CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Ini Takdir Cinta Kita (U)

[Copy link]
Post time 10-4-2013 09:53 AM | Show all posts
ye la tu kot..lepas dh dpt hrta , naz ceraikan mia , kwen dgn hana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2013 11:26 AM | Show all posts
nallepooh posted on 10-4-2013 05:13 AM
Naz ni ada udang sebalik batu..tu yg baik sgt2 dgn Mia

Jeng3. Tunggguuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 11:28 AM | Show all posts
mawar65 posted on 10-4-2013 08:35 AM
yeay.. da ade smbgn...

errr, naz nie btol2 da berubah ker?? ntah2 pura2 jer...

Mungkin dia dah insaf. HAHA. Tunggu taw sambungannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 11:29 AM | Show all posts
suria74 posted on 10-4-2013 09:24 AM
tuh la kan...rasa mcm hipokrit lak laki damia nih...entah2 dia mahukan pertukaran nama ke atas harta ...

Kita wait and see apa yang Naz ni nak buat..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 11:30 AM | Show all posts
awanjingga posted on 10-4-2013 09:53 AM
ye la tu kot..lepas dh dpt hrta , naz ceraikan mia , kwen dgn hana..

Tunggu next entry k
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 11:56 AM | Show all posts
indah91 posted on 10-4-2013 11:28 AM
Mungkin dia dah insaf. HAHA. Tunggu taw sambungannya

rase cam x jer...
ok, xsaba tggu n3 baru nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-4-2013 04:24 PM | Show all posts
Pagi itu tepat jam 10 pagi Nazirul tersedar. Diamengiringkan badannya ke sebelah kanan. Kelihatan Damia sudah tiada disitu. Pastiisterinya itu sedang sibuk menyiapkan makanan untuk mereka sekeluarga makan. Nazirultersenyum lantas bangun mencapai tuala untuk membersihkan diri.


Nazirul melangkah keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Mencaridimana isterinya itu berada. Dia berjalan merapati tubuh gadis itu. Tangannyamelingkari tubuh Damia.


“Sayang masak apa ni?”


“Cuba Naz teka..mestilah lauk fevered kita semua” balasDamia lembut. Tangannya masih mengacau periuk berisi kuah asam pedas itu.


“Berseleralah Naz makan tengahari ni. Eh..nenek mana? Nakberborak kejap dengan dia” soal Nazirul sambil menoleh ke arah ruang tamu. Daritadi dia tak nampak kelibat wanita tua itu.


“Nenek kat pondok depan tu kot” jawab Damia sambil menudingjari runcingnya itu ke luar.


“Oh..Naz pergi jumpa nenek kejap ye” sebelum melangkah keluar rumah sempat lagi Nazirul mencuit hidung isterinya itu.


Damia tersenyum. Dari hari ke hari Nazirul membuatkan diasemakin sayang kepada lelaki itu. Berbeza dengan yang dulu. Kini Nazirul merupakanseorang lelaki yang penyayang pada pandangan Damia.
Kelihatan Nek Jah sedang sibuk menyapu di halaman rumah.Banyak daun-daun kering yang bersepah di permukaan tanah. Nazirul mengaturlangkah menuju ke arah neneknya itu. Dia akan cuba berlagak seperti cucu yangpaling baik sekali dalam dunia ini untuk mendapatkan apa yang dihajatinya itu.


“Nenek..duduklah dulu..nanti biar Naz yang sambung” ujarNazirul sambil mengambil penyapu lidi di tangan neneknya itu. Kemudian diamemimpin wanita tua itu ke pondok tak jauh dari situ.


“Takpelah Naz..sikit je tu. Nenek larat lagi” Nek Jahmembantah. Dia sudah biasa membuat kerja ini seorang diri. Bukannya beratsangat, hanya menyapu daun-daun kering.


“Sudahlah nek..nenek dah tak sesuai lagi buat semua ni. BiarNaz atau Mia je yang buatkan ye” balas Nazirul sambil melabuhkan punggungnya disebelah wanita tua itu.


“Eh isteri kamu tu apa buatnya?” soal Nek Jah selepasNazirul menyebut tentang cucu angkatnya itu.


“Dia ada kat dapur tu nek. Tengah masak”


“Hurm..yeke..Erm nenek gembira tengok kamu berdua bahagiasekarang. Senang hati nenek” ujar Nek Jah tentang perasaanya itu. Memang dialega melihat cucunya itu bahagia.


Nazirul tersenyum lagi. Nampaknya lakonannya berjaya. Dia berjayamengambil hati orang tua itu. Harapannya untuk memiliki kesemua harta semakincerah.


