|
JPAM lancar Ops Bantu VIII sempena Tahun Baharu Cina
JOHOR BAHRU 27 Jan. - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor melancarkan Ops Bantu VIII yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada pengguna jalan raya yang menghadapi kesulitan semasa dalam perjalanan pada musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.
Pengarah JPAM negeri, Kolonel (PA) Ghazali Abdul Rahman berkata, seramai 384 pegawai dan anggota JPAM akan bertugas bagi melancarkan operasi berkenaan yang diadakan dalam dua fasa.
Beliau berkata, operasi kali ini akan berlangsung pada 27 hingga 30 Januari bagi fasa pertama dan disambung semula pada 2 hingga 3 Februari bagi fasa kedua.
"Kesemua anggota yang terdiri daripada pegawai tetap jabatan dan anggota sukarela JPAM negeri adalah dari daerah Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Segamat dan Mersing.
"Bantuan secara percuma itu tertumpu kepada jalan persekutuan dan jalan negeri yang mempunyai statistik jumlah kemalangan yang tinggi selain kerap digunakan," katanya selepas majlis pelancaran Ops Bantu VIII, di sini hari ini.
Kata Ghazali, operasi tersebut melibatkan tujuh laluan iaitu bermula di Bandar Baru UDA, Pontian, Kluang, Mersing, Batu Pahat, Segamat dan Muar.
Tambah beliau, sebanyak 11 kenderaan terdiri daripada empat motosikal dan tujuh kenderaan pacuan empat roda akan digunakan sepanjang operasi berkenaan.
Menurut Ghazali, sejak dilancarkan pada September 2010, JPAM berjaya menangani sebanyak 481 kes antaranya membantu kenderaan rosak, kemalangan ringan, masalah tayar, lalu lintas dan kemalangan maut.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... a-Tahun-Baharu-Cina |
|
|
|
|
|
|
|
SOROK DALAM KOLAH AIR ELAK DIBERKAS
KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki warga Indonesia cuba menyorok di dalam kolah air gagal selepas diberkas sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen yang menyerbu penempatan warga asing di Pantai Dalam, di sini, awal pagi tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, turut ditahan seorang penduduk tetap (PR) yang dipercayai cuba melindungi lelaki berkenaan yang menyewa di rumah berkenaan.
Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, dalam serbuan itu, polis melakukan pemeriksaan terhadap lebih 157 warga Indonesia.
“Hasil pemeriksaan mendapati 37 warga asing termasuk 22 wanita daripadanya tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.
James berkata, pihaknya menerima maklumat dan aduan awam mengenai kewujudan perkampungan warga asing itu, lalu melakukan intipan sebelum menyerbu lokasi berkenaan.
“Kita percaya kebanyakkan warga asing menyewa rumah di kawasan itu menjadikan kawasan berkenaan seperti perkampungan di Indonesia, tindakan warga asing itu mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk tempatan,” katanya.
Seramai 70 anggota dari pelbagai jabatan terlibat dalam operasi itu antaranya Jabatan pendaftaran negra (JPN), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut menyertai operasi berkenaan yang berakhir kira-kira dua jam kemudian.
Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan itu dipercayai melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Kita mendapati warga asing berkenaan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan memiliki premit dipercayai palsu,” katanya.
Beliau berkata, operasi tersebut akan diteruskan dari masa ke semasa dan meminta orang awam untuk tampil memberi maklumat jika terdapat pendatang tanpa izin di kawasan mereka.
“Kesemua warga asing yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 55 tahun itu di bawa ke lokap tahanan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumber:
Sinar Harian 07/02/201 |
|
|
|
|
|
|
|
Rohani Abdul Karim (lima dari kiri) melihat sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memasak untuk mangsa banjir dalam lawatan kerjanya ke Pusat Pemindahan Banjir Tatau di Bintulu, semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
JPAM Betong arah 500 pegawai, sukarela bersedia hadapi banjir
BETONG: Dalam menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di bahagian ini, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengerahkan kira-kira 500 orang pegawai serta anggota sukarela dalam situasi bersiap siaga sepanjang masa untuk dipanggil bertugas.
