|
sutungR posted on 14-10-2012 08:58 PM
NOVEL BAHARU TERBITAN SEPTEMBER 2012Kategori: NOVEL UMUMISBN: 978-967-0201-59-7Harg ...
Adiwarna: Novel Umum Oktober 2012
Kategori: NOVEL UMUM
ISBN: 978-967-0201-60-3 Harga: RM22.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM25.00 (SABAH&SARAWAK) BACA BAB AWAL (PDF) Nurul Shifa, perwatakannya sederhana. Sifatnya yang pendiam menjadikan dirinya tidaklah begitu menarik perhatian jejaka-jejaka di universiti. Namun Shifa telah jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni, si kacak yang bisa menggetarkan jiwa sesiapa yang memandang. Kayu pengukur Ziyad kepada wanita pula adalah melalui kecantikan fizikal. Lantas, Nurul Shifa semestinyalah sudah siang-siang lagi terkeluar dari carta. Menyedari hakikat itu, Shifa sekadar memendam perasaannya dalam hati. Shifa mengharapkan perhubungan ‘kawan’ itu akan berkembang sehingga ‘kahwin’. Tetapi Ziyad sudah meletakkan garisan panjang antara dia dan Shifa dan tidak akan sekali-kali melepasinya kerana Ziyad telah jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik bernama Zara Juliana Richardson. Jadi apakah akhirnya kisah cinta tiga segi ini?
* * *
AIMI SHABANA dilahirkan pada 29 Julai di sebuah perkampungan kecil di bahagian utara Negeri Perak. AIMI SHABANA orangnya pemalu. Lidahnya tidak sepetah orang lain dan pada yang baru mengenalinya, dia mungkin akan dianggap sebagai seorang yang pendiam. Maka, AIMI SHABANA menggunakan medium lain untuk berkata-kata bagi menterjemahkan isi hatinya yang terpendam. Dia menjadi penulis dan dia mahu berkongsi cerita dengan sesiapa sahaja yang sudi untuk membaca kisahnya.
Belian online di ADIWARNA juga
boleh dapatkan SEMUA novel-novel ADIWARNA di kedai buku berhampiran. Di Jalan TAR Kuala Lumpur :-
Pustaka Mukmin & Minerva. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
baru bulan oktober
Harga: RM22.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM25.00 (SABAH&SARAWAK)
SINOPSIS :
Nurul Shifa, perwatakannya sederhana. Sifatnya yang pendiam menjadikan dirinya tidaklah begitu menarik perhatian jejaka-jejaka di universiti. Namun Shifa telah jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni, si kacak yang bisa menggetarkan jiwa sesiapa yang memandang. Kayu pengukur Ziyad kepada wanita pula adalah melalui kecantikan fizikal. Lantas, Nurul Shifa semestinyalah sudah siang-siang lagi terkeluar dari carta. Menyedari hakikat itu, Shifa sekadar memendam perasaannya dalam hati. Shifa mengharapkan perhubungan ‘kawan’ itu akan berkembang sehingga ‘kahwin’. Tetapi Ziyad sudah meletakkan garisan panjang antara dia dan Shifa dan tidak akan sekali-kali melepasinya kerana Ziyad telah jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik bernama Zara Juliana Richardson. Jadi apakah akhirnya kisah cinta tiga segi ini?
