CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 18-10-2012 09:26 AM | Show all posts
haji_one posted on 16-10-2012 09:57 AM
Hahahahaha...betul la..

tak terpikir plak nak panggil Pasar malam terbesar di dunia..hehehehehe ...

saya x igt saya dapat perkataan PASAR MALAM TERBESAR DI DUNIA dr Ustaz Khairul Anuar b. Hj Musa (pembimbing haji Pulau Pinag) atau dr Ustaz Pauzi (petugas haji tahun 2010  di Dar Jandariah ) . antara mereka 2 org ni la yg bg gelaran. Tp masa kat Mina dulu malas la nk keluar malam2 p pasar malam tuh. Saya lebih suka simpan tenaga utk melontar esok pagi. Nak beli pun masa balik dr melontar.

Dah la dugaan 2010 banjir kilat kat Mina. Dalam khemah basah...berhimpit2 nk tdo, tp itulah kenangan haji saya...

Hjone, TH ada ada keluarkan surat laporan kesihatan ka? Saya ada dgr kepilkan surat ni bersama2 surat rayuan. Lepas abes musim haji ni nk prepare surat rayuan utk hubby. Tahun ni buat rayuan,  pun tp x dpt. Dia tu plak ada kencing manis. Igt sblom melarat trok, biarlah sempat buat haji. tapi saya geram jugak, saya yg bersungguh2, dia rileks saja. Kenal rapat jugak dgn Mufti Penang tu, soh la guna kabel..tak hendak dia......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2012 09:27 AM | Show all posts
HUSSAINTAHIR posted on 17-10-2012 03:34 PM
wow murah nya...apa pendapat kawan2 mengenai Al-Fajr

anybody use them before?

mcm menarik, tp feb next year bb akak baru 1 tahun.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 09:32 AM | Show all posts
Mas916 posted on 18-10-2012 09:26 AM
saya x igt saya dapat perkataan PASAR MALAM TERBESAR DI DUNIA dr Ustaz Khairul Anuar b. Hj Musa (p ...


heheheehe...pasar malam terbesar di dunia..hehehe..best jugak panggilan tu, nanti masa taklimat maysaier boleh la kita masukkan dlm speech tu.

Oooo..hajah tinggal di Dar Janadirian ye tahun 2010 tu? maktab yg saya jaga tu..ironinya, tahun 2009 saya jaga bangunan tu, tahun 2010 saya tak pi (rehat sat dulu)..pastu tahun 2011 saya pi bertugas, juga jaga bangunan tu..heheheehhe...

Kalau saya pergi tahun tahun 2010 dan jaga di bangunan tu, tentu kita dah jumpa dah..

Tahun 2010, ustazah Rekiah dr kelantan, pada tahun 2011..dia masih di Maktab tu, sama dengan saya.

Pasal rayuan tu, takpa la..usahakan la utk suami tu, kekadang risau juga..nanti kalau naik bacaan gula tu..masalah lain plak datang, kena plak semasa kita ada kat sana..adoiii..so, sementera tengah ok ni, usahakanlah sebaik mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 09:32 AM | Show all posts
haji_one posted on 16-10-2012 10:03 AM
Pasal cherry berry tu memang pun, thats why saya tunggu dan pantau petugas muassasah ni, kalau iku ...

tak teringat pun nk makan pil2 semua tuh.....tp syukur sgt cerry berry saya terkawal. Mengenangkan toilet kt Mina uish....seksa, tp bertahan jugak tanpa Nafar Awal. Dah la toilet kami berkongsi dgn jemaah dr Indonesia. Mujur 1 kemah derang buat Nafar Awal, hari last kat sana toilet dh tak jadi masalah.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 09:41 AM | Show all posts
Saya paste skit gambar2 bangunan Dar Al janadiriah ni..(bangunan TH yang sangat saya sayang..).

pintu depan Waha Al Janadiriah (nama lain bagi Dar Janadiriah).





Dalam bangunan..



kaunter kewangan..

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 09:46 AM | Show all posts
yang ni plak sekitar sewaktu jemaah haji keluar dr Maktab (nak ke Jeddah mahupun Madinah).

