalir.
Tengku Nadia yang seakan terpana melihat tindak balas Zulaikha yang juga agak melampau itu segera bangun dan memegang tangan Zulaikha seakan takut Zulaikha membuat apa-apa lagi perkara yang pelik-pelik. Lagi pula dia telah diamanahkan oleh ibubapanya untuk menjaga Zulaikha. Teruk dirinya akan dimarahi nanti jika hal ini menjadi besar sehingga diketahui pula oleh keluarganya nanti.
Sambil memujuk Tengku Nadia membawa Zulaikha pergi dari situ. Zazalina yang terpegun dek keberanian Zulaikha juga berlalu pergi mengikuti kedua-dua beradik itu.
♦♦♦♦♦ |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 ni... kecik2 dah pandai membuli...
bravo... zulaikha.... |
|
|
|
|
|
|
|
“Māmā! Māmā!” jerit Zulaikha melambai kepada ibunya Kim Hanh.
Zulaikha gembira apabila terlihat ibunya berjalan keluar dari alunan ombak yang memecah pantai. Ibunya tersenyum tanpa menyahut jeritannya tadi. Kim Hanh berjalan keluar dari celahan ombak yang menghempas perlahan-lahan menuju ke pasiran pantai menghala ke arah Zulaikha. Dia menghulurkan kedua-dua belah tangannya dengan wajah tersenyum dan ceria. Zulaikha terus menerpa mendapatkan dakapan ibunya itu.
“Māmā… Wǒ hěn xiǎngniàn nǐ. (Mama..saya sangat rindukan mama)” ujar Zulaikha dengan nada gembira sambil memeluk erat ibunya.
“Shì de.. Tā yǐjīng yǒu yīduàn shíjiān (Ya…dah agak lama kita tak jumpa kan..)”
Sambung Kim Hanh lagi, “Ai Huang…Nǐ shì yīgè jiānqiáng de nǚhái le! (Ai Huang…kamu dah semakin besar sekarang!)”
“Māmā, tāmen jiào wǒ Zulaikha.. Bù Ai Huang le” (Mama….mereka panggil saya Zulaikha..bukannya lagi Ai Huang.” Zulaikha mengadu..nada gembira bertukar sedih.
Kim Hanh hanya tersenyum mendengar aduan anaknya itu. Di usap-usapnya ubun kepala serta mencium-cium dahi Zulaikha seolah-olah ingin melepaskan rindu dendam kepada anaknya.
Ibunya Zulaikha berkata, “Nǐ yào yǒnggǎn hé yīgè hǎo nǚhái (Kamu kena lebih tabah dan jadi budak yang baik).”
“Wǒ dāyìng guānyīn, zhǐyào shi yīgè hǎo nǚhái, tā dài nǐ dào wǒ. (Saya berjanji dengan Dewi Guan Yin akan jadi budak baik …sekiranya dia temukan saya dengan mama).” Balas Zulaikha sambil bermanja-manja dengan ibunya.
“Dah puas tidur Zulaikha?!”
Tiba-tiba nada suara ibu Zulaikha yang lunak tadi berubah menjadi agak kuat dan nyaring. Suara itu cukup berlainan sekali dari suara asal ibunya. Dia melihat wajah ibunya. Suara yang agak keras itu jelas datangnya dari mulut ibunya yang kini kelihatan semakin lebar. Pipi ibunya menjadi semakin tembam dan gemuk. Badan ibunya juga semakin gempal! Tunggu…dia kenal dengan wajah yang mulai mengubah wajah asal ibunya itu. Dia cukup cam dengan wajah itu…tetapi ingat-ingat lupa pula.
Terasa telinganya ditarik dengan kuat…Zulaikha cepat-cepat membuka matanya. Wajahnya dibangkitkan dari lentangan lengannya. Sebelah mukanya kemerahan akibat berbaring sambil duduk di meja kelasnya dengan berbantalkan lengan. Dia tertidur di dalam kelas! Dan dia juga dikejutkan oleh Puan Zainab! Puan Zainab menarik telinganya hingga dia duduk tegak di bangku. Separuh kelas menahan ketawa melihat wajah Zulaikha. Hendak dilepaskan ketawa, takut pula menjadi sasaran berikutnya. Pipi Zulaikha yang kemerahan berbantalkan lengan itu tadi kelihatan sedikit basah.
“Eeee…..air liur basi!” seloroh Najib rakan sekumpulan meja Zulaikha.
Suara orang-orang yang sedang ketawa kedengaran. Puan Zainab bercekak pinggang di depan Zulaikha.
“Sebab apa tidur dalam kelas haa?!!” bentak Puan Zainab.
“Saya….tadi malam…tido…..tido tak kenyang.” Jawab Zulaikha berkerut dahi memohon simpati dari gurunya tanpa mengetahui pasangan bahasanya adalah salah.
Di benak Zulaikha masih teringatkan belaian kasih sayang ibunya yang bagaikan benar-benar berlaku di hadapan matanya. Sungguh hampa Zulaikha apabila menyedari ianya hanyalah mainan mimpi. Di sarang fikirannya; Dewi Guan Yin sengaja mempermainkan dirinya. Tetapi masalah yang lebih besar pula sedang dihadapinya sekarang. Puan Zainab yang bagaikan ‘lanun’ itu kini sedang meledakkan kemarahannya.
