hehe ok la tambah perencah dalam panggung tanah air...
sekurang kurangnya tak la semua orang nak bercakap lu gua lu gua.
tak la nak bercakap slanga ' lengchai suda mari maa'
kurang kurang ada juga yang terkesan takut nak keluar malam sebab takut terserempak dengan hantu...
saya sokong juga dgn pergi tgk cuma tak suka bila org kita buat filem main bedal dan sedap tekak je
pentingkan untung je..
tp tak didik penonton
dahlah ide sumer men cedok sana sini...
sapa tak bengang bendang sendiri org len dapat beras
Post time 4-11-2013 10:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
edee_91 posted on 4-11-2013 10:04 PM
kang kalau laki yang dok terjerit-jerit, lagi lah rasa macam nak bakar panggung.
haha...tu bukan lelaki namanye...itu teeettt...maksud aku pelakon pompuannye..bleh x kalau takut buat ekspresi muka takut..tp x jerit2..haa seksa kau nak buat macamtu..
barulah datang mood seramnya..
ni terjerit2 tak tau ape yang seram sangat tah...sakit telinga hokey
Author|Post time 5-11-2013 09:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Konsep movie camni baru lagi. Org yg xpaham konsep mesti ingat rakam real punye. Tp best gak baca ketidaklogikan yg ada dlm citer sbb xsuma org ada pengalaman mistik..
Mcm org kene rasuk tu.. ada yg pernah dpt rakam real punye kerasukan ke?
hantu sebenar muncul dalam filem highland tower
BERITA | TEMPATAN
Share on facebookShare on twitterShare on linkedinShare on google_plusone_shareShare on emailMore Sharing Services
1
HANTU SEBENAR MUNCUL DALAM FILEM HIGHLAND TOWER
Judul Filem: Highland Tower
Genre: Seram
Pelakon: Mika, Nizam, Edy, Shima Anuar dan Atikah
Pengarah: Piere Andre
Terbitan: MIG (Metrowealth Pictures)
Tarikh Tayangan: 31 Oktober
Ulasan Penulis:
Bukan mudah untuk menilai hasil karya yang dibuat berdasarkan kisah benar. Dari segi sinematografi dan pengarahan video, ia mungkin nampak tidak berapa kreatif dan banyak kelemahan namun ia bukanlah sesuatu perkara yang perlu dibangkitkan di sini.
Namun, pihak produksi perlu mengambil berat dari segi pemilihan krew dan perlu mengkaji tahap profesional setiap tenaga kerja. Mungkin pengalaman sebegini tidak menjadi kecoh dan lebih baik seandainya mereka mempunyai krew yang pandai dalam selok-belok dalam dunia mistik.
Secara dasarnya, pujian harus diberikan kepada pengarah atau penyusun cerita ini iaitu Pierre Andre yang mampu membuat penonton suspen dari mula cerita serta ingin tahu wajah sebenar hantu. Tiada skrip yang digunakan kerana semua kata-kata yang dilemparkan para pelakon atau krew adalah tutur kata jujur dari hati mereka.
Menilai dari segi jalan cerita, sebenarnya amat sukar untuk menghasilkan filem sebegini. Jadi, kejayaan utama filem Highland Tower bukanlah terletak kepada gaya lakonan para pelakon baru ini.
Sebaliknya, ia lebih kepada kejayaan pihak produksi yang dapat merakam aksi hantu yang bukan dilakonkan semula. Secara jujur, mereka masih baru dalam dunia lakonan dan perlu banyak lagi belajar untuk menjadi pelakon yang sebenarnya.
Dari mula lagi, peminat sudah seram kerana mood yang digunakan. Tiada unsur jeritan yang dibuat-buat kerana segala jeritan bayi itu adalah bunyi yang memang wujud di tempat kejadian.
Klimaks filem ini apabila salah seorang krew telah disampuk dan histeria. Lebih mengejutkan apabila mereka sudah kehilangan kawan yang ditinggalkannya tanpa disedari.
Bagaimanakah wajah sebenar hantu dan pontianak? Adakah ia benar-benar seperti yang digambarkan oleh para penggiat seni tempatan? Ketahuinya dengan menonton filem Highland Tower.
SINOPSIS
Kisah dua sahabat iaitu Mika dan Nizam yang ingin membuat dokumentari pendek di sebuah tempat seram di bangunan bersejarah Highland Tower. Dengan bantuan produksi MIG, Mika dan Nizam berjaya mendapat dana untuk merealisasikan impian mereka.
Pihak produksi telah menambah pasukan Mika dan Nizam dengan kemasukkan Edy, Shima Anuar dan Atikah. Pada malam pertama membuat liputan, macam-macam kejadian aneh berlaku sehingga ada yang mendengar bunyi yang sangat membingitkan dan kamera lampu tiba-tiba terpadam.
Lagi mengejutkan, Shima telah hilang dan disembunyikan oleh sesuatu.Team Mika dan Nizam berasa susah hati dan mereka mencari Shima sehingga jumpa. Selepas kejadian itu, mereka semua meninggalkan Highland Tower dan ada benda yang telah mengikut mereka.