CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misslivina

~ Pengalaman diganggu sejak tahun 2000 (part II) ~

  [Copy link]
 Author| Post time 1-7-2012 09:45 PM | Show all posts
jaga diri baik2 ye miss.. kalo dpt baby syawal.. untung la mak die leh kutip dwet raya
cmf_conan Post at 29-6-2012 12:41



   ok nanti raya miss suruh anak collect duit dgn auntie conan ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2012 09:47 PM | Show all posts
Reply  misslivina

Miss!!!
Tahniah dah bukak rumah baru
Lama xsinggah sini..
Tapi miss ...
KyraKnightley Post at 29-6-2012 14:41



   umah tu dah kena solex la sayang....memang dah xboleh komen. boleh baca je    nape lama tak onine sampai tertinggal keretapi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2012 09:48 PM | Show all posts
salam miss,check-in jugak! alhamdulillah dah buka umah baru pun.
sorry la, sejak kebelakangan ni a ...
sarinah99 Post at 29-6-2012 21:30


ok...lepas ni dah xboleh gosip dgn akak kat pm. jap g suami akak pulak yg reply.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2012 09:49 PM | Show all posts
Reply  misslivina


aah la miss
lau makan kambing memang rasa panas
siap tak boleh tido
pastu ...
sapeka Post at 29-6-2012 20:48



   siang tadi g kenduri kawin. ada kambing golek 4 ekor. makan xingat dunia. balik rumah bukak apa yg patut lepas tu bukak ekon full blast. malam ni siap lah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2012 09:50 PM | Show all posts
bestnya meraba siput...masa kecik2 dulu selalu ikut kwn2 meraba siput kat saliran air yg k ...
n@z Post at 30-6-2012 16:05



   xsuka telur siput. kalau termakan, mesti luah balik.... tak sanggup nak telan. sedapnya siput sedut....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2012 09:53 PM | Show all posts
salam miss livina,
aku dah berbulan2 tinggalkan MPS tp dek penangan miss aku telah melekat kat thre ...
setankuning Post at 1-7-2012 21:21



   erkkkk...cite pasal mak & adik2 miss duduk kl tu jadi tahun 2009 cik setankuning...... lama dah. dorang duduk kl lebih kurang 3 bulan je.lepas tu balik kampung sampai sekarang. sorilah lupa nak bgtau tahun bila......  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2012 09:54 PM | Show all posts
thanx kepada semua yg cek in. sori ye xdapat nak reply semua, jgn merajuk ye.ni miss nak tulis cerita baru...... sambil2 teman suami buat kerja. jap yek....sat lagi miss karang & insya allah akan post malam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 10:01 PM | Show all posts
yes! khatam dua2 benang akhirnya,,,
miss, thx sbb sudi kongsi cite2 miss kt cni..
it takes courage utk cite pengalaman2 pahit ni kt org...

kalo haku blom ttu nk cite..huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2012 11:09 PM | Show all posts
Cerita kedua utk rumah ni, miss nak cerita pasal gangguan tak berapa seram yg jadi waktu miss duduk kat kampong beberapa minggu lepas. Buat sementara waktu ni miss taknak cerita pasal miss sekeluarga sakit tahun 2009 ari tu sebab tak ready lagi. Ada benda yg tak suka miss cite pasal kisah lama…. So sementara ni miss cerita pasal benda lain dulu lah ye. Ingat tak kat benang lama miss ada kata nak tepek gambar cadar yg miss conteng waktu dirasuk jin rumah mertua…… cadar tu dah jumpa & dah ambik gambar pun. Tapi kena fikir panjang dulu sebelum tepek kat sini. Yelah, jap lagi ada pulak yg kata miss sengaja conteng cadar tu nak bagi sedap cerita…… and waktu balik kampong ari tu sebenarnya miss banyak ambik gambar rumah mak termasuklah gambar tangki air yg jumpa telur ayam tu….. gambar bilik tidur miss yg angker….. & pokok kekabu belakang rumah yg menjadi gosip sensasi di kalangan jiran2.  TAPI…… miss kena fikir panjanggggggg jugak sebelum tepek gambar sebab silap hari bulan jap lagi ada pulak yg mengaku jiran sebelah rumah sebab kenal rumah mak. Aduh…..serba salah dibuatnya.

