TIPS MENGUNJUNGI PESTA BUKU
Bismillah Dengan nama Allah Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013 ke-32 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur sedang berlangsung sejak hari Jumaat 26 April 2013 dan akan berakhir pada 5 Mei 2013.
Pesta Buku adalah aktiviti yang amat digemari ulat buku kerana jutaan buku akan dipamerkan dan dijual dengan harga menarik.Ia juga memberi peluang kepada ramai penerbit dalam dan luar negara menjual buku-buku mereka.
Kita perlu bersyukur kepada Allah kerana berada dalam negara yang aman damai dan mudah mencari rezeki.Menjadi rakyat Malaysia adalah kebanggaan dan perlu disyukuri.
Antara tips adalah :
1.Buat semakan tajuk buku yang ingin dibeli melalui laman web penerbit dan buat catitan.Ini akan memudahkan kita mencari buku ketika ke pesta buku.Ini juga untuk menetapkan bajet kita.
2. Dapatkan peta lokasi penerbit agar memudahkan kita mencari .Ia juga menjimatkan masa dan tidak sesat.
3.Buat tinjauan harga buku agar berjaya membeli banyak buku dengan tawaran diskaun menarik dari penerbit.
4.Awasi anak-anak kecil.Ramai ibu bapa leka membelek pelbagai bahan bacaan dan terlepas pandang .Ini menyebabkan anak hilang.Sebaiknya pakai reben pengikat tangan dengan anak.
5.Awasi dompet kerana jumlah orang ramai memudahkan pencuri mencuri dompet tanpa disedari.Sebaiknya pakai seluar berpoket depan dan simpan dompet dalam poket depan.
6.Bawa troli kecil jika mahu membeli buku yang banyak.Ini memudahkan untuk membawa buku yang dibeli.
7.Kesesakan dan jumlah orang ramai boleh menyebabkan dedihidrasi.Bawa air mineral secukupnya.
8.Beri pilihan kepada anak-anak untuk memilih buku yang disukai.Ini akan memberi peluang kepada anak-anak bijak memilih dan beri cadangan kepada mereka.
9.Luangkan masa secukupnya untuk meninjau dan membelek buku-buku dan jangan terburu-buru.
10.Elakkan hari terakhir terutama kepada ibu bapa membawa anak-anak kerana kesesakan teruk pasti berlaku pada hari-hari terakhir.
11.Beli pelbagai kategori buku seperti novel,agama,ekonomi,politik,remaja,keibubapaan,resepi,kartun,cinta dan sebagainya.
12.Jangan lupa dapatkan tanda tangan penulis kerana inilah peluang ulat buku menemui penulis.
13.Jangan lupa bergambar dengan penulis dan tauke buku.
14.Jangan berebut-rebut dan menolak-nolak ketika mahu memilih buku atau membayar.
15.Tanyalah dengan petugas booth buku jika mahu cadangan buku terbaik dalam sesuatu bidang dan perkara.
16.Bila kepenatan perlu berehat dan jangan memaksa diri untuk terus menerus berjalan dari satu booth ke satu booth lain.
17.Ucapkan terima kasih kepada penulis jika bertemu mereka dan membeli buku mereka kerana mereka berjasa meluangkan masa menulis.
18.Pastikan mengunjungi pesta buku dalam keadaan sihat fizikal dan mental.
19.Bawa wang secukupnya. Bawa juga kad kredit atau debit sebagai ‘tambahan’ apabila kekurangan wang.
20.Manfaatkan aktiviti menarik yang diadakan di booth seperti aktiviti memasak,bersama penulis dan sebagainya.
21.Pastikan kereta atau motosikal yang diletakkan berhampiran dikunci dengan baik.Sediakan kunci kedua dan ketiga bagi menjamin keselamatan kenderaan kita.
22.Buat rombongan bersama keluarga,teman-teman untuk menjimatkan kos parking,petrol dan sebagainya.
23.Jangan lupa aktiviti di booth PTS dan lain-lain !
Terima kasih kerana membaca...........(^_^)
|