[size=1.3em]
Belum masuk alam pekerjaan lagi, sudah ditawarkan kepada anak-anak muda dengan mengajak siswa beli kereta Perodua mereka? Kalau mengangur bagaimana? Adakah Perodua akan ada tawaran “grace period” tidak perlu bayar untuk tempoh setahun lamanya?
Sudah tentu tidak. Mereka mesti mahu untung dengan apa cara sekalipun. kelihatan, orang kuat Perodua ini sudah mula panas punggung. KPI belum tercapai agaknya pada tahun 2012 ini.
Memang mereka hanya mengira “perut” mereka sahaja. Tidak syak lagi.
Hanya Bawa Kad Matrik & Penjamin Boleh Beli Kereta PeroduaBukankah 4-5 tahun lepas Perodua dilihat bersungguh-sungguh naikkan harga “replacement Kancil” atas alasan model kereta mereka ada “bau-bau” Jepun? Sekarang ini mereka sendiri yang melatah dengan tindakan mereka dahulu….
Tawaran Terbaru Beli Kereta Perodua Yang Baru Kepada Kelompok Ini. Apa Positif?Downpayment tak perlu bayar, tunjuk kad matrik dan bawa sekali seorang penjamin yang pastinya kalangan ayah
@ emak @ adik beradik mereka. Kami yakin penjamin pinjaman kereta ini adalah penjamin pinjaman PTPTN juga. Dan apabila siswa itu tak dapat kerja dengan segera, penjamin pula yang akan menanggung 2 hutang pula :
- Hutang PTPTN
- Hutang Kereta
Siswa bangkrap, penjamin pun bangkrap sama. Daripada tiada masalah, cari masalah tanpa membuat keputusan dengan pertimbangan yang sewajarnya. Hakikat sebenarnya :
Bukan siswa itu yang beli kereta Perodua baru, tetapi penjamin atau ibubapa siswa itulah yang beli kereta sebenarnya”
Apa-apa hal yang berlaku di kemudian hari, penjamin-penjamin inilah yang akan kena. Skim ini cuma salah cara untung menguntung jualan kereta Perodua sahaja.
Sepatutnya, budak-budak yang baru graduasi ini atau dalam proses mahu grad ini, diajar bagaimana nak menjadi “kuat” sebelum menempuh alam pekerjaan termasuklah juga ilmu-ilmu kewangan yang sepatutnya diterapkan dalam diri anak-anak muda ini. Berikan mereka kesedaran.
Bagi kami idea seperti hanya menguntung Perodua sahaja. Skim yang ditawarkan oleh Perodua, jikalau dikehendaki membawa penjamin kami pasti tiada masalah sekarang siswa untuk beli kereta Perodua baru dengan lebih mudah tanpa memikirkan risiko di kemudian hari.
Ini ditambah pula dengan skim yang mereka tawarkan sekarang, yang dipanggil “skim Belon”
- Mula-mula bayar rendah
- Makin lama makin mahal
- Nanti masuk 5 tahun hutang kereta masih lagi berlambak-lambak disebabkan bayaran bulanan pada permulaan dahulu kecil atau rendah.
- Akhirnya, pada masa tahun tersebut, anak-anak muda “terpaksa” membuat kerja overtime” bagi menampung kos pembelian kereta mereka ketika di tahun akhir universiti dahulu
- Masa itulah nak kahwin dan beberapa komitmen dan tanggungjawab lain. Nak kahwin hutang lain? Akhirnya jadilah masalah seperti tajuk laporan berita yang pernah kami keluarkan dahulu “Wang Hantaran di Malaysia : RM12,000-RM15,000 Bagi Pasangan Lulusan Ijazah!! Anda Setuju?”
Walaupun, mengatakan bayaran bulanan hutang beli kereta baru ini boleh diselesaikan mengikut masa, tetapi perlu difikirkan juga duit minyak, tol, insurans & kos penyelenggaraan kereta perlu difikirkan juga.
Walaubagaimanapun, kami hanya berkongsi sedikit pandangan sahaja, anda yang berhak menentukan baik buruknya sebelum membuat keputusan. Terpulang….
P/S : Anak-anak muda kena paham erti perit-jerih mencari duri, barulah boleh diberikan peluang untuk membuat hutang kereta. Ini tidak, hutang dulu, cari kerja kemudian? Itu pun kalau dapat kerja. Kalau tak dapat kerja lagi? Nak bayar macammana?
PP/S : Walaupun RM299 sebulan, nampak macam tak banyak tetapi dengan RM300 itulah, belanja dapur 1 keluarga anak 2….
PPP/S : Mengapa tidak turunkan harga kereta anda pada kadar yang munasabah?
Apa kata dan pendapat anda pula? Mungkin ada idea penambaikan kepada cadangan ini?