“Nenek nak berterima kasih pada kamu Naz sebab kamubersetuju untuk menikahi Damia. Sebagai tanda terima kasih nenek..semua hartanenek serahkan pada kamu..jagalah Mia baik-baik ye” Nek Jah meluahkanhasratnya. Kini dia tak ragu-ragu lagi untuk menyerahkan semua harta miliknyauntuk cucu tunggalnya itu.


Nazirul mengangguk perlahan. Dalam hatinya tiada siapa yangtahu. Gembira bukan main lagi bila harta semua sudah jadi miliknya. Tak sia-siasegala tipu helahnya sebelum ini.



Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 04:30 PM | Show all posts
aaa.....Naz hanya berpura-pura????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2013 04:47 PM | Show all posts
indah91 posted on 10-4-2013 04:24 PM
Pagi itu tepat jam 10 pagi Nazirul tersedar. Diamengiringkan badannya ke sebelah kanan. Kelihatan Da ...

kannnnnnnnnnnn dah agak si naz nih...berlagak, berpura-2 baik, sayang kat damia...tapi hampeh tol....semua lakonan semata-2....kasihan damia nanti...mesti lagi merana dia dibuat dek naz...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 11:24 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 10-4-2013 04:30 PM
aaa.....Naz hanya berpura-pura????

Haha. Manusia oh manusia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 11:25 PM | Show all posts
suria74 posted on 10-4-2013 04:47 PM
kannnnnnnnnnnn dah agak si naz nih...berlagak, berpura-2 baik, sayang kat damia...tapi hampeh tol. ...

Kesian kannn kat Mia..siapa nak tolong dia nantiii. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 11:48 PM | Show all posts
indah91 posted on 10-4-2013 11:25 PM
Kesian kannn kat Mia..siapa nak tolong dia nantiii. hihi

Akan ada hero lain yg dtg membantu damia.... masa tuh baru sentap si somi yg x sedar dek untung tuh...kalu setkt harta dunia x kemana...akn abis gak...bila damia dah pandai berdikari & ada koje bagus.... boleh aje damia bina empayr sendiri...huhu...go damia...ironlady...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2013 09:54 AM | Show all posts
Zafril Hakimi memerhatikan setiap gerak geri gadis dihadapannya itu. Baru saja dia melabuhkan punggungnya di perpustakaan itu, diasudah terpesona dengan keindahan wajah gadis tersebut. Setakat ini belum pernah ada lagi gadis yang betul-betul dia berkenan selepas putus cinta dengankekasihnya dulu. Mungkin dulu hanya cinta monyet saja.


“Hoi ! Usha siapa tu bro?” sergah Laila. Teman baik Zafril dari sekolah lagi.


“Kau ni sibuklaa. Cantiknya dia…” puji Zafril sambil tersenyum. Matanya masih lagi terarah kepada gadis di hadapannya itu.
Kelihatan gadis itu sedang sibuk menyiapkan tugasannya seorang diri. Memang takkan perasan ada orang yang sedang melihatnya.

“Mana??”


“Depan ni haaa. Kacaulah kau ni Laila” ujar Zafril lagi.Malas hendak melayan kerenah rakanya yang seorang ini.

“Ohh..itu Damia laa. Budak pendidikan matematik. Junior la”balas Laila sambil mengeluarkan laptopnya. Target dia mahu menyiapkan tugasanyang sudah menggunung akibat asyik bertangguh.


“Mana kau kenal dia beb? Adjustkan lah untuk aku..pleasee” rayu Zafril pula sambil tersengih. Hatinya kini sudah ditawan oleh Damia. Mungkin panahan cinta pandang pertama agaknya.


“Ala..Aku kenal lah. Budak tu satu blok dengan aku lah. Dah sekarang ni lupakan kejap angau kau tu..assignment kita ni tak siap lagi ni”Laila mengarah. Kalau dia layankan sekali perangai temannya itu sampai ke sudahtak siap kerja.


Zafril mencebik. Dia akui Laila memang tegas kalau dalammelakukan kerja. Tanpa melengahkan masa, dia terus memulakan kerjanya.





Damia menatap kertas putih itu berkali-kali. Pandangannya dialihkan pula ke laptop. Dia tersenyum. Akhirnya siap pun tugasan untuk dihantar esok hari. Hujung minggu nanti bolehlah dia pulang ke rumah dengan senang hati. Tak sabar untuk meluangkan masa bersama suami tercinta. Itulah rutin hidup Damia semenjak Nazirul berubah.


Senyuman Damia terhenti. Dia memicit kepalanya berkali-kali. Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia asyik pening saja. Namun dia malas hendak melayan penyakitnya itu. Banyak lagi perkara yang perlu dia selesaikan.


