kisah incest tu takde dalam al quran
bangkem tak tau mana asal usul cerita incest tu
mungkin ada dalam hadis, atau dalam bible
tapi dalam bible ada menceritakan nabi adam menjumpai beberapa kampung dan bandar
bagi bangkem, ketika nabi adam diturunkan ke muka bumi, waktu tu memang dah ada makhluk berupa manusia di atas muka bumi
tapi "manusia" ini saling berbalah dan saling berbunuhan
ini ada dalam Al Quran:
""Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" (Q.S. Al-Baqarah [2]:30)"
kalau manusia belum wujud, bagaimana malaikat tahu manusia (keturunan nabi adam) akan saling berbunuhan??
ini bermaksud malaikat dah menyaksikan "manusia" sebelum nabi adam saling berbunuhan di muka bumi
Allah pon sound malaikat:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Q.S. Al-Baqarah [2]:30)
ya, Allah ada perancangan.. Allah cipta nabi adam dengan AKAL...
"manusia" yang sedia ada di bumi belum ada akal.. ada otak, tapi masih belum mampu untuk berkomunikasi, bersosial dan tiada tamadun
buktinya:
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". (2:31)
ini bermaksud nabi adam je manusia pertama yang kenal nama benda dan kegunaannya..
buktinya:
"Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". (2:33)
bangkem percaya sebelum turunnya nabi adam, dah ada manusia di muka bumi.... anak2 nabi adam berkahwin dengan manusia2 biasa ni..
lagipon, bagi kat bangkem satu DALIL dan NAS yang mengatakan nabi adam manusia pertama.. ada ke?? dalam bible ada la kot
kalau korang masih nak percaya pasal cerita incest bagai tu, terpulanglah
|