CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dzulqarnain

[ISU PERDEBATAN]Orang Halus dan Hantu Jembalang Dicabar

[Copy link]
 Author| Post time 27-12-2013 08:58 AM | Show all posts
angahsmart posted on 26-12-2013 10:21 AM
em pendapat aku yang tak bape nak bernas ni, cuba korang cari sejarah amerika pada kurun ke-17. pada ...

Zaman nabi s.a.w. pn dia s.a.w. dituduh sbg ahli sihir hanya krn kata² (Kalam Allah)
- abad ke-17 tu ramai ahli kitab dibunuh krn mengamalkan ajaran kitab mereka

Alasan yg mudah utk massacre mereka dgn mengatakan mereka ahli sihir
yg menjadi ratiban umat hingga ke hari ini...kesian kn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2013 09:00 AM | Show all posts
nordiana87 posted on 26-12-2013 12:01 PM
aku xbaca artikel tu..pnjg sgt..baca komen forumer je..
pada aku nama pnggilan antu pocong, langsui ...
yg penting..percaya bahawa wujud nye alam ghaib..
Statement cenggini saya setuju...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 09:53 AM | Show all posts
hantukiller posted on 26-12-2013 12:54 PM
Syaitan itu makhluk???

'Kun fayakun' - tanah, air, api, cahaya, etc.
- Yg nyata mahupn ghaib...

Makhluk² al-ardh (bumi)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 09:58 AM | Show all posts
hantukiller posted on 26-12-2013 01:06 PM
Golongan jin, bila disebut golongan ni maknanya berbagailah ye, bangsa ke, jenis ke spesis ke

D ...
Alam jin ni seperti alam binatang juga.... contohnya harimau, bermakna bukan satu jenis je harimau tu, bermacam macam, kucing pun dalam kategori harimau kan, dan kucing tu pun berpecah lagi, ada kucing kg ada kucing bandar...... tu belum kira jenis jenis kambing, lembu,semut, lebah, burung dll


So alam jin pun macam tu, semuanya jin jugak, hantu pon dari golongan jin, dewa(orb) pun dari golongan jin, dan setiap golongan jin tu terbahagi samada berbagai bangsa atau berbagai spesis untuk membezakannya, dah berbagai spesis dan jenis, tentu rupaparas berbeza, tabiat berbeza, makanan berbeza... tapi yg penting, semuanya jin jugak... dan jin yg mengacau manusia dipanggil syaitan
Alam jin dan manusia tu alam al-ardh (bumi)
- yg satu ghaib, yg satu nyata

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 10:29 AM | Show all posts
unoryah posted on 26-12-2013 01:14 PM
iya ke?
asal bukan Islam mesti kafir?
maksudnya nabi Adam tu kafir la ye?
iya ke?
asal bukan Islam mesti kafir?
maksudnya nabi Adam tu kafir la ye?
dan semua 24 nabi yang bukan Islam?

setahu saya, hanya Nabi Muhammad SAW je yang Islam (betulkan kalau silap)

Nabi Adam a.s. pn bawa Islam kpd umatnya
Nabi Ibrahim a.s. dan Yaakub a.s. pn bawa Islam kpd umat masing² (2:132)
dan penutup kenabian tu Muhammad s.a.w. juga bawa Islam kpd seluruh jin dan manusia
- semua para anbiya dan mursalin a.s. bawa Islam mengikut syariat masing²

Apa itu Islam? - Rujuk: Quran Dictionary - س ل م
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 10:39 AM | Show all posts
jefrilza posted on 26-12-2013 01:22 PM
kat barat pun ada toyol tau... goblin, brownie atau gnome... gnome ni macam toyol le... tapi gnome ...
kat barat pun ada toyol tau... goblin, brownie atau gnome... gnome ni macam toyol le... tapi gnome suka syiling emas.. tak ke macam toyol tu... ogre lak macam jembalang tanah, hijau, besar & garang...

bukan masyarakat melayu je taksub dengan hantu ni... semua bangsa, masyarakat ada istilah sendiri utk hantu ini... melayu=hantu, cina=kui, omputih=ghost... kalau le melayu je yang taksub ngan hantu n bangsa lain tak pernah nampak hantu atau tahu hantu ni.. mesti perkataan 'hantu' ni dah jadi universal macam durian, rambutan...

hantu tu kan jin... jin ni pun dia merupa atau meniru ikut imaginasi manusia dan budaya masyarakat setempat...

