anak - anak beliau di bawah ada mewarisi genetik mulit juih ni ker tak?
genetik berpoligami sudah mereka warisi.
Bukan mudah untuk terima hidup bermadu 12 Jan
Harian Metrosyeikh-fakhrur-razi-dan-isteri-isterinya-bersama-syeikh-nizamuddin-dan-isteri-isterinya
KUALA LUMPUR: “Bohonglah saya jika mengatakan tidak sedih apabila tahu suami mahu berkahwin lagi. Pada mulanya memang saya menangis, tapi saya tetap tabah dan kuatkan semangat. “Saya yakin pada janji Tuhan bahawa jika kita taat dan melakukan kebaikan, ganjarannya juga baik, sama ada di dunia atau akhirat,” kata Norlia Ahmad, isteri pertama Fakhrurrazi Ashaari, 48, yang memiliki tiga isteri. Norlia, 45, juga mengaku pada mulanya bukan mudah untuk dia menerima madu, lebih-lebih lagi wanita itu teman sepejabatnya. “Apabila suami memaklumkan dia bakal berkahwin buat kali kedua dengan rakan sepejabat saya, saya terkejut tapi cuba menerima perkhabaran itu dengan dada yang lapang. “Saya dan madu memang rapat di pejabat. Saya kemudian memberi sedikit penerangan berkaitan suami serta perkara berkaitannya sebagai tips kepada bakal madu,” katanya yang mempunyai sembilan anak hasil perkongsian hidup dengan Fakhrurrazi yang juga anak sulung pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad. Bagi isteri ketiga Fakhrurrazi, Latifah Abdul Kahar, 42, semuanya bermula apabila dia bertugas di pejabat GISB di Indonesia. “Saya tidak pernah kenal Fakhrurrazi secara peribadi, tetapi menerima jodoh itu dengan hati terbuka kerana Allah SWT dan yakin pasti ada balasan baik sebagai ganjaran daripada-Nya. “Kini saya gembira dapat bersama dua lagi madu menguruskan rumah tangga, tugas di pejabat, anak dan semua yang ada di sekeliling kami. “Saya dan madu kini rapat dan terasa seperti kehilangan apabila seorang daripada kami tiada di sisi,” katanya. Sementara itu, Fakhrurrazi yang juga Timbalan Pengerusi Eksekutif GISB serta Penasihat Kelab Poligami Ikhwan (KPI) berkata, mustahil tiada masalah berlaku dalam hubungan suami isteri serta antara madunya. “Pasti berlaku perkara kurang manis, tetapi kami menggunakan pendekatan dalam al-Quran dan sunnah iaitu berbincang serta memohon petunjuk daripada Allah SWT. “Syukur semua masalah, daripada yang kecil hingga besar, mampu kami selesaikan dengan penuh berhemah, malah ia menjadi tali penguat antara saya serta isteri, selain hubungan mereka sebagai madu,” katanya yang memiliki 23 anak. Fakhrurrazi berkata, jodoh dengan semua isterinya bukan dicari sendiri, tetapi dipilih secara peribadi oleh bapanya. Perkara sama juga berlaku kepada adik beradiknya yang lain serta anggota GISB, malah tidak boleh berpoligami secara suka-suka kerana semua ditentukan Ashaari yang dibantu jawatankuasa pengawasan serta pemantauan. Adik Fakhrurrazi, Mohd Nizamuddin Ashaari, 47, yang juga pengarah KPI turut beristeri empat. Beliau mempunyai 23 anak, tiga menantu dan seorang cucu.
Syeikh Nasrullah Ashaari bersama isteri-isterinya
Bagaimanapun, pergerakannya terbatas kerana berdepan masalah berkaitan jantung, kesan daripada kejadian kemalangan di Makkah pada 2002 yang turut menyebabkan ibunya meninggal dunia.
Isteri ketiga Mohd Nizamuddin, Nor Sakinah Rahmanuddin, 43, berkata dalam keadaan suami sakit, mereka bergilir-bergilir menjaganya. “Selepas berpuluh tahun hidup bersama, kami tahu tanggungjawab kami. Bukan saja suami, anak turut dijaga bersama,” katanya. Menurut Nor Sakinah, mereka juga sangat akrab dan menghormati antara satu sama lain. “Saya selaku isteri ketiga tahu batasan masing-masing, begitu juga madu saya yang lain,” katanya. Madu Nor Sakinah ialah Sukainah Hamzah, 46 (isteri pertama), Laila Ahmad, 43 (isteri kedua) dan Umaimah Abd Majid, 41 (isteri keempat).
|