CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: setia00

[BEST]Pengalaman seram di kawasan rumah flat/apartment/pangsapuri

[Copy link]
Post time 10-6-2013 07:41 PM | Show all posts
Huda ni rajin la borak2 dgn Siti ni, rose tak berkesempatan nak borak2, rupanya2 Siti ni masa dok kat Sarawak dia pernah kena buatan orang, buatan orang sana katanya.

Huda pun story ada 1 malam tu, dia tengah tido, tetiba dia terjaga sebab rasa panas sangat bilik dia. padahal aircond bilik dia ok je.. paksa gak tidur, tapi terlelap kejap, lepas tu terjaga, berpeluh2 la jugak. sampai subuh baru rasa sejuk aircond tu.

tak lama lepas tu Siti pindah, so rose pun ambil alih bilik master bedroom.
pe'el rose, suka tengok tv lewat malam, bila orang dah masuk tidur, sebab tak yah nak rebut2 kan.hihi
satu malam rose nak masuk tidur, dari ruang tamu nak ke bilik rose kena lalu bilik Huda dulu, ala2 hallway gitu.. bila rose lalu, rose terdengar suara orang mengilai. Huda ni memang kalau ketawa ala2 mengilai. rose pelik, ingat kan dia dah tido.. so rose berenti jap, tengok kat bawah pintu dia gelap je. tapi still dengar suara dia gelak2.. rose pikir 'ish maybe Huda ni tengok movie kat laptop dia kot, or tengah chatting kot'.. rose pun masuk tido.

Esok nye bila sama2 tengok tv, rose tanya la Huda, ko gelak sakan semalam.. Huda cakap " oi, aku tido awal la semalam".. rose diam, maybe dia ni ngigau kot. Huda lak muka dah cuak.

Masa August 2011, rose tengah tengok tv, sampai pukul 12 malam. masa tu bunyi kat atas dah rancak.. dari bunyi perabot, tapak kaki,guli, seret kerusi.. betul2 atas kepala rose. habis tv rose pun nak masuk tido. masa rose berjalan dari sofa ke bilik, di pertengahan jalan, baru rose perasan yg bunyi tu mengikut rose. rose jalan cepat2 masuk bilik, bunyi pun cepat2 ikut rose. once rose masuk bilik, tutup pintu, bunyi pun senyap. Malam tu rose tido buka lampu.hehe
itu je pengalaman tak seram rose.hihi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2013 09:31 AM | Show all posts
rose_2011 posted on 10-6-2013 07:29 PM
salam semua,
rose pun nak tumpang share story gak leh?

boleh je dear...
tak seram ?seram jugak lah sebab duduk serumah dengan orang yang ada pengalaman kena buatan orang ni..
tapi bab guli, alih perabut memang normal untuk rumah bertingkat ni..
kadang-kadang sampai dah lali..
siti kena buatan orang sebab ada orang berkenan dekat dia tapi dia tak layan ke ?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 02:12 PM | Show all posts
terima kasih santeira sebab bagi kacang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 02:56 PM | Show all posts
setia00 posted on 11-6-2013 09:31 AM
boleh je dear...
tak seram ?seram jugak lah sebab duduk serumah dengan orang yang ada pengalaman  ...

dengar kata Siti ni kena sebab bekas kekasih kpd bf dia yg hantar. Wallahualam..
bab bunyi guli n perabot kena alih tu setiap thread mesti ada,even kat oversea pun ada kes2 bunyi ni. rose ada terbaca secara saintifiknye bunyi guli n perabot ni sebab besi konkrit dlm banggunan2 tinggi ni, bila malam besi2 tu mengecut, sebab tu ada bunyi2. rose take for granted je la, tak mau pikir bukan2..huhu, tapi mama rose memang kata itu bunyi kehadiran jin n makhluk2 Allah yg bukan manusia. Allah Maha Mengetahui.