Puan Zainab berlalu dari meja Zulaikha begitu sahaja tanpa melakukan sebarang tindakan susulan terhadapnya. Hati Zulaikha terasa lega.
“Ika…kesat pipi awak tu…” bisik Zazalina sambil menggosok pipinya sendiri.
Zulaikha mengesat pipinya yang sedikit berlendir akibat lelehan air liur ketika tidur tadi dengan menggunakan sapu tangan yang dibawanya.
♦♦♦♦♦
Waktu rehat yang masih berbaki lima belas minit lagi itu digunakan oleh Zulaikha dan Zazalina dengan sebaiknya di dalam perpustakaan sekolah. Zazalina yang memberi idea itu. Setelah kerap bercerita kepada Zulaikha akan kisah Hikayat Sang Kancil, Zulaikha berasa teringin pula hendak membaca sendiri buku tersebut. Zazalina mengajaknya ke situ untuk mencari buku itu jikalau ada.
“Ika! Kat sini! Meh!” Zazalina menjerit memanggil Zulaikha.
Zulaikha yang tadinya sedang kusyuk meneliti judul buku-buku yang disusun mengikut susunan abjad. baris demi baris, rak demi rak ditelitinya kalau-kalau ada perkataan “Sang Kancil” kini terasa sedikit lega. Mungkin rakannya sudah menjumpainya. Dia berlari anak menuju ke arah Zazalina.
“Ina…awak sutah jumpa kah?” tanya Zulaikha tanpa menyedari ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka berdua.
“SYHHHHHHHH!!!” bunyi gemersik yang kuat kedengaran di sebelah telinga mereka yang entah dari mana datang secara tiba-tiba membuatkan mereka berdua terkejut.
“Dalam library tak boleh bising-bising lah!” bentak seorang budak perempuan yang lebih tinggi dari mereka berdua.
Entah dari mana pula budak itu datang mereka pun tak pasti. Budak perempuan itu dengan keningnya yang berkerut sambil bercekak pinggang kelihatan agak …..lebih tua dari usia? Tercengang Zulaikha dan Zazalina memerhatikan gelagat budak itu dengan kehairanan. |
|
|
|
|
|
|
|
cerite ni sangatlah bagusnye!
dah lama saya tak baca cerita mcm ni....
last book i've read something like this was "Memoirs Of Geisha".
gambar2 byk membantu teknik penceritaan...
gaya bahasa pun mudah nak paham...
taklah terlalu tension otak nak mencanai maksud setiap patah kata...
nak n3 lagi! |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya beng akan stick to one person view kot...so..maybe lain sket ar cara penyampaian citer....tatau apa watak lain tengah buat selain dari watak utama. |
|
|
|
|
|
|
|
wooo...lamanya tadak n3... |
|
|
|
|
|
|
|
tq beng
cerita ni sgt menarik
pelarian vietnam ni dtg Msia masa 78-79 gitu
k smiley yg veteran ni ingat lagi la |
|
|
|
|
|
|
|
wooo...lamanya tadak n3...
fizziany Post at 3-6-2011 23:36
sorry...skang bz sangat..wife baru pas bersalin pada 2.6.2011...so beng la yang jaga anak n maknya berpantang....amik cuti panjang duk kat umah pun rasa mcm tak cukup masa nak kejar mengarang...huhu.
nanti bila beng dah buat schedule kerja2 rumah barulah jadi kurang kelam kabut kot...susah juga jadi Mr Mama ni. |
|
|
|
|
|
|
|
lmbt lg nk tunggu sambungannyer ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 73# kambeng_masam
Congrats for your new baby!
Takpa...amik masa kau...tak perlu terkejar2.... |
|
|
|
|
|
|
|
“Kenapa bising-bising dalam perpustakaan? Tak nampak tu?” ngomel budak perempuan pelik itu sambil menudingkan jarinya ke poster “Tolong senyap” di dinding.
Zulaikha dan Zazalina saling memandang antara satu sama lain. Mereka mengerti dan mula melangkah menjauhi pengawas perpustakaan itu. Sesekali Zulaikha menoleh ke belakang ingin melihat semula pengawas tadi namun budak perempuan itu sudah menghilangkan diri. Mereka berdua mencari tempat duduk yang kosong. Sebaik sahaja duduk Zulaikha mula bersuara sambil matanya memerhatikan sekeliling.
“Cepatlah Zaza….” Belum sempat Zulaikha menghabiskan ayatnya, matanya terpaku memandang ke arah suatu sudut.
Zazalina yang berasa hairan dengan Zulaikha itu turut memandang ke arah yang sama. Budak perempuan pengawas yang tadinya menegur mereka rupa-rupanya masih memerhatikan mereka. Dan kali ini dari jauh lagi budak itu menunjukkan isyarat ‘diam’ dengan jari telunjuk diletakkan menyilangi bibir sambil menggelengkan kepalanya. Matanya pula dijegilkan ke arah mereka berdua.
