Bab10
“O mak kau cantik!” Jerit Delia nyaring. Detak jantung Delia terus berubah rentak bila buka pintu bilik air dan terlihat Adam sedang tegak tersengih di situ. Mau tak terkejut. Tadi sebelum mandi, lelaki ini tiada di bilik. “Janganlah asyik kejutkan I macam ni. Karang ada yang mati sebelum umur 40 tau!” Adam terus tersengih. “I nak terkencing la. You mandi apa yang lama sangat ni? Mandi baca-baca ye?” Dah tau tu diam-diam je la! Pantas Delia jelir lidah.Padahal di waktu itu dia sudah terasa segan teramat. Kalau muat, dah lama dia masuk dalam almari untuk menyorok. “Mandi memanglah ada baca-baca. Baca doa mandi…” “Tapi yang ni doa dia lain sikit. Nak I baca tak?” Adam yang tersengih nakal terus ditolak ke dalam bilik air. Tak mampu rasanya untuk Delia terus menatap wajah Adam. Malu wei! “Tadi kata nak terkencing sangat kan? Boleh pula membebel-bebel lagi!” Ketawa Adam masih jelas kedengaran walaupun pintu bilik air sudah ditutup rapat. Delia ketap bibir tahan geram. Rasa macam nak plaster je mulut Adam tu! Takde insuran betul! Perlahan-lahan Delia bergerak ke almari dan sarung dress berlengan pendek separa betis sebelum berlalu ke hadapan cermin. Bedak disapu ke pipi. Rambutnya yang masih lembab dibiarkan begitu sahaja. Mana boleh sikat rambut basah. Nanti rosak! “Ha menung apa lagi tu?” Sekali lagi Delia tersentak. Dari biasan cermin dia dapat lihat Adam yang sudah siap berkain pelikat dan t shirt biru sedang membentang sejadah. Delia kerut dahi. Terasa pelik dengan gelagat Adam. “Cepat le sayang oii! Nanti habis waktu!”
Lelaki kacak itu sudah bercekak pinggang di atas sejadah.Sekali pandang dah macam mandur estate! Delia senyum tipis sebelum cepat-cepat sarung telekung. Namun rasa pelik masih tidak mampu untuk diusir dari hatinya. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia berasa begini sedangkan dia sepatutnya bersyukur bila Adam kelihatan semakin berubah. Malah sanggup bangun seawal ini untuk solat subuh berjemaah. Takbir diangkat dengan penuh khusyuk. Tatkala itu Delia terkaku sendiri. Di matanya, Adam tampak benar-benar berbeza pagi ini. Nampak lebih bersemangat. Delia senyum lagi sebelum turut mengangkat takbir untuk solat bersama Adam. Delia terasa sayu sewaktu mengaminkan doa Adam. Lelaki ini sungguh-sunguh berdoa untuk kebahagiaan mereka dan di saat ini Delia tahu Adam adalah lelaki yang akan menemaninya seumur hidup. Lelaki yang akan melindunginya sepanjang hayat. Bila Adam hulur tangan, Delia terus sambut tanpa berfikir panjang. Setitis airmata jatuh di tangan Adam sewaktu dia tunduk untuk mencium tangan lelaki itu. “Kenapa nangis ni?” Tanya Adam sambil cium kembali tangan Delia. Airmata yang mengalir di pipi Delia diseka perlahan. “Entah. Tiba-tiba je rasa nak nangis!” Jawapan Delia itu buatkan Adam tertawa kecil. Delia yang terhingut-hingut di hadapannya di pandang lama. “Sayang…I janji ini kali terakhir you menangis. Lepas ni, I akan buat you ketawa sampai you lupa macamana cara untuk menangis lagi. I janji akan bahagiakan you sampai hujung nafas I. I janji akan ada dengan you dalam sudah dan senang. I janji…” Kata-kata Adam terhenti bila jari halus Delia melekap dibibirnya. Mereka saling berpandangan. Dari mata terus turun ke hati. “Jangan janji banyak-banyak. Takut I tuntut bila semuanya tak tertunai.” Masa depan tak siapa tahu. Kadang-kadang kita merancang bagai nak rak, tapi akhirnya kesudahan tak seperti yang kita harapkan. Kecewa tak sudah nanti! “Insya’allah. Tapi I janji untuk jadi yang terbaik untuk you! Untuk keluarga kita.” Delia angguk. Dia sendiri sudah berniat mahu memulakan hidup baru dengan Adam. Hidup yang penuh bahagia tanpa perlu berahsia dari semua orang. Penat untuk terus-terusan berpura-pura tidak mengenali satu sama lain. “So…from today, we start a new life.” “Agreed.”