Pegawai JPAM Betong, Azamshah Apearal berkata selain persiapan aspek keanggotaan, pihaknya turut bersiap sedia penyediaan jentera bagi menghadapi banjir seperti lori, kereta pacuan empat roda dan bot.
“Fokus operasi dan lokasi yang menjadi pemantauan utama pihak kami terhadap tiga kawasan utama yang rendah dan kerap dilanda banjir iaitu daerah Betong, Saribas dan Kabong.
“Persiapan tenaga manusia dan logistik penting bagi membolehkan gerakan menyelamat dan penghantaran bantuan dilakukan dengan pantas.
“Anggota sukarelawan yang menjadi tunjang kepada operasi JPAM bukan sahaja terlatih, malah berpengalaman mengendalikan operasi ketika banjir,” katanya ditemui di sini semalam.
Tambahnya, fokus JPAM ialah menyelamat mangsa banjir dan membawa mereka ke tempat selamat di pusat penempatan mangsa banjir ditetapkan.
Sementara itu, latihan asas pertahanan awam tetap diteruskan kerana JPAM bukan hanya membantu mangsa banjir, tetapi bencana lain seperti kemalangan jalan raya.
“Latihan penting kerana tugas mereka amat mencabar dan membabitkan nyawa manusia.
Hanya kemahiran tinggi melalui latihan berterusan akan membolehkan mereka menjalankan tugas dengan cekap,” katanya.
Beliau memberitahu, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan banjir besar selain banjir kilat di Kampung Debak dan tiga buah rumah panjang di Maludam baru-baru ini.
“Dengan ini, saya mengingatkan orang ramai terutama pada musim hujan ini agar menghubungi jabatan (sekiranya banjir) di talian 083-472861 kerana penting untuk kami bertindak,” katanya.
Azamshah turut mengingatkan orang awam agar mengutamakan keselamatan diri apabila berhadapan dengan situasi tersebut serta menyimpan segala dokumen penting di tempat selamat.
“Kita mohon orang ramai dilanda banjir agar mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh petugas keselamatan bagi mempermudah usaha menyelamat,” katanya
Sumber:
http://www.theborneopost.com/201 ... edia-hadapi-banjir/ |
|
|
|
|
|
|
|
JPAM terima enam ambulans baharu
Mulliadi memeriksa aset ambulans JPAM baharu dalam satu majlis di UMS kelmarin.
KOTA KINABALU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah bakal mendapat suntikan positif bagi menguatkan operasi perkhidmatannya di negeri ini menerusi penerimaan enam ambulans yang baharu.
Pengarah JPAM negeri Leftenan Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, menerusi penerimaan aset-aset berkenaan, ianya akan memupuk perkhidmatan berkualiti selain menyuntik semangat setiap anggota dalam menjalankan tugas harian.
Menurutnya, pengagihan ambulans itu akan membabitkan perkhidmatan JPAM di Wilayah Persekutuan Labuan, Kota Kinabalu, Beaufort, Tuaran, Kota Marudu dan Keningau.
“Kehadiran ambulans-ambulans ini adalah bertujuan menambah kekuatan serta skop operasi JPAM di Sabah dan Labuan.
“Aset (ambulans) terbabit akan mula diagihkan ke kawasan-kawasan yang terlibat pada hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan ambulans baharu JPAM di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, kelmarin.
Mengulas lanjut mengenai aspek perkhidmatan jabatan itu, Mulliadi berkata JPAM cawangan Kota Kinabalu dan Labuan akan beroperasi selama 24 jam mulai 3 Februari depan.
“Manakala empat daerah iaitu Tuaran, Kota Marudu, Keningau dan Beaufort akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
“Langkah ini diambil sebagai tindakan susulan kesiapsiagaan JPAM untuk membantu masyarakat ramai yang berhadapan sebarang insiden kecemasan atau kesulitan,” katanya.
