|
[Jenayah]
UPDATE: Orang Kampung tidak mahu tolong Mat Blue #113
[Copy link]
|
|
owh. sorang lg adalah khairul nizam namanya |
|
|
|
|
|
|
|
baca kt blog mana ntah
wfe fairuz yg kna tembak tu
tgh sarat mgandun
org alma, bukit mtajam, pulau pinang |
|
|
|
|
|
|
|
kat bernama kata khairul nizam yg kna culik
kat kosmo kata khairul nizam tu penjenaya
culik budak 19 thn nama khairul anas
aku konpius |
|
|
|
|
|
|
|
br bc kat utusan online
khairul nizam dh kna tgkp
kat berapit |
|
|
|
|
|
|
|
Moslems sunni caprut, kata ikut sunnah Rasulullah pelbagai. Mungkin ini lah kot sunnah rasukullah Islam? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan hugie kata pulau pinang negeri paling aman dan selamat di dunia ka? |
|
|
|
|
|
|
|
artcrime posted on 13-1-2013 12:20 PM
bukan hugie kata pulau pinang negeri paling aman dan selamat di dunia ka?
hahaha, pd aku jenayah ada kat mane2 je. skejap org kena bunuh kat KL, esok lusa kena tetak di melaka, kemudian di N9, then kelantan, kena tembak di johor, kena kelar di kedah, kena tikam di penang, sabah, sarawak.. semua negeri ada je jenayah berat & kwsn black area masing2..
yg kena tangkap tu kat cybercafe kan? tgh baca forum CARI lettewwwww... kahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru blk di area guar perahu, depa ni tk p mana pun semua duk ada area guar perahu, heli duk ronda kut atas..yg last kena dlm kedai game lepas pau budak rm5... apadaaa dorang lg surrender di kerumun penduduk lepas bg mkn kat market... sebab depa takut polis tembak... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah kerja sekali dgn fairuz di cyberjaya dulu
-tak tahu kenapa dia masuk penjara |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing posted on 13-1-2013 07:51 PM
aku pernah kerja sekali dgn fairuz di cyberjaya dulu
-tak tahu kenapa dia masuk penjara
arwah kerja apa ..
|
|
|
|
|
|
|
|
dia kerja di tapak pembinaan |
|
|
|
|
|
|
|
BUKIT MERTAJAM 13 Jan. - Seorang remaja yang dijadikan tebusan oleh salah seorang tahanan yang lolos dalam kejadian Isnin lepas melalui detik cemas selama empat jam ketika "bersama" dengan lelaki itu semalam.
Mohd. Khairul Anas Fazli, 20, berkata beliau dipaksa oleh tahanan itu, Mohd. Khairulnizam Abdul Rani, 26, untuk membawanya ke beberapa lokasi di sekitar Sungai Bakap dan Bukit Mertajam untuk menemui anggota keluarga dan kenalan lelaki itu.
Menceritakan kejadian itu, katanya dia berada di rumah rakannya di Bukit Indera Muda sekitar 8.30 malam Sabtu sebelum didatangi lelaki berkenaan yang menendang pintu rumah. "Dia kenal kawan saya, sebab itu dia datang sana (Bukit Indera Muda). Dia datang dalam keadaan agresif dengan bertindak menendang pintu dan sebaik ia dibuka dia masuk bilik air sebelum meminta salah seorang daripada kami hantarkannya ke rumah kakaknya di Sungai Bakap. Bila kami tak mahu, dia ugut nak ambil motosikal saya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mohd. Khairul berkata, Mohd. Khairulnizam bertindak menunggang motosikalnya dan membawanya ke Sungai Bakap melalui jalan Bukit Teh di Bukit Mertajam, tetapi dia tidak dapat ingat laluan selepas itu berikutan dikelilingi ladang kelapa sawit.
"Tiba di Sungai Bakap, kakak dia (Mohd. Khairulnizam) tiada di rumah. Selepas itu dia bawa saya ke rumah rakannya juga di Sungai Bakap, tetapi rakannya itu juga tak ada. Kemudian dia berpatah balik ke Bukit Teh, melalui Machang Bubok, seterusnya ke rumah rakannya di Bandar Perda dan Bukit Mertajam. Namun mereka juga tiada di rumah.
"Sepanjang perjalanan, macam-macam perkara yang bermain di fikiran. Saya tak berani jerit minta tolong sebab takut dia buat sesuatu yang mungkin mengancam nyawa saya. Tetapi, sebaik tiba di Bukit Mertajam, saya mendapat akal dan minta untuk menunggang motosikal lalu bawanya ke Berapit dan beritahu dia di sana selamat jika hendak bersembunyi," katanya.
