CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MakLum

Sihir Menggunakan Quran Syirik Atau Tidak?

[Copy link]
Post time 15-1-2012 02:15 AM | Show all posts
banyak lagi ilmu sihir yang gunakan ayat al-quran sebagai kulit ataupun kosmetiknya....nak kena tengok jugak ilmu itu nawaitunya untuk apa. Kalau untuk makhluk or kepentingan dunia memang besar kemungkinan ilmu itu adalah sihir..

ada ilmu kebal pun pakai zikir dan amalan ayat2 al-quran jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2012 09:22 PM | Show all posts
"Dan syaitan pun menampakkan sesuatu yang bagus bagi apa yang telah mereka kerjakan
lalu menghalangi mereka dari jalan Allah , sehingga mereka tidak mendapat pertunjuk".
(Al Naml : ayat 24)
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 05:31 PM | Show all posts
Reply 60# 800wg


   Syukran atas penerangan. Jadi apa yang diamalkan oleh pertubuhan silat2 Melayu yang mengamalkan ayat2 Al Qur'an tertentu sebelum buka gelanggan atau tutup gelanggang tu pun kira sihir ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 07:44 PM | Show all posts
Ayat-ayat al-quran yang digunakan didalam silat mostly untuk memagar diri dari gangguan jin. Sebenarnya al-Quran tak boleh jadi pagar pun. Macam saya cakap, jika Al-Quran dibaca untuk kepentingan dunia dan sebab2 tertentu seperti pagar diri, memang boleh jadi sihir pun.

Silat itu sendiri memang mempunyai pengaruh jin. Saya dulu belajar silat. Panas aje kalau belajar silat. Amalan al-quran untuk pagar diri dari gangguan dalam gelanggang tu just kosmetik sahaja. Dalam pelajaran silat, memang ada penggunaan jin dalam sedar dan tak sedar. Pagar diri or tidak, jin memang dah masuk tubuh. That why sesiapa yang belajar silat memang tak de sabar dalam diri, pantang dicabar, sedikit sombong dan kadangkala banyak sombong dan angkuh.

Yang belajar silat tu, belajar sampai tahap atas-atas skit..karang dapat ler ilmu batin yang pelik-pelik. Menurunlah, kebal lah, panggil pahlawan silam lah...semua main dengan jin aje. Yang tahap baru masuk belajar selangkah dua pun...masuk jugak jin dalam diri..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 08:20 PM | Show all posts
Al-Hujurat
[9]
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
[10]
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
[11]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 09:47 PM | Show all posts
Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi ALLAH,Raja Yang Sebenarnya,tidak ada Tuhan selain DIA,Tuhan (Yang mempunyai) ‘Arsy yang mulia.Dan barang siapa menyembah tuhan lain di samping ALLAH, padahal tidak ada suatu dalil baginya tentang itu, maka sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiadalah beruntung.Dan katakanlah: “Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah pemberi rahmat yang paling baik.”  (Al-Mu’minun:115-118)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2012 11:01 PM | Show all posts
Perkataan sihir ni hanyalah istilah.
Memperdaya supaya ( agar ) menampilkan sesuatu yang tersorok( tersembunyi ).

Dalam perawatan penyembuhan, sihir digunakan agar jin dan atau syaitan menyerahkan maklumat berkenaan apa yang telah mereka lakukan dan juga cara cara pemutaran kembali penyebab penyakit.
Mereka akan kagum dengan perawat dan ingin mendampingi perawat disebabkan kebolehan yang ditunjukkan hatta akan megikut apa saja yang disarankan oleh perawat sehingga boleh menyetujui ( merosak atau membalas semula penghantar malahan akur jika perawat ingin membunuh ( memusnahkan ) mereka.

Ada tiga cara jin atau syaitan ini menunjukkan diri:
Di benarkan oleh Allah Ta'ala kepada manusia untuk dapat melihatnya.(tanpa syarat)
Jin atau syaitan itu sendiri memperlihatkan diri mereka.
Jin atau syaitan ini disihir untuk diperlihatkan diri mereka dengan keizinan dari Allah swt.