lagi 1 story,
masa rose pindah dari Bukit Jalil, rose sewa kat Seri Kembangan, tapi perangai 1 of the housemate yg bawak masuk bf ( ada rose cite kat thread lain).. rose menumpang jap kat umah member rose kat putrajaya presint 11. sebab rose keje sendiri dari rumah, so waktu member rose g keje, rose ada kat umah.. best apartment tu air ventilation dia mmg best, sejuk je.

tapi rose perasan ada gak bunyi guli, alih2 perabot.. lagi dasyat bunyi org tumbuk lesung batu. pom pang pom pang.. 1 lagi.. bunyi batu jatuh.. betul2 dari unit atas.
imagine la, tengah senyap sunyi, tiba2 " POOOOMmm!!!!", tak ke tekejut lemah jantung. macam tu la berulang2.. tengah2 aman damai senyap sunyi,  tetiba bunyi besi or batu jatuh betul2 atas kepala.

tapi rose still pikir positif itu manusia yg buat, sebab waktu siang, logik gak org menumbuk sambal, budak2 main guli.. etc2



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 03:02 PM | Show all posts
rose_2011 posted on 11-6-2013 02:56 PM
dengar kata Siti ni kena sebab bekas kekasih kpd bf dia yg hantar. Wallahualam..
bab bunyi guli n ...

ohh...
macam setia 3 bijik rumah atas rumah setia semua kosong..so tak tau lah siapa yang main guli dengan susun perabut malam-malam buta..
tapi kadang-kadang tu terkejut jugak sebab tiba-tiba kan..
tapi dah lali... abaikan je lah..
sebab lagi kita fikir lagi kita susah hati..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 03:12 PM | Show all posts
setia00 posted on 11-6-2013 03:02 PM
ohh...
macam setia 3 bijik rumah atas rumah setia semua kosong..so tak tau lah siapa yang main gu ...

setuju tu. jangan amik pusing sgt. baik kita fokus kat kehidupan yg nyata ni.
bila setia mention macam tu, baru rose teringat..

masa rose sewa kat bukit jalil tu, umah sebelah rose memang kosong, takde orang. selama 3 tahun rose duduk, memang kosong. dari awal duduk, memang pintu grill umah tu tak pernah bukak kot, sebab berhabuk sangat.

n rose n huda pernah naik nak tengok siapa dok kat ats umah rose tu.. rose tingkat 5, n ada 17 tingkat semua nye. so tingkat 6 tu memang ada penghuni, tapi tak sure la org apa..

memang privasi aprtment tu, jenis mind ur own business je. ramai dari timur tengah n african sewa situ.
n ada kawan rose dia pernah cakap, apartment rose tapi tak sure block mana, ada yg haunted. sebab kawan dia pernah kena.

dalam privasi2 pun, ada yg buat rose bengang, hari2 weekend kita nak tidur n bangun lewat pun tak dapat.. ada patut hari ahad nan indah tetiba ada laki bini bergaduh, kadang2 ada anak menangis2.. memang jelas la dengar dari bilik small room rose dulu. sebab mengadap ke tempat org lalu lalang. rose bengang sgt rose jerit dari bilik rose suruh diam. Alhamdulillah senyap pastu. rose pun tido dengan aman. hihihi

ada sekali tu one guy ni mabuk2, dok marah org dalam suruh bukak pintu.. cakap bahasa rose tak paham. suara mcm african.. tak lama pas menjerit2 tu rose dengar bunyi meletop. rose tak sure pistol ke apa, innocent sungguh..hehe.

maaf rose lari dari tajuk lak.huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2013 04:35 PM | Show all posts
uii...dpt tacang!!...toce toce toce....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 04:50 PM | Show all posts
setia00 posted on 10-6-2013 10:31 AM
kesiannya...
mesti ngeri kan?...
pe kesan kat family budak tu ?

still duduk situ...lagipun family kawan pun kuat agama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2013 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
salam Tetibe terasa nak share 1 citer ni. Citer x seram pon tp ala2 misteri gitu. Al kisah:-

Pada malam xx haribulan xxxxx tahun 2010(x igt exact date). Bertempat di salah satu unit di kondo yg terletak di kg laksamana, selayang. Jam menunjukkan pukul 3 lebih. Aku terasa ingin merokok. Disebabkan menghormati family dalam rumah yg x merokok, aku pergi ke beranda rumah ku yg terletak di tingkat 4. Permandangan disini cukup indah. Boleh melihat sungai yg keroh mengalir ke bt.caves(tempat india mandi kalo ada upacara dorang tu). Kelihatan juga gunung yg terjadi daripada batu kapur(belakang bt.caves).