Kan.

Semua pn nama² manusia yg bg, diolah dlm penceritaannya.
Imaginary/gambaran manusia yg berbilang agama, bangsa, budaya dan ofkos bahasanya...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-12-2013 10:47 AM | Show all posts
jefrilza posted on 26-12-2013 01:40 PM
agama sebelum nabi muhammad disebut sebagai agama tauhid... agama yang mengesakan Allah swt... aga ...
agama sebelum nabi muhammad disebut sebagai agama tauhid... agama yang mengesakan Allah swt... agama samawi, agama dari wahyu Allah

nabi adam as dan nabi2 lain sebelum nabi muhammad bukan kafir... sbb mereka mengtauhidkan Allah swt...

malah ada sahaja yahudi yang mengesakan Allah tapi tidak memeluk Islam, apa nasib mereka.. Hanya Allah yang boleh tentukan sbb dalam AlQuran ada  Allah berjanji "Innaddina 'indallahil islam"... sebab hidayah tu sendiri pun di tangan Allah... Hanya Allah yang mampu memberikan yang terbaik pada hambaNya...

hinduism, buddhism.. ni agama bukan wahyu (ardhi), agama yang direka manusia... menyembah selain dari Allah... sah-sah mereka kafir...

Agama tauhid (hanif) tu utk Ibrahim Khalilullah a.s. yg tdk memihak selain yg benar (Haq) - sbg muslim

Hinduism, Buddhism adalah ideologi/pemikiran manusia yg dijadikan cara hidup (agama)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 10:51 AM | Show all posts
jefrilza posted on 26-12-2013 01:47 PM
pembetulan sikit je...

Janji Iblis pada Allah ialah nak menyesatkan semua anak2 Adam... tidak k ...
pembetulan sikit je...

Janji Iblis pada Allah ialah nak menyesatkan semua anak2 Adam... tidak kirala apa agamanya... kalau tak kacau nanti yang sesat tu terjumpa jalan pulang... rawan pulak hati Iblis tu nanti...

kenape lak mat saleh kafir tak kena kacau... tetap kena kacau tapi MO dia lain sikit... tak macam MO utk orang Islam k...

Last edited by jefrilza on 26-12-2013 02:06 PM

Sama je kot, kafir ke muslim ke...
- Iblis dan syaitan x mahu manusia ikut jln yg lurus

Kecuali si mukhlis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2013 10:56 AM | Show all posts
Orait. Sblm sambung lg, saya kongsikan kekdah Iblis buat kerjanya
- menzahirkan yg palsu itu dalam bentuk yg benar...




Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain posted on 27-12-2013 10:47 AM
Agama tauhid (hanif) tu utk Ibrahim Khalilullah a.s. yg tdk memihak selain yg benar (Haq) - sbg  ...

ohh... ok... terima kasih utk penerangan itu...

lupa pi dah... lama sgt dah tinggai sekolah... hikhikhik...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain posted on 27-12-2013 10:47 AM
Agama tauhid (hanif) tu utk Ibrahim Khalilullah a.s. yg tdk memihak selain yg benar (Haq) - sbg  ...

ohh... ok... terima kasih utk penerangan itu...

lupa pi dah... lama sgt dah tinggai sekolah... hikhikhik...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 11:10 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 27-12-2013 08:07 AM
Ini yg jd masalah utama tu - didikan

Kita ada ibu-bapa, ada sekolah² rendah-tinggi, ada pe ...

ini masalah iman bukan masalah ibu bapa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2013 01:32 AM | Show all posts
surfinv posted on 27-12-2013 12:21 AM
Assalam.
(jika para ustaz dan alim dan yang bijak dan arif tentang agama islam, mohon pembetulan pa ...
yang wajib kita percaya adalah syaitan, jin dan iblis...
Maksudnya, wajib percaya kewujudannya kn?
Bkn percayakannya kn?
- ada beza x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2013 02:14 AM | Show all posts
surfinv posted on 27-12-2013 11:10 AM
ini masalah iman bukan masalah ibu bapa

Sbb seingat saya
mana ada lg manusia yg dibesarkan dek beruk i.e. tarzan?
- ibubapa yg berperangai beruk tu mgkin ada le kot...