Untuk mendapatkan keizinan dari Allah swt , faham faham ajerlah tahap keimanan orang yang sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 10:33 AM | Show all posts
Ayat-ayat al-quran yang digunakan didalam silat mostly untuk memagar diri dari gangguan jin. Sebenar ...
800wg Post at 17-1-2012 19:44



   Sedare 800wg, kalo kiter tengok kat tv contoh dlm rancangan "manisnyer kurma itu" ekekeke kat tv9 tuh, setiap kali hujung rancangan mesti ade aje..potongan2 ayat alquran atau zikir2 yg dianjurkan kepade penonton untuk dibuat amalan, pendindinglah,pelembut hatilah,penerang hatilah,halau makhluk ghaib lah, itu semua adekah boleh dikategorikan sebagai guna alquran untuk sihir? atau ape pendapat sedara?
kalo kiter tengok sekarang rata2 ustaz2 kat tv tuh, menganjurkan bende yang sama, menggunakan potongan ayat2 atau pon surah2 tertentu untuk capai tujuan/hajat hati sendiri, sekiranyer ianyer juga tergolong dlm amalan yg menyerupai sihir kesiaaaannn ustaz2 dan penonton yg mengamalkannyer seperti yg dianjurkan tu.

sedare 800wg minta beri pencerahan pasal bab ini..semoga sama2 boleh ambil manfaat bersama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2012 10:56 AM | Show all posts
Reply 68# gammbir33

Sensitip benda nih, karang ada yg terasa. Saya sendiri mengamalkan ayat2 al Qur'an utk amalan seharian.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 11:16 AM | Show all posts
Reply  gammbir33

Sensitip benda nih, karang ada yg terasa. Saya sendiri mengamalkan ayat2 al Qur ...
evilcooler Post at 3-2-2012 10:56



   Bro..betul tu..sensitip..tapi kalo bende tuh mengundang sesuatu yg tak di ingini sememangnyer tak boleh nak berkompromi..bagi aku perkara tuh jadi sensitip sebab kiter tak tahu..kalo kiter tahu ngan jelas sesuatu perkara maka hilanglah sensitif tuh.
contohnyer: ade org cakap kiter ade saka...maka perkataan "saka" tuh sensetip pade kiter yg tak tahu, sebab kiter takut org pandang serong pade kiter, tapi kalo kiter tahu sememangnyer kiter ade saka..dah hilang sensitip tu..siap boleh berceriter dgn org macammana nak buang saka tuh.

sama juga ngan amalan yg bro maksudkan juga...jangan jadikan ianyer sensitip sekiranyer kiter ingin mendalami lagi perkara2 begini. kan kan kan..sana sensitip,sini sensitip, nanti kiter jadi jumudlah pulok...sekadar pandangan saya aje...kalo ade salah mintak maaplah yer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 11:58 AM | Show all posts
Reply 70# gammbir33

Saya amalkan yang umum je. Yang memang dah tertulis di dalam hadith2 shohih. Ape2 pun semuanya bergantung kepada niat. Kalau niat membaca kerana ingin mengikut sunnah Nabi s.a.w dan mendapat pahala dari bacaan al Qur'an, insyaAllah dapat le pahala dan ganjarannya.

Kalau membaca ayat Al Qur'an dgn niat utk perlindungan, pelaris, penaik seri muka dll, insyaAllah dapat le jugak. Tapi tgk le apa yg dapat..kalau kita beriktikad ketika membaca dan berdoa kita bergantung sepenuhnya kepada Allah s.w.t semata2, maka insyaAllah doa kita akan akan naik ke atas dan diaminkan oleh malaikat. Maka malaikat yang mengaminkan itulah yg akan diberi kebenaran oleh Allah s.w.t untuk turun menjaga si manusia yg berdoa selagi diizinkan Allah s.w.t.