Takpelah…. Buat sementara ni miss cerita dulu tanpa gambar. Buat masa sekarang, mak tinggal sorang je kat rumah. Miss & adik kedua dah kawin. Adik lelaki miss baru aje graduate & sekarang tgh praktikal kat genting. Yg bongsu tgh PLKN. Tapi kebetulan waktu miss bercuti balik kampong, adik lelaki miss pun bercuti seminggu. Memang best sangat2 sebab miss paling rapat dgn dia. Anak miss pun kalau tau nak balik kampong, soalan pertama dia mesti “pak su ada tak?”

Sekarang cerita pasal rumah pulak. Rumah mak xde siling, kecuali bilik miss. dulu waktu miss nak kawin abah pasang siling supaya bilik pengantin nampak cantik. Bila miss xde , adik-adik kadang2 tdo dalam bilik tu. Kalau balik kampong, selalunya miss & suami tdo dalam bilik tapi pintu terbuka sebab bilik tu panas. Kalau bukak pintu, ada jugak angin yg masuk.  Lepas mak & abah bercerai, terus xde sesiapa yg sudi tdo situ sebab rasa semacam. Kalau ingat, miss pernah cerita pasal satu malam mak masuk bilik nak ambil bantal golek, tapi bantal tu rasa berat mcm ada benda yg duduk kat atas tu. Tambah pulak lepas miss bersalin, baby memang xboleh tdo langsung dlm bilik tu. So sampai sekarang bilik tu hanya jadi tempat simpan barang & solat. Siang pun xde yg nak tdo.

Miss sampai kampong ari sabtu. Malam tu mcm biasa tdo golek ramai2 kat hall. Tapi malam tu miss xboleh nak tdo sebab biasanya kalau beralih rumah memang miss mcm tu. Sampai pagi terkebil2 bijik mata & rasa seram semacam. Pelik la jugak sebab miss baru je balik tdo kat rumah mak xde rasa apa2. takut punya pasal,miss selubung dalam selimut. Waktu dengar bunyi tapak kaki berjalan kat kepala & berhenti atas kepala miss. wahh….waktu tu memang dah menggigil. Takut sampai tertidur  sambil berzikir. Bangun pagi esok baru perasan rupanya malam tadi kitaorang tdo kepala betul2 bawah alang rumah. Miss xpasti orang lain macam mana, tapi dari kecik miss memang takut tdo bawah alang rumah. Xtaulah kenapa….. padahal xpernah pun nampak apa2 kat alang tu.

Malam kedua suami dah balik kl, tinggal miss & anak kat kampong. Malamnya miss tdo dgn aman. Cuma tgh malam ada sesuatu yg jadi. Orang mengandung biasalah tgh tdo pun wajib bangun buat lawatan sambil belajar ke tandas. Dlm mengantuk tu miss bangun & waktu tgh qada hajat tu, miss terdengar suara perempuan  berdehem. Mula2 buat xtau je tapi lepas tu berbunyi lagi & lepas tu suara tu mcm bercakap tapi xjelas. Berlari miss keluar dari tandas sampai xsempat nak flush….. mak yg tgh tdo terjaga bila dengar bunyi tapak kaki berlari. Pelik dia tgk miss berlari, tapi miss xcerita apa2. malas nak bagi mak tau sebab mak kan tinggal sorang kat rumah. Karang takut pulak…. Sian mak. Esoknya miss cerita kat adik lelaki miss. waktu mak kerja, tu pun miss sms dia. Padahal dia kat sebelah je. Malas nak cerita pakai mulut konon xnak benda tu dengar.

