|
Menuju Alam Pernikahan .... (serta kisah Robo mencari cinta)
[Copy link]
|
|
Cuba saudari baca bagaimana cara saya cuba mengenali isteri saya. Step by step juga. Bezanya, saya yang memulakan langkah awal. Tapi tak ada salahnya saudari yang memulakan langkah pertama dalam bertaaruf ni. Ambil contoh kisah Saidatina Khadijah RA.
robotech Post at 21-2-2012 13:41
Saya tahu, sebenarnya macam ni. Kawan saya berjanji pada keluarga mentua dia untuk carikan seseorang untuk abg ipar dia. Dan dalam ramai2 kawan dia, dia memilih saya untuk dijodohkan dengan abang ipar dia. Sebelum ni, saya tak pernah meminta dia kenalkan @ carikan jodoh untuk saya. Saya cuma pernah bagi tahu, selepas putus cinta dulu , saya dah ubah prinsip saya. Saya tak nak bercinta sebelum kahwin (couple). Saya tak meletak sebarang syarat jodoh saya, asalkan seseorang itu mampu membimbing saya dunia akhirat. dan saya tak nafikan, saya pernah meminta pandangan dia berkenaan pemakaian tudung labuh. sebab saya berniat untuk berubah ke arah itu. |
|
|
|
|
|
|
|
As-salam
hurm... yup. memang tak dinafikan ada perasaan malu dalam diri saya. annadellia Post at 21-2-2012 13:47
Alhamdulillah. Malu itu lambang kesucian & perisai seorang muslimah.
Saya tak kuat untuk menjadi seperti Saidatina Khadijah.
Janganlah semacam itu. Allah dah tunjukkan saudari akan suatu jalan, yang diyakini kita berlandas syariat-Nya. Rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk, janganlah kita tolak pula kerana was2.
Kuatkan hati, cekalkan minda. Lakukan langkah pertama taaruf kerana Allah Taala. Buat solat istikharah bukan sekadar nak mendapat petunjuk sahaj, tetapi juga untuk membina keyakinan diri untuk menghadapi situasi kali pertama ini.
Untuk makluman TT, kawan saya ni seorang yang terlalu baik dengan saya. Dan saya tak nafikan dia tahu kisah suka duka cinta saya dulu. Saya sebenarnya tak nak meletakkan sebarang harapan. Sebab tu saya mengambil keputusan untuk sms sahaja. saya redha dan pasrah walau apapun jadi selepas ini.
Jangan tunggu & lihat. Jangan kita menolak tuah. Saudari takkan rugi apa2. Sebab ia belum melibatkan pelaburan emosi mahupun perasaan. Sebab itulah tujuan taaruf, kenal hati budi, mengenali bakal pasangan menerusi ibadatnya, akhlaknya serta perkara2 asas lain bakal pasangan.
Kuatkan semangat, utarakan niat tu. Insya Allah dipermudahkan taaruf itu. Jika ada jodoh, semoga ketemu kebahagiaan di jenjang pernikahan dari dunia hingga ke syurga.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
As-salam
Saya tahu, sebenarnya macam ni. Kawan saya berjanji pada keluarga mentua dia untuk carikan seseorang untuk abg ipar dia. Dan dalam ramai2 kawan dia, dia memilih saya untuk dijodohkan dengan abang ipar dia.
Maknanya sahabat saudari telah menilai saudari sebaik2 muslimah untuk abang iparnya. bagi saya, ia satu penghormatan yang amat berharga.
Sebelum ni, saya tak pernah meminta dia kenalkan @ carikan jodoh untuk saya.
Kadangkala, rezeki itu selain kita berusaha, ada masanya datang bergolek. Allah hadirkan seorang sahabat dalam kehidupan saudari, membuka peluang pada saudari berkenalan taaruf dengan bakal pasangan.
Inilah rezeki namanya. Jika dalam bertaaruf tiada kesesuaian, bukan jodoh kita, takpelah, redha. Tetapi bukan perlu pasrah sahaja.
Langkah pertama taaruf belum dibuka, kita terus mengalah. Kita kena yakin dengan syariat Allah, maka akan hilang was2 & keraguan dalam diri.