Ada juga yg membaca ayat Al Qur'an kerana dipelajari ketika belajar silat dan disuruh oleh guru silat untuk mengamalkannya. Yang ini kena berhati2, kerana kalau membaca kerana guru silat suruh dan kerana nak ilmu silat, maka dah terpesong iktikad. Time ni la si jin2  ni enter frame, masuk mimpi beri itu ini apa semua. Maka jadilah fitnah kerana menyangka mengamalkan ayat Al Qur'an dapat fadhilat kuat, kebal dan sebagainya. Sedangkan itu semua datang dari makhluk2 ni.


Last2 dari nak belajar silat, terus jadi sesat.


Saranan saya, mantapkan akidah dulu sebelum belajar ilmu beladiri yg ada unsur2 kebatinan ini. Biasanya ilmu kebatinan ini bersifat putih, iaitu utk menolong. Tapi kalau dah pakai jin setan tolong, buat apa. Lagi haru biru adalah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 12:25 PM | Show all posts
Reply  gammbir33

Saya amalkan yang umum je. Yang memang dah tertulis di dalam hadith2 shohih. Ap ...
evilcooler Post at 3-2-2012 11:58



   OOOOO..macam tuuu...
tapi saya tengok pade prenggang kedua dan perenggan ketiga tuh punyai tujuan yg sama pade niat..yg bezanyer cume di anjurkan oleh ustaz atau guru silat aje.


kedua2nyer masih lagi bergantung pade Allah, sebab kedua2nyer masih menggunakan ayat2 alquran.

ape pendapat sedare?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 12:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by evilcooler at 3-2-2012 12:44

Cuba tanya balik pada yg si pengamal..

Adakah bila berjumpa dgn ustaz kerana ingin mendapatkan ilmu untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t di samping menguatkan lagi keyakinan kita melalui rahmatNya yang diturunkan kepada Al Qur'an? Kerana ulama' adalah pewaris Nabi s.a.w, setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dan kematian para sahabat r.a, tabiin r.a dan tabi' tabiien, maka ulama2 lah yang memegang amanah untuk menjaga kesucian Islam melalui ilmu2 mereka. Para imam yang 4 serta ulama'2 masyhur yang diakui ketinggian darjat dan ilmunya seperti Imam Ghazali r.a. yg digelar Hujjatul Islam, mereka lah yang menjadi tonggak untuk menyebarkan Islam. Setiap dalil dan fatwa serta hukum yang diambil mereka adalah berdasarkan Al Qur'an dan hadith Rasulullah, jika masih samar2 lagi maka ijma' ulama digunakan. Inilah yang menjadi pegangan kita org Islam di tanahair Malaysia.

Segala soal jawab mengenai hukum hakam di dalam Islam telah dihuraikan di dalam kitab2 agama karangan mereka, maka ikutlah mereka selagi ia tidak berlawanan dgn Al Qur'an dan Hadith.

Saya pun nak cakap pasal ilmu silat ni, tapi dikhuatiri ada yang sensitif dan terasa. Bab mandi minyak, demonstrasi berjabat, bermain muzik ketika silat dan sebagainya, agak2 mana punya ajaran atau ikutan??
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 12:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by 800wg at 3-2-2012 12:55

Reply 68# gammbir33


   slam tuan gammbir33,
Sedih sekali saya terpaksa cakap ye, semua ilmu yang diajarkan didalam semanis kurma tu ilmu-ilmu sihir bertopengkan al-quran. RAsullulah sendiri pun tak pernah ajar kita ilmu-ilmu ini. Banyak ilmu-ilmu ini terkandung dalam kitab mujarobat iaitu kitab sesat lagi menyesatkan. Nawaitu amalan itu untuk apa? Menunduk, pengasih, penerang hati, halau jin?

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembunyi.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi


bacaan ayat alquran tergolong dalam ibadat khusus sebenarnya. Al-Quran Allah turunkan untuk kita fahamkan dan ambil iktibar dari kandungan didalamnya. kalau ada masa tengok apa maksud ayat-ayat yang diajarkan tu dalam bahasa melayu. Sotime ayat itu bukan ditujukan kepada manusia tetapi menceritakan hubungan antara manusia dan Allah.

