|
Sistem Perbankan Islam Msia: Membantu Atau Menindas?
[Copy link]
|
|
membantu tapi menindas...sama mcm sistem along....xgitu |
|
|
|
|
|
|
|
Cakaplah aku nak pinjam duit, bukannya nak beli teh O, boleh?
meritokrasi Post at 20-2-2012 01:22
Nak cakap apa merit.....
masa tu dia on air...sedang di temuramah oleh DJ radio....
masa tu tengah nak promosi Bank Islam..... |
|
|
|
|
|
|
|
membantu tapi menindas...sama mcm sistem along....xgitu
angura Post at 20-2-2012 09:31
Along ke angura?....
Bukan TOTO ke?....
TOTO - Tolong Olang Tipu Olang |
|
|
|
|
|
|
|
aku ambik loan islamic Bank rakyat, (1 Aslah) Istimewa.. Pinjam 108,000 tahun 2010.. la dah tahun 2012.. nak buat full stetlement.. tengok penyata kena bayar 111,152.84.. mcm celaka... dah 2 tahun bayar tau2 kena bayar lagik banyak.. dah lah masa prosesing pon kena bayar beribu dah.. nie nak stetle lagi bertambah utang dari yg pinjam./.. nie tahap ahlong gila nie.. aku tobat dah dengan bank rakyat... bak negara tak nampak ka benda nie.. ISLAMIC kepala hotak hapa nie... nie lebih dari KAFIR punya sistem nie... sapa lah panel syariah yg kunun2 alim tuh.. semua nie lebih dari RIBA... neraka lah tempat korang... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by melia_star at 20-2-2012 12:38
10 thn lepas aku beli umah RM140,000 amek loan AMMB secara konvensional....bulan2 bayar RM900++ shj....berbanding kalu aku amek Islamic loan time tuh kene bayar secara tetap RM1300 sebulan....masa bank officer tu tanya nk konvensional ka Islamic, aku pikir2 aku amek konvensional ajarla sbb 1300 terlalu byk utk aku....masa tu ada terpikir gak, berdosakah aku? haramkah?
masa tu tertanya2 kenapakah Islamic sgt mahal....walaupun katanya demi kesejahteraan ummah Islam wajiblah secara Islam....tp dlm hati aku memberontak ada sesuatu yg tak kene....tu pasal, aku ranjau jer amek konvensional.....dah 10 thn, ekonomi Malaysia pasang surut tahun demi tahun tp bayaran umah aku tetap tak byk berubah....rupa2nya sangkaan aku benar belaka.....sistem Islam itu palsu belaka, semuanya demi tembolok org2 yg munafik.....
Aku syukur namun pasrah ajer dgn sistem konvensional yg aku ikut skrg.....
Tawakallah shj... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by meritokrasi at 20-2-2012 14:22
Jadi, lepas ni kalau nak pinjam duit bank, mintak yang konvensional ya, jangan pandai-pandai gatal tangan pandai-pandai nak pilih perbankan isle...
Konvensional ada riba, perbankan isle pun ada riba,
carilah riba yang terendah dan terendeh, bandingkan riba-riba dari bank-bank berlainan,
semasa membeli riba, tengok label fakta nutrisi untuk mengetahui berapa banyak riba yang berada dalam produk tersebut,
pastikan kuantiti riba mematuhi piawaian yang telah ditetapkan,
amalkan piramid riba yang sihat,
laporkan kepada tribunal pengguna sekiranya terdapat bank-bank yang menyalahgunakan logo riba,
sebagai pengguna ada berhak untuk memilih riba mana yang paling rendah,
buatlah pilihan yang bijak, kuasa di tangan anda,
anda mampu mengubahnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, lepas ni kalau nak pinjam duit bank, mintak yang konvensional ya, jangan pandai-pandai gatal t ...
meritokrasi Post at 20-2-2012 13:59
ni seruan kaa, sarcasm jah? |
|
|
|
|
|
|
|
carilah riba yang terendah dan terendeh, bandingkan riba-riba dari bank-bank berlainan,
meritokrasi Post at 20-2-2012 13:59
Cuba google google sikit tentang dosa riba, kemudian consider balik patut tak kau buat statement macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Matlamat tak menghalalkan cara..walaupun matlamatnya hendak mengelakkan riba dgn cara mengubah terma, istilah, syarat dan sebagainya, diakhirnya nanti si peminjam tetap berasa tertindas.
Bukan niat aku nak membandingkan riba dengan jual beli yg byk digunakan oleh perbankan Islam. sebab riba tu mmg salah. cuma istilah jual beli tu sendiri seolah2 digunakan untuk mengaut keuntungan berlipat ganda. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku kalau taknak riba, stop berhutang. HIdup mengikut kemampuan jah. Senang cerita. : ...
Muntz Post at 20-2-2012 18:05
Sepatutnya macam tu lah. Sebagaimana yg diajarkan oleh agama agar hidup bersederhana dan sentiasa bersyukur dengan apa yg ada.