Zazalina hanya terkekeh menahan ketawa, dirasakannya tingkah laku pengawas perpustakaan itu agak melucukan. Zulaikha tidak mengambil pusing. Cepat-cepat dibukanya buku cerita ‘Sang Kancil’ tersebut.
Sedang mereka berdua membelek-belek isi kandung buku cerita bergambar itu seseorang merapati meja.
“Ika, pandai baca ke?” tegur Megat Amir sambil tersenyum.
Zulaikha mengangkat pandangannya tepat ke muka Megat Amir. Hatinya mulai berasa panas. Baru sudah 'diganggu' oleh pengawas perpustakaan, kini Megat Amir pula datang membantutkan waktu terhadnya membaca. Dia tidak segera menjawab soalan itu malah segera pula menoleh ke arah pengawas perpustakaan tadi risau jika budak perempuan pelik itu akan datang dan memarahi mereka kerana membuat bising. Anehnya, tiada pula nampak kelibat pengawas tegas itu. Megat Amir tercengang menanti jawapan dari Zulaikha. Zazalina pula memberikan senyuman semanis kurma madu kepada Megat Amir.
Belum sempat Zulaikha hendak menjawab pertanyaan tadi tiba-tiba terdengar pula suara yang mereka biasa dengari,
“Hai Amir….lama tak masuk library? Nak saya tolong carikan apa-apa buku tak? Nak?” sapa pengawas perpustakaan tadi itu yang entah dari mana datangnya secara tiba-tiba sahaja muncul.
Seolah-olah memang itu sudah kelazimannya untuk muncul secara tiba-tiba seperti teknik ahli silap mata.
“Erk…err….” Megat Amir hanya sempat melepaskan sedikit suara dari tekaknya apabila pengawas perpustakaan itu segera menarik lengan Megat Amir menjauhi meja itu.
“Jom saya tunjukkan ada buku baru yang sekolah beli. Awak mesti suka nanti. Jom…”
Seraya dengan itu lantas lengan Megat Amir ditarik menjauhi meja dan menghilang di sebalik rak-rak buku. Zulaikha dan Zazalina hanya terdiam melopong memerhatikan tingkah laku pengawas itu yang secara automatiknya berbeza dengan kehadiran Megat Amir. Dan mereka berdua masih terdengar suara budak perempuan pelik itu bercakap-cakap dengan Megat Amir di sebalik rak-rak buku tersebut.
Zulaikha tercengang-cengang. Lalu mengecilkan matanya dan mencebik.
“Chheh! Gila..….” gumamnya.
“Ehhh…tak baik awak cakap gila tau,” tegur Zazalina sambil memuncungkan bibirnya.
“Kalau olang sutah gile macamana mau baik owh?” balas Zulaikha sambil tersengih.
Selang beberapa belas minit kemudian, setelah selesai membelek isi kandungan buku itu mereka berdua bingkas bangun dan menuju ke pintu perpustakaan. Ketika mereka berdua memakai kasut di pintu masuk perpustakaan, terlihat pula kelibat budak perempuan pengawas perpustakaan tadi sedang bercakap-cakap dengan Megat Amir yang kelihatannya tidak berapa selesa berbual.
“Eh! Eh! Ika! Nak pergi mana tu?!” Megat Amir separuh menjerit memanggil Zulaikha sambil tangannya melambai ke arah Zulaikha.
Zulaikha hanya memandang Megat Amir dan tersengih kecil seolah menyampaikan maksud “padan muka”.
“Eh! Amir jangan lah awak bising-bising…kat sini perpustakaan tau…awak janganlah buat bising pulak macam diorang tu!” tegur pengawas pelik itu.
Zulaikha menarik tangan Zazalina dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu tanpa memperdulikan Megat Amir yang masih melambai-lambai tangannya kepada mereka.
♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦ |
|
|
|
|
|
|
|
yeay...ada N3
tks kambeng |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kambeng_masam at 26-7-2011 09:07
1991
Matahari yang semakin terbenam di sepanjang Pantai Marang itu memancarkan sinar petang yang mengasyikkan. Zulaikha yang kini sudah berusia dua belas tahun itu sedang duduk dan menghabiskan masanya bersendirian di Secret Garden menikmati suasana itu dengan perasaan murung.
Wajah ibu kandungnya kini semakin pudar dari ingatannya. Sudah puas dia cuba mengingatinya namun agak sukar dari hari ke hari. Sementelah dia merasai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu angkatnya, hidupnya semakin ceria. Hampir setiap malam tidurnya ditemani ibu angkatnya yang penyayang itu. Dia kini tidak lagi menangis seperti dahulu. Sedikit demi sedikit bayang raut wajah ibunya menjadi pudar. Apa yang diingatinya hanyalah wajah seorang perempuan yang berkulit putih kekuningan, berambut panjang dan lurus serta berbau harum bagaikan bunga melur.
Zulaikha semakin ceria setiap hari, namun di benaknya masih tertanya-tanya, adakah lagi harapan baginya untuk bertemu kembali dengan ibu kandungnya.
Dia teringat akan perbualannya dengan Datin Suraya malam tadi.