Mulliadi berkata, orang ramai boleh boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) JPAM sekiranya menghadapi sebarang kecemasan iaitu Kota Kinabalu (088-232453, 232440), Sandakan (089-672586), Tawau (089-749046), Beaufort (087-221952), Lahad Datu (089-880991), Kota Marudu (088-661655), Keningau (087-339161) dan Pitas (088-615655), atau terus menghubungi talian kecemasan 999.
Sumber:
http://www.theborneopost.com/201 ... am-ambulans-baharu/ |
|
|
|
|
|
|
|
JPAM Sarawak cadang rekrut 9,400 kakitangan tahun ini
SIAP SEDIA: Anggota JPAM bersama jentera penyelamat mereka.
SIBU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak bercadang merekrut 9,400 kakitangan tahun ini bagi meningkatkan keupayaan agensi berkenaan.
Pengarahnya, Mat Zin Bujang berkata ketika ini JPAM Sarawak mempunyai 33,737 anggota dan daripada jumlah itu, 92 anggota adalah pegawai dan kakitangan.
“Skop tugas kami ialah memberi maklum balas terhadap ‘responder’ pertama,” katanya ketika ditanya mengenai sasaran pengambilan anggota JPAM Sarawak bagi tahun ini, semalam.
Menurut Mat Zin, kakitangan baharu perlu menjalani latihan asas selama 16 jam sebelum dikerah bertugas.
“Ini termasuk pembentukan diri, latihan kawad kaki, asas perubatan dan teknik asas menyelamat dan memadamkan api.
Mat Zain berkata, kakitangan yang baharu akan ditempatkan empat lokasi yang dikenal pasti iaitu Samarahan, Betong, Limbang dan Mukah bagi mengembangkan bantuan kecemasan yang sedia ada.
Antara kawasan yang memiliki perkhidmatan JPAM ketika ini ialah Kuching, Petra Jaya, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.
Sementara itu, antara skop JPAM lain ialah memberi bantuan menyelamat jika berlaku kejadian kemalangan, memusnahkan sarang lebah dan tebuan, menangkap ular dan lain-lain.
Sumber:
http://www.theborneopost.com/201 ... kitangan-tahun-ini/ |
|
|
|
|
|
|
|
Endurance training to keep JPAM members combat-ready for emergencies
Sri Aman JPAM participating in endurance training at Sri Aman yesterday.
SRI AMAN: Members of the Civil Defence Department (JPAM) must be well-equipped with skills for efficiency in facing any sort of emergency.
Speaking after an endurance training session for their 27 permanent members, Sri Aman JPAM officer Hafizul Samah said each member must have the relevant skills to assist in an emergency.
Yesterday’s session kicked off at Jalan Bungkang in Bukit Temudok before proceeding to RPR Sri Aman and ending at the JPAM emergency control centre at Jalan Abang Aing.
The training was to increase both the skills and stamina of their personnel.
“This kind of endurance training is important because we are frequently involved in search and rescue (SAR) operations,” Hafizul added.
Source:
http://www.theborneopost.com/201 ... dy-for-emergencies/ |
|
|
|
|
|
|
|
Komitmen JPAM
Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut membantu anggota Penyelam dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam usaha mencari mangsa lemas.
USIA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bakal mencecah 62 tahun pada 24 Mac ini, namun kehadiran pasukan ini tidak begitu disedari oleh masyarakat berikutan kurangnya publisiti mengenainya.
Masih ramai yang tidak mengetahui bahawa pasukan, yang ditubuhkan sejak Perang Dunia Kedua ini, berfungsi sebagai satu badan berkecuali yang melaksanakan tugas-tugas menyelamat nyawa dan harta benda secara sistematik tatkala negara dilanda bencana.
Jabatan ini juga adalah satu daripada tiga jabatan yang diamanahkan menjaga keamanan negara, sebarisan dengan pasukan tentera dan polis.
Dan bagi mencapai hasrat itu jabatan akan mengadakan majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada anggotanya bersempena sambutan ulang tahun ke-62 JPAM Isnin ini di Pusat Pertahanan Awam Negara (PUSPAN) di Seremban, Negeri Sembilan.
“Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke majlis ini sebagai satu cara mempromosi kelebihan menjadi sukarelawan JPAM. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pertunjukan dan demonstrasi serta pameran tentang aktiviti pertahanan awam", kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Timbalan Pesuruhjaya (Pertahanan Awam) Selamat Dahalan kepada Bernama.
Hari ini JPAM memainkan fungsinya sesuai dengan keadaan semasa. Waktu negara berada dalam keadaan aman, ia memainkan peranan mengambil apa-apa langkah bagi melindungi nyawa dan harta benda sebelum, sewaktu dan selepas berlakunya sesuatu bencana di dalam negara, jelas Selamat.
Jika negara berada dalam keadaan perang, tugas JPAM ialah mengambil langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata sebelum, semasa dan selepas serangan musuh.
Penglibatan JPAM
Banjir besar yang melanda hampir seluruh negara pada 1970 telah membawa kepada peristiwa kerahan tenaga besar-besaran. Pada 1972 skop tugas JPAM ditambah dengan memasukkan perkhidmatan bantuan bencana.
“Bantuan kepada mangsa banjir sudah menjadi ‘acara tahunan’ kami. Kalau dahulu kami tunggu banjir berlaku baru bertindak, sekarang sebelum banjir pun kita sudah siap siaga di kawasan potensi banjir", jelas Selamat.
Sejak itu, JPAM telah terlibat secara aktif dalam pelbagai peristiwa bencana dalam negara. Antara yang masih segar di ingatan rakyat ialah tragedi kondominium Highland Towers tumbang pada 1993, Ops Daulat di Lahat Datu pada tahun lepas dan yang terkini, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Mengenai penglibatan JPAM dalam krisis MH370, Selamat berkata pihak JPAM mengambil tiga tindakan iaitu menyediakan pasukan khas siap sedia untuk misi menyelamat, rondaan pantai dan petugas yang menguruskan keluarga mangsa di hotel tempat mereka menginap.
Sukarelawan sedia berkhidmat
Berbeza dengan pasukan tentera atau polis dan sesuai dengan nama ‘pertahanan awam’, tulang belakang pasukan JPAM ialah anggota masyarakat yang mahu memberi khidmat secara sukarela.
“Kerja kami lebih bersifat memberi bantuan kemanusiaan, tidak kira siapa pun mangsa kepada sesuatu tragedi tanpa mengira latar belakang, warna kulit, bangsa atau agama.
Hari ini, keanggotaan JPAM telah dibahagikan kepada beberapa jenis, melibatkan kira-kira 1.3 juta orang daripada pelbagai peringkat umur.
Jumlah terkini Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) ialah 750,630 orang.
Daripada jumlah ini, 11,800 orang berada dalam keadaan siap siaga dan sedia berkhidmat dalam masa sejam selepas mendapat arahan.
Penyertaan JPAM juga dibuka kepada mahasiswa universiti. Sebanyak 37 universiti dari seluruh negara mempunyai pasukan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA)dengan keanggotaan keseluruhan seramai 4,678 mahasiswa.
“asukan ini biasa kami libatkan dalam operasi khidmat bakti selepas kejadian bencana. Contohnya operasi mencuci rumah dan pengurusan sumbangan kepada mangsa banjir. Ini kerana kami tidak mahu libatkan mereka dalam operasi sebelum atau semasa bencana atas faktor risiko yang tinggi", jelas Selamat.
Kadet Pertahanan Awam (KAPA), program JPAM di peringkat sekolah menengah juga berjaya menarik penyertaan 50, 474 pelajar dari seluruh negara.
JPAM turut melaksanakan program pendidikan dan kesedaran kepada pelajar sekolah dan tadika melalui Program Awalan Kesedaran Keselamatan Pertahanan Awam(PROKSPA) yang telah melatih 104,437 pelajar.
“Ada juga pihak yang menyertai program-program JPAM atas kapasiti organisasi dan jumlah organisasi yang berdaftar dengan program Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) kami ialah 61," kata Selamat.
- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
| |
|