|
Dari FB Datuk Ahmad Yakob..sangat setuju 100% dengan kenyataan beliau ini..
Saya membaca kenyataan beberapa pihak di dada-dada akhbar meminta agar proses pilihanraya dihormati dan rakyat dipohon untuk tidak menggunakan kekerasan menjatuhkan kerajaan. Dalam hal ini saya teguh bersama kepimpinan PAS Pusat yang menegaskan bahawa PAS dari dulu hingga sekarang sentiasa memilih jalan demokrasi berasaskan kepada pendirian bahawa itulah jalan terbaik setakat ini untuk menukar kerajaan yang sedia ada di Malaysia kepada kerajaan yang lebih baik. Justeru, saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihanraya dihormati.
Dalam pada itu, saya juga menggesa pihak-pihak yang mendesak agar pilihan rakyat dihormati juga menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat Kelantan. Jika pilihan yang dibuat oleh rakyat Kelantan pun tidak dihormati dengan menyekat pelbagai hak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Kelantan, bagaimanakah pilihan rakyat di tempat-tempat lain boleh dihormati? Saya mengambil contoh kewujudan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan yang tidak wujud di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, tidakkah ini menunjukkan bahawa pilihan rakyat tidak dihormati sehingga mewujudkan kerajaan dalam kerajaan? Justeru, hormatilah pilihan rakyat. Ini masa untuk bekerja demi kebaikan rakyat.
|
|
|
|
|
|
|
|
kecik82 posted on 19-5-2013 04:29 PM
Kecik gi x? kang amik pic ah esp Datin dan anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
O ye ke.. Ok lapemimpin cam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 posted on 20-5-2013 06:53 AM
Kecik gi x? kang amik pic ah esp Datin dan anak2
Tak gi, nnt akan diupload gambo2 MB sekeluarga..sikit masa lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yang bertanya saya berkenaan menteri-menteri besar yang baru, khususnya Menteri Besar Kelantan. Sejujurnya saya tidak kenal ramai menteri. Tetapi ada satu kisah berlaku dua tahun lepas menarik perhatian saya.
Saya terserempak dengan YAB Dato Ustaz Ahmad Yacob (ketika itu Timbalan Menteri Besar Kelantan) di Gombak. Saya dimaklumkan kemudiannya malam sebelumnya beliau ada menonton rancangan ulangan Tanyalah Ustaz di TV9. Saya panelnya.
Pagi tersebut apabila terserempak dengan beliau, saya salam tangan beliau, dan menundukkan kepala untuk mencium tangan beliau. Bersungguh-sungguh beliau menarik tangan beliau, tidak membenarkan.
Beliau kata "Allah, ore alim ni, ore alim ni.. Ambo nak ngaji denge ore alim ni.. Ambo nak ngaji.."
Saya insan kerdil dan masih mentah berbanding beliau yang telah lama mendidik ummah. Saya bukan nak mengangkat atau membandingkan sesiapa, tetapi tawadhuk beliau yang tampak jujur dari hati yang tulus, memang menawan hati.
Orang yang tawadhuk, Allah angkat. Moga Allah membantu beliau dengan teman-teman yang soleh dan perancangan yang baik untuk kebaikan agama dan rakyat.
Ust Syed Abdul Kadir Aljoofre
Selebriti TV9
|
|
|
|
|
|
|
|
MB Kelantan dan isteri...
|
|
|
|
|
|
|
|
Piala Malaysia 2012
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedap mata memandang gak wife dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Datin Zubaidah binti Abdul Hamid wife MB Kelantan
|
|
|
|
|
|
|
|
Sempoi
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu family MB Kelantan... kak yip nak tacang lebih @yipun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|