“Mama, kenapa mama Ika lama sangat mau datang sini?” Tanya Zulaikha yang sedang berbaring di atas katil ditemani Datin Suraya di sisinya.
Sambil tersenyum Datin Suraya menjawab, “Mama tak tau sayang…emm…agaknya dia nak Ika jadi budak baik dulu, lepas tu baru dia datang, kan?”
Sambil memandang Datin Suraya Zulaikha berkata lagi, “Ika dah lupa muka mama Ika macamana”.
Pipi Zulaikha mula dilelehi airmata yang mengalir perlahan. Datin Suraya memeluknya sambil memujuk.
***
Zulaikha termenung jauh kearah lautan yang kelihatannya tidak bersempadan, leka sehinggakan tidak terperasan akan kehadiran Megat Amir yang sedari tadi sudah lama memerhatikannya duduk termenung.
Megat Amir menyapa, “Hai Ika…dah lama ke ada kat sini?”
Zulaikha memandang Megat Amir dan tersenyum.
“Tadi dah ada kat sini…nak balik dah pun” jawab Zulaikha.
Lalu Megat Amir pun turut duduk bersebelahan Zulaikha. Matanya memandang ke arah deruan ombak pantai.
Megat Amir memecah suasana dengan berkata,
“Dah lama tak nampak Ika termenung macam ni”. Sambung Megat Amir lagi, “Ada masalah lagi ke dengan Shaq?”
“Haha…kalau Ika ada masalah dengan Shaq sekalipun…takde maknanya lah nak termenung. Dan takde maknanya jugak Amir nak menyibuk amik tau hal orang” Balas Zulaikha dengan nada sinis.
“Ika, Amir nak kasi ni…” sambil tersengih-sengih Megat Amir menghulurkan tabung buluh yang dibuatnya minggu lepas.
“Ehhh….cantiknya! Tapi Ika dah ada tabung..mama belikan.”
Zulaikha mengambil tabung buluh itu dari tangan Megat Amir.
“Alaaa…tu tabung ayam…mana sama..ni tabung buluh..original tau. Amir buat khas untuk Ika. Boleh la nanti Ika simpan duit banyak-banyak lepas tu belanja Amir makan ABC! Hehe.”
“Eleh…tu namanya tak ikhlas tau. Dah kasi hadiah nak mintak pulak mende lain” tegur Zulaikha.
“Eh! Sapa kata tu hadiah?! Amir kasi tabung tu kat Ika…mintak Ika tolong simpankan duit Ika untuk Amir dalam tu.” Balas Megat Amir cuba melawak.
“Cheh! Baka! (“Bodoh” dalam bahasa Jepun). Ingat Ika ni banker ke?” berang Zulaikha sambil menumbuk bahu Megat Amir yang sedang ketawa itu.
Sambil ketawa Megat Amir berkata, “Tu… Amir ada tuliskan nama Ika….nanti orang lain takleh curi”.
Zulaikha membelek-belek tabung buluh itu memeriksa tulisan namanya yang diukir kemas oleh Megat Amir. Dia tersenyum gembira. Sememangnya ‘buah tangan’ itu walaupun hanyalah tabung buluh, namun keistimewaannya ialah ia diperbuat khas untuknya. Hanya untuknya.
“Amir…thanks” Zulaikha tersenyum simpul.
“Emmm! Simpan leklok tau! Nanti dah penuh, Amir temankan Ika masukkan duit dalam bank”.
Suasana kembali senyap. Tidak tahu apa lagi yang hendak mereka bualkan. Mereka berdua terus memandang ke arah lautan yang terbentang luas di hadapan.
“Amir….Ika dah lupalah macamana muka mama Ika” Zulaikha mengadu tanpa mengalihkan arah pandangannya.
Sambung Zulaikha lagi, “Ika tengah sedih ni... macamana kalau nanti mama Ika datang tapi Ika tak kenal dia? Mesti nanti mama Ika kecik hati kan?”
“Ohh…sebab tu lah Ika termenung eh? Hmm…” balas Megat Amir sambil jari tangannya mengusap dagunya yang tidak berjanggut itu.
Sambung Megat Amir, “Ika…dari kita kecik lagi Ika asyik tunggu mama Ika kan? Amir tak rasa mama Ika akan datang sini dah. Tapi mama Ika yang sekarang kan sayang Ika sangat-sangat?”
“Huhuuu…janganlah berterus-terang sangat macam tuuu! Ika tau…Ika mungkin takkan dapat jumpa dah dengan mama….tapi Ika rasa rindu sangat kat dia. Rindu sangat-sangat! Amir tak paham…hati Ika ni rasa camne tau.” Rajuk Zulaikha.
Megat Amir memandang Zulaikha yang kelihatan muram itu. Hatinya berasa kasihan namun baginya Zulaikha tidak harus berterusan sebegitu entah sampai bila. Dia berfikir sudah sampai masanya Zulaikha melepaskan segala-gala tentang ibu kandungnya yg saban hari, sekian tahun dinantikannya.
Secara tiba-tiba Megat Amir meletakkan tapak tangan kanannya ke atas kepala Zulaikha. Zulaikha sedikit terkejut namun dibiarkannya.