Pengumpulan bagasi..



Datang mekah bawa satu beg besar, balik Malaysia ada 3 beg besar..dah beranak lagi dua beg..hehehe..





bersama kengkawan petugas haji..(termasuk guru agama).

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2012 09:48 AM | Show all posts
Sambung lagi..

KT terakhir keluar dr Maktab..



Bersama-sama dengan pegawai2 dr pejabat Muassasah maktab saya..



Sesi bacaan passport untuk pastikan semua penumpang dan passport ada dalam bas yang sama..



Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 09:50 AM | Show all posts
haji_one posted on 18-10-2012 09:32 AM
heheheehe...pasar malam terbesar di dunia..hehehe..best jugak panggilan tu, nanti masa taklimat  ...

ehh..silap la pulak, saya bukat kt Dar  janadiriah, tp kat Abraj Janadiriah aka ibu pejabat TH.

no maktab2 ni sentiasa berubah2 ka ustaz? dulu masa saya p, kat sana maktab 71, tp last year rasa jd no lain.

lepas tu nk tnya lagi, kenapa jumlah hari setiap KT tak sama, ada yg dpt 43 hari ada yg dpt 46 hari ada juga yg dpt 50 hari.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2012 10:06 AM | Show all posts
Mas916 posted on 18-10-2012 09:50 AM
ehh..silap la pulak, saya bukat kt Dar  janadiriah, tp kat Abraj Janadiriah aka ibu pejabat TH.
...

hehehehe..ye ke? kalau HQ mmg Abraj Janadiriah la..

Betu tu, utk nombor maktab, ianya sentiasa berubah, baik dari segi nombor (tapi lingkungan tu jugak..dalam 70-80 lebih je nombor dia, contohnya 76, 77, 78 dan so on la..). Lokasi nombor maktab dan juga lokasi bangunan pun sentiasa berubah mengikut lokasi dan situasi.

Hmm..pasal cherry berry tu alhamdulillah, tak pernah kena tapi tahun lepas, saya demam teruk..bacaan 39 darjah celcius..

Semuanya berpunca di Arafah, saya jadik advance party, bila saya sampai..takdak lagi jemaah haji sebab jemaah haji akan bertolak ke Arafah selepas solat jumaat.

So, bila sampai di Arafah, saya akan buat semakan berkenaan khemah, punca kuasa elektrik, bekalan air, pastu tampal lot utama khemah dan lain-lain. Kat Arafah ni memang panas sebab buat kerja tengahari..saya ambil keputusan utk bukak kain ihram atas, so, badan terdedah dgn cahaya matahari..pastu saya kerap basuh muka sebab perit rasanya panas tu..





Ditambah lagi dengan panas, tak cukup tidur, banyak bercakap (bagi direction pada jemaah yag baru tiba), pastu masuk ke Mina kena aircond, balik je dari Mina..badan saya dah tak sedap, tengok orang pun dah nampak kabur. Bila refer kat klinik..kena masuk air 2 botol..1 liter, lega skit rasanya.. Ingat lagi saya kata kat doktor maktab, "doktor, saya demam ni..dan saya nak ubat yg paling power, nak sihat cepat sebab lagi satu hari ada keberangkatan KT keluar dr maktab ni..".

Doktor kata, ok, takdak hall..kita masuk air 1 liter..hehehehe..Alhamdulillah, masuk je 1 liter air (2 botol) malam tu, esok pagi sya dah bekerja macam biasa..



Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 10:12 AM | Show all posts
Mas916 posted on 18-10-2012 09:50 AM
ehh..silap la pulak, saya bukat kt Dar  janadiriah, tp kat Abraj Janadiriah aka ibu pejabat TH.
...

