CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

GHAZAL UNTUKMU

[Copy link]
Post time 25-7-2011 06:12 PM | Show all posts
lili kalu orang dah tak sudi usah la dikenang2 lagik... wake up bebeh...  detoxxxx sambung lagik.... dah terlebey suka kat cite nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2011 08:09 AM | Show all posts
Reply 58# midar


Midar, mana boleh NEXT banyak2...hahahaha...tapi pagi ni akak bagi NEXT chapter
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2011 08:12 AM | Show all posts
Bab 5       

Mak Jah memerhati Gibran yang baru sahaja sampai. Matanya melirik ke bungkusan plastik merah yang dijinjing. Senyum terus terukir. Rasa kecur di mulutnya terus terembes. Sudah seminggu dia kempunankan kuih itu.

“Ada ?” tanyanya girang.

Gibran senyum dan mengangguk.

“Ada….” Bungkusan itu terus di letakkan di atas meja ruang makan rumah itu.
“Sepi saja, mana mereka semua pergi ?”tanya Gibran, memerhati Mak Jah yang tidak tunggu lagi, terus sahaja ikatan plastik merah itu dibukanya.
“Sedap !” katanya dan terus menyudu kuih tepung pelita. Kuih itu memang di gemarinya dan hanya yang di bawa Gibran menepati tekaknya.
“Satu minggu orang tu tak berniaga Mak Jah, rupanya anak dia tak sihat….…” Gibran menarik satu dan sama-sama menikmati kuih tepung pelita.
Mak Jah mengangguk, "Harap anak dia dah pulih. Kesian. Kalau anak sakit memang jadi tak tentu arah." Dia tidak jadi menyudu kuih lembik itu. Matanya sayu tiba-tiba. Dia melepaskan nafas panjang. Gibran diam. Dia tahu apa yang mengusik hati orang tua itu.
“Yang lain ke dewan. Ada orang datang bagi ceramah pasal apa ntah. Mak Jah buat-buat tak sihat tadi. Nak tunggu kuih ni…” katanya berbisik dengan senyum mengelat menjawab pertanyaan Gibran tadi.
“Oh ! Mengelat…nanti Gibran bagitahu Cik Umi baru tahu.” Usiknya.
“Cik Umi tu macam suka kat kamu saja…..emm tok sah lah Mak Jah tak berkenan…kamu jangan layan main mata dengan dia !” suara Mak Jah rendah tapi tegas bagi warning dan Gibran hampir tercekik tepung pelita.

Apa la Mak Jah ni, ada ke Cik Umi yang penuh disiplin tu nak di ajak lawan mata. Mau kena toreh biji mata aku ni.

“Apa salahnya……ada juga orang nak main mata dengan saya Mak Jah…” Gibran terus mengusik dan dia menyimpan senyum melihat muka Mak Jah berubah, gelengnya bertambah laju.
“Jangan……nanti kamu kena queen control !”

Hah ! Pandai-pandai aje Mak Jah ni. Tapi rasanya boleh terjadi tu. Tengok gaya Cik Umi tu macam perempuan yang dominan saja. Ish, ada ke patut aku kutuk Cik Umi. Macamlah aku ni perfect sangat.

Gibran diam saja, dia tekun menghabiskan satu lagi tepung pelita. Kepalanya ditundukkan, Mak Jah memerhati gelagat Gibran, budak main muzik belakang Pasar Seni yang dia jumpa tiga tahun dulu. Nasib baik ada Gibran, kalau tidak entah apa hendak jadi dengan nasibnya. Kena tinggal dengan anak sendiri di tengah-tengah bandaraya. Sudahlah kena tipu, di perdaya meninggalkan rumah di kampung, kononnya hendak menjaga emak. Kononnya KL ini tempat paling sesuai untuk dia habiskan masa tuanya. Mak Jah tarik nafas, sudah kering air matanya. Dia tidak mahu menyumpah anak kandungnya, tapi dia percaya pada janji Allah. Biarkan mereka dengan keasyikan dunia.