Nak baca Al-Quran boleh, bacalah keseluruhan surah. barulah kita dapat pemahaman yang sepatutnya Allah nak kita belajar dan faham. Yang berlaku al-quran dipotong-potong dan diamalkan untuk niat untuk dapatkan itu dan ini. sometime tak faham pun maksud ayat tu...belasah aje amalkan untuk murah rezeki or dikasihi oleh manusia.



Dan katakanlah: "Sesungguhnya aku ini, adalah seorang Rasul pemberi amaran dengan bukti-bukti yang nyata .(Al-Hijr 15:89)
samalah seperti Kami menurunkan kepada orang-orang yang membahagi-bahagi. (Al-Hijr 15:90)
mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian ((Al-Hijr 15:91)
Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka  semuanya , (Al-Hijr 15:92)
Mengenai apa yang mereka telah lakukan.(Al-Hijr 15:93)




didalam solat bacaan iftitah adalah seperti berikut:-

Sesungguhnya Solatku, Ibadahku , Hidup ku dan Matiku hanya untuk Allah tuhan sekelian alam.


Petikan saya nie adalah berdasarkan word to word iaitu bahasa arab ke melayu. Sepatutnya ada braket iaitu tafsiran manusia terhadap ayat ini.

itu berdasarkan dalil dan nas al-Quran dan hadis. kalau saya nak terangkan ilmu-ilmu sihir ini dari segi hakikatnya pulak macam nie. kebanyakkan orang bersaka, therefore kebanyakkan masa apa-apa yang sepatutnya betul dah jadi tak betul. Sebagai contohnya memang ada hadis sahih bab mengamalkan 3 Qul untuk melindungi dari syaitan. Tetapi sanad dan ilmu yang haq itu dah terputus sebab si penyampai hadis itu mengamalkan ilmu syirik dan bathil.

sebagai contoh saya nie dahulunya seorang tok bomoh ilmu hitam . kerja saya menyantau, membusongkan orang, menuju-nujukan orang dan menggunakan sihir dalam kerja saya. lepas tu..tiba2 saya dapat hidayah. Terus belajar ilmu agama..lepas 5 tahun jadi guru agama pulak. Ilmu2 sihir saya yang lama sebenarnya masih ada didalam diri saya. Saya pun mengajarlah ilmu agama 100% agama pulak kpd murid2 saya. Yang berlaku ialah setiap ilmu yang saya sampaikan walaupun hatta mengajar surah al-fatihan sahaja pun...ada ilmu sihir yang menyelit didalam surah tu.

Saya biasa umpamakan kes nie macam kes virus komputer. PC yang diserang virus or ada virus nampak macam biasa aje. Semua file yang dishare or dipindahkan nampak biasa tetapi mempunyai virus disebaliknya. Penerima file tak akan perasan apa2 tetapi lama kelamaan PC penerima file akan rosak dan korupt. Hanya antivirus mampu mengesannya.

komputer rujuk kepada individu. File or program yang dishare or dipindahkan ialah ilmu dan barang yang diberikannya. Antivirus, adalah kefahaman tentang hakikat ilmu haq dan bathil or individu yang tahu.

wallahu aklam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 01:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by 800wg at 3-2-2012 15:33

saya ceritalah sedikit apa yang berlaku pada saya bab terbelajar ilmu pengasih nie. Arwah mak mertua saya nie suka dengar pahang fm. So ada rancangan dalam pahang fm nie dimana ustaz2 mengajarkan ilmu-ilmu pelik2 nie kepada pendengar.

ilmu yang diajarkan nya ialah ilmu pengasih/penunduk. Baca satu ayat dari surah al-quran sambil membayangkan target kita dari hujung ubun2 sampai ke kaki. lepastu tiup kat ubun-ubun. Arwah mak mertua saya nie pun amalkan kepada ayah mertua saya dan lepastu ajar isteri saya. Suatu hari tu, tengah2 saya baring..tiba-tiba isteri saya terkumat-kamit..lepas tu tiup ubun2 saya, Masa tu saya tak tahu menahu lagi tentang ilmu tu..cuma saya tanya..." yang buat apa tu??"  dia cakap "takde paper'.

selang 3 tahun lepas saya jumpa dan belajar dgn ustaz mail, one day ustaz mail pandang muka isteri saya semacam aje.  pastu ustaz mail cakap.." ko ada ilmu penunduk dan pengasih nie, bertaring aje benda kat badan ko nie. ..ko ada belajar apa-apa ilmu pengasih/penunduk ke ??". Isteri saya cakap tidak tetapi lepas seketika...tiba2 dia teringat ilmu penunduk yang emak dia ajar kat dia.