Untuk tempoh hari di sana, biasanya dlm 40 hari dah keatas, yang ni memang disusun oleh sistem, dengan mengambil pemboleh ubah pergerakan jemaah haji, kekerapan penerbangan masuk dan keluar, laluan pergerakan (masuk jeddah dulu ke atau madinah dulu je..), jumlah dan saiz maktab dan banyak lagi..tu yang dapat bacaan tak sama..ada yg 45 hari, ada yang 50 hari tu..terlalu banyak pembolehubah yang menjadi faktor setiap KT tu tak sama jumlah harinya di tanah suci..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 11:33 AM | Show all posts
haji_one posted on 18-10-2012 10:12 AM
Untuk tempoh hari di sana, biasanya dlm 40 hari dah keatas, yang ni memang disusun oleh sistem, de ...

AsSalam Haji One

Pasal maktab ni, No. Maktab tak berdekatan sangat macam bersepah sepah he he. Macam dulu akak Maktab 79 (dekat area Hassan Khazindar), selang 3 atau 4 bangunan Maktab 78 (kira dekatlah) . Maktab 77 (masa tu HQ TH kat Ajyad) tapi Maktab 80 & 81 jauh tah dimana. Ada sekali tu ada jemaah wanita (2 orang dalam lingkungan 60++) sesat bertanya akak & somi  dorang nak balik maktab 80 atau 81 (dah lupa) kami kata tak tau di mana he he tapi kami cuba nak hantar ke Maktab 77 supaya senang orang TH uruskan. Nasib baik time tu jumpa jemaah lain yang nak balik sama ke maktab tersebut.

Sapa yang tentukan No. Maktab ni TH ke Muassasah Arab   
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 11:48 AM | Show all posts
aily posted on 18-10-2012 11:33 AM
AsSalam Haji One

Pasal maktab ni, No. Maktab tak berdekatan sangat macam bersepah sepah he he.  ...

bab ni saya tak pandai sangat, sebab ianya dah meliputi pengurusan perancangan awal operasi maktab..biasanya bos-bos dan orang dr Jabatan Haji yang akan uruskan semua ni..perancangan ni dibuat sejak di Malaysia ni melalui perantaraan Pejabat Konsul Haji di Jeddah.

Apa2 pun, kalau tak silap saya..no maktab ni diberikan oleh pihak muasasah dan dari segi susunan, ianya adalah diuruskan oleh TH..bergantung kepada bangunan2 yang ada.

Roughly, satu maktab akan menempatkan lebih kurang 2500 ke 3000 orang jemaah haji. Then, kita lihat plak satu dr segi komposisi bangunan, ada bangunan yang boleh menempatkan sampai 6000 orang jemaah haji (contohnya Abraj Janadiriah), ada yang boleh tempatkan 2000 orang sahaja, ada yang lagi kurang dan sebagainya. So, dr segi pengurusan alokasi maktab, bila satu bangunan tu dapat memenuhi jumlah jemaah haji satu maktab, so senang la sebab semuanya berpusat kat situ.

Tahun lepas, maktab saya, maktab 88, kami ada 3 bangunan..iaitu di Dar Janadiriah, Abraj Janadiriah utk 1 KT dan marwah an Naga 1 KT..ni semua berlaku sebab bangunan maktab 88 tak mampu menampung penuh keseluruhan jemaah haji maktab kami.

So, dr segi susunan, akan ada satu bangunan yang hanya satu maktab, ada satu bangunan yang ada banyak maktab..contohnya Abraj (HQ) yang ada 3 maktab sekaligus, ada juga yang satu bangunan yang berkongsi dua maktab dan sebagainya.

Dr segi jarak..sekiranya jemaah haji yang sama maktab perlu dipecahkan, mereka akan diletakkan didalam jarak yang dekat dengan maktab induk tersebut.

Kalau ada orang sesat, dan memang mereka ni dah tak boleh nak balik maktab asal mereka (sebab tak ingat)..so, memang cara yang sebaik mungkin adalah dengan menyerahkan jemaah haji yang sesat kepada mana2 petugas haji yang kita jumpa (dimana2 sahaja), kalau tak jumpa semasa diperjalanan..bawak balik ke Maktab, so, petugas haji maktab tersebut akan tolong hantar, atau kalau jauh sangat..mereka akan maklumkan petugas maktab bagi jemaah haji sesat tu untuk ambil.