Sepertimana pesannya Luqman a.s.

Wahai anak kesayanganku
janganlah engkau mempersekutukan Allah
sesungguhnya perbuatan syirik itu
adalah satu kezaliman yang besar
(Luqman 31:13)

Nasihat dan didikan tu tanggungjawab khalifah (ibubapa)
dan TV tu matanya cuma satu dan xkn jwb jika ditanya soalan...

Anak² perlu dididik, diasah akalnya utk memahami
nasihat itu juga sbg doa dan didikan tu usaha dgn sesungguhnya

Sabda nabi s.a.w.:
Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah
Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi
seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi
Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat
apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya?
- Bukhari

Juga termaktub dlm Taqdir Allah

Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri
(Ar-Ra'd 13:11)

Bknkah anak-isteri-harta tu satu amamah yg dikurniakan Allah?
- maka pelihara ia sebaik²nya...

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 04:47 PM | Show all posts
cerita ni aku ambil daro blog bentara tujuh... credit utk bentara tujuh...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah, “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarahkan semua makhluk untuk sujud kepada Nabi Adam. Kesemua makhluk akur akan perintah ALLAH subhanahuwata’ala, KECUALI IBLIS. Disebut di dalam surah Al-Baqarah ayat 34, “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.” Iblis atau nama asalnya AZAZIL, telah dicipta daripada nyalaan api dan merupakan makhluk yang amat cantik. Iblis dengan bongkaknya telah berkata, “Mengapa harus aku sujud kepada Adam yang dijadikan daripada tanah, walhal aku telah dijadikan daripada nyalaan api yang cantik?” Oleh kerana keengganannya menurut perintah ALLAH subhanahu wata’ala, Iblis telah ALLAH tukarkan menjadi makhluk yang amat hodoh. Iblis menjadi makhluk pertama daripada kaumnya. Dia amat berdendam kepada Nabi Adam dan telah bersumpah akan menyesatkan keturunan Adam dan Hawa dan memastikan mereka terjerumus ke Neraka. Sumpah iblis telah dinyatakan dalam surah Al-Israa’, ayat 62, “Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaka hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)”.  Permohonan Iblis dinyatakan sekali lagi dalam ayat 14 surah Al-A’raf, “Iblis menjawab,“Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan”.

ALLAH Maha Pengasih, telah memperkenankan permintaan Iblis, tetapi ALLAH juga Maha Bijaksana. Dia tidak membiarkan Nabi Adam bersendirian di bumi untuk disesatkan oleh Iblis. Oleh itu, ALLAH telah menciptakan para Bunian dalam bentuk manusia, tetapi daripada cahaya – sama seperti Malaikat – dan bukannya daripada tanah. Walaupun begitu, kewujudan para Malaikat daripada cahaya tidak dinyatakan di dalam Al-Quran, sebaliknya daripada satu hadith yang diriwayatkan oleh saidatina Aisyah radhiALLAHu’anha, yang mana Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda, "Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)".  Para Bunian telah ditugaskan untuk melindungi dan membimbing manusia dan membinasakan iblis serta kaumnya.  Iblis telah berkata, seperti yang telahdinyatakan dalam surah Al-A’raf ayat 12,"Aku lebih baik dari dari dia (Adam), aku diciptakan dari api sementara dia diciptakan dari tanah" dan sekali lagi dalam surah Al-Israa’, ayat61, “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?”

