CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anilza10

[Tempatan] YURAN TASKA NAIK??!!! ADOII..

[Copy link]
Post time 12-4-2013 11:51 AM | Show all posts
Mohon pihak kerajaan perincikan serta kaji semula untuk diperluaskan lagi subsidi yuran pst jagaan knk2. Amik kira juga kenaikan kelayakan pendapatan  isi rumah tu drp RM3k kpd RM4k-5k. Majikan swasta yg opis cenonet dan tdk praktikal utk wujudkan sendirian, mungkin boleh gabung reramai dgn syarikat2 berhampiran. Perluas dan pertingkatkan insentif juga utk majikan swasta.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan subsidi yuran Pusat Jagaan Kanak-Kanak (Taska) sektor awam sebanyak RM180 sebulan bagi setiap anak kepada ibu bapa berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kei berkata subsidi itu diberikan sebagai tanda prihatin kepada penjawat awam yang menghantar anak mereka ke taska di tempat kerja sektor awam.

Beliau berkata sektor swasta juga tidak dilupakan di mana kerajaan telah memberikan insentif pengecualian cukai selama sepuluh tahun ke atas perbelanjaan pembinaan atau pembelian bangunan untuk membuka taska.

“Bagi menggalakkan penubuhan taska di tempat kerja, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200,000 kepada mana-mana kementerian atau jabatan untuk menubuhkan taska di tempat kerja,” katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang).


Sebelum ini, pada tahun 2007, kabinet telah meluluskan subsidi yuran taska sektor awam dengan peruntukan maksimum RM180 sebulan bagi setiap anak penjawat awam yang layak, iaitu yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Sementara itu, Heng berkata sehingga kini hanya 76 buah taska telah ditubuhkan dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, iaitu 60 taska di tempat kerja sektor awam dan 16 buah di sektor swasta.

Katanya pihak pengurusan sektor swasta dan awam menghadapi kekangan membuka taska di tempat kerja antaranya ketiadaan ruang yang sesuai, persekitaran tempat kerja yang tidak selamat seperti di kawasan kilang selain kesukaran mendapatkan pekerja atau pengasuh yang terlatih. - BERNAMA

Last edited by jari10 on 12-4-2013 11:52 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2013 11:52 AM | Show all posts
giler r .. aku yg ada 3 org anak ni???....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 11:55 AM | Show all posts
Zaman sekarang pening kepala mak pak nak mencukupkan keperluan hidup.
Dua2 kena kerja, masa kualiti utk bersama anak2 pun takde.
Cabaran sungguh jadi mak pak nowadays!

p/s : dulu penah dengar anak buah ckp kat maknye 'nanti abang dh besar, abang cari duit byk2 pastu hantar mama kat 'taska' pulak .
terkedu dalam gelak aku mendengarnye...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 11:55 AM | Show all posts
totokreturn posted on 12-4-2013 09:04 AM
taska cina seorang anak 80- ke 1000 sebulan..
taska india seorang anak 600 ke 700 sebulan..
taska  ...

Len kali jgn buat anak ramai-ramai
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 11:55 AM | Show all posts
isu kos penjagaan anak2 di taska da lama jadi isu..patutnya nak pru ni benda2 mcm ni la yg diperjuangkan..ni dok sibuk pasal harga keta ke hulu hilir  pfffthhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:02 PM | Show all posts
mrsamz posted on 12-4-2013 11:55 AM
isu kos penjagaan anak2 di taska da lama jadi isu..patutnya nak pru ni benda2 mcm ni la yg diperjuan ...

Betul.. benda2 camnih la yg perlu diberi perhatian. Dan aku harap dasar dan subsidi utk yuran bulanan jagaan anak2 di pst jagaan tu diperincikan serta diteliti semula supaya manfaatnya diperluaskan tak kira utk mak pak keje kerajaan atau swasta. Kelayakan pendapatan isi rumah RM3k ke bawah tu dah kurang sesuai dlm keadaan sekarang yg serba serbi kos meningkat. Dan aku yakin, tak semua org tahu berkenaan adanya subsidi ini. Dan tak semua pekerja tahu ada insentif sebenarnya utk majikan diorang initiate pst jagaan di tempat kerja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2013 12:05 PM | Show all posts
DeMax posted on 12-4-2013 11:55 AM
Len kali jgn buat anak ramai-ramai

Bertentangan dgn akidah islam sekiranya perancangan keluarga tersebut dilakukan kerana takut terputus rezeki @ tiada sumber rezeki....

“dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka”

-Surah al-An’am, 151-


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:07 PM | Show all posts
jari10 posted on 12-4-2013 12:02 PM
Betul.. benda2 camnih la yg perlu diberi perhatian. Dan aku harap dasar dan subsidi utk yuran bula ...

Sepatutnnya diadakan system support dikawasan office ada day care centre utk mak2 org yg bekerja around the area utk antar anak. So durang tak perlu ulang alik jauh2 ke tmpt pusat jagaan anak. Harga pusat jagaan anak2 ni mesti di pantau oleh kerajaan. Kat luar negara ada system begini. Nampak gaya byklah mak2 org kena resign & jaga anak kat rmh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2013 12:08 PM | Show all posts
asudau posted on 12-4-2013 09:41 AM
kalau RM450 berkualiti tak pe..
nie bayar mahal, tau2 anak2 dah ada kutu..ceh!

taska dgn kutu x dpt dipisahkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:08 PM | Show all posts
cammie1711 posted on 12-4-2013 12:05 PM
Bertentangan dgn akidah islam sekiranya perancangan keluarga tersebut dilakukan kerana takut terpu ...

