|
sebenarnya aku kesian sgt tgk adik
rawatan moden ni pun bkn utk bg sihat
ubat2 tu semua cuma utk control minda
kena mkn seumur hidup pulak tu
cuma sesi kaunseling pakar psikiatri je kot yg boleh membantu
bila sakit, btambah byk ubat kena mkn 20+ biji sehari
bila mkn jd mcm org sakit parkinson pulak, menggigil2 badan
buat apa pun mgigil
penah jugak aku menangis tgk adik, masa tu tgh mkn,
adik nak supkan nasi ke mulut pun mengigil sampai pg ke pipi
setiap kali nak suap jd mcmtu, menangis aku |
|
|
|
|
|
|
|
nak kata adik aku cuma 'mental' pun payah
sbb sampai doktor sendiri cadangkan rawatan alternatif sama
doktor kata IQ adik aku masih tinggi
sbb tu bila masuk wad pun tak lama
perawat alternatif yg pandai scan pun kata adik kena buatan org tu
bgtau nama je diorg dah cerita mcm2
masa mula2 sakit kerap badan adik tiba2 naik lebam
dah hilang, tp tiba2 boleh muncul balik
kesan mcm kena pukul, kesan tapak tgn kat blkg, gigitan kat pinggang, mcm2
masa adik dah sihat (masa penyakit tak menyerang) pun ada org tegur
bgtau tahu adik sakit, cuma yg sygnya org tu tak berani nak ubatkan |
|
|
|
|
|
|
|
TT, suami saya kerja merawat org2 cam adik TT ni
tapi dia bukan duduk dekat wad, dia kena pergi rumah patient..
senang citer monitor patient dgn datang ke rumah...
org panggil unit CPU, mmg khas utk pembantu perubatan & juga pegawai perubatan pantau patient yg tak masuk wad....
menurut suami saya, doctor sekarang mmg advise patient buat 2 jenis rawatan..
rawatan hospital & jugak rawatan alternatif...
kalau rawatan hospital tu mmg lah, kena makan ubat seumur hidup..
sbb ubatnya cuma menyekat chemical yg merangsang 'penglihatan & pendengaran sewaktu diaorg sakit' dalam urat saraf dr terus sampai ke saraf optik... lebih kurang camtu lah bunyinya... saya nak explain lebih2 pun x reti sgt
ubat mental bukan murah, kerajaan bagi subsidi ubat mental ni mmg tinggi sgt lah...
sbb tu doctor suggest buat juga rawatan alternatif..
dulu saya ada kezen sakit macam ni... agak lama jugak dia sakit, berulang dgn sorang pengubat alternatif ni makan masa setahun jugak...
rawatan hospital pun dia pergi...
alhamdulillah dia fully recover sehari seblm masuk bulan puasa...
time dia sakit, dia x pandai cakap melayu, speaking london berabuk...
tetiba jadik pandai mathematic, siap bole predict soalan SPM tahun tu.. hahhaa
tapi lepas dia baik, smua benda tu dah hilang...
and now dia dah kerja... kezen saya tu pempuan...
insyAllah adik TT bole recover sepenuhnya kalau jumpa dgn rawatan alternatif yg serasi dgn dia... |
|
|
|
|
|
|
|
TT, suami saya kerja merawat org2 cam adik TT ni
tapi dia bukan duduk dekat wad, dia kena pergi rum ...
eryne81 Post at 17-4-2012 13:04
terima kasih....
cerita awak betul2 terkesan
bila dgr saudara awak tu boleh pulih sepenuhnya
rasa dah ada sinar baru buat adik saya tu
sbb sakit pun lebih kurang je, speaking london berhabuk
kalau tak keberatan, boleh bg detail pasal perawat tu tak?
sbb adik saya dah 5 thn sakit, berulang2, dah puas berubat dua2
unit CPU tu belum pernah dgr la pulak
setakat ni adik yg kena pg klinik/hospital
takde pulak sapa2 dtg rumah
tp mmg payah la, bila sakit tu menyerang, nak bawak pg pun susah
suka sgt dia lari
pasal ubat doktor tu, betul la apa yg awak cakap
tu bkn utk mengubat, cuma utk kontrol minda saja
tp ubat tu kuat sgt la kesannya
bila mkn mesti jd mcm 'lost control'
badan mcm kena parkinson, sampaikan air liur pun meleleh2 tgk
mmg payah nak control dah body tu
lps ni mmg kena teruskan dua2 jenis rawatan la nampaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih....
cerita awak betul2 terkesan
bila dgr saudara awak tu boleh pulih sepenuhnya ...
fish Post at 17-4-2012 15:14
sama-sama...
pasal perawat tu, sbnrnya dia dah x sihat sgt... umurnya pun dah lebih 100thn..
masa kezen saya berubat, umur perawat tu dalam 90++ time tu kuat lagi lah..
skrg ni dia dah selalu sgt tak sihat, asma yg agak teruk jugak lah..
time kezen saya sakit tu, perwatakannya totally macam lelaki...
tak nak pakai tudung, tak suka pakai baju perempuan, tak reti cakap melayu...