Sesampai di sliding door, aku menyelide(sebab sliding doorkan, kenelah slide dier) sliding door berkenaan dan melangkah ke beranda, aku menikmati permandangan itu sesaat dua. Aku menyeluk saku seluarku untuk mengambil rokok dan lighter. Kucabut keluar sebatang rokok lantas menyalakannya. Sedutan pertamaku aku hembus dengan membuat bentuk 'O', maka termuncung-muncunglah mulutku untuk membuat 'O' yang sempurna.(Amaran oleh kerajaan Malaysia:merokok membahayakan kesihatan)

Ketika rokok di tanganku tinggal separuh, kelihatan di sebelah kiri hujung mataku kelibat benda berwarna putih terbang tinggi tetapi semakin merendah menuju ke sungai. sehinggalah benda itu terbang rendah menyusuri sungai lalu hilang dari pandangan aku. Terpacul kata2 'besarnya burung tu. Gile ah!' dari mulutku. Disebabkan rabun jauhku yg agak power, aku tidak dapat mengecam makhluk tersebut. Aku menghabiskan rokokku dan masuk kedalam lantas sambung membaca manga kegemaranku,naruto.

P/s:masa tu siyes aku xde rasa seram, meremang or whatever. Infact aku x terpikir pon psl bnda tu. Keesokan harinya baru lojik aku dpt berfungsi. Baru aku terpikirpikir bnda apa yg terbang smlm. N baru aku perasan yang benda tu seperti kain dan tidak mengepak maknanya bukanlah burung. Apakah benda tersebut? Hehehe.

Begitulah sedanya cerita saya.
X seram pon. (n_n)v
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2013 04:49 PM | Show all posts
rose_2011 posted on 11-6-2013 03:12 PM
setuju tu. jangan amik pusing sgt. baik kita fokus kat kehidupan yg nyata ni.
bila setia mention  ...

setia tak suka duduk apartment yang ada warga asing..
sebab rasa tak selamat.
entah-entah orang africa tu kena tembak kot sebab bising..  
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 09:56 AM | Show all posts
3 bulan lepas, aku menyewa di apartment di area bangi.. kawasan baru naik gak le dr rupanya tu.. memula ok je.. setakat bunyi guli dan bunyi heret perabot tu aku dah x peduli sangat sbb benda tu bukan suka kacau pun.. aku tau dari pglmn duduk di umah aku di png tu.. xde la rasa takut sangat wpun tau umah aku tu kat floor yg paling atas dan atas umah aku tu cuma ada tangki air je.. secara logiknya, xdenya org main guli kat celah2 tangki air atau pindah perabot tgh2 mlm!! tapi nak masuk bulan ke2, aku terdengar bunyi 'best' time subuh... masa tu baru je lepas azan subuh, tetiba aku dengar bunyi 1 group anjing ni menyalak dr arah rumah sampah.. ingatkn biasa la, kot anjing tu bergaduh atau berebut makanan.. tapi ditgh2 salakan anjing tu, tetiba ada bunyi lain yang memang seram giler.. jelas dengar bunyi sesuatu menangis sayu.. mmg sah bukan org yang menangis.. mcm mana aku tau? aku sendiri x reti nak describe.. cuma korg bayangkan maya karin aka cik ponti menangis dlm filem harum sundal malam tu dah la.. lebih kurang la gitu bunyinya plus bunyi tu bergema di sekitar apartment tu.. ada la dlm seminit dua bunyi tu before ilang.. lepas bunyi menangis tu ilang, anjing2 tu pun stop menyalak.. lepas kejadian tu, adik aku yang suka berjaga malam pun dengar bunyi yg sama gak.. mmg dia akui seram sungguh bunyi menangis tu..