“Ika, penantian tu suatu penyiksaan. Amir paham Ika bersedih. Tapi sampai bila Ika nak terus macam ni? Amir tengok, Aunty Suraya tu cukup sayangkan Ika. Kan sekarang Ika dah ada mama yang baik? Ohh…dan jugak boyfriend yang baik? Heheh...kalau boleh setiap masa dan saat Amir nak temankan Ika macam ni tau….tanak tengok Ika sedih-sedih lagi.” Megat Amir berkata sambil mengangkat keningnya berulang-kali dan tersenyum bangga.
Megat Amir melepaskan kembali kepala Zulaikha yang ditekapnya dengan tangan tadi sambil terus tersenyum lebar sambil kembang kempis hidungnya. Zulaikha menggosok-gosok kepalanya sambil menjeling ke arah Megat Amir dengan matanya yang dikecilkan dan mulut yang sedikit muncung.
“Haaa…tu nak marah la tu! Dah muka comel-comel pastu sedih-sedih pastu wat muka marah ..dah jadi macam chimpanzi dah!” ketawa Megat Amir cuba melawak tanpa menyedari ianya tidak terasa kelakar bagi Zulaikha.
Tanpa membalas kutukan itu, Zulaikha terus menumbuk kuat ke bahu Megat Amir.
Zulaikha berkata, “Apa boyfren-boyfren?! Dahlah pegang kepala orang! Tangan tadi tu kotor-kotor pegang apa ntah?!”
“Haaaa.. Chop! Chop! Orang melawak tanak Ika sedih lah!” Megat Amir cuba menjelaskan seraya berdiri mengelak tumbukan Zulaikha yang bertubi-tubi ke bahunya.
“Tak kelakarlah Megat Amir bodoh!” jerit Zulaikha sambil mengejar Megat Amir yang cuba mengelakkan diri.
Tidak cukup dengan itu, Zulaikha cuba menghayunkan pula tabung buluh tadi ke bahu Megat Amir.
“Oi! Oi! Nenek! Benda tu hadiah lah!” jerit Megat Amir sambil terus berlari anak mengelak terkena hayunan Zulaikha.
“Arghhhh! Tak kira! Amir! Kalau berani janganlah lari! Cakap orang nenek?! Haa?!!” Zulaikha terus mengejar Megat Amir walaupun niatnya bukanlah benar-benar hendak memukul budak lelaki yang kini berusia lima belas tahun itu.
Mereka terus berkejaran dan meninggalkan Secret Garden yang semakin diseliputi mendung matahari terbenam.
♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kambeng_masam at 26-7-2011 22:29
Sesampainya di perkarangan Vila Seri Kemunting, mereka berhenti kejar-mengejar. Mereka saling berpandangan, namun cepat-cepat Zulaikha mengalihkan pandangannya ke arah lain. Janggal rasanya apabila mata bertentangan. Megat Amir ketawa. Zulaikha pun turut ketawa.
“Macam budak kecik!” kata Megat Amir.
“Haa! Tau pun!” sambung Zulaikha, “Yang buat lawak bodoh macam budak tak sunat tu sapa suruh?”
Mereka berdua saling ketawa sambil termengah-mengah. Zulaikha menimang-nimang tabung buluh tadi. Megat Amir membongkok dan lengannya menongkat lutut.
“Amir”
“Ya?” balas Megat Amir seraya berpaling memandang Zulaikha.
Seakan teragak-agak Zulaikha meneruskan bicara. Matanya ditumpukan kepada tabung buluh itu. Meneliti ukiran namanya di atas buluh itu.
“Terima kasih”
“Emm?” Megat Amir tidak faham.
Zulaikha menunjukkan tabung buluh itu.
“Oh…sama-sama.” Sambung Megat Amir lagi, “Simpan elok-elok tau. Bukan senang nak buat tu”
Zulaikha hanya tersenyum. Sedang mereka berdua termangu-mangu hilang modal untuk berbicara, Tengku Nadia pula memunculkan diri dari pintu rumah.
‘Ika! Mama panggil suruh masuk! Dah nak maghrib ni!” laung gadis remaja itu yang hanya tua setahun dari Zulaikha.
Megat Amir mula melangkah keluar dari perkarangan rumah keluarga Tengku Sulaiman itu. Dan sempat berpaling semula ke belakang.
“Bye Ika!”
“Em!” balas Zulaikha hanya mengulum senyum.
“Bye Nadia!”
“Bye Amir! Jangan datang dah!” gurau Tengku Nadia membalas sambil tersengih di muka pintu rumah.
Megat Amir hanya tersengih dengan gurauan Tengku Nadia. Dia meneruskan perjalanan pulangnya ke rumah yang tidak jauh letaknya dari situ. Di benaknya masih memikirkan ayat-ayat yang Zulaikha luahkan ketika di Secret garden tadi.
“Ika tau…Ika mungkin takkan dapat jumpa dah dengan mama kandung Ika….tapi Ika rasa rindu sangat kat dia. Rindu sangat-sangat! Amir tak paham…hati Ika ni rasa camne tau”
Mendengar kata-kata itu tadi, dia turut berasa simpati akan kesedihan Zulaikha. Akan tetapi dia tidak suka melihat Zulaikha selalu bersedih sebegitu. Hendak dipujuk, tidak tahu lagi apa patah perkataan yang mahu digunanya. Lantas dia hanya selalu bergurau dengan Zulaikha supaya budak perempuan itu dapat melupakan sejenak kesedihan hati. Walaupun selalunya gurauannya merepek-repek sahaja.