" Betul ke ilmu pendunduk mak saya ajar tu...yang ada kat saya"? tanya isteri saya. Yes...kata ustaz mail.

saya dan isteri pun balik lah ke kampung nak pulangkan ilmu pelik nie kat mak mertua saya. Sampai2 dah tgh malam. Saya pun cakap kat isteri suruh pulangkan ilmu tu malam tu jugak, tetapi isteri saya cakap tunggu aje sampai esok.

tu dia. malam tu saya dan isteri takleh tidor. jin pendamping ilmu tu..mencakar2 bumbung..berlari2 atas syiling rumah...sampai ke pagi. Hampeh tul.

alahamdullilah, pagi2 tu...isteri saya jumpa mak mertua saya dan pulangkan ilmu tu balik. Lega rasanya. patutlah saya nie macam lombu kene cucuk idung aje ngan isteri saya nie.

wallahu aklam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 02:57 PM | Show all posts
Reply  gammbir33


   slam tuan gammbir33,
Sedih sekali saya terpaksa cakap ye, semua ilmu yang ...
800wg Post at 3-2-2012 12:54


ooooo Terima kasih sedare 800 wg...nampaknyer ramailah di kalangan kiter bersaka tanpa sedar...

saya tertarik ngan konsep komputer tu...so sekiranyer nak berguru pastikan dulu betul2 amalan dan pribadi guru tadi sebab takut2 ade virus menyelit skali....


satu lagi...mase kecik2 dulu bapak hantar gi mengaji ngan tuk guru ngaji kat kampung...balik skolah gi ngaji hari2, biasenyer kalo tok guru ngaji nih cikai2 pon boleh lah hembus2 kalo ade masalah kerasukan ke ape. ape pendapat sedare? adekah tertransfer skali virusnyer...jika ada...kalau tak ade alhamdulillah lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2012 03:12 PM | Show all posts
Reply 76# gammbir33

ooooo Terima kasih sedare 800 wg...nampaknyer ramailah di kalangan kiter bersaka tanpa sedar...

saya tertarik ngan konsep komputer tu...so sekiranyer nak berguru pastikan dulu betul2 amalan dan pribadi guru tadi sebab takut2 ade virus menyelit skali....


satu lagi...mase kecik2 dulu bapak hantar gi mengaji ngan tuk guru ngaji kat kampung...balik skolah gi ngaji hari2, biasenyer kalo tok guru ngaji nih cikai2 pon boleh lah hembus2 kalo ade masalah kerasukan ke ape. ape pendapat sedare? adekah tertransfer skali virusnyer...jika ada...kalau tak ade alhamdulillah lah.

salam tuan gammbir33,
Hampir kebanyakkan orang bersaka. that why saya letak perangkkan saya sendiri (tak ada kajian pun) hanya 1/ 100 aje takde saka kat malaysia nie. That why semua orang perangai pelik2 sekarang nie. Hangin, panas baran, melenting, miang, nafsu shahwat tinggi, termasuklah para-para ustaz2 kita. Benda nie pulak dah jadi normal sebab semua orang ada.

bab pc bervirus tu adalah satu contoh mudah kita nak fahamlah. virus itu adalah dari bentuk jin pendamping ilmu sihir tu sendiri. Ilmu penunduk/pengasih sebagai contohnya memang ampuh, tetapi atas perbuatan siapa? Sihir memerlukan jin sebagai medium perantara dan jin inilah yang disebut mudah sebagai saka.