Harga: RM19.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM21.00 (SABAH&SARAWAK)
SINOPSIS :
Ini kisah pencarian seorang ‘Zulaikha’ yang mencari ‘Yusuf’nya. Benarlah, kita selalunya akan diuji dengan apa yang kita katakan. Hani Zulaikha yang prejudis terhadap kawan-kawan yang mula berpasang-pasangan (lelaki dan perempuan) sudah jatuh cinta dengan Mohamad Faris. Setelah hampir dua tahun menyulam kasih, Hani Zulaikha dibiarkan oleh Faris dengan harapan setinggi langit. Namun pencarian ‘Zulaikha’ tidak berhenti di situ. Kehadiran seorang lelaki yang tidak disangka-sangka telah membuka cerita baharu buat Hani Zulaikha. |
|
|
|
|
|
|
|
Akan datang November 2012
Tajuk: KOTAK BENTUK HATI
Penulis: NABILAH NUR
Harga:
Terbitan: JS Adiwarna
Sinopsis:
'Syifa’ memandang kedua-dua wajah datuk dan neneknya itu sebelum perlahan-lahan membuka penutup kotak itu. Dia berdoa semoga benda di dalam kotak itu bukanlah kejutan besar yang akan memeritkan hatinya sekali lagi. Dan dia bakal mengetahuinya beberapa saat lagi…' |
|
|
|
|
|
|
|
Mananya novel Nasi Lemak Ikan Pekasam? |
|
|
|
|
|
|
|
kecik82 posted on 11-10-2012 02:43 PM
aku bagi 4 bintang... ceritanya memang tema biasa tapi garapannya luar biasa. aku dah banyak gak b ...
akakpun nak kasi 4 bintang..
karya imaen memang mantap, lain dari yang lain
tak sabar menunggu "Cintaku Luruh di Oxford" gndingan Imaen & Noor Suraya
|
|
|
|
|
|
|
|
omey007 posted on 1-11-2012 09:20 AM
akakpun nak kasi 4 bintang..
karya imaen memang mantap, lain dari yang lain
tak sabar menunggu " ...
Saya pun tak sabar gak.. dua-dua penulis yg mantap.
|
|
|
|
|
|
|
|
nenek baru je selamat membaca novel imaen setelah berbulan-bulan peram.
nak baca novel imaen ni kena hati tenang dan tak gundah gulana. hehehehe
sejak membaca novel imaen dari dulu sampai sekarang, takde pon yang mengecewakan.
semuanya ada plot dan jalan cerita yang menarik |
|
|
|
|
|
|
|
nenektua posted on 4-11-2012 03:29 PM
nenek baru je selamat membaca novel imaen setelah berbulan-bulan peram.
nak baca novel imaen ni ke ...
Epik Cinta dari Agia ~ Pingu Toha
NOVEL BAHARU TERBITAN NOVEMBER 2012 Kategori: NOVEL UMUM ISBN: 978-967-0201-61-0 Harga: RM22.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM25.00 (SABAH&SARAWAK)
Sinopsis:
Firus, Maharaja Ophir ke-44 berhasrat untuk turun takhta selepas dua belas tahun bersemayam di Kota Ophir. Penggantinya kelak adalah Alanah, Puteri Sabak. Mereka punya sejarah yang sama, lama dulu. Demi kelangsungan sebuah kerajaan yang berdaulat, Alanah dipersiapkan di bawah bimbingan Firus. Dan Alanah dipertemukan takdir dengan Kama. Pada lelaki bermata biru itu, misteri. Sungguh, hati itu yang paling sukar untuk diperintah. Dan takdir itu telah menentukannya untuk mereka kelak. Untuk Firus. Untuk Alanah. Untuk Kama. Untuk Ophir. Nun dari seberang sana, dari Tanah Orkal, kapal-kapal hitam berlayar tiga sedang menongkah samudera. Bersamanya, ada dendam kesumat. Gehara sang raja mahu melunaskan janji itu. Seratus lima puluh buah kapal hitam sedang menyeberang Laut Cehipa. Mereka akan tiba ke Tanah Kayang, ke Ophir. Demi Orkal. Pada pengorbanan untuk sebuah perjuangan. Pada cinta yang tak terucapkan. Pada kesumat yang belum terlunas. Pada janji yang ditunggu.
* * *
PINGU TOHA - anak kelahiran Pahang ini mula dikenali dengan buku L.U.V.E dan 143. PINGU TOHA menulis dengan gayanya yang tersendiri dan suka mencuba sesuatu yang baharu. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan & Pengarahan) dari USM ini adalah anak pertama daripada 4 orang adik-beradik. Last edited by sutungR on 14-12-2012 12:50 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sutungR posted on 11-12-2012 01:13 PM
Epik Cinta dari Agia ~ Pingu Toha
ULASAN EPIK CINTA DARI AGÏA
(Dipetik daripada fb Adiwarna)
Judul: Epik Cinta dari Agïa.