a few days after that incident, anak aku yg umo setahun lebih tu buat takut nak masuk bilik tgh di umah tu lepas azan maghrib... bilik tu mmg bilik fave dia main sbb ada bnyk brg dia boleh punggah kalo on normal day, wpun bilik tu gelap x psg lampu, dia selamba je masuk main.. tapi senja tu, menangis budak tu nak masuk bilik tu tapi takut2.. dia hanya berdiri depan pintu bilik sambil menangis.. bila aku balik ofis mlm tu, mmg rasa lain skit sekitar bilik tu.. tapi aku beranikan diri masuk bilik tu untuk jenguk dan buka lampu.. si kecik tu pun ikut gak masuk tapi dia dok sembunyi celah kaki aku je sambil dok tengok kat 1 sudut bilik tu sambil mulut dok sebut 'tu..tu..tu'... mmg seriously aku rasa something kat sudut yang si kecik tu dok tunjuk.. penyudahnya, aku on lampu bilik tu sampai pagi.. 2 3 ari gak le anak aku x mau masuk bilik tu lepas maghrib.. ikut citer maksu yang menjaga si kecik tu, time siang, si kecik tu masuk bilik tu mcm biasa je.. cuma lepas azan maghrib je yg dia akan start menjenguk sambil menangis ke dalam bilik tu.. disebabkan minggu tu aku mmg balik malam disebabkan keja, aku cuma pesan kat adik aku supaya pasangkan je lampu dlm bilik tu sebelum azan maghrib.. lepas 2 3 ari baru anak aku berani masuk bilik tu memalam (wpun x on lampu)..

then, a few weeks after that, aku dah nak tido dgn si kecik aku.. time tu dah kul 1 lebih.. kitorg ni kalo tido mesti kat ruang tamu je sebab senang aku nak ke dapur tgh2 mlm untuk bancuh susu si kecik aku yg kuat minum susu.. ruang tamu tu plak dekat je dgn bilik tgh.. bila mata baru je nak pejam, tetiba dengar bunyi tong sampah aku kena selongkar.. tong sampah ni aku letak kat balkoni luar yg bersambung dengan bilik tgh tu.. mmg dengar le bunyi plastik diselak2... memula ingatkn tikus atau kucing.. tapi baru teringat mmg xde kucing yg boleh lepas masuk ke balkoni tu since balkoni tu dah dipasang grill sepenuhnya dan terpisah dr main building.. unless la kucing tu blh terbang atau lompat gila2 jauh.. dan sepanjang duduk di situ, memang xde kesan tikus yg aku blh nampak pun (apartment baru siap).. plus yg menambahkn kepelikan aku, tong sampah aku tu jenis bertutup.. memang kena angkat penutup tu dulu baru boleh buang sampah.. abis, camner plak bleh ada bunyi tong sampah tu dipunggah? last2 aku buat x tau je.. buat2 pejam mata.. bila check tong sampah pagi esoknya, xde la bersepah tp nampak mcm diusik je.. kalo kucing atau tikus, xdenya nak bersopan masa memunggah tong sampah tu kan?

next week, bunyi tu berulang lagi.. kali ni, lama skit bunyi memunggah tong sampah tu.. baru nak pejam mata, buat x tau je, tetiba terdengar bunyi tingkap bilik tgh tu diketuk.. tap tap tap.. siap ada rentak lagi.. utk sedapkan ati, aku andaikan je bunyi cicak mengetuk ekor dia di cermin wpun aku tau bunyi sebenarnya mcm mana (umah mak aku bnyk cicak weii).. dlm hati aku dpt assume cermin tingkap tu diketuk dgn apa sbb aku pernah lalui pglmn yg sama di kampung dulu.. esoknya, aku test teori aku.. mmg betul pun, tingkap tu cuma berbunyi mcm tu bila diketuk dgn kuku!!! utk makluman, bunyi selongkar tong sampah diselongkar hanya terjadi bila ada sisa ayam dan ikan mentah aku buang dlm tong sampah tu (aku beli brg mentah seminggu sekali - time psr mlm.. lepas beli, terus balik umah siang dan cuci).. dan bunyi tingkap diketuk tu plak bila aku x buang sisa bahan mentah dalam tong sampah mlm tu.. aku melawak dgn adik aku, 'dia' heran kot xde mknn dia, tu yg dia ketuk tingkap.. tp aku pesan dgn adik aku, kalo pad atau benda2 berdarah tu, minta cuci dan bungkus elok2.. sbb kita x tau kot ada yg dtg mencari nanti..