Selesai mengemas barang-barangnya, dia merehatkan dirinyaseketika. Pandangannya dihalakan kedepan. Dia melihat dua orang yang sedangleka menyiapkan tugasan mereka. Mungkin kawan kelas Kak Laila kot, tak ubahmacam Ady Putra pelakon kat tv tulah.. gumamnya sendirian ketika melihat lelakidi sebelah Laila. Handsome !



Zafril yang perasan gadis dihadapannya sedang melihat ke arah mereka segera mengangkat muka. Inilah peluang untuk dia mencuba nasib. Senyuman manis dihadiahkan seiring dengan kenyitan di mata.


“Hai !”


Damia yang sedar dengan tindakan Zafril itu cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dia isteri orang jadi tak manis untuk dia memandanglelaki lain. Tanpa menghiraukan lelaki itu, Damia lekas beredar dari situ. Rasabersalah pula kepada suaminya jika dia melayan lelaki lain.


Laila yang dari tadi memerhatikan gelagat mereka berdua tergelak. Geli hatinya apabila melihat Zafril langsung tak diendahkan oleh Damia.


“Kau ni Ril..poyolah. Damia tu tak layan lelaki sangat.Ramai nakkan dia tapi sorang pun dia tak layan” jelas Laila sambil tergelaklagi. Kali ini gelaknya diperlahan kerana orang lain sudah melihat ke arahnya.


“Yeke beb? Maksudnya aku takde chance la ye? Tapi tak salahmencuba kan” Zafril tak berputus asa. Entah kenapa dia tertarik dengan perwatakan gadis itu.



p/s : Happy tak entry kali ni.. Hehehe


Last edited by indah91 on 12-4-2013 11:28 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2013 09:57 AM | Show all posts
sellie003 posted on 10-4-2013 11:48 PM
Akan ada hero lain yg dtg membantu damia.... masa tuh baru sentap si somi yg x sedar de ...

Betul3. Barulah nak terhegeh2 dekat Mia. Papepon tenkiu bace and lepas ni kite tengk apa akan jadi
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 11:17 AM | Show all posts
indah91 posted on 12-4-2013 09:57 AM
Betul3. Barulah nak terhegeh2 dekat Mia. Papepon tenkiu bace and lepas ni kite tengk apa akan jadi ...

Huhu....sama2 kasih....

Errr......damia ntah2 pregnant????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2013 06:18 PM | Show all posts
sellie003 posted on 12-4-2013 11:17 AM
Huhu....sama2 kasih....

Errr......damia ntah2 pregnant????

Jeng3. Suprise suprisee~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2013 06:47 PM | Show all posts
Nazirul memarkirkan keretanya dihalaman rumah. Briefcase dicapai dan segera melangkah ke dalam rumah. Tak sabar rasanya untuk berehat di atas katil. Kerja di pejabat yang banyak betul-betul meletihkan dirinya.

Kamilah yang sedang asyik menonton drama di tv3 petang itu lekas menegur anaknya yang baru saja pulang dari pejabat.

“Naz..sekejap”

Langkah Nazirul terhenti. Dia menoleh ke arah mamanya dan mengeluh.

“Hurm..apa dia Ma..? Naz penat lah” ujar Nazirul perlahan. Langkahnya diatur ke sofa. Tanpa berlengah, dia terus melabuhkan punggung di hadapan Kamilah.

“Mama tengok Naz rapat dengan perempuan tu sekarang..teman dia memasak bagai. Apa ni Naz?” soal Kamilah bertubi-tubi. Tak puas hatinya bila melihat anak dan menantu kampungnya itu rapat bagaikan belangkas. Umpama orang yang sedang mabuk bercinta.

Nazirul tergelak kecil. Tali leher dilonggarkan. Dia sudah agak tentang perkara ini. Sudah semestinya mamanya berasa hairan dengan kelakuannya kini.

“Naz plan semua ni. Ini strategi sebenarnya. The good news is orang tua tu dah setuju nak bagi Naz semua harta dia. Hana je satu-satunya perempuan idaman Naz” jelas Nazirul panjang lebar.

Kamilah cuba mencerna segala kata-kata anak terunanya itu. Kemudian, dia tersenyum dan ketawa.

‘ Bijak betul anak aku ni. Tak sia-sia semuanya’ desis Kamilah sendirian. Dia tak sangka semuanya yang dihajati akan tercapai secepat ini.

“Goood. Macam nilah anak mama. Naz pergilah rehat kat atas.. mama nak sambung tengok drama ni”

Nazirul tergelak lagi dan tanpa berlengah dia naik ke atas untuk berehat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2013 11:49 PM | Show all posts
Ketukan di pintu membuatkan wajah Hana berubah ceria. Orang yang ditunggu akhirnya tiba juga. Hana terus bangun dan membuka pintu hotel. Seperti biasa menempah bilik di hotel untuk membolehkan dia berdua saja dengan cinta hatinya tanpa gangguan orang lain.