Bab sesat ni, banyak jugak cerita dan pengalaman yang boleh saya ceritakan..tapi nanti-nanti la dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 12:04 PM | Show all posts
haji_one posted on 18-10-2012 11:48 AM
bab ni saya tak pandai sangat, sebab ianya dah meliputi pengurusan perancangan awal operasi maktab ...

TQ Haji penerangan yang sangat panjang he he.

Saja nak tanya (tengah free) ada ke orang yang sesat tak dijumpai hingga sudah Haji?

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 12:11 PM | Show all posts
aily posted on 18-10-2012 12:04 PM
TQ Haji penerangan yang sangat panjang he he.

Saja nak tanya (tengah free) ada ke orang yang se ...

Hehehehe..actually saya pun taktau nak menerangkan mcmana sebab benda2 mcm ni sangat teknikal..kalau ambil sekerat2, takut tak paham..hehehehe...

Saya rasa takdak orang yang sesat dan tidak dijumpai sehingga musim haji tamat. Cuma zaman dulu2, tahun 1990 an atau awal 20an, ada jemaah haji kita hilang. Then, selepas setahun dua, ada budak arab main bola..bila bola dia terjatuh kat mana ntah, budak arab tu pi la amik bola tu..dan dia nampak tulang rangka.

Bila diamati, ada gelang TH..so, kes kehilangan jemaah haji (tak pasti berapa tahun sebelum tu..) selesai. Dan kat situ jugak kita boleh nampak betapa pentingnya gelang TH tu dipakai sepanjang berada di sana..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 12:52 PM | Show all posts
Hehehehe..(apasal la saya suka mulakan ayat dengan ketawa ni..)

Saya nak cerita satu kes pasal sesat ni..
Ni berlaku semasa tahun lepas la ni. Kisahnya, ada satu kemasukan dr Madinah, so, dr Madinah..jemaah haji bertolak waktu petang, dan sampai kat Mekah dlm jam 1-2 pagi..kekadang, jam 12 tengahmalam pun dah sampai. Jadi, sampai la bas dihadapan bangunan maktab 88, Bangunan Dar Al Janadiriah..bila bas sampai, saya pun masuk la dlm bas tu, bagi taklimat ketibaan.

Antara isi kandungan taklimat tu, saya akan bagitau la..waktu solat subuh (sebab mereka tiba sebelum subuh), nama bangunan, jarak bangunan dan sebagainya..dan antara yang terpenting adalah waktu untuk mengerjakan umrah kali pertama. Biasanya, kalau Jemaah haji tiba pada waktu pagi, petugas haji akan minta mereka untuk rehat didalam bilik dan waktu untuk buat umrah adalah pada waktu pagi, dlm jam 7.30 pagi mcm tu.

Pastu, bila dah siap kami lakukan sambutan bagi ketibaan tu, time tu saya dengan seorang petugas PAM (petugas ambilan musim) duduk kat depan lobi hotel..rehat la kejap,bagi taklimat utk 10 buah bas ni letih juga, suara pun dah serak2 dah.

Datanglah seorang Jemaah haji ni jumpa saya, dia bertanya, “you petugas hajikan? Bila nak buat umrah ni?”…
Saya pun jawab, “macam dlm taklimat dlm bas tu tuan, waktu utk umrah adalah pada jam 7.30 pagi..memang itu adalah standard waktu yang ditetapkan oleh muassasah”.

Jemaah haji tu, saya tengok dlm baya-baya 50 an la usia dia. Dia kata, “apa la you ni, TH tak effektif betul..dah sampai waktu ni, jam 2.00 pagi sampai, sepatutnya terus pergi la buat umrah, buat apa nak hold Jemaah haji lagi..buat kerja tak kemas langsung..”.

Saya jawab, “untuk kali umrah pertama kali, kita kena tunggu mutawwif dr pihak muassasah, dan waktu pagi memang sesuai sebab hari dah cerah, then, Jemaah haji yang baru sampai boleh rehat sebab dah harungi perjalanan dlm 6-8 jam dr Madinah..kasihan pada orang yang dah berusia dan ada masalah kesihatan..”..
Dia jawab, “ahhh..alasan semua ni..so, I nak pergi umrah dulu la..I tak mahu pergi dengan group muassasah..”.

