CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: GhostWalking

[Jenayah] Ibu dan anak berjaya larikan diri, selepas seminggu didera!UPDATE#72

[Copy link]
Post time 28-10-2015 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah org kita..gigih nak anak laki...penyambung waris katanya...
Tapi gagal nk didik sampi jd pemimpin...

Last2 kerjanya merosakkn anak dara org ..
Patutnya laki jadi pemimpin pada pompuan...
Bukannya bini yg jd bos.... nauzubillah.....  contoh dah banyak dah.... pompuan xde laki... kena cerai kena tinggal ibu tunggal ada juga anak boleh sekolah cukup makan pkai... laki bini tinggal je terus anak2 dah xterurus sekolah pon tidak.... sengal nya laki ni... pompuan belajar gigih nak masuk uni.. yg jantan ni gigih kuar masuk pusat serenti... tengok lam forum ni dahla..cari gaduh ngan pompuan muka xmalu...sebut habis kuar dalam... xtau hormat perempuan.gaduh ngan pompuan pon teruk cari pasal.....jantan kabaret gitu tak layak dihormati oleh saper2 pon.... binatang ..elok di kasi je jgn bg beranak pinak.takut kuar benih gtu gaklah didikan dia kt anak2 dia..tak hormat perempuan.. pastu  dari generasi ke generasi gtu jugaklah masalah berulang... perempuan yg dijadikan  dr tulang rusuk yg bengkok ni katanya...terus dianiaya..oleh jantan2 kabaret gtu generasi ke generasi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Caca marbanya la hidup ... Yg paling kesian anak dorg dpt parents mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 10:14 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 27-10-2015 11:48 PM
pada aku kalau dia dari broken family dia kena belajar sayang diri dia dulu.get herself educated l ...

kekadang susah nak kata..
me ada kawan single mom, pregnant usia 18 tahun (omputih)
sekarang anak dia 17 tahun pun cam ulangi sejarah, pregnant juga..

tak tahu mana silap, padahal pada me, mak dia sudah cukup berdikari
besarkan anak sesorang, bagi rumah elok, hantar sekolah tu semua.

kemudian me buat kesimpulan sebab tak da ayah kot, so mana mana
lelaki yang tunjuk kasih sayang over, sudah tentu dia terpana lupa diri
dan ikut lelaki tu.

dan lelaki tu hampeh pula tu tau.. so mak dia sekarang nama anak
pun dia tak mahu nak dengar, give up agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 10:15 PM | Show all posts
faraj ditala...kakitangan juga dibelasah jua...

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah laki salah perempuan.
Ada baikny kita ada anak didik perempuan dan laki2 sama.
Didik laki2 hormati wanita,bsifat pelindung..bukan tahu loboskan org je.
Perempuan pula didik jd xbgntung dgn lelaki semata

Tp serius aku xbkenan lelaki melayu,tp yg xbkenan tu lah dpt..haha..nasib dpt yg baik dan semengah.Dulu bf aku cina,india,yg ptg bukan melayu aku mmg xsuka lelaki melayu sbb bg aku banyak yg xhormat perempuan.buat perempuan mcm kuli melalui pengalaman aku lah.lg satu sbb aku dtg dr famili yg makcik apa semua bnyak bcerai..dan bnyk tgk sikap lelaki melayu yg xbaik.masa kwn dgn bukan melayu apa yg aku xsuka diaorg xberani buat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kipaslaju00 replied at 28-10-2015 11:59 AM
Kalau dah tau dtg drp broken famili..patutnya berusaha la cari lelaki semegah sket. Budak2 ni ka ...

Yup ..cthnya org yg musnahkan hidup,jd minah rempit,isap dadah.lumba moto..bila tanya cakap famili bermasalah.

Perempuan jd bohsia cakap sbb kena perkosa,nak larikan diri dr maslah so rosakkan hidup..aku xmalu ckp aku dtg dr famili bermasalah.aku ni jenis suka perhatikan org,dr kecik hadap makcik lah,org itu ini bcerai berai.mak aku sdiri.tambahan hidup bbelas tahun dgn pencabul..jd aku azam aku xnak anak aku kelak rasa kitaran hidup aku rasa.