Penulis: Pingu Toha
Penerbit: JS Adiwarna Publications & Distributors.
Bil. Muka surat: 373.
... Harga: RM 22 / RM 25
Kali ini saya ingin mengulas sebuah novel yang lain daripada yang lain. Kalau kita membaca pada judulnya saja pun kita sudah dapat mengagak kelainan yang ‘dipersembahkan’ oleh penulis novel ini.
Pingu Toha kembali lagi. Sesiapa yang pernah membaca novel-novel penulis ini seperti L.U.V.E., 143 atau Ada dan Evan (dalam novel Tinta), anda pasti tidak dapat menjangka apa yang dipersembahkan dalam novelnya yang terbaharu. Baiklah, saya mulakan ulasan ini dengan sinopsis ringkas Epik Cinta dari Agïa.
Kisah ini bermula dengan satu dendam yang tersimpan lama yang bermula lima kurun yang lalu. Ia adalah sebuah kisah cinta di antara Maharani Ophir iaitu Flora, Raja Orkal, Amar dan Paduka Aril. Flora dan Aril memendam cinta antara satu sama lain, tetapi masing-masing tidak mengucapkannya. Lalu, Flora telah ditunangkan oleh Amar dengan tujuan untuk menjajah Ophir. Hal itu menyebabkan Flora memutuskan pertunangan mereka tanpa Flora sedar yang sebenarnya Amar memang benar-benar mencintai Flora. Maka perang di antara Ophir dan Orkal pun terjadi. Ophir dijajah.
Akhirnya, Flora dan Aril mati bersama-sama dalam perang itu. Maharaja-maharaja Ophir seterusnya hanyalah boneka kepada Orkal sahaja. Namun, Maharaja Firus bangkit dan Ophir merdeka lagi. Dendam Orkal kembali membara. Kisahnya sebenarnya bermula selepas itu. Kisah ini sebenarnya sebuah kisah cinta.
Alanah, puteri dari Sabak harus memerintah Ophir menggantikan Firus. Apa yang menakutkannya ialah sejarah akan berulang lagi. Ophir akan jatuh ke tangan Orkal apabila seorang maharani memerintah Ophir, sama seperti yang berlaku semasa pemerintahan Maharani Flora.
Novel ini ditulis dengan gaya yang 360 darjah berbeza dengan novel-novel Pingu Toha yang sebelumnya. Novel ini ditulis dengan gaya yang indah dan puitis. Itu bagi saya salah satu kelebihan novel ini. Saya bersyukur kerana masih ada novel popular yang ditulis dengan gaya bahasa yang cantik sebegini. Terima kasih, Pingu Toha.
Saya mengakui, kisah ini bergerak dengan agak lambat. Bagi sesiapa yang kurang sabar, ia sesuatu yang merugikan. ‘Kelambatan’ dalam permulaan cerita tersebut sebenarnya memperkenalkan kepada para pembaca perkembangan watak dan perwatakan dalam novel ini. Pendek kata, ia membantu sebenarnya.
Kemudian, ceritanya kembali bergerak dengan langkah yang lebih menyenangkan. Secara jujurnya, saya bukanlah peminat tegar cerita-cerita ala fantasi atau cerita yang make-believe sebegini. Namun, pengecualian telah dibuat untuk novel Epik Cinta dari Agïa ini. Penulis berjaya membuat saya tertanya-tanya apa yang berlaku selepas itu. Dari satu muka surat ke muka surat yang seterusnya, ada sahaja kejutan yang berlaku.