Saya tanya balik, “tuan dah mahir ke kawasan ni? Saya takut tuan sesat sebab kedudukan bangunan Dar Janadiriah ni agak ke belakang dan tersorok skit”. Pastu dia tempelak saya, “you don’t underestimate me ok? I dah 9 kali datang umrah la…”.

Tengok dia dah meninggi suara, saya pun diam sekejap..then bagitau dia..”ok tuan, terpulang pada tuan, pihak kami tidak ada masalah”. So, lepas Jemaah haji tu letak barang kat billik dia..dia pun pi jalan kaki ke Masidilharam dgn anak isteri dia. Saya pun buat tak tahu je la..

Then, lepas balik solat Jumaat (time tu hari Jumaat..hehehe..), saya balik dr Masjid..saya nampak ada Jemaah haji wanita dan sorang remaja tunggu di meja maktab (time tu pejabat maktab tutup utk rehat). Saya pun pergi la ke tempat saya, bila saya tengok Jemaah haji tu, barulah saya tahu yang Jemaah haji wanita tu adalah isteri (bersama anaknya) kepada Jemaah haji yang pi umrah tanpa ikut mutawwif.. mereka mengadu yang mereka terpisah semasa buat umrah, pastu suami mereka tak balik lagi sejak pagi tadi..padahalnya, Jemaah haji yg pi umrah jam 7.00 pagi dah balik..

Utk sedapkan hati dia, saya kata boleh jadi suami dia solat jumaat di Masjidilharam, then, dia berehat sekejap di sana..tapi isteri dia menafikan sebab dia dah siap umrah pada jam 9.00 pagi..kira awal sangat la, tapi kelibat suami dia dah tak nampak. Pastu, saya ambil butiran suami dia dan minta mereka tunggu di bilik masing2.

Dlm jam 4.30 petang, time tu saya turun ke maktab balik utk bukak pejabat maktab, saya pergi la keluar dr lobi sebab nak call wife saya (nak la ruang private skit..nak manja2 ngan orang umah..hihihihh..gurau je). Then, saya nampak satu Jemaah haji ni, dia berjalan kat depan maktab saya, pastu dia patah balik jalan ke bawah (maktab kami ni di lereng bukit)..tak lama kemudian, nampak dia jalan naik..dah sampai kt maktab, dia pusing balik jalan ke bawah..saya perhatikan je..pelik betul la..tengok keadaannya yang berkaki ayam, ihram yang dah kotor (banyak kesan tanah)..kesian plak.

Then, saya pun pi la kat Jemaah haji tu..bagi salam (saya tahu dia Jemaah haji Malaysia sebab pakai tang nama), bila saya tengok dia, baru saya cam..ehhh..dia ni yang pi umrah awal pagi tadi..saya tanya dia, “tuan nak kemana ni..mundar mandir je kat area ni..”..pastu, dia pandang saya..dia kata..”ehhh..awak la, syukur Alhamdulillah..syukur Alhamdulillah..syukur..syukur…”..saya tanya, “kenapa tuan?”..dia tanya, “kat mana maktab kita?”.

Pastu saya kata, “cuba tuan tengok sini..ni la maktab kita”. Pastu dia kata..”Ya Allah, saya jalan kat sini berkali2, tapi tak terlintas hati saya nak paling ke kanan..kalau tak saya dah nampak dah maktab ni..betul2 tak terbukak hati saya nak paling ke arah ni..asyik nak pandang ke arah kiri je..”

Kalau pandang ke arah kiri akan nampak pemandangan ni je..

Kalau pandang belah kanan akan nampak maktab ni..hmmm..skit punya besar bangunan ni..

Pastu, saya pun bawak dia masuk ke maktab, berikan makanan (nasik beriani time tu..ingat lagi menunya..sedap), then, hantar dia ke bilik.
Then next day, Jemaah haji tu datang jumpa saya, dia kata dia menyesal sebab takbur dengan umrah dia..katanya dia tension sebab bas yang dia naik tu tak selesa, pastu plak dia jarang naik bas..so, dia rasa tak selesa, bila dia stress dia jadik marah je. Tapi ok la tu..pengajaran utknya..dan juga saya..betapa Allah swt ni Maha Berkuasa..so, jangan cepat lupa diri..

