tak lahkaka......chami pun banyak kali attempt jugak..
lawak tak..tak leh tido semula sbb mikir nak letak mcm2 kat front/second pg rumah baru....muahahaaa..
Its empty..only empitiness...scene yg bicara 'how does it feel when you're realize you're missing something when u thougt u already have everything'. Jatuh terjelepok,confident level down macam kaca terhempas! #tengkuzaril running a million dollar company by his fingertips tapi dia tak mampu menghalalkan seorang perempuan utk berada di sisinya..earlier scene,#tengkuzaril dah terlepas kata 'awak menolak tuah' but later that night dia sedar tuah bukan segala2 yg diperlukan.Seorang wanita tak perlukan tuah semata2 utk melengkapkan sisi kanannya.Its more than apa yg TZ pernah bayangkan selama ini.Sy nampak air muka TZ terpukul.Dia silap..hidup bersama bukan setakat 5 minit.ianya seumur hidup dan hidup bukan sesingkat 5 minit!.Hati perempuan seperti #yuhanis perlukan keyakinan dan keikhlasan untuk menyerah dan melayari hidup.TZ fikir dia dah berjaya mempamerkan sisi kesempurnaannya..tp dia masih serba kekurangan dlm memahami cinta.'Saya tidak sempurna di mata hanis'.Itu TZ, lepas dia rasa terpukul dan lebih memahami isi sebuah penolakan.Cemerlang sgt SR ,dia potretkan air muka yg 'down' tak kecewa tp 'tak sangka kena reject' .Suka tengok.@noniswara sebagai #bonda.Lembut dan tertibnya dia sebagai bonda selalu ingatkan saya character 'kuyah' puteri Almarhum sultan Selangor.Dia hebat,penuh kasih sayang di kalangan insan2 yg disayanginya.Rindu lakonannya..Hati memang pelik,cinta lagi membingungkan.Kita yakin kita akan mudah menerima dan memberi cinta jika harta jadi taruhan.Tp sebenarnya rasa dan perasaan bahagia bila bersama seseorang itulah taruhan dan modal terbesar CINTA! --------------------------
P/S : sebulan dua ni kita akan masih merasai kehangatan #hatiperempuan. karya kecil yg pernah saya pandang sepi walau sebelum mula tayangan.Tapi sebenanrnya telah memberi kesan yg ' deep' utk seseorang yg memahami kehidupan.'Sweet' dalam drama is not about touching matching..its how u touched people's life. Tangan tak nampak menggapai tapi hati mampu terusik..chill😊✌
My final review on #hatiperempuan.. Maybe..I've just got so many thought to share about this 'love' tapi takut people had enough..but 'had enough' definitely doesn't work for me. At night dengar lagu 'bunga dhia' with the lights off. My beloved off to sleep. Suddenly teringat #yuhanis and #tengkuzaril. Me, my teary eyes.. Funny feeling! How can I get so emotional on this fiksyen?why do I feel so attached?Takdir tuhan, mereka bertemu, berkahwin tapi mereka tak berpeluang hidup 'happily ever after'like they were supposed to. They went through Ups and down. Down mostly..berat sungguh dugaan mereka utk mencapai bahagia. Even dalam novel pun sehingga penghabisan Yuhanis masih bergelumang cabaran bersuamikan #tengkuzaril. Gossip dan tuntutan masa yg terhad jadi hidangan dalam hidupnya. #yuhanis supposed to be the luckiest girl on earth . Putera raja jatuh cinta pandang pertama, tanpa syarat mereka berkahwin dan akal yg logik mengatakan Yuhanis takkan merasa susah. Dia Akan dilimpahi kemewahan, tak perlu bersengkang mata mencari rezeki . Keluarga mertua yg baik. Hatinya tentu bahagia mengadap Suami yg handsome sepanjang hari. Tapi hakikatnya.. Allah punya aturan yang sempurna buat hambanya tanpa mengira pangkat dan darjat. Pada mata kasar Yuhanis punya segalanya tapi sebenarnya Yuhanis hidup dlm keadaan paling miskin. Dia miskin rasa kasih, miskin rasa percaya, dia miskin bahagia. Dan sebenarnya dialah manusia paling penat kerana dia harus berusaha keras utk meraih bahagia itu. Aturan yang Maha Esa..kita rasa kita perlukan 10 tapi Allah kata untuk waktu ini kau hanya perlukan 8.Selebihnya hanya Allah yang tau bila dan bagaimana waktu terbaik utk kejadian selebihnya terjadi. Dan kini saya dapat jawapan.. Why do I feel so emotional... Simply because apa yg mereka hadapi adalah apa yg kita hadapi tanpa kita sedar. Kita sebenarnya menonton rentetan hidup kita sendiri. Terpulang pada kita utk menjadi Yuhanis atau tengku Zaril atau sesiapa saje dlm #hatiperempuan kerana semua watak adalah cerita diri kita sendiri.... Bahagia, derita pilihan kita, bergantung pada hati, kehendak dan usaha