CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: CARI-LTS

Jumlah Mangsa Banjir Sarawak Menurun

[Copy link]
Post time 2-3-2016 12:26 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 2-3-2016 12:21 PM
ada soalan seterus nya..

dari bangsa2 yang terdapat d Sarawak

sik paham mek dek..apa motifnya kiraan bangsa tok?sikpa lah..teruskn jak la ngan info banjir tok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 12:35 PM | Show all posts
roy3 replied at 2-3-2016 12:26 PM
sik paham mek dek..apa motifnya kiraan bangsa tok?sikpa lah..teruskn jak la ngan info banjir tok.. ...
ni pendapat dari yang tak reti sangat mainan politik ni ok bang
jangan hantuk2 kepala adik .. kalo tak betul
senyum ja tak pa .. walauoun senyum sinis ja

rakyat Sarawak berbilang2 bangsa
tak seperti 2 negeri tu
senang d bincang kehendak dan kemahuan

d sini adik lihat kekurangan jentera pihak pembangkang

kaum melayu dengan kehendak mereka
kaum iban dengan kuasa majoriti mereka
kaum bidayuh dengan pegangan politik mereka
kaum orang ulu dengan pengharapan mereka
dan .....dan ..
kaum cina dengan agenda mereka

untuk menunding jari dengan berkata kenapa sarawak tetap degil takmo berubah
tunding jari kat kaum mana satu?
yang pasti cina memang kata lai .. lai .. lai .. pada pucuk pimpinan parti





Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 12:41 PM | Show all posts
Hujan lebat di beberapa kawasan Kuching, Samarahan, Kapit dan Bintulu ketika ini. Kepada pengguna jalanraya, diharap anda berhati-hati dijalanraya dan sila siap sedia "kemungkinan" akan berlaku banjir kilat sekali lagi.


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 04:32 PM | Show all posts






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 04:35 PM | Show all posts
KUCHING: Air yang tenang jangan sangka tiada buaya.

Seorang lelaki belajar daripada kebenaran peribahasa ini ketika meredah banjir di Kampung Tupong Ulu, petang semalam.

Shakawi Suhaili terpaksa dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Umum Sarawak setelah diserang dan digigit buaya ketika banjir melanda.

Difahamkan, dua batang gigi buaya tersebut masih terbenam pada paha mangsa.

Sejak beberapa bulan lalu, warga Kuching kecoh apabila muncul beberapa ekor buaya yang sering berjemur di tebing Sungai Sarawak.



Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 03:57 AM | Show all posts
Sesiapa ingin membeli kain murah, bolehlah pergi ke India Street. Kain-kain dilelong dengan harga yg murah selepas kain-kain tersebut terkena air banjir baru-baru ini...




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2016 04:03 AM | Show all posts
Berita ni 7 jam lepas

Hujan sangat lebat. Banjir depan RTM



Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 04:08 AM | Show all posts
Sebanyak 60 keluarga daripada tiga buah rumah panjang menerima wang ihsan bantuan banjir yang merangkumi Rumah Panjang Rian Batang sejumlah 29 pintu, Rumah Panjang Nanga Jelau sebanyak 18 pintu dan Rumah Cosmos, Meribong Layar mewakili 13 buah keluarga.


Bantuan disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dalam majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan banjir di Rumah Kerehatan Kerajaan Betong dekat sini.


Majlis yang diadakan turut disaksikan bersama Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel dan Ketu Cawangan Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, JPAM, Mejar(PA) Ismail Mahedin.



Sumbangan bantuan tersebut berikutan kejadian banjir besar yang berlaku yang menenggelamkan hampir sebahagian besar kawasan penempatan sekitar Sungai Batang Layar pada awal Februari tahun lalu yang menyebabkan penghuni rumah terbabit terputus hubungan selama beberapa hari  selain pelbagai kemusnahan yang lain berpunca daripada musibah banjir tersebut.


Banjir tersebut juga menyebabkan beberapa buah jambatan telah musnah termasuk tiga jambatan yang menjadi penghubung untuk menyeberangi sungai ke rumah-rumah terbabit terputus dan mereka mengalami masalah perhubungan untuk keluar mendapatkan keperluan harian.


Jabu dalam ucapannya memberitahu, kerajaan amat prihatin dalam membantu rakyat dinegeri ini seadil mungkin dan melihat kejadian banjir yang berlaku merupakan fenomena luar biasa yang menjadi penyebab berlakunya kemusnahan harta benda penduduk.


"Dalam masa yang sama, menerusi Majlis Keselamatan Negara(MKN), kita terus membantu untuk memastikan bantuan yang diberikan sampai kepada penerima dan fokus untuk memberi kemudahan yang lebih sempurna bagi manfaat rakyat keseluruhannya.


"Tahniah kepada pihak JPAM yang menjadi Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri telah mengurus segala dengan sempurna dan terbaik sekali termasuk jabatan-jabatan yang terlibat membantu seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM), ATM, PDRM dan semua yang terlibat," ujarnya.