Tetapi Megat Amir tetap berasa gembira, dirinya menjadi tempat Zulaikha meluahkan kesedihan. Ibarat lagu Tommy Page yang masih popular ketika itu;
Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,
And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.
All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on
Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!
And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on....
Sepanjang ingatannya, memang di Secret Garden itulah yang sering menjadi tempat untuk Zulaikha bersendirian melepaskan tangisan dan rindu kepada ibu kandungnya yang hilang. Selepas pertemuan pertama yang langsung dirinya mengenali Zulaikha di taman rahsia itu, dia sering juga menjengah ke situ apabila ada masa yang lapang.
Memang niatnya sengaja ingin berjumpa Zulaikha di situ walaupun nasibnya tidak selalu baik apabila bertemu dengan gadis cina yang comel itu. Manakan tidak, setiap kali berjumpa pasti ada sahaja bahagian badannya yang menjadi mangsa cubitan atau pukulan dari sifat sensitif dan garang Zulaikha. Paling tidak pun telinganya pekak dengan pekikan nyaring Zulaikha apabila tersalah bergurau. Namun begitu, Megat Amir yang selalu pandai menilai dan membaca keadaan hanya berfikir baik. Baginya, mungkin kerana sifat-sifat Zulaikha itulah yang membuatkan budak perempuan garang itu menjadi lebih berdikari sedari kecil lagi hingga ke hari ini. Ada sesuatu di dalam diri Zulaikha yang membuatkan dirinya tertarik.
“Heh…budak perempuan cina yang pelik..” gumam Megat Amir sendirian ketika berjalan pulang ke rumah melalui sisiran pantai. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kambeng_masam at 29-7-2011 23:49
Sementara itu, Zulaikha masuk ke dalam rumah dan berselisihan dengan Tengku Nadia. Tengku Nadia terpandang tabung buluh yang dijinjing Zulaikha.
“Apa tu Ika?
“Tabung.” Katanya lagi, “Amir buatkan dari buluh”.
“Tengok jap.”pinta Tengku Nadia.
Zulaikha menyerahkan hadiahnya itu kepada Tengku Nadia. Tanpa menunggu, langsung dia ke dapur mencari air untuk diminum. Tengku Nadia mengekorinya sambil membelek-belek tabung itu.
“Hmm…sejak bila pulak Amir ni pandai buat benda-benda merepek macam ni?” Tengku Nadia sangsi.
“Entah. Tapi cantikkan?” Zulaikha menyoal balas.
“Buruk je. Lawa lagi tabung ayam yang mama belikan hari tu”
“Alaaa…itu yang beli…ni yang buat sendiri. Siap ada tulis ‘IKA’ dia ukir kat situ.”
“Sukalah tu?” tanya Tengku Nadia cuba memerangkap.
“Mestilah suka orang kasi hadiah”
“Orang tanya….suka dengan Amir lah tu?” Tengku Nadia cuba menyerkap jarang.
“Ishh!.Tak lah!” sambungnya lagi,”Budak bodoh yang suka merepek tu. Dua kali lima je dengan Harris”
“Elehhh….ye ke?” Tengku Nadia mengusik lagi, “Yang selalu dia datang pujuk masa Ika menangis kat Secret Garden dari dulu tu apanya?”
Zulaikha kehilangan ayat untuk menangkis soalan perangkap Tengku Nadia. Dia menuang air masak ke dalam gelas.
“Pujuk apanya? Hangguk-hangguk lepas tu buat lawak-lawak bodoh. Lepas tu cakap benda-benda yang Ika tak faham” jelas Zulaikha sebelum meneguk air.
“Papa pergi mana?” Soal Zulaikha pula ingin menukar tajuk.
“Pergi KT. Katanya sampai rumah lepas maghrib.” Jawab Tengku Nadia.
Sedang Zulaikha meminum air, Tengku Shaqirah memunculkan diri sebaik turun dari tingkat atas. Diperhatikan kedua-dua adik perempuannya itu. Matanya tertumpu kepada benda asing yang dipegang oleh Tengku Nadia. Zulaikha tidak perasan akan kehadiran kakak angkat sulungnya itu.
“Benda apa yang Nadia pegang tu?” tanya Tengku Shaqirah.
“Ni?”
Tengku Nadia mengangkat dan menunjukkan tabung buluh buatan tangan Megat Amir itu kepada kakaknya itu.
“Ni tabung buluh lah.” Sambungnya lagi.
“Ish! Tabung apa macam gini?” Tengku Shaqirah menyoal balas sambil mengambil dari tangan Tengku Nadia.
Dia membelek-belek buluh itu dan mendapati ada terukir nama Zulaikha di atasnya.
“Siapa yang buat ni Ika?”
“A….Amir yang buatkan…untuk Ika, kak” Zulaikha menjawab tanpa memandang kakaknya itu.
