CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Tempatan] Tiga maut, beberapa hilang kejadian banjir berdekatan Cameron Highlands

[Copy link]
Post time 23-10-2013 03:57 PM | Show all posts
20 minit je amaran?? siren amaran kol 12 tghmlm lak tu
mmg maut menunggu la

mpangan Cameron Highlands lepaskan air, dua maut

Pasukan bomba mengesahkan dua orang individu maut selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya.
Ketua balai bomba dan penyelamat Cameron Highlands Yusri Abdullah Sani berkata, seorang lagi individu masih hilang.
Bercakap kepadaMalaysiakini ketika dihubungi, beliau berkata seluruh kekuatan pasukannya seramai 28 orang ditugaskan untuk operasi mencari dan menyelamat.
Tambahnya, pihak Tenaga Nasional Berhad yang menjadi pemilik empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian.
Gambar yang diperolehi dari kawasan kejadian hari ini antara lainnya menunjukkan kesan terjahan air serta lumpur yang menenggelami kenderaan dan kawasan penduduk.
Sementara itu,laporan Bernama menyebut, kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dihanyutkan arus deras akibat limpahan air yang dilepaskan dari empangan tersebut.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu dalam laporan itu menyebut, mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

Katanya, pasukan itu masih mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang.

Sebanyak 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu, katanya.
Beliau menambah, air terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Katanya lagi, seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

Sementara itu, ADUN Teja yang melawat kawasan tersebut pula berkata seramai tiga orang maut dan seorang lagi hilang di Bertam Valley.
"Jumlah kematian mungkin meningkat. Pihak berkuasa sedang memeriksa punca kejadian," katanya di Facebook.
Laporan The Star Online pula menyebut, seramai tiga orang didapati masih hilang.
Kejadian itu berlaku selepas hujan berterusan yang menyebabkan kejadian banjir Perak dan Kedah.
Seramai 1,158 orang dilaporkan dipindahkan di daerah Manjung hari ini akibat banjir.
Keadaan banjir di Kedah pula bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 692 orang berbanding 2.176 orang pada hari sebelumnya.
[Berita penuh menyusul]


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 04:00 PM | Show all posts
ada brapa banyak empangan hidro kat CH ni hah?belah pahang ada, belah gua musang pun ada...keliling penuh air..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 04:04 PM | Show all posts
kesiannya.. takziah pada mangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 04:06 PM | Show all posts
Mutakhir
Kira-kira 80 rumah hanyut dalam kejadian limpahan empangan
2013/10/23 - 15:32:20 PM Cetak Emel Kawan



KEADAAN kawasan sekitar tebing Sungai Bertam dekat Ringlet, Cameron Highlands selepas dilanda banjir. - Foto Ikhwan Munir

KUANTAN: Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.

Kejadian pada jam 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak jam 7 malam semalam.

Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.

"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

"Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.

"Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terbabit dalam operasi itu," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 04:13 PM | Show all posts
aqissa posted on 23-10-2013 11:54 AM
peghhhh...dengan sampah camtu...rasa cam kat negara ketiga plak....

dah penduduk negara ketiga ramai duduk di situ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 04:21 PM | Show all posts
ex_klia posted on 23-10-2013 02:06 PM
ko duk dekat dengan area umah aku ke

kat mana umah ko tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2013 04:22 PM | Show all posts
teruknye keadaan...
kesian org2 yg kene tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 04:24 PM | Show all posts
diberitakan dah 7 mangsa meninggal akibat nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 04:29 PM | Show all posts
[KEMASKINI, BERGAMBAR] Banjir: 3 Maut, Seorang Hilang Di Cameron Highlands
  
Wednesday, 23 October 2013 15:48

Sebahagian tempat yang mengalami banjir pagi tadi/ Pix: Pembaca mDSebahagian tempat yang mengalami banjir pagi tadi/ Pix: Pembaca mDCAMERON HIGHLANDS:  Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.

Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan tiga maut manakala seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsayang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

.."Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.