Kat kampong sekarang ni musim panas. Tgh hari jangan ceritalah, macam duduk dalam oven. Dah bukak kipas siling, tambah dgn kipas berdiri tapi berpeluh jugak. Sbb xtahan sangat panas, miss decide nak tdo kat dalam bilik sbb bilik tu siang sejuk. Ada siling. Lagi pun miss pening sebab mak layan sinetron kat tv3 tu. Miss anti cite2 endon ni….   Hehe…. Sebenarnya takut jugak nak tdo dalam bilik tapi mengenangkan hari siang, beranikan diri je. Waktu ni lah miss berjumpa dgn satu spesis makhluk yg tak dapat dikesan spesisnya. Miss tdo dalam bilik dengan pintu yg ternganga luas sbb xberani tutup pintu. Kat dalam bilik ada satu almari baju & atas almari tu ada satu plastic besar.xtaulah apa yg mak isi kat dalam plastic tu. Waktu miss bukak kipas siling plastic tu tak berbunyi pun. Bila miss nak tertidur, plastic atas almari tu berbunyi & miss dengar bunyi tapak kaki berjalan dalam bilik. Miss buka mata, bunyi2 tu hilang. Bila tutup mata, berbunyi lagi. Mcm tulah berkali2. bila dah geram sangat, miss tutup mata berzikir mintak tuhan tunjuk apa benda yg kacau miss ( skill ni perawat f yg ajar….miss pandai2 sendiri je praktik).

Miss dengar bunyi tapak kaki & bila buka mata,miss nampak ada satu benda tingginya lebih kurang tinggi pinggang miss. miss ni kategori tinggi jugak, 163cm.  benda tu badannya hitam legam. Matanya sepet. Xde batang hidung, Cuma ada dua lubang hidung je. Mulut miss xperasan. Muka dia bentuk 3 segi yg terbalik & memanjang. Emmm….. cuba bayangkan pyramid yg terbalik, maksudnya yg tajam tu ke bawah. Muka dia pulak memanjang ke tepi, bukanlah segi tiga tepat. Xde telinga rasanya, xtaulah kalau miss xnampak. Lepas nampak benda tu, miss pejam mata. Miss telefon mak (henfon memang miss bawak kemana2). Mak datang & Tanya kenapa? Miss xnak mak tau, so miss mintak tolong mak tarik miss bangun, miss kata sakit belakang & xboleh bangun sendiri (tipu sunat ). Petang esoknya miss tdo dalam bilik & bunyi tapak kaki & plastic tu ada lagi. Miss buat tak tau je. Lama kelamaan bunyi tu hilang sendiri.

Miss pun xtau apa benda makhluk yg miss nampak tu. Kalau mengikut firasat suami & pak aria, kata dorang benda tu alien. Kalau ikut kata pak rdzaccess pulak, benda tu jin. Wallahualam….. Cuma miss & adik lelaki speku benda tu mingkin duduk kat atas siling bilik miss. agaknya benda tulah selama ni yg menimbulkan suasana angker dlm bilik tu. Miss suruh adik lelaki try tengok atas siling kot ada apa2, tapi dia xberani. Sebab takut betul2 jumpa. So benda yg miss nampak tu kekal misteri…..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2012 11:12 PM | Show all posts
yes! khatam dua2 benang akhirnya,,,
miss, thx sbb sudi kongsi cite2 miss kt cni..
it takes courage ...
hellena Post at 1-7-2012 22:01



   hai hellena...sedapnya nama. dulu teringin jugak nak bagi anak nama sofea helena tapi suami rejek tanpa belas kasihan.....    saje je miss share cerita kat sini..... thanx sudi baca
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 07:45 AM | Show all posts

~ Pengalaman diganggu sejak tahun 2000 (part II) ~

Reply 69# misslivina
miss....citer yg mnarik...setia mnanti..tp sr aje la...:-)