Pembaca akan dibawa oleh kisah cinta sembunyi-sembunyi antara Alanah dan Firus yang mendebarkan. Kisah Kama, adik kepada Raja Orkal yang berbelah bahagi antara cita-cita Raja Orkal yang mahu menjajah kembali Ophir atau menyelamatkan rakyatnya yang akan terbunuh kerana peperangan. Pembaca juga akan dibawa menelusuri kisah Kama yang entah bagaimana bertemu dengan seorang gadis yang paling cantik persis bidadari. Inikah cinta?
Pengkhianatan, musuh dalam selimut yang tak disangka-sangka juga memberi ‘rempah’ yang menarik dalam novel ini. Siapa sangka orang kepercayaan mampu mengkhianati kita. Siapa tahu, di sebalik muka sebengis pembunuh, sebenarnya terselit satu hati yang mulia. Siapa sangka di sebalik kelembutan seorang wanita, tersimpan hati pahlawan yang membara.
Apa yang menariknya lagi, penulis masih mengekalkan gaya tempatan dalam menulis kisah fantasi. Penulis tidak terlalu terikut-ikut gaya barat yang selalunya dapat kita baca dalam novel-novel fantasi Malaysia. Ditambah dengan gambar peta bumi Agïa, ia lebih membantu pembaca.
Kisah cinta tiga segi antara Flora, Amar dan Aril yang berlaku lima kurun yang lalu, adakah akan terjadi lagi. Para pembaca harus membaca novel ini untuk mengikuti kisah selanjutnya. Dan, sungguh, hatilah yang paling sukar untuk diperintah.
Last edited by sutungR on 14-12-2012 12:58 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sutungR posted on 14-12-2012 12:56 PM
ULASAN EPIK CINTA DARI AGÏA
(Dipetik daripada fb Adiwarna)
Jualan Mega Adiwarna AKHIR TAHUN
Keterangan lanjut sila layari klik sini. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Akan datang daripada JS ADIWARNA, insya-Allah akan menemui pembaca pada Januari 2013. CINTAKU LURUH DI OXFORD - NOOR SURAYA & IMAEN.
...pada suatu musim luruh hati ini pernah mekar... |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu_cina posted on 1-11-2012 07:33 AM
Mananya novel Nasi Lemak Ikan Pekasam?
Nasi Lemak Ikan Pekasam terbitan Jemari Seni... |
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 17-12-2012 02:39 PM
Akan datang daripada JS ADIWARNA, insya-Allah akan menemui pembaca pada Januari 2013. CINTAKU LU ...
akhirnya. tak sabar nak beli. |
|
|
|
|
|
|
|
dah selesai baca alang rebus tak empuk.
rasa aku mcm baca karya syud beg tangan merah jambu + langit tetap biru jer.
|
|
|
|
|
|
|
|
BAKAL TERBIT JANUARI 2013!
KATAK FESYEN ~ SHAH BAKRI
"Mana datangnya fesyen kalau bukan daripada jiwa." - Arman Armani.
Sebuah kisah cinta yang aneh |
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 17-12-2012 02:39 PM
Akan datang daripada JS ADIWARNA, insya-Allah akan menemui pembaca pada Januari 2013. CINTAKU LU ...
Tak sabar nak baca novel duo kedua-dua penulis ni..aku baru jer tau yg Imaen ni suami Noor Suraya punya la lama duk baca novel dia orang ni.. sweet jer kan dua2 hebat dlm penulisan.
|
|
|
|
|
|
|
|
kecik82 posted on 7-1-2013 09:12 AM
Tak sabar nak baca novel duo kedua-dua penulis ni..aku baru jer tau yg Imaen ni suami Noor Suraya ...
|
|
|
|
|
|
|
|
kt mph aeon s2 , dah sampai dah novel kak su dan abg imaen.
rm34, dan tebal. minggu depan baru nak beli. |
|
|
|
|
|
|
|
mijot posted on 23-1-2013 10:54 PM
kt mph aeon s2 , dah sampai dah novel kak su dan abg imaen.
rm34, dan tebal. minggu depan baru nak ...
beli online diskaun 20%.jika tambah novel lain dlm rm50 keatas lepas less dpt free pos |
|
|
|
|
|
|
|
Dah beli novel ni. Best!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|