Setelah berjaya menyebabkan Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga, Iblis yang telah bersumpah akan menyesatkan manusia telah menghasut pula anak Nabi Adam iaitu Qabil. Apabila Adam dan Hawa mempunyai dua pasang cahaya mata kembar, ALLAH subhanahu wata’ala telah memerintahkan Nabi Adam supaya mengahwinkan antara keduanya, iaitu Habil dijodohkan dengan adik Qabil, Iqlima, manakala Qabil pula dengan adik Habil, Labuda. Iblis telah memainkan peranannya dan Qabil tidak bersetuju kerana dia berpendapat bahawa adiknya Iqlima lebih cantik dari Labuda dan ingin memperisterikannya. SubhanAllah, Qabil telah membunuh saudaranya Habil akibat dari hasutan Iblis. Lalu terjadilah pembunuhan pertama di dalam sejarah Manusia. Peristiwa ini telah dinyatakan di dalam Al-Qur’an di dalam surah Al-Ma’edah, ayat 30, “Maka hawa nafsu Kabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya, maka jadilah iaseorang di antara orang-orang yang rugi.”

Kejadian ini telah melenyapkan 1/6 daripada populasi manusia ketika itu! MasyaALLAH, bagaimanakah manusia akan terus hidup dan berkembang? ALLAH subhanahuwata’ala telah mengutuskan para Bunian dan jin Islam untuk membantu melindungi Adam ‘alaihissalam dan keluarganya daripada tipu daya dan penyesatan iblis. Para Bunian dan jin Islam telah membantu mengajarkan Adam bagaimana untuk bercucuk tanam dan membina rumah, kerana Adam tidak mengetahui perkara-perkara ini ketika beliau dikeluarkan daripada Syurga. ALLAH Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui telah menciptakan para Bunian dan sejak itu, para Bunian telah mengawasi dan memerhatikan anak Adam, membimbing, membantu dan melindungi mereka daripada iblis dan jin Kafir. Allahuakbar.

Iblis dijadikan daripada api yang panas dan marak, dan amat cepat membiak. ALLAH Maha Mengetahui, diarahkanNya para Malaikat untuk memanah iblis daripada langit ketika petir dan para Bunian pula menewaskan iblis daripada bumi, mendampingi manusia dan membimbing mereka ke arah yang benar. Seperti yang telah dinyatakan di atas, para Bunian dijadikan ALLAH daripada cahaya, sama seperti para Malaikat. Bezanya, para Bunian yang dijadikan dalam bentuk manusia dan makan, minum dan tidur, tidak seperti para Malaikat. Para Bunian tidak disebutkan secara literal di dalam Al-Quran kerana mereka menjadi Rahsia ALLAH, dan turut menyimpan  Rahsia-rahsia ALLAH. Para Bunian tidak memakan daging, kerana memakan daging itu satu pembunuhan kepada mereka. Mereka memakan buah-buahan dan daun-daunan. Bau bunga-bunga memberikan tenaga kepada para Bunian. Manusia sering memanggil para Bunian dengan gelaran “Puteri” dan “Putera”, padahal bukan semua para Bunian adalah berketurunan Raja. Masyarakat Bunian juga mempunyai struktur sosial seperti manusia, yang mempunyai golongan Raja/pemerintah dan rakyat biasa. Para Bunian berpakaian putih, dan Raja-raja Bunian mempunyai mahkota dan bersayap. Seperti yang dinyatakan dalam ayat pertama surah Al-Faatir, “Segala puji bagi ALLAH yang menciptakan langit dan bumi. Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan yang bersayap; dua, tiga dan empat. Dia menambah pada ciptaanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya ALLAHMaha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Para Bunian adalah Islam, dan mereka terdapat di seluruh pelosok dunia, terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai umat Islam. Terdapat perawat yang didampingi Bunian biasa yang tidak bersayap atau bermahkota. Para Bunian boleh melintas dari satu Alam ke Alam yang lain, tetapi mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Manusia yang dibuka hijabnya mungkin akan dapat melihat Bunian dengan kehendak ALLAH subhanahuwata’ala dan izin para Bunian itu sendiri. Para Bunian mendampingi mereka yang teraniaya dan yang berhati mulia. Ini disokong oleh ayat Al-Qur’an yang bermaksud “Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi.” (Al-Qasas, ayat 5). SubhanAllah, dengan kehendak ALLAH para Bunian telah diutuskan untuk membantu kita.