.."Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Read more: http://malaysiandigest.com/bahas ... eron-highlands.html



-NST
-Bernama Last edited by adik^manis on 23-10-2013 04:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 04:32 PM | Show all posts
rospinki posted on 23-10-2013 11:59 AM
memang dh teruk cameron la ni...penuh dgn wrga asing beranak pinak..hujan siang malam kt sana skrg.. ...

cuaca pun dah tak sesejuk dulu kan? mlm jer best sikit, kalau siang tu takda lar beza sgt dgn BDO

sesak dgn byk sgt kereta, they should already start to limit the numbers of cars that can be allowed up there

gulp baru ingat nak memanjat cameron weekend ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 04:35 PM | Show all posts
adnil posted on 23-10-2013 04:24 PM
diberitakan dah 7 mangsa meninggal akibat nih..

sumber pls. ramai lg masih hilang tgk dr pic tu

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 04:44 PM | Show all posts
bila alam bersuara..
trend skrg ni, pembangunan melampau sgt. mana tempat yg agak2 best, trus nak pacak bgnnan.
kat kl ni lg teruk, mana tempat yg kosong?
pastu, pantang hujan lebat je, tanah runtuh la kat merata2 cerun.
yg jadi mangsa org2 biasa ni jgk..

bukit kiara tu sikit masa lg je nak kena taram. berjaya group dh dpt, cadang nk buat stadium, private hospital, international school.. sume tuh utk org kaya aje. nak kayakan lg geng2 org kaya..
skrg ni, kat area umah jihah pun dh byk jumpa haiwan2 yg jarang nk jumpa - ular tedung, sawa, monyet, tupai. kalu ada kes kena patuk ular, sbb ular tu dah xde tempat tinggal la. dah umah dia kena kacau.

aishh, geram tul ngn org yg buat keputusan pembangunan ni  


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 04:47 PM | Show all posts
atira posted on 23-10-2013 03:57 PM
20 minit je amaran?? siren amaran kol 12 tghmlm lak tu
mmg maut menunggu la

teruknya. selalunya kejadian macam ni banyak berlaku kat luar negara je esp di china, macam tak percaya je. nampak mcm tnb yang akan bertanggungjawab dalam kejadian ni, betul ke mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 04:48 PM | Show all posts
degil81 posted on 23-10-2013 04:21 PM
kat mana umah ko tu

Bukit Antarabangsa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 04:51 PM | Show all posts
elohim bayar cash sahaja sekarang ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 04:55 PM | Show all posts
atira posted on 23-10-2013 03:57 PM
20 minit je amaran?? siren amaran kol 12 tghmlm lak tu
mmg maut menunggu la

20 minit tak cukup bangunkan semua org..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 05:03 PM | Show all posts
jihah posted on 23-10-2013 04:44 PM
bila alam bersuara..
trend skrg ni, pembangunan melampau sgt. mana tempat yg agak2 best, trus nak p ...

$$$ talk maaaaaaa

Yg laen pejam mater jer..............
Yg UNTUNG saper??

Ada chance ker om melayu nak tanam sayoq kat sana?
Tunjuk muntut laaaaa

Saper D.O.?
Haper bangsa dier?
Keturunan saper?

5 tahun lagi............Bangladeshi bley jadi tauke kat Cameron.
Melayu menang jadi kuli makan gaji jer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy posted on 23-10-2013 04:32 PM
cuaca pun dah tak sesejuk dulu kan? mlm jer best sikit, kalau siang tu takda lar beza sgt dgn BDO
...

Mmg dh tak sejuk..dulu mak aku g cameron tauhun 70 an..dia kate kat sane jual minyak pakai kilo..sbb minyak beku...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 05:08 PM | Show all posts
ex_klia posted on 23-10-2013 04:48 PM
Bukit Antarabangsa

hah betul la tu.. tp aku jiran ko la uk perdana
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 05:12 PM | Show all posts
True-X posted on 23-10-2013 05:07 PM
Mmg dh tak sejuk..dulu mak aku g cameron tauhun 70 an..dia kate kat sane jual minyak pakai kilo..s ...

mlm jer sejuk now, and from yg dah meninggal tu, semua foreigners

yg jual kat pasar pun ramai jer foreigners, tinggal lar aci2 kat kuarters tu seciput
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.369948 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list