“Sayang !” Nazirul bersuara setelah pintu dibuka. Jambangan bunga diserahkan kepada gadis di hadapannya itu.

“Baby..kenapa you lambat? Penat I tunggu tau” Hana mencebik. Sudah dua jam dia menunggu kelibat lelaki itu untuk muncul. Jambangan bunga diletakkan di atas meja. Merajuk dengan Nazirul kerana terlewat.

“Sorry sayang. Biasalah.. I tunggu bini I tu tidur dulu. Lama you tunggu ye sayang..” ujar Nazirul. Agak susah juga untuk dia melepaskan diri untuk ke sini bersama Hana, risau juga jika isterinya itu banyak soal pula.

“Ohh lupa pulak I sekarang ni bercinta dengan laki orang” Hana menyindir. Sakit hatinya bila dia lagi bukan yang pertama untuk Nazirul.

“Sayang…jangan macam ni. Perempuan tu tak berapa sihat sangat tadi..pening kepala agaknya..tu yang leceh sikit bila I nak keluar ke sini”

“Dahlaa sayang..kita cakap pasal hal kita je..jangan kisahkan hal lain lah” pujuk Nazirul lagi sambil mengenggam tangan Hana.

Hana berpaling dan tersenyum.

“I love you baby” bisik Hana ke telinga Nazirul. Kata-katanya itu membuatkan lelaki itu tersenyum nakal.

Nazirul mencapai tangan gadis itu dan melangkah ke arah katil. Malam itu mereka terus hanyut dalam dunia cinta mereka seperti kebiasaannya.



Last edited by indah91 on 15-4-2013 12:10 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 12:09 AM | Show all posts
Selesai mengambil makanan di kafe itu, Zafril terus mencaritempat untuk duduk. Matanya meliar mencari tempat kosong namun semua meja kelihatanpenuh dengan manusia. Dia mengeluh. Terpaksa makan seorang diri kerana Lailapergi berjumpa pensyarah.


Zafril melangkah lagi dan kali ini matanya terhenti di satutempat. Gadis pujaannya itu sedang makan seorang diri di situ. Bibirnya mulatersenyum. Peluang baik untuknya mendekati gadis ini. Kakinya terus dihayunlaju ke arah Damia.


“Boleh saya duduk sini?” soal Zafril lembut. Dalam hatinyaberharap agar Damia membenarkan dia duduk di situ.


Damia mengangkat muka untuk melihat pemilik suara itu.Matanya dilarikan ke arah lain setelah melihat lelaki itu. Entah kenapa adaperasaan malu datang menerpa. Hatinya tiba-tiba berdebar.


“Boleh la wak..semua tempat penuh..” rayu Zafril lagibersungguh-sungguh. Sengaja untuk membuatkan Damia rasa kesian dengan dirinya.


Damia hanya mengangguk. Kesian pulak dekat mamat ni.


“Thanks..saya Zafril. Awak Damia kan?” Zafril tanpa segansilunya memperkenalkan diri. Dia sendiri tak tahu kenapa laju mulutnya berkatabegitu.


“Hurm..mana awak tau ni?” soal Damia pula. Hairan terasabila lelaki dihadapannya ini sudah mengenali dirinya. Mungkin Kak Laila yangbercerita tentangnya.


“Adalah..nama secantik orangnya..” puji Zafril. Sejak darihari itu dia sudah tertawan dengan kecantikan Damia. Tapi dia tergerak untukmengenali wanita ini lebih rapat lagi. Mungkin ini sudah jodohnya.


Damia hanya tersenyum dan mendiamkan diri. Hatinya berbungaapabila dipuji sebegitu. Namun status sebagai isteri orang membataskan diauntuk bermesra dengan lelaki itu.


“Saya pergi dulu..ada kelas sekejap lagi” selesai makanDamia terus mencapai beg dan bukunya untuk beredar namun tangannya sempatdicapai oleh Zafril. Damia tergamam.


“Saya nak kenal dengan awak..harap kita boleh jumpa lagi ye”ujar Zafril. Harapannya agar ini bukan pertemuan terakhir mereka.

Damia terpana. Seketika kemudian dia tersedar dari lamunan.Tangannya dileraikan dan terus beredar dari situ. Terkejut dengan tindakanlelaki itu.

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 11:20 AM | Show all posts
indah91 posted on 15-4-2013 12:09 AM
Selesai mengambil makanan di kafe itu, Zafril terus mencaritempat untuk duduk. Matanya meliar mencar ...

banyk ni jeh tuan umah..tambah ler lg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.051389 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list