ALLAH subhanahuwata’ala telah mencipta pelbagai Alam, dan setiap Alam mempunyai penghuninya yang sesuai dengan habitat mereka masing-masing. Telah dinyatakan dalam surah Hud ayat 7, “Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam hari…”,dalam surah An-Naba’ ayat 12, “Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?” dan dalam surah Ash-Shura ayat 29, "Diantara (ayat-ayat) tanda-tandaNya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.” Manusia menggelarkan Alam Bunian sebagai Kayangan. Ianya terletak di antara Langit dan Bumi, dan dikenali sebagai Alam Zara. Alam Zara tiada cahaya matahari dan mempunyai kelembapan yang tinggi. Namun begitu, ianya disinari cahaya Bunian itu sendiri. Para Bunian bergerak dengan hujan, dan pelangi yang dilihat selepas hujan sebenarnya adalah kilauan sayap-sayap para Raja-raja Bunian yang berterbangan. Para Bunian juga sering kelihatan sebagai bintang-bintang di langit malam. Selain daripada Alam Nyata (Alam Manusia) dan Alam Zara, terdapat beberapa lagi Alam lain yang didiami oleh makhluk-makhluk yang dijadikan untuknya. Terdapat Alam Jin dan Alam Roh,dan jika dirujuk kepada ayat 12 surah An-Naba’, terdapat 7 petala langit dan 7 petala bumi yang mempunyai Alam-alam yang berbeza. Makhluk daripada satu Alam tidak akan dapat hidup di Alam yang lain kerana perbezaan keadaan atmosfera,cuaca, suhu dan faktor-faktor persekitaran yang lain. Tujuan penciptaan makhluk telah dinyatakan ALLAH subhanahu wata’ala dalam firmanNya dalam surah Ad-Dhariyat,  ayat 56, “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” Naman begitu, masih ada di kalangan manusia yang ingin memasuki Alam Bunian dan Alam Jin, dengan alasan (diantaranya) untuk mensyukuri nikmat ciptaan ALLAH, padahal Alam Nyata ini masih belum habis diterokai. Begitulah sifat dan sikap manusia,yang menyebabkan para Malaikat mempersoalkan penciptaannya.

Berdasarkan dalil naqli dari ayat surah Ad-Dhariyat di atas juga, terdapat banyak percanggahan maklumat dan salah faham mengenai para Bunian. Di antara miskonsepsi ini termasuklah:

    Bunian adalah jin. Ramai yang menyangka bahawa para Bunian adalah daripada kaum Jin. Seperti yang telah dijelaskan di atas, para Bunian dijadikan daripada cahaya sama seperti Malaikat. Jin pula, sebaliknya, dijadikan daripada api. Namun begitu, terdapat banyak kes di mana jin (khususnya jin kafir) menyamar sebagai Bunian. Jin-jin ini memperdaya manusia untuk menyesatkan mereka, pada waktu yang sama menjauhkan manusia daripada didampingi Bunian yang sebenar.
    Bunian memberi harta kepada manusia. Kita sering mendengar bahawa ada manusia yang memperolehi batu permata, emas dan perhiasan seperti mahkota dan cincin daripada Bunian. Ini adalah tidak benar sama sekali. Walaupun Bunian merupakan makhluk ALLAH yang paling kaya, tetapi mereka tidak pernah memberikan harta kepada manusia. Bunian membantu manusia dengan memudahkan dan membukakan jalan serta memberikan ilham untuk manusia memperoleh rezeki melalui kaedah-kaedah yang halal. Bunian tidak akan memberikan harta secara fizikal kepada manusia. Manusia yang menerima wang dan harta daripada alah ghaib sebenarnya telah diperdayakan oleh jin dan iblis.
    Mahkota Bunian. Terdapat kes di mana manusia mendakwa mereka menerima mahkota Bunian. Perkara ini tidak mungkin berlaku kerana tidak seperti mahkota manusia, mahkota Bunian tidak boleh ditanggalkan. Ianya tumbuh dari kepala bagaikan tanduk rusa. Seperti di atas, mahkota yang diperolehi hanyalah helah jin kafir yang ingin memperdayakan manusia. Harta-harta ini biasanya diperolehi daripada bomoh. Jika difikirkan secara logik, kenapa bomoh itu perlu memberikan harta kepada orang lain? Kenapa dia tidak mengambil harta itu untuk dirinya sendiri? Bunian merupakan mahkluk ALLAH yang warak dan alim, mereka hanya menumpukan masa beribadat kepada ALLAH – solat, zikir – dan bertempur dengan iblis dan jin kafir. Jin kafir akan mengambil harta-harta serta wang dari tanah perkuburan dan tempat-tempat maksiat seperti kasino untuk diberikan kepada manusia.
    Bunian menculik anak manusia. Seperti yang telah dijelaskan di atas, ALLAH telah menjadikan pelbagai Alam dengan penghuninya yang unik kepada Alam tersebut. Kita sering terdengar kisah bayi yang hilang didalam kandungan. Terdapat beberapa penjelasan mengenai perkara ini. Secara perubatan, ada satu keadaan yang dikenali sebagai “Vanishing Twin Syndrome” (VTS) atau sindrom kembar yang lenyap. VTS menyebabkan salah satu janin kembar “hilang”. Janin yang telah meninggal di dalam kandungan juga boleh diserap semula oleh badan ibunya dan ini menyebabkan janin itu “hilang”. Ia mungkin juga kes pseudocyesis di mana wanita tersebut mengalami “phantom pregnancy” atau kehamilan palsu. Namun begitu, jika ianya tidak dapat dijelaskan secara perubatan, mungkin bayi tersebut telah diambil oleh para Bunian. Ini adalah kerana perkahwinan antara manusia dan Bunian pernah berlaku. Ianya ada yang menghasilkan zuriat sama ada Bunian sepenuhnya atau manusia sepenuhnya. Dalam kes ini, mungkin ada keturunan si ibu yang pernah berkahwin dengan Bunian, dan kandungannya merupakan Bunian sepenuhnya. Oleh kerana bayi itu Bunian, dia tidak akan kelihatan pada mata kasar dan tidak boleh hidup di Alam Nyata, sepertimana manusia tidak akan boleh hidup di Alam Bunian. Untuk menyelamatkannya, ia diambil oleh para Bunian untuk dipelihara dan dibesarkan di Alam Bunian.
    Bunian memunculkan diri kepada manusia. Para Bunian tidak pernah memunculkan diri kepada manusia. Mereka adalah rahsia ALLAH, dan menjadi larangan ALLAH untuk mereka memunculkan diri kepada manusia. Bunian hanya akan menggerakkan hati manusia untuk membantu mendorong mereka ke arah kebaikan.Bunian yang mendampingi perawat juga tidak memunculkan diri, hanya membantu secara rahsia. Dalam kes-kes tertentu, terdapat Bunian biasa yang berkahwin dengan manusia, dan ini memerlukan mereka memunculkan diri, namun hanya pada pasangan masing-masing. Kebanyakan manusia yang pernah melihat Bunian mungkin telah melihat jin yang menyamar sebagai Bunian. Mungkin juga mereka melihat Bunian sebenar dengan tidak sengaja, tetapi Bunian tidak boleh memunculkan diri kepada manusia.
    Gambaran para Bunian. Para Bunian sering digambarkan memakai pakaian putih, berjubah dan berbaju kurung. Mereka sering digambarkan sebagai makhluk yang lemah-lembut, menghabiskan masa di tepi sungai, mandi dan menyanyi. Gambaran ini adalah kurang tepat. Para Bunian adalah panglima perang dan pahlawan yang setiap hari bertempur dengan iblis dan jin kafir. Mereka sentiasa bersenjata dan dilengkapi pakaian perisai, kecuali ketika tidak bertempur. Para Bunian tidak berjenaka sebaliknya sentiasa serius di dalam menjalankan tugas mereka. Tidak dinafikan para Bunian merupakan makhluk yang ihsan dan belas kasihan tetapi mereka juga amat tegas, bijak dan berpandangan jauh. Mereka dikurniakan kuasa sakti oleh ALLAH subhanahu wata’ala untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pelindung, pembimbing dan penyimpan Rahsia-rahsia ALLAH.