2-3 tahun jugak la kezen saya tu sakit, jenis sakit bersambung-sambung....
bila baik kejap, nnt benda lain plak datang, berubat mmg merata tmpt kiteorg bawak dia..
last sekali serasi dengan perawat yg tua ni... tp tu la, skrg dia dah x sihat sgt...
btw TT, awak kat negeri mana eh?
dah try tanya ngan hantukiller?
dia pun perawat jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
semuga adek TT sehat sepenuh nya.. insayaAllaah mohon di permudahkan
byk2 berdoa pada Allaah
tapi tengah geram nie.. apa nama kilang cina lahanat tu??
nak kena repot kat imigresen nie.. soh buat pemerhatian |
|
|
|
|
|
|
|
mcmana nak suruh adik belajar ilmu2 tu
dia ni skrg bkn boleh disuruh2
cuma kami je kena ikut ...
fish Post at 17-4-2012 07:50
cikgu saya kat dusun tua hulu langat. Tak perlu belajar sampai bertapa pun. Dia akan borak2 dan cerita dalam 3-4 jam, lepastu semua dah jadi praktikal dan amali aje.
saya pun hari tu ada pasangan suami isteri sakit gila isim jugak datang jumpa saya. Saya nie bukan tok guru, borak2 skit lepastu mintak diorg jumpa sendiri ustaz mail. Kesian si suami, tengah borak2 pun benda tu boleh keluar dan mengawal dirinya. Kena rasuk lah tu. Tak tahan saya tengok, saya balun lah sikit buat buah tangan salam perkenalan.
try lah. InsyaAllah, setakat nie, kalau bersabar dan ikut apa yang dia suruh buat (takde susah pun, cari cikgu lama adik bro tu, dan gunakan akad pemutus ilmu). Setakat nie kalau perangkaan 10 orang datang jumpa dia dan ikut dia punya cakap dan cara, 10 orang semuanya sembuh. Yang menyembuhkan Allah, cara dan asbab aje kita yang usahakan.
telefon aje no kat blog saya tu. set kan appoitment. Dia kat obersea sekarang. Ada kes gangguan, dah settle pun. 26hb nie dia balik.
wasalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 28# edoraixora
kalau kena benda ni , perkara yang betul akan menjadi semacam khayalan.Mangsa akan hidup dalam khayalan.
tidak dapat menentukan perbezaan di antara baik atau buruk, salah atau betul.
semuanya bergantung kepada jangkaan saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply edoraixora
kalau kena benda ni , perkara yang betul akan menjadi semacam khayalan.Mangsa ...
rdzaccess Post at 17-4-2012 23:29
lebih kurang macam berhalusinasi lah ni ye |
|
|
|
|
|
|
|
sama-sama...
pasal perawat tu, sbnrnya dia dah x sihat sgt... umurnya pun dah lebih 100thn..
m ...
eryne81 Post at 17-4-2012 16:14
Ala, dah tak sihat pulak perawat tu...
skrg ni kami mmg tgh cari ramai2 perawat
biar kalau boleh lps ni boleh jumpa yg serasi
mungkin betul ckp sorg forumer
selama ni perawat cuma halau kejap je 'benda' tu
lama2 benda tu dtg balik, sbb tu la penyakit adik tu berulang2
selama ni bila sakit tu menyerang je kami terus pg berubat
selagi adik tak baik selagi tu la usaha, tukar2 perawat
sampai baik baru kami berhenti... tp itula, nanti sakit tu dtg balik
saya kat pulau pinang
forumer tu tak nampak pun kat sini, kalau tak, boleh tanya2
tp dah ada jugak forumer2 lain yg baik hati mcm awak
dah ada yg PM no dsbgnya, syukur sgt |
|
|
|
|
|
|
|
semuga adek TT sehat sepenuh nya.. insayaAllaah mohon di permudahkan
byk2 berdoa pada Allaah
: ...
kintan Post at 17-4-2012 16:21
InsyaAllah...
nama kilang tu saya kurang pasti
tp kalau tanya mak dgn ayah mmg diorg tahu
sbb dah byk kali diorg pg sana
mak tu mcm2 maklumat dia ada
mak kumpul byk bukti, dari report polis adik, resit pengeluaran wang,
handset lama adik (ada SMS bukti), nama kawan2 yg bg maklumat, mcm2 laa..