apapun, aku lega dah dapat balik umah sendiri di penang ni.. at least, ada husband aku kalo terjadi benda pelik lagi..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 01:09 PM | Show all posts
makkenits posted on 13-6-2013 09:56 AM
3 bulan lepas, aku menyewa di apartment di area bangi.. kawasan baru naik gak le dr rupanya tu.. mem ...

mak aih..
ini betol2 seram...
huwaa.. gagah jua hg hadap..

p/s : penang tang mana? syok weyh balik penang balik.. aku ni bila la nak merasa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 01:52 PM | Show all posts
salam.. sorry tau..macam panjang sikit cite ni..

Dalam 2011, aku pernah menyewa kat rumah flat seksyen 25 shah alam...time tu aku sewa ngan kakak aku. Sebab desperate nak cari umah dengan harga murah (time tu aku student kakak aku keje), kami dapat la rumah ni, flat 1 bilik, tapi hall besar.. lebih kurang camni la masuk nanti jupe dapur dlu mcm lorong la, sbelah kanan, kedalam skit toilet.. kalau kita stret jumpe hall, pastu baru bilik..

Rumah tu fully furnished, sewa sebulan rm400 kot kalo tak silap. ke rm350. kira murah la, siap furnished lagi. .kitorang memang syok habis la, terus bayar deposit & nak pindah immediately.

lepas dah siap kemas2 barang sume, kitorang turunkan tilam yg tuan rumah ni sandarkan kat dinding. kitorang nk tido atas tilam tu la.. (sambil bebel2 kat tenant sebelum ni nape tak tido kat tilam sedangkan tuan rumah dah sediakan tilam dah.. sbb tenant b4 ni tidor atas lantai lapik kain je - ni tuan rumah la gitau..)

malam 1st tu kitorang tido tu dengar bunyi org berdengkur.. kuat sangat2.. sometimes macam mendengus.. tapi sebab ingat jiran so abaikan je la.. setiap malam mesti dengar bunyi guli la, jiran alih perabut la, budak2 lari kejar2, macam besi kena seret.. tapi still dengan naif nya dok rasa anak2 jiran la ni dok memain malam2 x reti nak tido..

Kitorang ni takde la takut sangat.. tapi sikit seram bila nak g toilet.. sebab kena lalu kat hall.. hall rumah tu mcm suram sikit. .pastu yang peliknya ada 1 topi cowboy tergantung elok je kat dinding kat hall.. tuan rumah x bagi alih kalau x silap.. so selalu kat toilet mesti rasa macam ade orang dok perati dari tingkap. selalu gak kalau keluar rumah, balik rumah je pili air toilet terbuka.. tapi kitorang masing2 nyanyuk, dok rasa macam kitorang telupa nak tutup ke ape ke..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 02:06 PM | Show all posts
kemuncaknya bila ada 1 malam tu.. bunyi orang berdengkur tu maha kuat sampai kitorang ni terkejut sangat2..
pastu ditambah plak dengan bunyi ketuk2 kat cermin tingkap tu.. tukk tukk tukk.. sloww..tapi cukup kuat utk kami dengar.. seiring dengan tu bunyi mendengus.. kadang2 bunyi sayuppp macam sedih..

so start malam tu kami dah stress la.. malam tido pun xtenang sangat.. tido pun buka lampu.. dah tak bole nak positif dah.. makin menjadi2.. bunyi orang lalu depan rumah sambil seret besi..kuat sangat2.. streeeettttt... stop depan pintu.. pastu sambung balik...streeettt.. .pastu budak2 kejar2..

