Edited by aidan90 at 7-9-2015 07:55 PM
Kalau ada lagi yang sudi baca, silakan. Tapi kejadian ni bukan aku yang alami. Warning: Cerita ni agak panjang...KOT.
Kisah 4 (Ajim, Si Penggali Kubur)
Kisah ni berlaku kat kawan aku, nama Ajim. Salah satu cerita seram yang aku paling ingat. Bagi aku seram la. Sebab melibatkan sejenis hantu yang tahap dewa seram bagi aku. Mula-mula aku tak percaya sebab macam ekstrem sangat dia kena kacau. Sampai tahap aku tanya mak dia pasal kejadian tu. Sebab ingat dia main-main.
(Sebelum aku tulis cerita ni, aku call Ajim dan suruh dia cerita balik dekat aku IN DETAIL. Dia bagi kebenaran aku cerita kat korang, so selamat membaca.)
Ajim ni rapat dengan orang-orang tua dekat kampung dia. Padahal dia ni muda lagi. Disebabkan Ajim rapat dengan dorang, dorang ni selalu mintak tolong Ajim korek liang lahad bila ada orang kampung meninggal. Kira nya orang percaya dekat dia untuk bagi tanggungjawab tu. Dah banyak kali dia tolong. Dia pernah cakap kat aku,
"Kalau time tengah gali, tiba-tiba terbau busuk atau hanyir jangan tegur. Kalau terjumpa apa-apa jangan ambil. Jangan kita fikir bukan-bukan pasal arwah tu. Kita hormat dia. Apa dosa dia, itu antara dia dengan Allah."
Aku setuju.
Ada satu malam tu, dia kena korek liang sebab keluarga arwah tu nak kebumi jenazah esok pagi tu jugak. Dia dengan 2 orang lagi. Bergilir-gilir, dua orang tengah gali, sorang lagi boleh rehat. Tempat yang dia kena gali tu jauh ke dalam sikit dari jalan utama. Tak de la sampai 1 km, tapi bila malam mesti rasa jauh. Aku pernah pegi sebab tu aku tau. Dorang korek liang time tu bersuluhkan spotlight, memang gile terang.
Betul-betul depan liang yang dorang gali tu ada pokok besar yang merimbun. Malam tu Ajim cakap tak de angin langsung. Panas. Sampai giliran Ajim pulak rehat. Dia sandar dekat pokok yang merimbun tu. Kira bawah tu macam ada akar besar boleh buat duduk. Disebabkan spotlight tu terang sangat sampai dia sakit mata, dia bangun dan duduk di belakang pokok tu. Kira terlindung la dari cahaya spotlight tu. Bengap jugak budak Ajim ni. :p Kalau aku, memang duduk bawah spotlight je la.
Dah elok sandar selesa bagai, dia pun pejam mata. Yelah, letih woo korek liang. (Macam aku pernah buat pulak). Dia cakap, tak lama lepas tu, dalam 10 minit, tetiba dia terasa angin. Tapi kejap je angin tu. Dia tak fikir ape-ape. Dah pulak kepala rasa gatal, banyak kelimumur kata nya. Dia pun angkat la tangan nak garu kulit kepala. Time ni dia still tutup mata. Elok je tangan sampai atas kepala, dia terasa tangan dia kena something. Dia tarik tangan cepat-cepat. Seingat dia sebelum dia duduk tadi tak ada pun dahan merimbun ke apa. Dia angkat tangan lagi sekali dan terasa benda tu! Sama macam tadi.
Rambut!! Memang sah rambut!
Dia tarik tangan. Jarak rambut tu dengan kepala dia cuma dalam beberapa cm. Dengan tak ada warning ke apa tetiba dia terasa rambut tu terkena kepala dia...lepas tu dia turun bawah lagi..terkena dahi dan telinga dia.. lepas tu dia pengsan. Tak pernah-pernah dia pengsan sebelum tu. First time kata nya. Lama pulak tu. Dia tak ingat apa-apa dah lepas tu. Tau-tau je dia terjaga kat tempat yang sama lebih kurang pukul 2.30 pagi! Rambut tu dah tak ada. Dia tengok semua dah balik. Gelap gelita. Dia cepat-cepat blah bertemankan lampu suluh handphone. Time dia cerita kat aku ni, dia memang maki-maki la sebab dorang tinggal dia. Gila tak gila kena tinggal kat kubur.
Sampai je rumah, dia terus mandi. Selesai mandi dia keluar bilik air. Tengok mak die terkejut nampak die. (Aku cuba cerita dengan dialog)
"Kamu buang tabiat ape mandi malam-malam ni jim?,"kata mak nya dengan pelik. "Ajim baru balik dari kubur ni, mesti la kena mandi. Dah la kena tinggal dengan Pak Ilal," jawab Ajim dengan nada tak puas hati. "Pandai kamu buat lawak dengan mak ye Jim. Kan kamu balik dengan Pak Ilal tadi. Mak yang nampak. Terus kamu mandi dan tido," mak mencelah sambil ketawa.
Tersentak Ajim time tu. Dia tau mak dia cakap benar. Waktu ni dia tak tau nak fikir ape, macam blur sekejap. Dia cuma angguk kat mak die dan masuk bilik. Tapi cerita tak habis lagi. Mesti korang ingat dah habis kan?
Selesai solat, Ajim tutup lampu dan baring. Tetiba dia terasa macam angin. Sama macam dia rasa dekat kubur tadi. Dia tak sedap hati dah time ni. Dia bagitau aku, dia tidur mengiring menghadap dinding. Bila dia dah nak terlelap, dia terasa macam ada orang duduk atas tilam dia. Betul-betul belakang dia. Siap bunyi lagi katil. Tak lama lepas tu dia dengar bunyi guli melantun. Macam 5,6 biji guli melantun tepi katil dia. Dia nak pusing belakang untuk tengok, tapi tak jadi. Sebab dia rasa ada benda belakang dia atas katil. Rasa sebijik macam bantal peluk yang panjang tu kat belakang dia. Harap maklum. Dia cakap dia tak de bantal peluk panjang. Time tu satu badan die dah menggigil. Dia nak azan tapi suara tak keluar. Seolah-olah kena pukau. Tak lama lepas tu, ada bunyi orang ketuk pintu. Dia rasa benda tu dah tak ada dan melompat bangun bukak pintu.
Rupa-rupanya mak dia. Mak dia cakap tak boleh tido dan tak sedap hati. Tu yang mak dia datang ketuk bilik dia. Betapa kuat nya naluri seorang ibu tu tentang anak dia. Lepas tu, Ajim bagitau aku dia tidur luar dengan adik lelaki dia depan TV. Alhamdulillah dah tak ada gangguan.
Pagi tu dia serang rumah Pak Ilal sebab tinggal die kat kubur malam tadi. Nak tau Pak Ilal cakap apa? Pak Ilal cakap Ajim memang balik dengan dia semalam. Pak Ilal yang hantar Ajim balik rumah.
Tamat.
|