dulu sampai mak nak ambik lawyer lawan, siap bgtau duit ada sekian2 puluh ribu, rasanya cukup
tp abg larang, abg kata nanti duit habis mcmtu saja,
tgkla mcmana adik dah kena dgn polis dsbgnya
lgpun siapa nak pcaya cakap adik yg dah sakit tu
adik dulu sampai nak mengadu kat Pak Lah (masa tu PM)
bgtau polis makan rasuah
kat satu majlis dia nak jumpa, mula2 kena halang dgn bodyguard
tp akhirnya dpt jumpa jugak sbb Datuk setiausaha Pak Lah benarkan
datuk tu sbnrnya bapak saudara kami, dia dah tahu adik sakit
Pak Lah pun cuma dgr je, mana ada tindakan...
mungkin Pak Lah pun sbnrnya sekadar 'melayan' org sakit |
|
|
|
|
|
|
|
penah jugak aku menangis tgk adik, masa tu tgh mkn,
adik nak supkan nasi ke mulut pun mengigil sampai pg ke pipi
setiap kali nak suap jd mcmtu, menangis aku
fish Post at 17-4-2012 09:46
allahurabbi...sedihnya...simpati sgt2
harap sgt2 ada yg mbantu...
mintajuga mak ayah selalu2 solat hajat niatkan adik sembuh
minta mak n ayah ampunkan dosa adik fish setiap masa..
setakat pandangan aku yg cetek ilmu & amalan ni..
utk minta maaf dgn sape2 yg terasa ngn sikap adik fish dulu2 tu
mungkin rumit..kalo jenis berdendam..maaf kat mulut..belakang buat khianat plak
xpela..yakin yg doa ibu dan ayah utk anak tu Allah dengar... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba lah rawatan yang betul tak bercanggah dari agama....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 69# edoraixora
Lebih kurang gitu tetapi dia bukan imaginasi...Maknanya ada bisikan...
Contohnya :
Kalau ada orang tunggang motor, dia tahu cara menunggang tu betul tapi ada bisikan rasa hati yang mengatakan bahawa sepatutnya penunggang tu duduk belakang sekali yak ni di tempat duduk belakang sekali.
Maknanya alam nyata menunjukkan rutin harian yang biasa yang sepatutnya tetapi dia mengatakan bahawa sepatutnya lain menigikut pendapat bisikan dialah... |
|
|
|
|
|
|
|
sedih baca kisah TT |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu saya kat dusun tua hulu langat. Tak perlu belajar sampai bertapa pun. Dia akan borak2 dan ...
800wg Post at 17-4-2012 17:27
ala, nak kena cari cikgu adik tu jugak ke?
mcmana nak cari ni, entah hidup ke mati pun tak tahu
dia dah tak kerja kat sana lg, kontrak tak sambung kalau tak silap
jauh jugak cikgu awak tu, adik ni susah nak suruh2
paksa nanti mengamuk pulak, tambah2 pjalanan jauh
dulu dia ok, lps sakit ni jd panas baran sikit, pemarah
nak pg wad psikiatri pun kena polis yg gari bawak pegi
tp skrg ni adik agak sihat
andai kata penyakit tu dtg balik
InsyaAllah kami akan usahakan jugak
lgpun saya jauh di sabah ni, susah nak tolong... |
|
|
|
|
|
|
|
allahurabbi...sedihnya...simpati sgt2
harap sgt2 ada yg mbantu...
mintajuga mak ayah selalu ...
chicmushroomkd Post at 18-4-2012 16:56
Rasanya utk part mak ayah tu takde masalah
diorg mmg selalu buat pun
tp part yg nak minta maaf tu susah la sikit
adik ni sblm sakit mmg sorg yg cukup baik
takde bergaduh drg org, dgn family pun takde masalah
cuma dgn tokey cina dan pensyarah dia tu jelah...
pensyarah tu pun entah dimana ada skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
cuba lah rawatan yang betul tak bercanggah dari agama.......
aidzoul Post at 18-4-2012 16:56
InsyaAllah...
setakat ni semua perawat yg pernah merawat adik lebih kpd ustaz,
dgr jugak diorg guna ayat2 Al-Quran
entah la dah berapa puluh org dicuba,
baik... cuma sakit tu dtg balik, berulang |
|
|
|
|
|
|
|
kepada forumer2 yg sudi membantu
terima kasih byk2
hanya Allah dpt balas jasa baik kalian
InsyaAllah, segala tunjuk ajar, maklumat
akan diusahakan kemudian |
|
|
|
|
|
|
|
ala, nak kena cari cikgu adik tu jugak ke?
mcmana nak cari ni, entah hidup ke mati pun tak ta ...
fish Post at 19-4-2012 13:26
salam,
ustaz mail sekarang kat KK sabah. Dia baru lepas settlekan kes kat sana. Dia balik ke sini by 25hb April 2012. Dia biasa kesana 2-3 kali setahun tengok atas permintaan dan jemputan. Telefonlah dia, minta dia bantu.
wasalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|