Terpandangkan anggukan Adam sebentar tadi, Delia tersenyum lebar. Terasa sangat yakin untuk memulakan satu lagi fasa baru dalam hidupnya. Fasa yang dirasakan bakal merubah seluruh kehidupannya. Seraya itu wajah ayah terlayar di ruang mata. Mampu ke ayah terima kalau aku cerita pasal benda ni? Parents Adam pula macamana? Apa kami nak buat kalau mereka semua menentang? Dada Delia terasa sesak tiba-tiba. “Parents kita macamana?” Senyuman manis yang terukir di bibir Adam seolah-olah menyatakan dia tidak perlu risau. Semuanya pasti akan baik-baik sahaja! Everythings will be fine! “Semester break ni kita balik jumpa diorang. Kita ‘explain’ semuanya. I yakin diorang akan terima kita. Don’t worry, ok!” “Kalau diorang tak terima…” “Kita pujuk sampai diorang ok. Jangan risau!” Delia angguk. Memang dia amat berharap ayah dapat menerima hakikat yang dia sudah berkahwin tanpa pengetahuan ayah. Delia tahu ayah pasti akan marah. Tapi Delia juga tahu ayah bukan jenis yang suka marah lama-lama. Kalau kena cara pujuk, sekejap je ayah boleh ‘cool’ balik. “Hari ni you takde ‘paper’ kan?” Tanya Adam sambil sangkutkan sejadah ke ampaian. Delia geleng perlahan. “I pun takde‘paper’. Kalau kita pergi ‘dating’ nak tak?” Dating? Bunyi macam best je! Last ‘dating’ pun ‘time’ sekolah menengah dulu. Lama dah tu. Ada dalam 4 atau 5 tahun lepas! “Dengan you ke?” Adam angguk. Delia cebik sebelum sambung bicara. “Apa barang ‘dating’ dengan you? Lain la kalau dapat ‘dating’ dengan Chad Micheal Murray! Gila best!” Selamba perempuan muda ini melabuhkan punggung ke atas katil. Mata tampak bersinar-sinar. Mungkin sedang membayangkan wajah pelakon drama bersiri One Tree Hill itu. Handsome sampai menjilat jari la! Delia mengaduh bila pipinya dicubit kuat. Adam sudah tegak di sisi dengan wajah masam mencuka. Delia kulum senyum. “Apa cubit-cubit ni? Sakit la!” “Siapa suruh gatal?” Pipi yang sakit diusap perlahan. Tangan besi ke hape dia ni! Pedih gila. Mujur tak berlubang pipi aku! “Mana ada gatal. Kalau gatal dah lama I tergaru-garu tau…”
Satu lagi cubitan hinggap di pipi. Kali ini di sebelah kanan. Delia sudah menyeringai kesakitan. Tak boleh tahan macam ni! Pantas Delia bangun dan berlalu ke hadapan cermin. Dua-dua belah pipinya sudah memerah. Dah macam pakai blusher. “Sedap tak?’ Tanya Adam yang masih masam. “Sedap sangat-sangat. Macam nak lagi!” “Nak lagi ek?” Melihat Adam yang sudah mula melangkah, pantas Delia berlari jauh. Kalau kena cubit lagi ni ‘confirm’ tanggal kulit pipi aku! Tak sanggup mak! Delia julur lidah bila Adam masih tidak mampu untuk menangkapnya. Adam bulatkan mata tanda amaran. Siap Delia kalau dia dapat tangkap! Dan akhirnya Delia terperangkap di dinding. Mahu ke kiri ada almari. Mahu ke kanan ada Adam. Mati la! Delia telan liur. “Mana you nak lari lagi?” Terlihat Delia sudah angkat tangan buatkan Adam senyum seketika. Tau pun takut! “Ok…ok…I surrender!” Sekarang Adam sudah betul di hadapan Delia. Wajahnya masih tampak tegang. Tangan diangkat seolah mahu mencubit pipi Delia lagi. Pantas Delia tutup pipinya dengan kedua belah tangan. Tak sanggup wo! Sakit! “Nak gatal lagi tak?” “Ala…orang main-main je la!” Delia masih pegang erat kedua pipinya. Perlahan-lahan kedua tangannya digapai dan digenggam erat oleh Adam. Habislah pipi aku yang mungil ni! Ciuman hangat yang singgah di pipi membuatkan Delia buka mata. Adam sedang tersenyum menggoda di hadapannya. Mati-mati ingat nak kena cubit! Rupanya kena cium. “Lepas ni…jangan nak sebut-sebut nama lelaki lain depan I.” “Ala…pelakon je kan.” “Menjawab lagi. Nanti I cubit mulut tu tau la!” “Ye la…ye la…” Sikit-sikit nak cubit! Sikit-sikit nak cubit! Spesis ketam ke apa dia ni? Bibir dicebik geram. Nak gurau pun tak boleh. Tak sporting la camni! Tanpa disangka bibinya dipagut lembut. Hangat dan mengasyikkan. Delia terpana seketika sebelum hanyut dalam pelukan Adam. Orang baru nak merajuk la…
Last edited by TJ2 on 17-1-2013 05:32 PM
|