next day tu, aku g la turun kat bawah flat..sembang2 ngan makcik situ.. aku tanya la rumah atas aku tu sape yang duduk.. diorang cakap budak pompuan, bujang.. so terkedu jap kat situ.. meaning takde kanak2..dah tu sapa yg dok bekejar tetiap malam plak..
pastu makcik tu sambung lagi.. "kawasan ni memang ramai yang membela.. jangan kacau orang..orang tak kacau kita.." gulp! lagi cuak la aku.. haih, macam tau2 je makcik ni..
dan makcik tu sambung lagi.. "lagi satu, kat blok ni, ada kes sorang pakcik ni meninggal dah lama, sebab dia dok sorang2 takde sapa pun tau dia meninggal kat situ..sampai 1 hari anak dia balik, pecahkan pintu bilik,tengok2 dah berulat atas tilam".. bila aku tanya rumah yang mana.. makcik tu kata "makcik xnak la bagitau rumah yang mana..nanti kamu takut pula".

terus aku flashback semua benda.. tilam kat bilik yang kitorang tidur tu memang macam kotor kat tengah2 tu.. kitorang pun ingat sebab tilam lama.. lapik la comforter banyak2, toto tebal2.. pastu pasang cadar.. pastu pintu bilik tu memang dah pecah pun..kat tombol and pintu macam terkuak.. bilik takleh tutup/kunci.. kitorang xkisah la sebab stay berdua..so xde hal la.. and rumah tu pun memang macam seram lain macam.. bukan seram la.. macam sunyi lain macam walaupun terang benderang sume..

so aku syak tu rumah kitorang la yang pakcik tu meninggal.. sebab tuan rumah pun cakap..yang rumah ni rumah arwah ayah dia..

time tu baru cuak gila2.. tapi antara cuak dan penat, kami pun jadi baran sebab tetiap malam takleh tido kena kacau.. so satu malam tu kami sound kat benda tu soh dia diam laa..kitorang nak tido..keje pagi2.. ko takpe la tak keje..jangan nak mengacau orang bole tak..kitorang penat ni taknak main ngan ko..

pastu ajaibnya..benda tu diam..malam tu kitorang tido aman gila.. the next day pulak..aku ngan kakak dok gelak2 la sebab 'kawan' kami dengar cakap.. sekali lampu bilik terpadam.. taknak on2 dah.. lampu hall elok je xde hal.. so kitorang syak benda tu la mai kacau.. buat derk je la..

lama2 dah lali.. slow2 kami cari rumah sewa baru.. pastu pindah..

dengar cite penyewa memang tak pernah tahan lebih sebulan.. kitorang je yang paling lama bertahan.. tu pun 5 bulan je..
lagipun rumah tu tuan rumah dah buat pendinding.. so benda tu katanya takboleh masuk la.. tu yang mengacau kat luar rumah je.. wallahualam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 11:08 AM | Show all posts
kucengcomel posted on 11-6-2013 04:35 PM
uii...dpt tacang!!...toce toce toce....

suke dapat tacang yer?hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 11:16 AM | Show all posts
makkenits posted on 13-6-2013 09:56 AM
3 bulan lepas, aku menyewa di apartment di area bangi.. kawasan baru naik gak le dr rupanya tu.. mem ...

soryy baru bkesempatan nak reply..
serius seram...meremang bulu roma titiew..
terasa macam benda tu memang akan kekal dekat bangunan tu..
bab anjing tu lagi seram kan...
kalau menyalak tu paham-paham je lah..
jangan lah berani nak intai-intai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2013 11:36 AM | Show all posts
SambalBelimbing posted on 13-6-2013 02:06 PM
kemuncaknya bila ada 1 malam tu.. bunyi orang berdengkur tu maha kuat sampai kitorang ni terkejut sa ...

serius takut...
kenapa tuan rumah tu bodoh sangat ?
tilam tu patutnya buang lah !!
lagi mau suruh orang pakai..
serius kalau setia dekat tempat korang memang setia cabut lepas dengar makcik tu cakap macam tu..
dah terang-terang korang kongsi rumah tu dengan pakcik tu ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2013 11:38 AM | Show all posts
bbalik posted on 31-5-2013 12:47 PM
baca yg apartment riverial ll...
terbaekkss..

betul...patut baca riverial II ...
seram sangat-sangat...
dengan keadaan bangunan dia..
cerita-cerita dari orang yang penah menetap kat sana...
memang seram sangat...
sampai termimpi2 i dibuatnya....