Tengku Shaqirah memandang kepada Zulaikha. Airmukanya berubah.
“Heh! Engkau jangan nak kotorkan rumah ni dengan benda yang bukan-bukan ya?!” Tengku Shaqirah memberi amaran.
Zulaikha mengangguk perlahan dan hanya tersenyum pahit tidak melawan. Dia memang tidak pernah melawan dengan Tengku Shaqirah. Serentak dengan itu, Tengku Shaqirah membawa tabung itu bersamanya ke tepi tingkap. Lalu dicampakkan tabung itu jauh-jauh ke luar tingkap. |
|
|
|
|
|
|
|
“Jangan!!!” jerit Zulaikha seraya menerpa ke tingkap itu.
“Bodoh! Kau ingat kau tu siapa nak jerit-jerit kat aku?” kata Tengku Shaqirah sebelum menunjal dahi Zulaikha.
Zulaikha hanya tunduk cuba menahan tangisan. Wajahnya kemerahan juga menahan marah. Airmata yang mula mengalir keluar diseka cepat-cepat tidak mahu menunjukkan tangisannya di depan orang lain.
“Apasal ni?!” tiba-tiba suara Tengku Harris datang menyapa ingin tahu apa yang berlaku.
“Ni hah! Budak pungut ni bawak balik benda yang bukan-bukan ke rumah” jawab Tengku Shaqirah berseloroh sambil berlalu pergi meninggalkan mereka semua.
Tengku Harris yang sebaya dengan Megat Amir itu hanya menggaru kepala masih tercengang keliru apa yang berlaku sebenarnya. Dia yang baru pulang dari bermain bola sepak itu masih belum pun sempat ke dapur untuk mencari minuman untuk menghilangkan dahaga.
Tengku Nadia hanya terpaku sahaja. Memang kakaknya yang perengus itu sentiasa bersikap sebegitu terhadap Zulaikha semenjak dari kecil lagi. Namun sikap buruk Tengku Shaqirah itu sekarang nampaknya semakin menjadi-jadi. Dia menceritakan apa yang telah berlaku kepada abangnya itu. Belum sempat Tengku Harris ingin bertanya lanjut, Zulaikha cepat-cepat meluru ke luar rumah.
“Ehh! Ika! Nak pergi mana pulak tu dah maghrib ni?!” laung Tengku Harris yang sia-sia tidak berjawab.
“Dia nak ambik semula tabung dia tu kot?” Tengku Nadia mengagak.
“Ehh…nak ambik kat dalam celah semak time-time maghrib camni?! Tengku Harris mula risau.
Tengku Harris turut meluru ke luar rumah menjejaki Zulaikha. Dia hanya memikirkan keselamatan Zulaikha. Walaupun dia kerap bergaduh dan mencari pasal dengan Zulaikha sejak kecil lagi, namun tidaklah pula melampau seperti kakaknya; Tengku Shaqirah yang jauh lebih kejam.
Zulaikha berada di luar tepi rumah. Dia berdiri di tepi semak sambil menjengketkan kakinya menjenguk-jenguk mengagak kemanakah dicampaknya dek Tengku Shaqirah akan tabung buluh itu tadi. Kawasan lapang yang penuh dengan semak lalang itu membuatnya sukar untuk mengesan sebarang benda yang berupa seperti tabung buluhnya. Suasana lewat petang itu pula yang semakin menggelap menjelang waktu maghrib menyukarkan lagi lagi jarak penglihatan.
Tengku Harris tiba dan berdiri di sebelah Zulaikha. Dia turut terjenguk-jenguk melihat-lihat seperti Zulaikha.
“Dah nak malam ni Ika. Esok jelah cari ya? Gelap tu..mana nak nampak.” Tengku Harris mengingatkan.
Zulaikha tidak membalas nasihat Tengku Harris itu. Selangkah kakinya mula menapak masuk ke dalam semak lalang yang panjangnya hampir satu meter.
Tengku Harris menjadi gusar. Dia mencapai dan menarik tangan kanan Zulaikha niatnya cuba melarang Zulaikha dari terus masuk ke dalam semak.
“Laaah! Tak payah la Ika!” jerit Tengku Harris cuba melarang dengan lebih keras.
Zulaikha melawan genggaman kemas Tengku Harris di pergelangan tangan kanannya. Dia menapak lagi masuk ke dalam semak. Tengku Harris cuba menarik lagi tangan Zulaikha namun genggamannya tadi terlepas apabila Zulaikha beriya-iya merenggut pegangan itu. Sebaik sahaja Zulaikha terlepas, tanpa berlengah dia berlari anak masuk lagi ke dalam tidak memperdulikan abang angkatnya yang masih serba salah mahu menurutinya.
“Ishhh!” bentak Tengku Harris semakin resah.
Air muka Tengku Harris membiaskan perasaan takutnya untuk masuk ke dalam semak lalang nan panjang itu. Banyak perkara yang menakutkan bermain di fikirannya apabila membayangkan berada di dalam kawasan berlalang dan hari gelap sebegitu. Namun kerana tidak mahu apa-apa terjadi kepada Zulaikha dia berasa terpaksa untuk menuruti budak perempuan Cina yang degil itu.