“Mak Jah tengok apa ?” tanya Gibran dengan mata kuyu. Dia tahu, di balik mata tua itu masin tersimpan kesedihan yang menggunung.
"Mak Jah tengok Gibran lah.....tak kerana kamu, entah mana Mak Jah merempat."
Gibran mengerut dahi.
"Janganlah Mak Jah cakap macam tu..."
"Kalau kenang-kenangkan perbuatan anak Mak Jah, memang Mak Jah sangat marah, dan tak mahu ampunkan dia. Tapi sebagai ibu, Mak Jah sudah ampunkan dia."
Gibran angguk.
“Mak Jah rasa rindu nak balik kampung, nak balik rumah…” dia menghela nafas dan kemudian diam, mengunyah tepung pelita perlahan-lahan. Manis yang berkumpul bersama air liur terasa pahit pula. Dia menelannya perlahan, tekaknya mengetat.
“Sini pun rumah…..” Suara Gibran perlahan. Dia tundukkan muka, halkumnya bergerak-gerak.
"Tak sama Gibran …..Mak Jah nak mati kat sana, kubur arwah suami Mak Jah kat sana.....” Suara Mak Jah lirih.

Gibran diam. Mak Jah diam. Hanya bunyi kipas angin yang berkeriut perlahan, mendendangkan lagu dondang sayang, cuba menghibur hati Mak Jah yang rawan. Gibran mengerling sedikit, wajah Mak Jah sama seperti tiga tahun dulu, sedih di muka itu tidak pernah pergi. Dia dapat rasakan betapa hancur hati Mak Jah bila kaki tua itu sudah berdiri di hadapan rumah sendiri. Berlinang air matanya tenghari itu bila lihat pagar sudah dirantai, mangganya juga telah di ganti. Mak Jah hanya mampu menggeleng kepala. Kecewa. Mereka pulang hari itu juga. Mak Jah diam membatu sepanjang perjalanan dalam bas express dari Pekan hingga Puduraya. Berbaur perasaannya, marah, geram, sedih. Terbuku hatinya dengan nasib yang menimpa.

Dalam perjalanan Mak Jah bercerita tentang perangai anaknya. Ismail memang mahukan rumah itu. Mak Jah tahu rumah itu boleh buat untung banyak. Tanahnya luas sampai kebelakang. Ada dusun, ada dangau. Mak Jah pernah dengar Ismail mahu jadikan rumah itu Homestay. Mak Jah bantah sesungguh hati. Dia pegang pada janji arwah suaminya. Dia ingat pesan arwah, jangan sekali tinggalkan rumah itu. Dia kesal kerana kelemahannya, dia tidak dapat pertahankan amanat itu. Bertambah kesal apabila yang mengkhianati adalah anaknya sendiri.

Gibran bangun dan mengeluarkan harmonika. Dia mengelap-ngelap sedikit pada seluar corduroy hitam, berkilat jadinya harmonika biru tua itu. Lagu Kalau Mau Kenal mengusir sedih Mak Jah. Dia menyanyi dan Gibran pula terangguk-angguk mainkan lagu itu. Bunyi keriut kipas di bilik santai itu tenggelam dengan suara Mak Jah yang macam Zahrah Agus dan suara Gibran yang sekali sekala menyampuk ikut menyanyi. Untuk seketika hati Mak Jah yang sedih terubat juga. Senyum kembali menghiasi wajah tua itu, dan tentunya itu cukup membahagiakan Gibran.

"Mak Jah janganlah sedih-sedih. Saya susah hati tengok."

Mak Jah angguk. Gibran yang sudah dia anggap macam anak sendiri. Dia tahu menghiburkan hatinya. Dia tahu cara hendak usirkan rasa sedih. Mak Jah tatap muka Gibran lagi, dan setiap kali dia menatap wajah itu, dia akan menitipkan doa. Moga hidup anak itu senang. Moga hidup anak itu sentiasa bahagia. Moga rahmat Allah turun tidak putus-putus pada anak itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2011 08:15 AM | Show all posts
LILI mendakap erat bahu mamanya. Selepas seminggu dia menjauhkan diri dari semua orang, baru hari itu dia punya kekuatan untuk pulang ke rumah orang tuanya. Selama seminggu dia duduk diam-diam, muhasabah diri. Melihat gulungan ombak. Melihat biru langit. Melakar senyuman ketika awan putih mengarak mendung. Hujan tidak jadi, cerah berganti. Alam sedang menasihati dia. Lantas dia sedar, duka yang bertandang akan pergi juga.

Mamanya mengusap lembut jari jemari Lili. Dia tahu betapa hancur hati Lili. Dia nampak betapa terpukulnya perasaan Lili. Tapi apa hendak dibuat. Keputusan telah diambil tanpa sedikit pun pasangan itu merujuk padanya. Sedari kecil dia lihat dua anak itu membesar di hadapan matanya. Hatinya terusik juga apabila keputusan yang di ambil tidak langsung mahu dibawa bincang. Kalaulah Harith atau Lili berkongsi hal rumahtangga mereka, mungkin dia boleh beri pandangan. Mungkin juga ada nasihat yang boleh dipraktikkan anak muda itu.

