Kastam buat apa ye dgn duit GST tu? Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil lebih RM6 bilion melalui Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak sistem percukaian itu dilaksanakan pada 1 April lepas. Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili berkata, sejumlah RM3.37 bilion melibatkan kutipan GST import manakala selebihnya merupakan kutipan GST tempatan. Beliau berkata, kutipan GST itu merupakan sebahagian daripada kutipan hasil keseluruhan jabatan tersebut sebanyak RM20.7 bilion dari seluruh negara sejak Januari lepas sehingga 10 Jun. “Kita optimis sasaran kutipan keseluruhan RM45.44 bilion tahun ini, di mana RM23.7 bilion daripada GST, dapat dicapai kerana lebih 300,000 peniaga yang berdaftar di bawah sistem GST akan menghantar penyata GST selewat-lewatnya pada 15 Jun ini. “Berdasarkan prestasi kutipan diperoleh setakat ini kemungkinan jumlah keseluruhan kutipan hasil boleh melebihi RM50 bilion,” katanya kepada pemberita
|