“Hiiiiiishhh! Budak degil amoi bodoh niiiiihhh!”
Tengku Harris membentak berang menggertap giginya sambil kakinya melangkah masuk ke dalam semak mengikuti kelibat Zulaikha.
Zulaikha terbongkok-bongkok didalam semak lalang nan panjang tatkala hari semakin menggelap mencari tabung buluhnya di kawasan yang dirasakan benda itu sepatutnya berada. Tengku Harris turut membantunya mencari-cari sambil menguis-nguis lalang. Lengan mereka habis bercalar-balar akibat terkena hirisan halus daun-daun lalang yang miang itu.
Sesekali Zulaikha mengaduh akibat pedih terkena cakaran daun lalang membuatkan Tengku Harris yang berwajah risau itu menoleh berkali-kali memandang Zulaikha memastikan adik angkatnya itu tidak apa-apa.
“Ika tak payah cari! Biar abang je yang cari! Duduk situ diam-diam!” arah Tengku Harris untuk mengelakkan Zulaikha terus melukakan diri sendiri.
Zulaikha berdiri melepaskan lelah. Dia berasa kekok pula apabila Tengku Harris membahasakan dirinya ‘abang’. Maklumlah selama ini mereka itu bukan sahaja selalu bergaduh, malahan Zulaikha memang menyampah dengan sikap Tengku Harris itu yang selalu mencari pasal dengannya.
Zulaikha terus lagi mencari-cari barang yang baginya amat berharga itu tidak memperdulikan saranan Tengku Harris.
Tanpa budak berdua itu sedari, berdekatan dengan mereka terdapat seekor ular berbisa berwarna hitam dan berbelang-belang putih di sepanjang badannya yang sedang bersarang melindungi telur-telurnya. Tidak jauh, di bawahan pangkal semak-samun berlalang, deria ibu ular katam tebu yang sensitif kepada getaran itu mula menyedari adanya ancaman bahaya yang tidak disenanginya. Ia mula berasa terancam apabila terganggu dengan getaran-getaran lalang yang semakin ketara disekeliling sarangnya. Lidahnya mencari-cari bau ingin mengenal pasti. Ia mulai bergerak keluar dari sarang mencari punca ancaman bahaya demi melindungi telur-telurnya yang bakal menetas sehari dua lagi.
Sedang terkuis-kuis daun-daun lalang itu, Tengku Harris ternampak sesuatu di hadapan kanannya. Dia duduk bertinggung cuba merapati. Disebabkan suasana yang menggelap dan penglihatan yang terhad, dia cuba mengamati betul-betul apakah benda yang berada di hadapannya. Tengku Harris terasa ragu untuk mencapai benda yang selebar betis kakinya dan panjang yang agak tersorok dicelah akar-akar lalang itu. Ianya tidak bergerak. Dia menoleh ke belakang memandang Zulaikha yang kelihatan resah tercari-cari barang yang dibuang oleh Tengku Shaqirah tadi.
Tengku Harris mulai berfikir tentu benda itu amat penting bagi Zulaikha. Jikalau tidak, masakan budak perempuan itu sanggup pula menerjah masuk ke dalam kawasan berlalang tebal itu pada waktu sebegini hanya kalau semata-mata benda yang biasa. Zulaikha yang kepenatan hanya memerhati.
“Ada jumpa ke?” tanya Zulaikha.
Tengku Harris hanya diam. Tanpa teragak-agak lagi dia pun mencapai benda itu. Benda itu diangkatnya lalu ditunjukkan kepada Zulaikha.
“Benda ni ke?” tanya Tengku Harris sambil dia berdiri.
“Yay! Dah jumpa!” jerit Zulaikha kegembiraan.
Zulaikha mengambil tabung buluh itu dari tangan Tengku Harris.
“Dah! Jom balik!” ajak Tengku Harris.
“Jom!” balas Zulaikha sambil tersenyum-senyum gembira.
Tengku Harris mengarahkan Zulaikha berjalan keluar dahulu dari semak dan dia mengekori. Belum sempat pun tiga langkahnya menapak tiba-tiba dia terasa betisnya digigit sesuatu.
“Aduhh!!!”
“Kenapa?”
“Kena gigit! Ahhhhh!!!! Sakitnya!” jawab Tengku Harris sambil menunduk memeriksa betis kanannya yang berbekas digigit sesuatu.
Di betisnya terdapat kesan dua titik kecil berjarak kurang seinci antaranya dan terasa sedikit pedih.
“Ular! Ular!” jerit Zulaikha cemas sambil menuding jarinya menunjuk seekor ular yang meluru masuk semula ke dalam semak.
“Haaa?!! Ular?!” Tengku Harris menjadi semakin cemas memandang ke kiri dan ke kanan cuba mencari kelibat ular apabila mendengar jeritan Zulaikha tadi.
Suasana menjadi cemas. Zulaikha terkocoh-kocoh menarik tangan Tengku Harris mengajaknya keluar dari situ. Tengku Harris menurutinya kelam-kabut. |
|
|
|
|
|
|
|
1991.. baru nak bernafas masa tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|