Bukan tidak pernah Harith datang meminta pandangannya. Semasa dia sukar membuat pilihan dalam menentukan masa depannya. Megat Nasir menekan untuk mengikut jejaknya menjadi peguam. Kamariah pula, maha Harith jadi jurutera, macam datuknya. Maka ke kaki Bukit Gasinglah Harith datang mengadu. Dia tanya apa yang Harith sendiri mahu. Jawabnya dia mahu jadi akauntan. Ikutlah pilihan hati, kejarlah impian, itulah nasihatnya. Tapi ternyata nasihat belas tahun dahulu memakan diri. Hari ini Harith telah membuat keputusan mengikut kata hatinya, dia sedang mengejar impian sendiri.

"Mungkin semuanya salah Lili..." Lili melepaskan keluhan.
"Jangan letak semua kesalahan atas bahu Lili. Harith juga ada salahnya. Kami juga tersalah lihat." jawab Mama.
"Rasa terkilan saja, we used to be best friend. We share almost everything, but the marriage just torn us apart..." Lili memandang ke arah Papa yang sibuk dengan bunga orkidnya.

Bukan Papa tidak kisah. Lili tahu orang tua itu terlalu guris hatinya. Dia tidak sangka, anak perempuan kesayangannya diperlakukan begitu. Mahu saja dia membubarkan persahabatan antara keluarganya dan Megat Nasir, tapi apakah dia akan dapatkan kembali ikatan perkahwinan itu. Semalam lama dia duduk berbincang dengan Megat Nasir. Rupanya dua sabahat itu memohon maaf, apa yang mereka harapkan tidak menjadi.

"Tapi Lili dah okay. Hidup kena teruskan. Macam Harith, Lili pun ada cita-cita. Lili pun nak hidup bahagia. " ketika dia meluahkan itu, Lili hanya memandang kosong.

Mama angguk. Dia meneliti riak muka Lili. Wajah itu cuba sembunyikan kesedihan. Dia cuba untuk jadi kuat. Dia cuba untuk tunjuk pada orang sekeliling, Lili tabah. Tapi hati ibu itu sangat mengerti, apa yang berkocak di dalam hati seorang Lili. Jemari Lili di genggam erat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 09:25 AM | Show all posts
cian lili.......cian makjah.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2011 10:28 AM | Show all posts
Reply 65# yaya4075


tak apa...gibran ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2011 10:36 AM | Show all posts
rasa nak sekeh anak Mak Jah:@

best lah stori ni... bnyk karekter yg interesting
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 11:02 AM | Show all posts
bestla citer ni....sambung lg akak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2011 01:33 PM | Show all posts
Reply  midar


Midar, mana boleh NEXT banyak2...hahahaha...tapi pagi ni akak bagi NEXT chapter : ...
detox Post at 26-7-2011 08:09



    sayaanggggg detox... muah!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 01:45 PM | Show all posts
Reply 62# detox

mekacih akak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2011 01:53 PM | Show all posts
just nak share. One of many scenes in this book that i love.

***


Teringat dia reaksi pada wajah Lili, petang itu, dua bulan lalu. Bilamana dia memberitahu cita-citanya yang lama itu terkabul akhirnya. Masih juga jelas apa yang diucapkan Lili.

"Ini baru betul-betul MENUJU PUNCAK ! Tahniah yang sebesar-besar tahniah !"

Gibran buat aksi tunduk hormat.

"Awak kena datang, list lagu hebat-hebat. Dari 40an hingga sekarang."

Mulut Lili ternganga. Mesti gempak punyalah !

"Dan saya sudah reserved seat paling best. Kira bila saya goreng, awak boleh nampak lah !"
"Goreng jangan tak goreng !" Lili ketawa.
"Antara lagu yang saya paling tak sabar hendak mainkan, Still Got The Blues, dan Take Me Home, Country Roads."
"Dua-dua saya suka sangat !"
"Tapi highlight malam tu adalah duet saya dengan Man Kidal. Kami akan main lagi Minor Swing , soundtrack cerita Chocolate."
"Oh tu ! Sukanya ..." Lili jadi makin seronok. Dahsyat juga Gibran, sampai terpilih bermain dengan Man Kidal.
"Nanti malam tu, awak bayangkan la saya ni macam Johnny Depp..." Gibran ketawa dan dia buat-buat senyum manis cuba meniru gaya Johnny Depp dalam cerita Chocolate.
"Huh !"