bab menhembus tu..mintak maaf ye...tertransfer sekali virus (jin pendamping) tu sekali. Hembus kosong, tak boleh sembuh pun kerasukan sebenar. Yang banyak berlaku...ada benda tumpang hembusan tu..masuk kebadan si sakit..dan mengawal dan kontrol jin yang menyebabkan kerasukan. Nampak terus baik dan elok bukan??

saya namakan benda nie sebagai top up saka. banyak perubatan secara tak sedar buat kerja macam nie. Menambah jin (islam kebanyakkan) kedalam badan si sakit. jika yang masuk kedalam tu jin yang tinggi ilmunya...maka sembuhnya pesakit tu. Sebab yang baru lebih power dari yang sedia ada dalam diri si sakit. Masuknya tu komando...yang buat kacau tu kopral...sembuh lah. Kalay yang buat kacau tu general, hantar leftenan muda..memang tak baik2.

saya hanya menerangkan hakikat tentang ilmu sihir/bathil dan bagaimana mereka berfungsi.

Nak belajar lebih lanjut..pm saya.

wasalam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 03:19 PM | Show all posts
sebenarnya ada cara mudah nak putuskan saka dalam pembelajaran or ambilan kita. kalau semua guru kita nak check dulu dan siasat..jenuhlah jadinya.

paling mudah ialah akad. sebagai contoh dan real life example. Apa sahaja yang saya berikan kepada semua forummer hanyalah yang haq dan Allah redha semata-mata tanpa ada yang bathil. (nie akad saya untuk menyampaikan ilmu yang haq tanpa sebarang selitan saka saya sendiri)

Apa sahaja penerangan saya, saya hanya berikan yang haq semata-mata. maksudnya ilmu sahaja tanpa ada virus. Nie akad saya dengan tuan-tuan semua . yang mendengar nya adalah jin pendamping balance yang ada dalam didir saya dan Allah. .

Apa sahaja yang saya ambil dari semua forrummer, saya dan keluarga ambil yang haq semata-mata.  Jika ada yang bathil., saya sekeluarga pulangkan. (ini saya akad dgn tuan-tuan jika saya terambil or terbelajar pulak).

wallahu aklam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 03:19 PM | Show all posts
Cuba tanya balik pada yg si pengamal..

Adakah bila berjumpa dgn ustaz kerana ingin mendapatkan il ...
evilcooler Post at 3-2-2012 12:43



   Sedare saye sokong sekiranyer amalan yg dibuat adelah untuk mendapat keredhaan Allah,untuk mentauhidkan Allah, untuk memuji dan membesarkan Allah, saye percaya imam yg 4 dan hujjatul islam pun berjuang dgn ilmu2 mereka untuk menegakkan kalimah Allah tidak lain dari itu.

Permasalahan kiter sekarang ialah kiter telah mengamalkan amalan dengan sebab yg lain dari yg sebenarnyer..pelaris,pengerun,pemanis, pagar dan macam2 lagi. jauh sekali kalo nak bandingkan dengan mereka2 terdahulu..para sahabat,tabiin,tabi'u tabiin.


pendapat saye penjernihan dalam permasalah niat itu sangat penting agar kiter tergolong dlm golongan "wahai ruh yg tenang keluarlah kamu kepade tuhan kamu dengan redha dan diredhai" di akhir nafas kiter nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 03:24 PM | Show all posts
Sedare saye sokong sekiranyer amalan yg dibuat adelah untuk mendapat keredhaan Allah,untuk  ...
gammbir33 Post at 3-2-2012 15:19


yes tuan. Bergetar saka dalam diri tuan lepas tuan cakap macam...

Musuh utama kita sebenarnya mcm cikgu saya cakap..ialah jahil..tak tahu or bodoh. Bila kita tak tahu...jadinya kita terikutlah rentak orang disekeliling kita tanpa sedar kita terambik saka dan jin orang lain.


bab ini sebenarnya ada diterangkan secara jelas jika ada sesiapa yang pernah berjumpa dgn ustaz mail. Bab hakikat ilmu sihir a.k.a ilmu bathil , saka dan sebagainya.


wallahu aklam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.418132 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list