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 04:47 PM | Show all posts
Para Bunian telah mendampingi manusia sejak awal lagi. Mereka menjaga dan mendampingi manusia sejak zaman Nabi Adam. Mereka terlibat dalam peperangan menentang kekufuran dan ketidakadilan. Mereka ada ketika zaman Yunani purba, Perang Dunia Kedua sehingga kini. Para Bunian mula mendampingi manusia di Malaya ini sebelum Perang Dunia Kedua. Mereka telah mendampingi Teuku Nyak Puteh, ayahanda kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, untuk memberi amaran bahawa Jepun akan menyerang Malaya. Namun begitu, amaran mereka tidak diendahkan dan Jepun telah menakluki Malaya. Selepas itu, para Bunian mendampingi pula P.Ramlee. Kehidupannya ketika itu sukar. Dia hanya seorang tukang sapu yang membantu di balik tabir. Dengan bantuan para Bunian, P.Ramlee telah meraih populariti dan telah berlakon serta mengarahkan 66 buah filem serta terlibat di dalam lebih 360 buah lagu pada usia yang muda. Para Bunian telah memberi ilham kepada P.Ramlee untuk menerbitkan kisah-kisah yang memaparkan istana Bunian serta kehidupan para Bunian supaya dia dapat menceritakan kebenaran mengenai para Bunian. Namun begitu, P.Ramlee telah mangubah beberapa perkara mengikut citarasanya, khasnya cara berpakaian dan tarian para Bunian. Stereotaip inilah yang telah digunakan oleh penerbit-penerbit filem dan cereka yang seterusnya untuk menggambarkan para Bunian. Filem-filem seperti PanchaDelima dan Sumpah Orang Minyak diinspirasikan oleh para Bunian, dan begitu juga dengan kebanyakan lagu yang diciptanya, khususnya Istana Bunian. Malangnya,para Bunian telah menjauhkan diri daripada P.Ramlee setelah beliau melakukan sesuatu yang tidak disukai para Bunian.  P.Ramlee pernah memanggil semula para Bunian untuk mendampinginya, tetapi para Bunian tidak dapat berbuat demikian kerana perbuatan beliau. Oleh itu, karier seni P.Ramlee semakin menjunam dan akhirnya beliau meninggal dunia seawal usia 44 tahun pada tahun 1973. Setelah itu, ramai pembikin filem mengambil idea mengenai para Bunian dan menggarapkan imej yang berbeza bagi makhluk-makhluk suci ini. MasyaAllah.

Kini, hampir 40 tahun setelah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee meninggalkan kita, para Bunian telah memunculkan diri mereka sekali lagi. Kali ini, para Bunian telah boleh berbicara secara terus melalui waris terakhir Putera Nara iaitu Puteri Nur, satu-satunya manusia kacukan Bunian. Melaluinya,para Bunian telah dapat menyampaikan kebenaran. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, banyak jin kafir yang telah menganiaya para Bunian, menyesatkan manusia dan menjauhkan mereka daripada para Bunian. Inilah peperangan yang tidak dilihat yang telah berlaku sejak awal penciptaan Manusia. SubhanAllah. Begitulah Kebesaran ALLAH. Telah menjadi tugasnya untuk mendedahkan kebenaran mengenai para Bunian. Makhluk ALLAH ini tidak menyakiti atau menganiaya. Sebaliknya,merekalah yang membantu mengajar Nabi Adam – bersama-sama kaum jin Islam –bercucuk tanam dan membina rumah. Para Bunian turut membantu Nabi Nuh membina bahteranya. Mereka turut membantu Nabi Ibrahim membina semula Kaabah. Apabila Nabi Musa dihanyutkan di Sungai Nil oleh bondanya untuk menyelamatkannya, para Bunian dan jin Islam telah mendorong Nabi Musa ke istana Firaun. Kisah ini telah disebut di dalam surah Al-Qasas, ayat 7, “Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: "Susukanlah dia dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun),maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.” Bunian jugalah yang telah disebut di dalam kisah Nabi Sulaiman yang ingin mengalihkan takhta Puteri Balqis, seperti yang telahdisebut di dalam ayat 40 surah An-Naml, “Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Sesetengah terjemahan menyatakan “orang alim”. “Orang” yang dimaksudkan di sini adalah Bunian. Para Bunian turut hadir ketika pertempuran dan peperangan di zaman Nabi Muhammad salallahu’alaihiwassallam bersama-sana dengan para Malaikat dan kaum Jin Islam, khususnya ketika Perang Badar.