Petang itu, Gibran buat konsert prelude khas untuk Lili. Ketika angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di tepi Pasar Seni. Jari-jarinya menghadiahkan melodi Minor Swing untuk Lili. Hati Lili terus rasa macam naik buaian ! Tanpa sedar, kaki Lili bergerak-gerak menghentam jalan. Gibran senyum dan macam sengaja hendak mengusik, mata kananya dikenyitkan. Aduh, Lili rasa dia jatuh berdebuk ke tanah tengah-tengah melayang di udara.

***

*sorry Akak mmg suka Johnny Depp* hik hik hik !
lagu ni pun Si Husin suka main dalam kepalanya.
lagu Minor Swing (by Django Reinhardt) adalah berentak gypsy jazz

for all, enjoy !

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 01:59 PM | Show all posts
Reply 71# detox


LIKE   bnyk kali   
sesuai sgt pemuzik mcm Gibran rupa mcm Johnny Depp
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 10:41 PM | Show all posts
detox ni saja tau... buat kita tak sabar2 nak tunggu the book... cepat2 publish tau!!! dah tak sabar
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 11:30 PM | Show all posts
Reply  detox


LIKE   bnyk kali     
sesuai sgt pemuzik mcm Gibran rupa mcm Johnny Depp
sang_arjuna Post at 26-7-2011 13:59



    sebut nama Gibran teringat kat pelakon nama Gibran Agi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 12:32 AM | Show all posts
syabas detox! dalam dok menanti cerita husin lempoyang tup2 ada buah tangan terbaru yang bakal keluar... Tabik spring untuk detox, produktif  dan bijak menguruskan masa walaupun ada anak kecil
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 07:56 AM | Show all posts
owhhhh hensemnya gibran... kalu macam johhny depp tu ahkak pun terjatuh cinta berkali-kali....   ...   nak lagiiiiii....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2011 08:51 AM | Show all posts
morning....tak sabarnya........n3....n3.....n3.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 01:46 PM | Show all posts
Bab 6       

LAMAN BERINGIN, di antara Istana Budaya dan Balai Lukis Negara terang benderang. Dari jauh bunyi muzik sudah bingit di telinga. Lili memilih untuk berdiri di salah satu pokok beringin yang tidak jauh dari pentas. Seorang lelaki sedang berpuisi sambil memetik gitar. Puisinya kedengaran berapi, mengatakan ketidak puasan hati rakyat marhaen yang selalu di tindas. Lili sekadar tersenyum, apakah ada pihak yang ambil kira puisi-puisi begitu yang dilaungkan. Telinga sengaja dipekakkan lantaran kuasa di tangan mereka.

Lelaki yang berambut panjang itu menghabiskan sesinya dengan melaungkan kata-kata semangat patriotisma, lantas di sambut tepuk gemuruh. Lili juga jadi bersemangat tiba-tiba. Sewaktu tepukan mereda, naik pula Gibran. Tidak disangka-sangkat lelaki itu juga membuat persembahan malam itu.  Berdiri di tengah-tengah pentas dia pun mula meniup harmonika, irama bersatu dengan gitar yang mengiringi. Baru saat hendak menyanyi baris pertama, matanya ternampak Lili, dia senyum dan senyumannya di balas.

Lagu Ikan Kekek yang diberi nafas baru menghiasi laman itu. Lili mengigit bibir bawah, lagu itu mengimbau zaman kanak-kanak. Dia hanya mampu senyum senget apabila teringatkan Harith. Mereka pernah menyanyikan lagu itu dulu. Tergantung dimatanya, air sungai yang mengalir jernih, daun-daun yang bergeseran, dan mentari yang dapat meloloskan sinarnya dari celah-celah dedaun. Kaki mereka bermain-main dalam air sejuk sambil menanti ikan sungai yang baru saja kena tangkap, siap di bakar. Hidungnya seolah terhidu bau asap. Telinganya masih terdengar ketawa riang mereka, sambil menendang air, sambil terjerit-jerit menyanyi lagu itu. Kenangan tidak boleh lenyap macam tu saja. Bibirnya mencebik sedang hatinya tersenyum mengingat waktu itu. Berkurun lamanya tapi tetap segar dalam ingatannya.