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 10:09 AM | Show all posts
Reply 69# misslivina


mak saya pun x bagi tido bawah alang, nak2 plak budak kecik @ baby...suatu kepantangan baginye, bile ditanye knape, xnak plak diberitaunya...so, layankan ajerr.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 10:13 AM | Show all posts
lama menanti cerita baru...mmg biasa pg2 smp opis b4 start keje mst baca citer miss dulu ...ok ku nantikan citer darimu..nah munger
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 10:33 AM | Show all posts
Reply 72# edoraixora


   tempat 'benda' bergayut tuhhhsebenarnya logik pantang ni ialah
kan dulu rumah dekat2 hutan so da macam2 benda yang boleh merayap kat alang tu, boleh jadi ular ke benda2 lain ke... kalo jatuh kat baby kan payah..
so orang2 tua ciptakan pantang tu
apabila terlalu dipercayai bahawanya ada hantu bergayut kat alang tu maka jadi la dia,
"mind over matters ...."
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 11:02 AM | Show all posts
Reply 74# ariapersanta


ermmm...logik gak tu!!
org tua2 ni, banyak pantang larang nye...tapi bile ditanye rasionalnye, xmo lak diberitau..
kne marah lagik ade kalo tanye, huhuhuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 11:21 AM | Show all posts
salam...ni maybe post pertama kt tred miss neh...
hr tu gigih baca smpi hbs umah yg 1st tuh..xde skip2 pun..dgn post2 forumer semua aku baca..xnk ketinggalan...smbil baca aku bygkn semua tmpt2 yg miss bg tau, benta, tersang, sg jelai, mcm2 la...sbb aku pn org phg kekdahnya...tmpt2 tu mmg familiar wl pn jrg pergi..kg aku pn kt lepih n raob..so rs mcm dkt2 je dh tuh ngn tmpt miss..

ape2 pn slmt jg kandungan yer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2012 11:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by siva_nes1 at 10-7-2012 17:10

Salam Miss ...... Sy mulanya mengikuti thread miss yg baru ni. Bila tau ada thread miss sebelum ni sy pun baca cite dlm thread lama ni dari mula. Mmg menarik cara miss menyampaikan pengalaman sendiri diganggu semasa di sekolah menengah, IPT hingga la kini setelah berumah-tangga. Cite miss diganggu adalah pengalaman benar miss sendiri. Sy sendiri tak ada mengalami apa2 kejadian pelik atau yg menyeramkan.

Cuma kejadian2 pelik yg sy dengar adalah dari isteri dan adik beradiknya yg mereka sendiri cite berulang kali ttg pengalaman benar di kawasan rumah mak mertua sebelum masing-masing mengikuti suami setelah berkhwin. Dulu masa diorang berkumpul dan cite pengalaman ngeri sy tak ambil kisah pun sbb tu cite lama dan lagipun tak ganggu rumahtangga sy. Anak2 sedare mmg suke sgt klu adik beradik isteri cite pengalaman diorang ni.

Tapi bila dah berlaku isteri keluar rumah tak balik2 dan berubah tak peduli langsung hal sy setelah lebih 20thn berkahwin baru sy sedar ni ada kaitan gan bende2 ni. Tambah lak ada tanda2 lain yg sy lihat gan mata sendiri cam benda hadir dalam diri mak mertua dan lebam2 kat isteri. Juga bertahun-tahun sy dan isteri berkahwin tak pernah die cite pasal moyang die tapi satu hari die terlepas cakap lak yg moyang die di sebelah mak mertua dulu adalah seorang pawang di sebuah istana. Antara anak2 pompuan isteri yg paling rapat gan mak mertua.

Dulu kami suami isteri dan anak2 memang hidup aman dan bahagia. Kawan dan saudara mara semo lihat kami sbgai satu keluarga yg rapat. Jadi memang mereka terkejut bila keluarga kami ada masalah. http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=657722&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 03:10 PM | Show all posts
Alien? alien dah berani dok bumi plak.. payah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 06:21 PM | Show all posts
Reply 78# DiabloGato


   banyak alien kat bumi malysia ni... illegal alien
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2012 06:24 PM | Show all posts
Reply  DiabloGato


   banyak alien kat bumi malysia ni... illegal alien
ariapersanta Post at 2-7-2012 18:21



    illegal alien tu mesti xde paspot atau visa.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.055170 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list