CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: EJALTI

[Tempatan] TPM akan pastikan 'orang tua' itu temu PM. Update:dalang takut dirakam media #71

[Copy link]
Post time 20-8-2015 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodeknya jahit komedi ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2015 11:05 AM | Show all posts
tpm is still tsmy........to me
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 11:09 AM | Show all posts
Yang kau bawak masuk pendatang Vangla dengan Indon Ponoregho nak gulingkan rakyat Malaysia bangsa Melayu, kau tak bagi statement pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 11:16 AM | Show all posts
dia memang kalo bercakap, suke menunding jari kat orang yer..
mak aku kata kurang ajar kalo duk nunding jari kat org..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 11:20 AM | Show all posts
mmg kita skarang ni ada TPM terbongok
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 11:23 AM | Show all posts
TPm yang celeng sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2015 11:23 AM | Show all posts
atira replied at 20-8-2015 11:20 AM
mmg kita skarang ni ada TPM terbongok

dia pon pendatang indon juga....no hal la pendatang byk...cukup duit bersara duduk indon ja
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 20-8-2015 10:29 AM
Kebencian aku kat si Zahid Komidi ni same aras dengan kebencian
aku kat Najis and Rosmah. Aku benci ...

Itu la Nat.. baru nk story kes ni Nat dah buka dulu...

B4 mesyuarat MT umno tu perwakilan dah kena warnung dgn Tun jgn sebut hal kronism nepotism masa bawak usul atau bahas..

Si zahid ni konon nak jadi champion sebut jgk dlm ucapan dia... mmg kena la dgn tun sampai terduduk... malu dia kat satu dewan time tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2015 12:03 PM | Show all posts
Seriously.. malaysia dah makin teruk. rakyat makin sengsara. Tapi pemimpin atasan dok sibuk gaduh sama sendiri.. bila korang nak buat kerja sebagai pempimpin weeiii???!!!!  Makan gaji buta! Celaka abadi betol!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 12:34 PM | Show all posts
the_killer replied at 20-8-2015 11:23 AM
dia pon pendatang indon juga....no hal la pendatang byk...cukup duit bersara duduk indon ja

gi berambus balik indon skarang pon lagi bagus sis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 11:20 PM | Show all posts
Dalang mahu guling k'jaan takut dirakam media

6:42PM - 22 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/309536



okoh Umno yang didakwa merancang untuk menggulingkan kerajaan tidak hadir bertemu perdana menteri pada hari yang dijanjikan kerana dia enggan wajahnya dirakam media.

Menjelaskan perkara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau hadir ketika perbincangan untuk mempertemukan individu dirahsiakan itu dengan Datuk Seri Najib Razak dibuat.

"Dia tidak hadir kerana tidak mahu gambarnya diambil media," kata Ahmad Zahid ketika ditemui media selepas merasmikan mesyuarat Umno Sekijang, Johor hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian sebagai mengulas persoalan apakah benar wujud dalang mahu menggulingkan kerajaan seperti mana yang didakwa sebelum ini.

Ahmad Zahid sebelum ini mendedahkan ada rancangan untuk tokoh terbabit mengadakan pertemuan dengan Najib.

Katanya, pemimpin berkenaan telah sedar kesalahannya dan bersedia untuk bertemu dengan Najib dan pertemuan itu dijangka diadakan 6 petang.

Bagaimanapun, pertemuan dijanjikan itu tidak berlaku kerana tiada sesiapa hadir pada hari dan waktu yang dijanjikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 11:33 PM | Show all posts
"Ini Betul-betul, Bukan Cubaan" Kata Zahid Hamidi

http://www.siakapkeli.my/2015/08 ... n-cubaan-zahid.html



EGAMAT: "Ini betul-betul, bukan cubaan", itu kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulas konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dari pintu belakang.

Tambah beliau, perkara itu bukannya cerita rekaan malah maklumatnya diterima dari agensi risikan dan sumber yang sahih.

"Saya perolehi dengan tepat dan tidak menambah atau berkurang faktanya. Konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan ini akan berlaku jika tidak disekat.

"Kita kena sekat daripada awal dan tidak rela dijatuhkan pembangkang dengan cara ini," katanya memetik laporan Astro Awani.

Ahmad Zahid juga menambah laporan risikan tersebut diperiksa berulang kali sebelum ia disahkan benar.

"Kemudian laporan itu (risikan mengenai konspirasi) barulah diserahkan kepada saya.

"Menerusi risikan itu mendapati pihak pembangkang mahu menubuhkan 'unity government' atau kerajaan bersatu yang membabitkan 88 anggota Parlimen pembangkang dan mahu menarik 40 anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN)," katanya.

Mengulas tentang tindakan pihak yang menuduhnya hanya mereka cerita berkenaan apabila dalang yang dikatakan oleh beliau akan hadir bertemu Perdana Menteri tidak kunjung tiba, Zahid Hamidi berkata individu itu tidak datang kerana tidak mahu identitinya didedahkan.