Mohd. Khairul berkata, dia memberanikan diri untuk berbuat demikian selepas melihat lelaki itu seperti terdesak untuk menyembunyikan diri kerana enam hari menjadi buruan polis.
"Saya sengaja buat helah dengan minta dia (Mohd. Khairulnizam) main Internet dahulu di kafe Internet (Berapit) sebab nak ambil adik balik kerja dan berjanji untuk datang semula mengambilnya di sana selepas itu. Dia kata tak ada duit dan saya beri dia RM5. "Sebaik berjaya melepaskan diri, saya terus memecut motosikal ke balai polis (Kubang Semang) dan maklumkan kepada polis dia ada di sana," katanya.
Sementara itu, Muhamad Shafiq Abdul Rahman, 18, berkata, salah seorang tahanan iaitu Mohd. Farid Akhtar, 24, datang ke kedai bapanya di Kampung Petani, di sini meminta makanan dan minuman sebelum ditahan polis di situ. Katanya, lelaki itu dilihat berjalan kaki seorang diri kira-kira 8.30 malam dalam keadaan tidak bermaya serta tidak memakai kasut sebelum beberapa pelanggan yang ada di situ memanggilnya ke kedai.
"Mereka tidak sangka dia merupakan tahanan yang dicari polis berikutan keadaan fizikalnya berbeza di dalam gambar yang diedarkan.
"Kami hanya tahu dia tahanan selepas dia sendiri minta pelanggan di situ hantarnya ke balai polis berdekatan. Kami telefon polis dan mereka datang 15 minit kemudian. Sebelum itu, mereka (pelanggan) beri dia makan nasi lemak dan minta saya bancuhkan teh "o" ais kepadanya," katanya.
Muhamad Shafiq berkata lelaki terbabit turut memberitahu rakan tahanannya itu sudah membuat perancangan untuk melarikan diri sejak enam bulan lepas dan merancang akan terus ke negara jiran jika berjaya.
Semalam, polis menahan Mohd. Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang pada 9 malam, manakala Mohd. Shahrimi Mohd. Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada 10 malam, sementara Mohd. Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan dalam sebuah kafe Internet di Berapit, Bukit Mertajam di sini pada 1.15 pagi.
Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd. Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd. Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. - BERNAMA
© Utusan Melayu (M) Bhd
mohd farid tu sempat lah makan nasik lemak ngan teh o ais. dia sendiri serah diri
yang khairul anas ni awat p cta kt wartawan yg tu helah dia.
nanti penjenayah khairulnizam tu keluar dr penjara, dia p cari hang.
tak ka haru...
yang kesiannya kat arwah2..
tapi memang depa dah rancang nak lari p obesi dr 6bulan..
hurm... |
|
|
|
|
|
|
|
BUTTERWORTH 13 Jan. - Selepas kejayaan menangkap tiga orang kena tuduh (OKT) yang meloloskan diri ketika hendak dibawa ke Mahkamah Butterworth di sini pada Isnin lalu malam tadi, polis kini memburu dua lagi rakan mereka.
Kedua-dua mereka ialah Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, yang dipercayai masih berada di Permatang Pauh.
Dalam kejadian pukul 9 pagi Isnin lalu, sembilan OKT yang dibawa ke Mahkamah Butterworth melarikan van polis yang membawa mereka selepas memukul empat anggota polis pengiring di susur keluar Pantai Bersih, Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth. - UTUSAN
lagi dua orang
takut kaka nak p BM
Nak p makan char kuey tiaw Pmtg Pauh pon dh jadi seramm nih |
|
|
|
|
|
|
|
sesasaku posted on 13-1-2013 06:17 PM
Baru blk di area guar perahu, depa ni tk p mana pun semua duk ada area guar perahu, heli duk ronda k ...
Dalam paper tu kata bukan dia pau...
dia diberi rm5 kata nya
|
|
|
|
|
|
|
|
Isnin 7-1-2013 Pagi-Pagi lari dr polis
Khamis 10-1-2013 Tengahari rembang kena tembak (Arwah Fairuz, Arwah Md Noor)
Sabtu 12-1-2013 9 malam Farid sempat makan nasik lemak, teh o ais
10 malam Syahrimy pon dah tak larat nak jalan sorg diri.. serahlah diri
8.30 malam khairulnizam bawak khairul anas jalan2 sungai bakap cari family members
Ahad 13-1-2013 pagi buta kot.. dok nyorok dalam CC. tup2 polis mai angkut si khairulnizam
yang lagi 2 orang?? mungkin tgh layan char kuey tiaw |
|
|
|
|
|
|
|
Kes nih buat kaka always alert dgn berita.
janganlah depa mai kepala batas ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
lg dua org... jgn la mai pokok sena..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cam tak logik jek, lari2 pastu dapat pistol dan bawak heroin... |
|
|
|
|
|
|
| |
|