Tp aku pikir satu je xberbaloi rosakkan diri sendiri..sbb kalau rosakan diri kita xda beza dgn apa kita lalui.cthnya sbb asik kena cabul,jd lari rumah,rosakkan diri apa kita akan dpt?? Jumpa laki2 yg xbaik kemudian kelak aku akan bg hidup yg buruk dan pusingan hidup aku pada anak aku pulak.tats y kita ni dikurniakan akal untuk bpikir bukan btindak bodoh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2015 11:06 PM | Show all posts
fire_place replied at 28-10-2015 09:38 AM
Yup ..cthnya org yg musnahkan hidup,jd minah rempit,isap dadah.lumba moto..bila tanya cakap famili ...

merata orang kata anak anak ialah cermian ibu bapa,
so me tak sangkal kenapa ada anak anak dari broken family tak menjadi
sebab contoh terbaik tak da dalam hidup, malah paling sedih kalau dorang buat
salah, ibu bapa sendiri buat bodo sebab dorang sendiri broken.

tapi tidak dinyatakan jugak ada berjaya keluar dari kelompok
streotype camni, mungkin ada bernasib baik dapat kekawan
baik buat bagi contoh, ada guru penyayang bagi kesedaran..

but tidak dinafikan susah nak didik anak hari ini,
pengaruh luar tu semua...

tapi me tetap percyaa, anak kalau dibesarkan penuh kasih
sayang, itu yang mereka cari bila dewasa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia x ckp plak hubungan kanak2 tu dgn either lelaki or wanita tu ye artikel ni. Apa dia buat kt rumah lako2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jugak mat pit di serambi yer sis @famri7
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
reeny replied at 28-10-2015 12:59 AM
naper org kelantan ramai yg kasar dan ganas yer??? apa faktor yg buat dorang jd mcm tu??

Yg tu kaka kena tanya wakil penganalisa ummah serambi mekoh sis @famri7


Tapi skrg semester baru bermula maka beliyau sibuk mengajar anak2 sunni katanyer
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 07:55 AM | Show all posts
syilaka punya jantan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2015 03:17 PM | Show all posts



                                       
   [url=]                                                           
Laporan Sinar Harian, semalam.


                                                                                                                                                                          KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 32 tahun hilang kewarasan diri hanya kerana dirinya tidak dipanggil gelaran ‘abah’, malah sanggup mencucuh rokok dan mendera kanak-kanak berusia 2 tahun itu tanpa belas kasihan sejak seminggu lalu.


        Kejadian itu diceritakan sendiri ibu mangsa berusia 21 tahun. Menurutnya, suspek yang juga teman lelakinya sebelum ini sering mendekati anak perempuannya itu, namun kanak-kanak itu sering melarikan diri.


“Dia langsung tidak boleh rapat dengan ‘abahnya’ dan apabila anak saya melarikan diri ketika didekati, dia (teman lelaki) akan mula marah tidak tentu fasal dan bersikap baran.


“Malah, sifat manja anak yang memanggil jiran sebelah dengan gelaran ‘abah’ juga menyebabkan dia akan terus marah dan memberontak,” katanya kepada media, semalam.


        Menurutnya, dia tidak menyangka sikap panas baran lelaki itu menjadi-jadi sejak seminggu lalu sehingga sanggup mencucuh anaknya dengan puntung rokok dan turut memukul serta menggoncang tubuh kanak-kanak itu sehingga cedera.


“Pernah saya cuba halang perbuatannya tetapi dia akan pukul saya dan turut cederakan saya dengan puntung rokok," katanya.


        Wanita berasal dari Selatan Thailand dan menetap di Kota Bharu sejak kecil hingga kini berkata, dia mula berkenalan dengan lelaki itu  tiga tahun lalu dan menetap di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Bharu, setahun lalu.


“Dia tidak bekerja dan saya terpaksa minta wang belanja daripada ibu yang kebetulan tinggal berdekatan rumah kami.

“Dia pernah ditahan polis dalam kejadian samun dan dipenjarakan sebelum ini,  jadi saya mula tawar hati dengannya dan berhasrat mahu tinggal bersama ibu untuk memulakan hidup baharu," katanya.


        Kelmarin, kisah kanak-kanak terbabit mendapat liputan media selepas ibunya melarikan diri bersama anaknya itu akibat tidak tahan didera dan dicucuh puntung rokok oleh teman lelakinya itu di sebuah rumah di Tanjung Chat, di sini.


        Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantau perkembangan kanak-kanak terbabit yang kini ditempatkan di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


        Pengarah JKM, Mohamad Hanafi Maulud berkata, setelah diteliti dan melihat perkembangan kanak-kanak tersebut, pihaknya mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian badan, mata termasuk kepala mangsa namun tidak serius.


“Buat masa ini kita tempatkan kaunselor secara berkala untuk melihat perkembangan kanak-kanak itu dari masa ke semasa.


“Kita adakan lawatan seminggu sekali bagi memastikan dia dalam keadaan baik semasa menjalani rawatan di hospital,” katanya.


        Mohamad Hanafi berkata, pihaknya turut mengenal pasti latar belakang keluarga kanak-kanak terbabit untuk tindakan susulan.


“Ini bagi memastikan sama ada ibu mangsa berusia 21 tahun itu layak atau tidak untuk menjaga anaknya.


“Kita ambil kira semua sudut bagi memastikan kanak-kanak tersebut mendapat hak penjagaan sewajarnya selepas didera sebelum ini,” katanya.-Sinar Harian



[/url]

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
“Dia tidak bekerja dan saya terpaksa minta wang belanja daripada ibu yang kebetulan tinggal berdekatan rumah kami..."

Mak tau tp biarkan...mak pun dh x mampu nk buat apa2 kot anak bersekedudukan sampai terpeknen...dahla jantan baran..at least sekrg mereput la ko dlm penjara
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 03:35 PM | Show all posts
kalau kelantan je korang buruk-burukkan

negeri serambi mekah tp bersekedudukkan la ape la

hujung pangkal melayu muslim ke tidak, belum sah pun

tau nak hentam jekkkk

mana tau kalu dia siam ke cina ke hape
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 04:14 PM | Show all posts
teman lelaki mak nya, si wartawan tulis.. rupanya juga bapa kpd bdk kecik tu... hmmm

klu dh asyik dgn dadah tu, xde hati perut dh.. anak sndri, baby kecik pun nk dera cmtu...

jahanam punya perangai..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dis girl ni degil kot smpai mak dia tak bole buat apa dah. Tak makan nasihat. Klu dihalau tak ngaku anak...uols sendiri yg marah sb layan kejam perempuan zina dan anak luar nikah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
adehhh..ape nk jadi la..

semoge jantan tu mereput dlm penjara supaye esok2 xde yg jd mangsa dia lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2015 04:13 PM | Show all posts
Minta bicara kes dera budak      
                  
Kota Bharu: Lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap tuduhan memukul teman wanita dan mendera anak perempuan teman wanitanya berusia dua tahun, Oktober lalu.


Bagaimanapun, Ramizu Che Mat, 33, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap kanak-kanak perempuan itu di rumah di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Bharu, di sini, antara 20 hingga 25 Oktober lalu.


Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh, waktu dan lokasi sama, tertuduh didakwa mencederakan teman wanitanya Nor Fadhilah Khori, 21, dengan menggunakan tangan dan kaki.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan rayuan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang lelaki dipercayai mendera kanak-kanak perempuan terbabit dan ibunya yang berusia 21 tahun.

Lelaki itu turut didakwa mengurung dua beranak terbabit di dalam rumah berkenaan sebelum mereka berjaya melarikan diri ke rumah saudara terdekat, di sini dan membuat laporan polis.

Kanak-kanak itu mengalami lebam di kedua-dua mata dipercayai akibat ditampar, punggung dan badan yang mempunyai kesan dicucuh puntung rokok dan kecederaan lain selain ibu mangsa turut didera dan mengalami kecederaan.


Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini sejurus laporan polis dibuat sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.







      Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2015 @ 4:06 PM   
«         »
                     











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91945#sthash.4OAHFy2g.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 04:16 PM | Show all posts
nh la otak kalo dah disalut dadah. .
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 04:18 PM | Show all posts
dewimalam78 replied at 29-10-2015 05:09 PM
Dis girl ni degil kot smpai mak dia tak bole buat apa dah. Tak makan nasihat. Klu dihalau tak ngaku  ...

mase becinta indah kabar dari rupa. . buku dan ruas. .ckp mak bapak tak nak dgr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055879 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list