Foto dan Teks oleh Saleman Senin


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2016 04:21 AM | Show all posts
KUCHING: Following the floods that occurred here recently, three Astro Radio stations – Era FM, Hitz FM and My FM Sarawak – have been coordinating relief efforts to collect items such as daily necessities to help families affected by the natural disaster in several areas.

On March 1, the crew and squad from the three radio stations together with officers from Malaysia Civil Defence Department (JPAM) Sarawak visited the relief centres in Serian where they delivered the daily necessities to those in need.

Era FM, Hitz FM and My FM also conducted interviews with a number of victims and civil defence officials on the latest flood situation, which was broadcast live on the three radio stations.

Meanwhile, on Feb 23 and 24, Era FM, Hitz FM and My FM sent their squad and some of their crew members to Emart Batu Kawa to help facilitate public aid to flood victims.

Due to the overwhelming response from the public, the collection was extended to Feb 29 with Everrise BDC being the final venue for Era FM, Hitz FM and My FM announcers and cruisers to collect the donations from the public.

Among the many items received at the collection centre that opened from 12.30pm to 8pm were food and beverage, kitchen utensils, clothes, mattresses, pillows and blankets.


In addition to the collection counters, those still keen to donate can send their items to the Secretariat of Disaster Centre at the Civil Defence Department Sarawak office in Petra Jaya.

For more information on the relief efforts and latest flood situation, log on to Era FM, Hitz FM and My FM official Facebook pages.

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 04:28 AM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 5-3-2016 04:29 AM
RM7 juta atasi banjir di Sri Aman dan Betong
March 4, 2016, Friday
Oleh Rusnan Mustafa




BETONG: Sebanyak RM7 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek saliran dan tebatan banjir di bandar Sri Aman dan bandar Betong.

Berita gembira itu diumumkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada lawatan kerjanya ke dua bandar tersebut semalam.

“Dalam lawatan saya ke dua bahagian pada hari ini (semalam), sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk melaksanakan projek ban dan tebatan banjir di Skim Penempatan Semula Kampung di bandar Betong ini.

“Manakala saya juga telah meluluskan sebanyak RM2 juta bagi Sri Aman untuk projek yang sama bagi mengatasi masalah banjir di dua kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan kerjanya ke Skim Penempatan Semula Kampung, Betong di sini, semalam.

Hadir sama pada lawatan itu ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohd Razi Sitam.

Mengulas lanjut mengenai projek di Skim Penempatan Semula Betong itu, Wan Junaidi berkata ia bagi meneruskan projek yang telah dilaksanakan di situ.

“RM5 juta ini akan digunakan untuk menyambung pembinaan ban dan tebatan banjir termasuk sistem saliran yang baik sebelum kawasan ini didiami penduduk yang mana fasa pertama projek ini menelan kos RM9 juta dan fasa kedua RM29 juta melibatkan panjang dua kilometer.

“Malah, saya juga difahamkan oleh Datuk Amar (Uggah) bahawa di Skim Penempatan Semula Kampung ini akan diwujudkan pusat komersial baharu,” tambahnya.

Selain itu, beliau memberitahu kerja mencantikkan tebingan sungai di situ juga akan dilaksanakan agar ia dapat menjadi tempat riadah kepada penduduk setempat.

“Projek ini nanti akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak dalam masa terdekat ini,” katanya.

Bagi pelaksanaan projek pembinaan benteng dan tebatan banjir di Kampung Tengah, Sri Aman pula, Wan Junaidi berkata beliau akan memasukkan peruntukan tersebut dalam Rolling Plan Kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) hujung tahun ini.

“Justeru, kita berharap ia dapat dilaksanakan pada awal tahun depan memandangkan keperluan dan keadaan kritikal di kawasan tersebut,” ujarnya.

Pada lawatannya ke Kampung Tengah dan Kampung Muhibbah, Sri Aman, beliau disambut dan diiringi Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis, ADUN Lingga Simoi Peri dan Pengarah JPS Sarawak Chok Moi Soon.

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 04:32 AM | Show all posts
Berita 18jam lalu

Keadaan banjir di Taman Beverly batu 13 jalan Kuching- Serian pagi tadi. Menurut sumber air mula menaiki kawasan berkenaan sekitar jam 5 pagi.









Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 06:01 AM | Show all posts
TT @CARI-LTS

bila buka thread .. tolong lah pantau dan update

13 hrs ·

Nampaknya keadaan banjir di Sarawak masih lagi belum pulih 100%. Dibeberapa tempat yang rendah masih lagi ditengelami oleh air. Ini adalah keadaan terkini laluan jalan yang masih lagi ditengelami oleh air di Belaga
Photo By Haider Kowel










Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 06:05 AM | Show all posts
Keadaan padang bolasepak SMK Bau pagi tadi...





@Muntz


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.088053 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list