"Saya tahu mengenai perkara itu dalam satu mesyuarat. Dia (pemimpin berkenaan) tidak datang kerana tidak mahu gambarnya disiarkan (didedahkan identiti)," katanya. -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 11:36 PM | Show all posts
Pemimpin Umno di sebalik plot guling kerajaan mahu jadi PM, kata Zahid

OLEH ANISAH SHUKRY
Published: 22 August 2015 5:24 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... -jadi-pm-kata-zahid



Pemimpin Umno yang menjadi dalang di belakang plot untuk menggulingkan kerajaan berhasrat menjadi perdana menteri kepada "kerajaan perpaduan" yang baharu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Naib presiden Umno itu berkata, mereka yang terlibat dalam plot itu juga mahu melantik 2 timbalan perdana menteri - seorang daripada kalangan pemimpin PKR dan seorang lagi DAP.

"Mereka berhajat (dapatkan) 128 ahli Parlimen. Nauzubillah. Mereka sebut ini 'unity government' (kerajaan perpaduan), atau kerajaan bersatu.

"Mereka rancang, yang akan jadi perdana menteri ialah tokoh yang pernah ada bersama dengan kepimpinan utama Umno.

"Dua timbalan perdana menteri, seorang ketua DAP dan seorang ketua PKR," kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat tahunan perwakilan Umno bahagian Sri Gading di Segamat petang ini.

Beliau berkata, mereka merancang membentangkan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat pada 19 Oktober tetapi rancangan itu gagal apabila plot mereka didedahkan.

Mereka kemudiannya berpindah kepada pelan B, iaitu mempersembahkan akaun bersumpah dengan tandatangan yang mencukupi kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Zahid, yang merupakan orang pertama mendedahkan mengenai plot itu pada 15 Ogos.

"Itu pun berjaya kita sekat kerana mereka tak cukup ahli Parlimen," kata Zahid.

Zahid berkata individu yang hendak menjadi perdana menteri itu merancang bertemu Datuk Seri Najib Razak di kediamannya pada Ahad lalu, tetapi membatalkan niatnya kerana kehadiran ramai wakil media di situ ketika itu.

Zahid berkata beliau mengetahui perkara tersebut kerana hadir pada mesyuarat yang memutuskan individu itu harus berjumpa perdana menteri.

"Tetapi apabila saya umumkan perkara itu di Jempol, pemberita melaporkannya.

"Jadi, beliau tidak datang sebab tidak mahu gambarnya diambil pemberita dan jurugambar. Tetapi, sekarang pembangkang kata, semua ini sandiwara," katanya.

Katanya, ia bukan sandiwara kerana maklumat mengenainya datang daripada perisikan dan disahkan serta ditapis sebelum sampai kepadanya.

Beliau berkata, sekiranya mereka yang merancang plot itu berjaya menubuhkan kerajaan baharu, ia akan sama seperti kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang tidak panjang usianya.

Katanya, walaupun Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS yang menjadi menteri besar, ahli exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri kebanyakannya DAP.

"Perkara yang sama akan berlaku jika kerajaan perpaduan diwujudkan. Mereka merancang untuk mempunyai 88 ahli Parlimen pembangkang dan maksimum 40 Barisan Nasional (BN) .

"Adakah ini akan menjadi kerajaan BN? Adakah ia kerajaan Umno? Umno hanya akan mempunyai beberapa kerusi lebih saja,” katanya.

Zahid memberi jaminan yang tiada ahli Parlimen Umno atau BN menandatangani akuan bersumpah menyokong kerajaan perpaduan, kerana berjaya menggagalkan plot itu pada peringkat awal.

Beliau juga mengakui, menukar kerajaan melalui undi tidak percaya bukan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, tetapi Umno tidak akan membenarkannya terjadi. – 22 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.5Kd5WmrG.dpuf

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 11:38 PM | Show all posts
dah agak dah...dia pusingggg lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Komedi apa lagi ni Wak Jahit....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Influencer miliki Porsche Carrera 911 4S Cabriolet, Range Rover
ultra78Influencer miliki Porsche Carrera 911 4S
Views : 24008 Replies : 50
Lelaki ini kata beli durian guna sistem timbang tidak adil bagi pembeli.Anda setuju?
YgBenarLelaki ini kata beli durian guna sistem
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 363998 Replies : 8945
Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berkenaan negara dunia
Tinot7Edisi tambah tacang: Pengetahuan am berk
Views : 9147 Replies : 59
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 15086 Replies : 89
Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Tinot7Edisi tambah tacang: Vaksin Covid-19
Views : 3748 Replies : 26
‘Kalau single dapat durian free’
ultra78‘Kalau single dapat durian free’
Views : 21727 Replies : 6
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 20471 Replies : 150
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 81538 Replies : 3433
Edisi tambah tacang: Tempat lahir presiden-presiden US
Tinot7Edisi tambah tacang: Tempat lahir presid
Views : 5823 Replies : 66

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.205285 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list