Maaflah, banyak plak bercerita..jemu orang nak dengar..hehehehehe...
Last edited by haji_one on 18-10-2012 12:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 01:23 PM | Show all posts
haji_one posted on 18-10-2012 10:12 AM
Untuk tempoh hari di sana, biasanya dlm 40 hari dah keatas, yang ni memang disusun oleh sistem, de ...

ada la kawan2 sebilik dulu yg pertikai jumlah hari ni...bila tanya kt org TH..derang cakap semua KT sama ja tempohnya. tp kami dok nampak la...no KT yg nak balik tu..depa tampal kat tiang kat surau dalam hotel tuh..kdg2 KT yg masuk dulu balik nya kemudian dr KT yg masuk kemudian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2012 02:17 PM | Show all posts
Mas916 posted on 18-10-2012 01:23 PM
ada la kawan2 sebilik dulu yg pertikai jumlah hari ni...bila tanya kt org TH..derang cakap semua K ...


hehehehe..memula, maafkahlah petugas haji yang bagi info tak berapa betul tu (freshie kot). Biasa la tu, petugas haji ni pun datang dr pelbagai level dan jawatan, ke'senior'an, pengalaman petugas haji tu bertugas di tanah suci..kekadang, kalau petugas haji tu first timer, atau datang dr skop tugas yang berbeza dr yang sebelumnya pun akan memberi masalah, contohnya, dahulu si A ni petugas madinah (bir ali) yang tukang kira jemaah haji dlm bas masa jemaah haji nak pi mekah..tup2 next year, dia kena duty sebagai petugas maktab..so, memang agak konflik la jugak sebab lari dalam kepakarannya. So, saya minta maaf bagi pihak petugas haji tu sebab bagi info yang memeningkan kepala..hehehe..

Well, bab tempoh haji di sana ni sangat complicated sebenarnya, tapi sebab dah bertanya..saya cuba la menjawab mengunakan bahasa yang paling senang nak paham.

Perbezaan jadual penerbangan..

tempoh hari di tanah suci di Mekah memang tak sama..ada yang 45 hari, ada yang 46, 48 dan sebagainya.

So, jumlah perbezaan ni sebenarnya disebabkan oleh jadual penerbangan dan patern penerbangan. Sebelum tu kita kena tahu, jadual penerbangan ni adalah memerlukan persetujuan kerajaan Arab Saudi.

Ok, kita kena paham..let say kita ambil senario, KT1, KT2, KT3..

Malaysia - Madinah
KT01 bertolak jam 1.00 pagi, 1/1/10
KT02 bertolak jam 3.00 petang, 1/1/10
KT03 bertolak jam 10.00 malam, 1/1/10

Tapi bila kita tengok pergerakan balik plak..iaitu dr Jeddah, let say 29/1/10..

KT01 bertolak jam 4.00 petang, 29/1/10
KT02 bertolak jam 11.00 malam, 29/1/10
KT03 bertolak jam 2.00 pagi, 30/1/10

disebabkan perbezaan waktu bertolak dr Malaysia dan waktu bertolak di jeddah, kita dah boleh tengok bahawa,

KT01 - 29 hari,
KT02 - 29 hari
KT03 - 30 hari

So, kat sini contoh mudah bagaimana pergerakan dan tempoh hari dah tak sama..ni baru 3 KT, bayangkan kalau 100 KT yang ada, lagi la banyak perbezaan hari.

Ok, yang kedua plak adalah perbezaan pattern penerbangan..

So, kita tengok, fasa penerbangan ke tanah suci ada 30 hari (kita panggil fasa 1). Dlm 30 hari ni, ada 3 pattern penerbangan iaitu,

(ni anggaran)..

10 hari pertama..semua penerbangan masuk ke Madinah sahaja.
10 hari seterusnya..penerbangan bercampur, separuh ke Madinah, separuh ke Mekah
10 hari terakhir..penerbangan masuk ke Mekah sahaja.