Mmg betul tp klu tau keadaan diri sendiri yg dah uzur, kurang berkemampuan, jgnlah beranak byk2 smp tak blh jaga, tak terkawal,anak tak terurus, sekolah tak abis psl takde duit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:10 PM | Show all posts
jari10 posted on 12-4-2013 12:02 PM
Betul.. benda2 camnih la yg perlu diberi perhatian. Dan aku harap dasar dan subsidi utk yuran bula ...

betul tu!
Kelayakan bantuan utk yang bergaji  bawah 3k itu semua bullshit!!
Abis kalau yang dah bergaji 4k tapi anak berderet 10 org mcm mane?
Berbanding dgn gaji 3k tapi anak sorang.
Kerajaan ni tak pernah nak teliti betul2 ape yg dorang buat.
Lah ni, ape relevan bantuan duit utk org bujang??
Yang terasa terhimpit skang ni org yg bergaji pertengahan between 3k to 5k.



Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:12 PM | Show all posts
berenti jer keje. asuh n didik anak sendiri..lebih afdal.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:13 PM | Show all posts
cammie1711 posted on 12-4-2013 12:10 PM
betul tu!
Kelayakan bantuan utk yang bergaji  bawah 3k itu semua bullshit!!
Abis kalau yang dah  ...

Orang bujang takde beban ke?? Mana teori ko guna?? Dulu aku bujang, aku kena bg duit utk ubat mak bapa, belanja rmh, sekolah adik2 yg bersusun. Sendiri nak simpan duit lg. Jgn bias klu nak beri bantuan. Kena teliti dr segi sudut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:15 PM | Show all posts
cammie1711 posted on 12-4-2013 12:10 PM
betul tu!
Kelayakan bantuan utk yang bergaji  bawah 3k itu semua bullshit!!
Abis kalau yang dah  ...

semua nak sabsidi..sendiri sedap, sendiri beranak..nak harap kerajaan bagi sabsidi...mulayu mulayu.

sundrik punya kapla, sundrik kontrol la.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:16 PM | Show all posts
jonlabu posted on 12-4-2013 12:15 PM
semua nak sabsidi..sendiri sedap, sendiri beranak..nak harap kerajaan bagi sabsidi...mulayu mulayu ...

Mentality melayu mmg camnlah. Subsidi,subisidi,subsidi. Korang yg nak beranak byk2, sendirilah urus. Sapa suruh beranak byk2. Takkan smp urusan rmh tangga pun gomen kena subsidi.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:18 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 12-4-2013 12:13 PM
Orang bujang takde beban ke?? Mana teori ko guna?? Dulu aku bujang, aku kena bg duit utk ubat mak  ...

Kau sendiri cakap jgn bias kan? abih org yg dah kawin ni x payah nak tanggung mak bapak jugak ka? mane anak2 lagi. sebab tu sebelum beri bantuan ape2 kena teliti betul2. jgn main bagi jerk. Asal declare bujang boleh dapat bantuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2013 12:21 PM | Show all posts
cammie1711 posted on 12-4-2013 12:18 PM
Kau sendiri cakap jgn bias kan? abih org yg dah kawin ni x payah nak tanggung mak bapak jugak ka?  ...

Nak bg bantuan biarlah adil jgn bias. Bantuan diberi mengikut bebanan masing2. Apa yg ko kecoh?? Klu ko ada family & anak ramai, bantuan dpt lbh. Bujang bantuan kurang sikit tp jgn terus cakap, oh!! orang bujang takde beban. Itu tak betul.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:22 PM | Show all posts
jonlabu posted on 12-4-2013 12:15 PM
semua nak sabsidi..sendiri sedap, sendiri beranak..nak harap kerajaan bagi sabsidi...mulayu mulayu ...

Ok la..mungkin kau orang melayu yg x perlukan subsidi kan. Tapi jgn pentingkan diri sendiri der.
Nak bercakap jgn nak mendongak langit, mendebik dada. Sesekali pandang kat bawah tu, tengok org yg betul2 susah kat bawah kau tu. kalau kau x mampu nak tolong, baik tutup mulut kau tu. Adekah semua org yg susah tu x berusaha??? Bukan semua org bernasib baik macam ko der!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:22 PM | Show all posts
DeMax posted on 12-4-2013 11:55 AM
Len kali jgn buat anak ramai-ramai

ada kawan dah level brader2 laa.... a ank dah 3.. bila tanya  "bang, bila nak tambah anak lagi bang...." dia jawab.." ko nak sangat aku glamer jadi pelakon masuk Bersamamu tv3 ker...?"


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:23 PM | Show all posts
cammie1711 posted on 12-4-2013 12:05 PM
Bertentangan dgn akidah islam sekiranya perancangan keluarga tersebut dilakukan kerana takut terpu ...

Setuju bangat bro, ape kan daya kapitalis tgh meratah ekonomi kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.164012 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list