Para Bunian, Jin Islam dan para Malaikat – Tentera-tenteraALLAH – bertempur setiap hari menentang iblis dan jin kafir. Oleh itu, kaum jin kafir menggunakan pelbagai taktik untuk menyesatkan Manusia, termasuk menyamar sebagai Bunian! Ini merupakan peperangan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sebagai Muslim, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menegakkan enam Rukun Iman dan lima Rukun Islam. Wallahi, wabillahi, begitulah kebenaran mengenai Bunian. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

wahai saudara2 ku yang cerdik pandai... @hantukiller, @orangbesi, @Dzulqarnain, @Adiya, @arianputra, @mrJOKERfromHELL, @mnSK, @mr_evergreen... meh kita belek cerita ni n diskusi sama2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2013 05:04 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 28-12-2013 01:32 AM
Maksudnya, wajib percaya kewujudannya kn?
Bkn percayakannya kn?
- ada beza x?

sama tak...

- percaya yang ghaib itu wujud
- percaya kepada yang ghaib



Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 05:18 PM | Show all posts
Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarahkan semua makhluk untuk sujud kepada Nabi Adam. Kesemua makhluk akur akan perintah ALLAH subhanahuwata’ala, KECUALI IBLIS. Disebut di dalam surah Al-Baqarah ayat 34, “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.” Iblis atau nama asalnya AZAZIL, telah dicipta daripada nyalaan api dan merupakan makhluk yang amat cantik. Iblis dengan bongkaknya telah berkata, “Mengapa harus aku sujud kepada Adam yang dijadikan daripada tanah, walhal aku telah dijadikan daripada nyalaan api yang cantik?” Oleh kerana keengganannya menurut perintah ALLAH subhanahu wata’ala, Iblis telah ALLAH tukarkan menjadi makhluk yang amat hodoh. Iblis menjadi makhluk pertama daripada kaumnya.sesetengah ulama mengatakan bahawa iblis asalnya ketua malaikat...
hakikatnya iblis adalah dari golongan jin berdasarkan ayat al-Quran lain yang menyebut jin diciptakan dari api...
mengenai nama AZAZIL itu tidak boleh digunapakai kerana tiada disebut dalam al-Quran mahupun hadith... dibimbangi diambil dari cerita-cerita Israiliyat...

ALLAH Maha Pengasih, telah memperkenankan permintaan Iblis, tetapi ALLAH juga Maha Bijaksana. Dia tidak membiarkan Nabi Adam bersendirian di bumi untuk disesatkan oleh Iblis. Oleh itu, ALLAH telah menciptakan para Bunian dalam bentuk manusia, tetapi daripada cahaya – sama seperti Malaikat – dan bukannya daripada tanah. Walaupun begitu, kewujudan para Malaikat daripada cahaya tidak dinyatakan di dalam Al-Quran, sebaliknya daripada satu hadith yang diriwayatkan oleh saidatina Aisyah radhiALLAHu’anha, yang mana Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda, "Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)".  Para Bunian telah ditugaskan untuk melindungi dan membimbing manusia dan membinasakan iblis serta kaumnya.

ada keraguan dalam ayat-ayat ini... Last edited by jefrilza on 28-12-2013 05:19 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2013 03:04 PM | Show all posts
jefrilza posted on 28-12-2013 04:47 PM
cerita ni aku ambil daro blog bentara tujuh... credit utk bentara tujuh...

Assalamualaikum warah ...

Bole bg kn linknya x?
Sbb saya kna check sumbernya spy yg smpi kt kita
bkn yg ditokok-tokok lg berkokok...tq.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2013 03:06 PM | Show all posts
jefrilza posted on 28-12-2013 04:47 PM
Para Bunian telah mendampingi manusia sejak awal lagi. Mereka menjaga dan mendampingi manusia sejak  ...

Nk diskas berkenaan apa ye?
- cth: Apa yg patut kita jelas slps tamat diskusi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.106114 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list