Tapi, bila kita tengok penerbangan fasa 2, iaitu penerbangan balik, pattern penerbangan adalah serentak dimana penerbangan mula2 akan bermula dr Jeddah, then, selepas 8 hari penerbangan dr Jeddah bermula, akan bermula la penerbangan pertama dari Madinah..so, lepas tu, penerbangan dr Madinah dan Mekah akan berjalan serentak..

Ringkasannya, fasa 2 yang juga mengambil tempoh 30 hari..

(anggaran)

Jeddah - hari pertama fasa 2 ke bermula penerbangan ke Malaysia
Madinah - hari kelapan bermula fasa ke 2 penerbangan ke Malaysia

* so, utk hari kelapan, kesembilan sampai la sebulan, penerbangan ke Malaysia akan melalui stesyen Jeddah dan Madinah secara serentak..ni tak termasuk lagi penerbangan yang pergi ke Penang, Kuala terengganu, Kuching dan sebagainya (yg turut menjadi pemboleh ubah kepada jadual penerbangan, seterusnya memberi kesan kepada tempohhari di tanah suci).

So, kita nampak bahawa pola atau pattern penerbangan fasa 1 dan fasa 2 yg tak sama, di campur plak dengan perbezaan masa penerbangan pergi dan balik yang tidak sama, pakar perancang pergerakan haji di TH ni kena sit down dan cuba bermain ala jigsaw puzzle utk memastikan bahawa tempoh jemaah haji di tanah suci yang hampir sekata (dan tentulah dengan bantuan komputer sebagai pemudah cara)...oleh kerana terlalu banyak pembolehubah, faktor2 sampingan yang memberi effek kepada penjadualan pergerakan jemaah haji, pada saya ianya tidak memungkinkan utk membolehkan kesemua jemaah haji berada disana dlm tempoh yang sama, mesti ada plus minusnya..

Thats why kita boleh tengok kenapa ada perbezaan hari dan betapa rumitnya nak susun 106 KT yang ada (untuk tahun ni, tak termasuk penerbangan komersial bagi pakej tertentu)..so, isu tempoh hari kat sana yg kita nampak mudah, tapi ianya sangat rumit dan memeningkan kepala..hehehehe..

Ikut pengalaman saya, memang ada jemaah haji yang datang dan mempertikaikan mengenai jumlah tempoh hari di tanah suci..saya akan terangkan dalam bahasa yang ringkas, tapi kalau dia nakkan penjelasan yang detail, penjelasan saya adalah seperti diatas.

Tapi ada juga jemaah haji yang cakap, "buat apa la kita nak mempertikaikan sangat tempoh haji ni...kita pi umrah dulu, bayar RM9000.00, baru seminggu lebih, ni kita bayar RM9980.00, dapat duduk kat sini sampai 47 hari..dah untung sangat, malah tak layak langsung nak mempertikaikan..."..hehehehehe..

p/s- fuhhh..macam bercerita kepada petugas haji yang masih freshie rasanya..hahahaha..



Last edited by haji_one on 18-10-2012 02:27 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 02:28 PM | Show all posts
haji_one posted on 18-10-2012 02:17 PM
hehehehe..memula, maafkahlah petugas haji yang bagi info tak berapa betul tu (freshie kot). Bias ...

tq atas penerangan pjg lebar...

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 02:30 PM | Show all posts
Mas916 posted on 18-10-2012 02:28 PM
tq atas penerangan pjg lebar...

Tak tau la capai maksud ke tidak, harap2 Mas916 boleh dapat la ideanya tu..hehehe..bab penerangan panjang lebar ni, sebab dah terbiasa melayani dhuyufurahman dgn sebaik mungkin, so penjelasan mesti detail dan lengkap (bila keadaan memerlukan)..hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 06:22 PM | Show all posts
suka suka suka sgt baca cerita dan penerangan haji one..
ibu bapa saya menjadi tetamu Allah thn ni..
seronok baca cerita carita tu..umpama baca cerita kedua ibu bapa..

tq haji ye!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.104052 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list