CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9446|Reply: 131

[Tempatan] Doktor, Petugas Kesihatan Luah Perasaan Di FB

[Copy link]
Post time 10-7-2015 09:21 AM | Show all posts |Read mode

SUSULAN sebuah kemalangan maut yang melibatkan seorang pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh kelmarin, seorang pelayar laman sosial bangkit meluahkan perasaan dan pendapat terhadap situasi yang dialami oleh kebanyakan doktor-doktor dan petugas keselamatan di Malaysia.

"Kami para doktor dan petugas kesihatan dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian seorang pegawai Perubatan Bius dari Hospital Sungai Buloh petang semalam (kelmarin).

"Mengikut siasatan awal jabatan beliau, beliau memandu pulang setelah Oncall hari sebelumnya. Dimaklumkan bahawa Oncall beliau agak sibuk dengan pelbagai kes kecemasan.

"Kami bukan sahaja berkongsi kesedihan dgn keluarga arwah, namun dihati kami turut terpendam rasa geram dan marah dengan sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia sejak sekian lama," kata Mahyuddin Mohamed di laman sosial Facebook.

Menurut Mahyuddin, kebanyakan doktor-doktor di Malaysia sudah merasa terlelap ketika memandu.

"Keluarga saya sendiri ada lapan orang doktor, semuanya pernah terlelap. Isteri saya pernah terbabas ke bahu jalan, dua adik ipar saya terlelap dan tersondol kereta di depan ketika mereka beratur nak bayar tol dan saya sendiri pernah melanggar pembahagi jalan ketika memandu. Alhamdulillah kami masih bernyawa.

"Pakar yang dikejutkan beberapa kali oleh Pegawai Perubatan kerana konsultasi kes pun akan mengantuk akibat tidur terganggu, apatah lagi Pegawai Perubatan yang langsung tidak tidur pada malam harinya?

"Tahun lepas sahaja, dua orang Pegawai Perubatan saya di Temerloh terbabas, kedua-duanya post call. Seorang di Karak ketika menghala ke KL manakala seorang lagi di Maran ketika beliau hendak ke Kuantan. Kereta mereka 'total loss', namun umur mereka masih panjang.

"Insiden kemalangan akibat terlalu mengantuk & keletihan akibat post call semakin meningkat. Perlukah kita tunggu lebih ramai doktor meninggal sebelum langkah konkrit diambil bagi mengubah sistem kerja kita sekarang?" tegas Mahyuddin.

Selain itu, Mahyuddin juga memberikan beberapa cadangan untuk penambahbaikan.

"Setiap doktor yang post call bagi semua jabatan perlu diberi post call day off selepas pass over jam 8 pagi.

"Ataupun, kita juga boleh menggunakan sistem syif houseman sekarang bagi menggantikan sistem on call Pegawai Perubatan bagi mengurangkan tempoh mereka bekerja dan membolehkan mereka mendapat rehat yang mencukupi.

Ini sudah pasti ada pro dan kontra dan pastinya akan ada pihak yang tidak akan bersetuju.

"Bagi adik-adik saya Pegawai Perubatan sekalian, pastikan anda tidur dahulu sebelum pulang. Pastikan anda tidak mengantuk. Sekiranya mengantuk, berhenti dan take a nap (tidur sebentar). Ataupun dapatkan pasangan atau ibu bapa anda bagi membawa anda pulang.

Saya tahu anda rindukan anak-anak anda yang menunggu di rumah, mungkin juga anda perlu mengambil anak anda di taska, memasak dan sebagainya, namun, apa sahaja alasan anda nyawa dan keselamatan anda adalah lebih utama.

"Pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang tip-top. Sebaiknya kenderaan yang kukuh dengan airbag dan sistem keselamatan yang terbaik. Ini pastinya memerlukan pelaburan duit namun ianya berbaloi. Nyawa kita tiada galang gantinya.

"Bagi rakan-rakan pakar sekalian, juga peringkat pengurusan tertinggi, sudah tiba masanya kita buang sifat "Masa I dulu tak tidur 2 hari pun okey aje!", "masa I dulu kalau on call, elaun RM25 aje sehari, on call 10 kali sebulan baru RM250, aku tak komplen pun!" Sekiranya kita boleh menjadikan kerjaya kita lebih baik bagi adik-adik kita, doktor-doktor baharu apa salahnya kita berubah. Ubah sistem ke arah yang lebih baik.

Doktor yang cukup rehat Insya-ALLAH akan dapat berkhidmat dengan lebih Mesra dan cemerlang kepada pesakit. Risiko berlakunya kesilapan (medical error) juga InsyaALLAH akan dapat dielakkan.

"Semoga pemergian arwah menjadi titik tolak ke arah penambahbaikan bagi para doktor dan petugas kesihatan yang lain di Malaysia.
Kita sama2 berdoa agar tiada lagi kemalangan dan kematian akibat keletihan atau mengantuk selepas bekerja malam.

"Takziah buat keluarga Arwah Dr. Afifah. Semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang bertakwa. Al-Fatihah," akhiri beliau.