Selesai lagu Ikan Kekek, Lili terus meninggalkan tempat itu tanpa sempat Gibran berlari turun pentas. Dia cuma dapat melihat kelibat Lili yang terus berjalan di tengah-tengah orang ramai, tidak pula dia berani hendak menjerit namanya. Tidak juga dia berani berlari mendapatkan wanita itu. Biarlah, pasti ada satu hari mereka akan bertemu lagi. Macam malam ni, tidak disangka-sangka Lili datang menjadi penonton. Gibran tersenyum dan menggeleng kepalanya sedikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 01:46 PM | Show all posts
MATANYA yang merah macam terendam dalam air sirap direnung. Biasan dari cermin bilik air itu huduh sungguh. Malam itu wajah kesedihan yang selama ini terperangkap akhirnya bebas memantulkan apa yang terpendam selama ini. Nafasnya turun naik. Tangannya mengigil. Dia menahan tangis, tapi air mata itu mengalir juga. Akhirnya, di biarkan saja titis-titis air mata itu berkumpul di dagu dan jatuh menitik pada dadanya, blous linen putih terus menyerap air itu membekas tompok-tompok kecil. Dia hendak belajar menerima hakikat, tapi dia lemah.

Memang tak banyak kenangan bersama Harith ketika mereka menjadi suami isteri, tapi kenangan yang sedikit itulah yang sering menerjah di ruang mindanya. Dia tidak mahu kenangan itu berganti. Kenangan indah yang dia rasa saat ijab kabul di lafazkan. Saat cincin disarung ke jari manisnya yang merah dihujung dirias inai. Dia tidak mahu saat indah itu berganti dengan saat lafaz cerai di tuturkan Harith. Tapi sejak dari petang itu, episod dalam bilik kadi terus bermain, menghambat pergi saat ijab kabul, saat jari terbelit cincin dan saat dahinya dikucup untuk pertama dan terakhir kali.

Lili menarik nafas dan dibiarkan udara yang disedut terkepung diruang dadanya sehingga dia terasa sesak nafas. Dia keluarkan sedikit demi sedikit. Lelahnya. Lemahnya dia. Dia ingin menjerit, tapi rasanya itu tindakan bodoh. Jeritlah sekuat hatinya, apa yang terjadi tidak akan berubah. Sepi dan sendiri. Allah itu ada, kamu tidak sendiri Lili. Terasa ada yang berbisik ditelinganya. Ya dia ada Allah. Lili mengukir senyum. Dia kembali rasa aman. Paip air dibuka, dia menadah air dingin itu lalu di sapu ke muka. Sejuk. Air itu meresap melalui pori-porinya, terus masuk ke dalam tubuh, mengalir melalui urat-urat dan salur darah yang berselirat dan sampai ke hatinya. Air yang sentiasa ada kuasa untuk menyejukkan. Subhanallah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 01:47 PM | Show all posts
GIBRAN menolak pintu bilik air. Terpaku. Dua pasang mata bertembung. Dua wajah berlainan ekspresi bertemu. Matanya jatuh hinggap ke wajah bergaris duka itu. Dari mata terus menyentuh hatinya. Menangiskah dia ? Kenapa ? Kenapa Lili menangis ? Siapa yang tega menguris hati seorang Lili.

Tidak terucap kata-kata, hanya pandangan mata bersatu seketika. Lili menggigit bibir bawahnya, dia senyum sedikit sebelum berlalu meninggalkan Gibran yang terpinga tidak sempat berbuat apa.

Hati Gibran mengertak, bapuk la kau kalau biarkan Lili menangis dan pergi macam tu saja. Eh eh…sedap je mengata aku. Ok, aku bukan pondan atau bapuk , aku akan hapuskan air mata Lili Alias. Dia berjalan laju cuba mendapatkan Lili yang sepelaung dihadapannya. Laju pulak minah ni ! Bila tiba di pintu hadapan, dia nampak Lili berlari anak melintasi kawasan parkir.

“Lili, tunggu !”

Lili berpaling sebentar, sebelum terkocoh-kocoh masuk ke dalam kereta. Terketar-ketar jarinya memulas kunci menghidupkan enjin. Kalut kakinya menekan pedal minyak, mana nak bergerak kalau gear belum bertukar. Cepat-cepat dia turunkan ke D dan kereta Swift hitam itu meluncur pergi. Dari cermin dia nampak Gibran berdiri merenung penuh tanda tanya. Bayangan Gibran makin jauh dan jauh hinggalah hilang semuanya.

Makan asap saja si Gibran. Hero konon ! Hatinya ketawa terkekeh-kekeh menyindir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.240494 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list