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 02:47 PM | Show all posts
....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 08:34 AM | Show all posts
Cerita ni takdelah scary sangat. Tapi saja nak berkongsi.. Dulu Mal pernah duduk di flat seksyen 4, wangsa maju. Kami 5 sekeluarga. Rumah tu ada 2 bilik, tapi pada masa tu kami adik beradik kecil lagi. So, takde lah rasa sempit sangat. Rumah Mal ayah dah renovated. Extend kat belakang dapur, adakan pintu belakang. So, mak Mal dapat lah nak membuat kuih dengan selesa dan luas sebab masa tu mak Mal menjual sebagai sampingan.

Ceritanya, mak Mal yang terkena. Masa tu dalam pukul 2 or 3 pagi macam tu lah. Kami semua dah tidur cuma Mak Mal je yg masih buat kuih. Mak Mal memang kebiasaannya bila dia buat kuih, dia akan buka tingkap dan pintu belakang. Maklumlah rumah kecil, haba dari pembakar panas. So, bagilah udara luar yg sejuk masuk rumah. Oh, lupa. Belakang rumah Mal ada padang. Ok. Tengah mak Mal syok syok buat kuih. Dia ternampak ada perempuan jalan tapi memandang bawah. Slow je dia jalan. Pandang bawah tak tengok depan.  Tapi mak Mal nampak samar samar lah sebab gelap kat belakang tu. kalau ada lampu pun malap. Dia pun tak fikir bukan bukan. Dia mula terdetik "Eh, kenapa ada perempuan jalan sorang sorang tengah tengah malam ni? Berani betul." Lepastu, lepas habis je dia cakap mcm tu. benda tu memang berhenti betul betul depan pintu belakang. Mak Mal terus terkejut dengan apa yg dia nampak. Barulah mak Mal nampak dengan jelas. Dia pakai baju putih, rambut panjang sampai cecah tanah lepastu TERAPUNG. Mak aihhhh, memang time mak cerita tu memang naik semua bulu roma. Yang tak boleh blanya, mak Mal sempat lagi nak tutup pintu and tingkap supaya benda tu tak masuk rumah. Benda tu angkat muka dia, pusing kepala dia ke kanan tanpa mengerakkan badan tengok mak Mal. Kalau kena kat Mal, pengsan dah situ. ataupun dah lama lari dah. Mak Mal cakap muka dia mcm hitam je. Tak pasti sama ada itu rambut dia atau muka dia. Nasiblah dia tak menampakkan muka dia.. Lepas mak Mal dah tutup semua, tinggal habis kuih dalam oven. Mak Mal lari masuk bilik. Nasib benda tu dah tak kacau dah. Maybe benda tu saja nak uji kot. Lepas kejadian tu, mak Mal dah serik dah nak buat kerja malam malam buta.

Kemunculan benda tu hanya mak je kena. Kami adik beradik hanya kena kacau macam bunyi ketuk pagar and paip sinki dapur tiba tiba terbuka dengan lajunya. Ayah kena teruk sikit, kena peluk dengan benda. Tapi area tu memang ramai rumah lain dah kena dengan benda perempuan ni. Ada yg lagi teruk..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157113 Replies : 3850
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 18945 Replies : 73
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4025 Replies : 67
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 1313 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 1717 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3737 Replies : 13
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187788 Replies : 1711
Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang
YgBenarDakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beb
Views : 6261 Replies : 31
Mak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf selepas menonton Siksa Neraka
JoyahMengayahMak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf s
Views : 11743 Replies : 12
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 8653 Replies : 152

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.994550 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list