Sebenarnya kehidupan manusia ni simple sahaja. Yg kita benar-benar perlu hanyalah keperluan-keperluan yg ringkas dan mudah dipenuhi sahaja. Paling basic - makanan, pakaian, tempat tinggal dan keselamatan. Sepatutnya mudah dan murah saja untuk memenuhi keperluan-keperluan tersebut.
Tapi manusia ni selalu hilang rasa syukur dan cukup. Mereka tak pernah berpuashati. Ditambah pula dalam dunia moden, sistem kapitalis yg berfungsi untuk memaksimakan keuntungan golongan pemodal telah merangsang nafsu manusia supaya terus membeli produk dan servis yg sebenarnya tidak diperlukan sangat. Contohnya, sudah ada Iphone 3 yg sudah functional valuesnya , keluar pula Iphone 4. Maka umat manusia sentiasa mempunyai sebab untuk terus berbelanja dan berbelanja menyebabkan tekanan hidup untuk mendapatkan wang semakin tinggi. Bagi yg tak mampu, mereka berhutang. Di sinilah timbulnya financing practice yg didasari oleh sistem riba. |
|
|
|
|
|
|
|
Diorang tak cakap loan tu "loan" ek, diorang panggil tu "financing".. bukan "pinjaman" tap ...
Muntz Post at 20/2/2012 18:04
kalo ko tanya imam busat C.I,dia suh letak bidadari bugil kat kaunter..biar napok isle kato dio... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku kalau taknak riba, stop berhutang. HIdup mengikut kemampuan jah. Senang cerita. : ...
Muntz Post at 20-2-2012 18:05
aiii like...beli ajer semua cash ehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba google google sikit tentang dosa riba, kemudian consider balik patut tak kau buat s ...
gabanzack Post at 20-2-2012 15:43
org tak fikir masalah riba tapi di barat sistem syariah dah mula dapat tempat tapi dihentam pula oleh banyak pihak....pelik bin ajaib...bukan islam dapat apa apa pun dari sistem tersebut...nak beli peluru sebijik nak bunuh org yahudi pun x mungkin... |
|
|
|
|
|
|
|
Persatuan nafi bank Islam kaut untung besar
KUALA LUMPUR - Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) menafikan dakwaan yang menyatakan institusi perbankan Islam di dalam negara ini mengaut keuntungan berlebihan.
"Kesemua institusi perbankan Islam di Malaysia beroperasi berdasarkan nilai-nilai syariah dan dikawal selia serta mematuhi piawaian tinggi Bank Negara
Malaysia (BNM)," kata presiden AIBIM, Datuk Mohd Redza Shah dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa ini, permintaan terhadap produk-produk perbankan Islam di dalam pasaran amatlah memberangsangkan kerana ia berdaya saing dan didokong oleh
ketelusan tadbir urus dan mengutamakan dokumentasi kontrak yang jelas, sekali gus meningkatkan kestabilan dan integriti sistem perbankan Islam itu sendiri,
kata beliau.
"Produk-produk ini dikaji dan diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah institusi perbankan Islam masing-masing dan disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah BNM."
Mohd Redza menafikan laporan akhbar yang menyebut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), yang menggesa agar diadakan semakan serta merta syarat dan terma yang digunakan dalam perbankan Islam, yang didakwa menindas para pengguna.
Mohd Redza terus menjelaskan yang ahli-ahli jawatankuasa penasihat syariah di institusi perbankan Islam adalah individu yang bertauliah yang mana
pengalaman dan kepakaran mereka adalah dalam bidang syariah dan fiqah muamalat.
Semua ahli AIBIM telah mematuhi saranan BNM di mana keahlian minimum bagi Jawatankuasa Syariah ialah seramai lima orang. Kesemua ahli jawatankuasa syariah ahli AIBIM dipilih dengan begitu teliti dan kelulusan BNM telah diperolehi.
"AIBIM telah bersedia untuk menerima segala aduan PPIM yang diketengahkan dan AIBIM akan melibatkan ahli-ahlinya dalam usaha menyelesaikan permasalahan
itu dengan bantuan BNM. Kepentingan serta keadilan pengguna sentiasa dilindungi dan diutamakan," kata beliau.
Mohd Redza berkata, beliau percaya yang perkara ini berlaku kerana salah komunikasi kepada para pelanggan. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Alt-F4 at 22-2-2012 12:05
loan umah aku.. rm119k.. bayar rm408k..
islamik le sgt.. ( bank islam lagi.. )
beli harga teres.. bayar harga banglo..
rasa tertindas jugak aku .. |
|
|
|
|
|
|
|
loan umah aku.. rm119k.. bayar rm408k..
islamik le sgt.. ( bank islam lagi.. )
beli harga teres. ...
Alt-F4 Post at 22-2-2012 12:04 PM
takut aku dengar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 76# R2D2
loan rumah 260k, bayar balik 800k++... perbankan Islam lah ni
x cekik darah ker tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply R2D2
loan rumah 260k, bayar balik 800k++... perbankan Islam lah ni
x cekik darah ker t ...
naj13 Post at 22-2-2012 15:32
baper tawun ni?
kadar untung dia baper? |
|
|
|
|
|
|
| |
|