- Sinar Harian




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2015 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
doktor2 omputeh dia tdo dulu sebelum balik. ada bilik rehat siap katil pelbgai.

aritu kat bilik bedah aku masuk bilik rehat doktor sbb aku xtahan nak terkencing sblum surgery.aku ckp dgn doktor tu aku nak gak kencing kalo xtime dia bedah tu aku kencingkn dia.
masuk2....ada TV. mcm best tmpat rehat doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 09:28 AM | Show all posts
dah nk jadi..tk bole nk salahkan semua pihak atas musibah..itula pasal kena sentiasa berhati2 walopun takdir ketentuan Allah swt. kalau dikira aku yg keje dialut diutan dulu lama dah jadi mcm2..tapi aku makin tinggi risiko makin tinggi alert aku..its up to ourself..jaga diri baik2 igt org yg menati kita kt umah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
"During my time arr" , "last time im alone oso" , " ho nowadays" blablabla tu je la alasan kuno diguna pakai senior mo dan specialist. Apa ko ingat during your time keadaan sama dgan sekarang ke? Dulu boleh la duduk kuarters sebelah sepital xyah drive jejauh, traffic kat jalan pon xsebanyak sekarang. Byk lgi situasi semua dah berubah tak payah compare during ur time lagi la bahlol. Cuba bawak berbincang utk tukar sistem yg boleh menangkan semua org. Ni tak, bos besar semua duduk ofis dlm  bilik ekon meeting makan mihun karipap je. Pastu org2 yg keje clinical ni punya la nak berehat pon susah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 09:32 AM | Show all posts
rospinki replied at 10-7-2015 09:28 AM
dah nk jadi..tk bole nk salahkan semua pihak atas musibah..itula pasal kena sentiasa berhati2 walopu ...

tp sis, 32hrs kalau keje non stop kena bukak mata...tak ke pitam...kalau 24hrs pun org dah tingtong..bygkan 32hrs...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal kem.kesihatan ni bongok sgt eh?
Doktor2 kan blajo psl fisiologi manusia..opkoss la depa pun tahu human body ni ada limit
Tp apsal ada gak polisi post call bodoh ni masih ada lg dlm KKM?
apa sume org atasan KKM tu bodoh2 dan caprut belaka ke? Plis lah rombak polisi bodoh korang tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2015 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Drpd korang keje jd doktor, gaji pun ciput dgn keje lebih masa, baik korang join private sector yg sah2 ada ESOS kalo PLC.skali jual ESOS dah bleh beli keter dgn cash
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendek kata, ummah keje bank, engineer lagi best life diorg drpd doktor..sian doktor2 kat malaysia nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2015 09:38 AM | Show all posts
kentel replied at 10-7-2015 09:32 AM
tp sis, 32hrs kalau keje non stop kena bukak mata...tak ke pitam...kalau 24hrs pun org dah tington ...

aku penah keje 2 hari non-stop replace org cuti raya. sorg2 onduty. tapi...itula, sbgi dokto harus lebih peka reaksi sistem badan bila tk bole nak push lagi..kena la rehat tido kejap..tahla kentel..benda nk jadi kan. kenapa dia tk minum neskepe kaw2 mcm aku dulu? ..sorri

jgn hencap iol
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 09:47 AM | Show all posts
negara memang tak cukup doktor...sebab amalkan hak2 keistimewaan melayu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 09:58 AM | Show all posts
rospinki replied at 10-7-2015 09:38 AM
aku penah keje 2 hari non-stop replace org cuti raya. sorg2 onduty. tapi...itula, sbgi dokto harus ...

bukan sis...mksud ai, gov x de inisiatif nak tarik staff yg keje private dtg kje govt...bagi tampung kekurangan doc...tu je isu yg i mksudkan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Berry tido 4 jam je pun boleh jadi zombie... feel sorry for all the doctors. Berry sokong diorang patut dpt cara dan waktu kerja yang lebih baik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:00 AM | Show all posts
mmg kesian doc2 kat Msia ni...tp ada jgk yg sggup bash dorg...sedih...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:05 AM | Show all posts
patut sbg sorang dr yg kununnya terlebih pandai dari org lain dan selalu dok bg nasihat kat patient apa yg x baik pasal kesihatan boleh pikir sendiri..... xkan nak srh gomen buat kempen keselamatan mcm nk balik kg kot....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:07 AM | Show all posts
Doktor pun manusia jugak oiii.. Jangan bangang sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:08 AM | Show all posts
yer lah..dekat malaysia ni kononnya doktor, petugas kesihatan n cikgu jer lah yang penat bekerja..

satu cara jer nak atasi benda ni..swasta kan semua..swasta kan pendidikan..swastakan perubatan..xder dah isu berbangkit macam ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2015 10:08 AM | Show all posts
ifanonline replied at 10-7-2015 09:47 AM
negara memang tak cukup doktor...sebab amalkan hak2 keistimewaan melayu

nk manage utk relocate dr2 nih yg x btul......... kalau x cukup xdenya sblm nih gomen hadkan pengambilan student medic kt uni.... graduate dr pn sblm nih pn terpingga-pingga x tau mana depa nak kena campak....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:10 AM | Show all posts
xde ke kkm nk letak driver kt hospital.. kalau doc yg mana keja lebih 24jam dorg hantar je doc2 ni blk rumah..

MAS ade buat gini kan.. pick up and hantar balik dorg punya pilot dgn cabin crew..sbb dorg pun keja tak tentu masa..


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:11 AM | Show all posts
kalau oncall ok ler...yang type FPP.....untong ler....hihkhihkhhihkkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:13 AM | Show all posts
kentel replied at 10-7-2015 09:58 AM
bukan sis...mksud ai, gov x de inisiatif nak tarik staff yg keje private dtg kje govt...bagi tampu ...

oo..yu pon tk direck tanya..igtkan kita santai2 bersembang. nak tarik private masuk tkde masalah..nak ngan tknak je..setahu akak dokto byk buat partime kt private tang mana yg kurangnya plak..haritu baca telebih stok dokto kt malaysia..yeke tk silap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.062270 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list