Saya cuma pernah bagi tahu, selepas putus cinta dulu , saya dah ubah prinsip saya. Saya tak nak bercinta sebelum kahwin (couple). Saya tak meletak sebarang syarat jodoh saya, asalkan seseorang itu mampu membimbing saya dunia akhirat. dan saya tak nafikan, saya pernah meminta pandangan dia berkenaan pemakaian tudung labuh. sebab saya berniat untuk berubah ke arah itu.
Mungkin sebab saudari hanya memberi pandangan di sebelah pihak sahaja. Dalam taaruf, pandangan orang ketiga yang dipercayai mestilah diambil kira.
Saya harap saudari cuba dulu. Saya dulu2pun lepas putus cinta 3 kali .... namun setelah belajar apa itu taaruf di sisi Islam, pun cuba2 juga .... Alhamdulillah kini dah selamat pun bernikah. Sebab saya yakin pada syariat Allah.
Semoga dapat membantu.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan tunggu & lihat. Jangan kita menolak tuah. Saudari takkan rugi apa2. Sebab ia belum melibatkan pelaburan emosi mahupun perasaan. Sebab itulah tujuan taaruf, kenal hati budi, mengenali bakal pasangan menerusi ibadatnya, akhlaknya serta perkara2 asas lain bakal pasangan.
robotech Post at 21-2-2012 14:00
Insyaallah, terima kasih atas nasihat dan perkongsian ilmu.
Saya masih baru dan ini pengalaman pertama saya untuk sesi taaruf. Betul apa yang TT cakap, saya perlu mulakan langkah. Tapi saya belum cukup kuat. Tiap malam saya memohon diberi kekuatan. Saya buat solat sunat hajat. Saya tahu Allah dah tunjukkan jalan untuk saya tapi kekuatan belum ada. Saya berusaha ke arah itu. Insyaallah. Moga dipermudahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
As-salam
Insyaallah, terima kasih atas nasihat dan perkongsian ilmu.annadellia Post at 21-2-2012 14:13
Sama2.
Saya masih baru dan ini pengalaman pertama saya untuk sesi taaruf. Betul apa yang TT cakap, saya perlu mulakan langkah. Tapi saya belum cukup kuat. Tiap malam saya memohon diberi kekuatan. Saya buat solat sunat hajat. Saya tahu Allah dah tunjukkan jalan untuk saya tapi kekuatan belum ada. Saya berusaha ke arah itu. Insyaallah. Moga dipermudahkan. ..
Amin.
Sebelum itu, saudari cuba belek2 thread yang saya buka di bod Islam & Muslimin "Menuju Alam Pernikahan" di:
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=606214
Moga ia memberikan manfaat & panduan terbaik dalam memulakan langkah serta adab bertaaruf.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
menitik airmata baca ceta tt... moga kalian bahagia hingga ke syurga...aminnnnnnn... |
|
|
|
|
|
|
|
As-salam
Terima kasih sudi berkongsi. Dapat juga saya jadikan peringatan bagi memperbaiki diri ...
robotech Post at 21-2-2012 13:48
just untuk peringatan..
sayang makhluk sepatutnya tidak melebihi sayang padaNYA..andai diduga, diambil balik amanah kurniaNYA kepada kita, nyawa, kasih sayang, harta, penglihatan, pdengarn, anak, suami, isteri, ayah, ibu dll, sekelip mata saja atas kehendakNYA..
jadi, biarlah berpada2..fikir2kan la wahai sahabat.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bila dgr perkataan taaruf aje teringat sorang lelaki penipu yang pernah tipu aku. |
|
|
|
|
|
|
|
As-salam
aku bila dgr perkataan taaruf aje teringat sorang lelaki penipu yang pernah tipu aku.
Taaruf bukan masalahnya, tapi lelaki tu ....
Kena pandai bezakan.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
erm..suke baca kisah TT
saya sendiri sampai sekarang masih tak terbuka pintu hati nak mendirikan rumah tangga. umur dah banyak. mungkin nak percaya pada lelaki tu mcm susah sket. walaubagaimanapun saya sentiasa berdoa dibukakan pintu hati saya untuk menerima insan bernama lelaki. Ameen |
|
|
|
|
|
|
|
subhanallah..indahnya perjalanan mencari cinta yang Allah da suratkan untuk robo...3 x sakit,,akhirnya manis yang dapat tak terkata istimewanya rasa...semoga berbahagia ke akhir hayat |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum,
Saya sendiri pun masih mencari pasangan yang mencintai saya kerana Allah.
Moga Allah perkenankan doa saya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|