CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: niceghost2005

Landscapes - Tera Garden, Herbs Garden [merge sheila,NG+Civic]

[Copy link]
Post time 8-5-2006 09:34 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2006 09:40 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 08:51 AM | Show all posts
umah sape tu dila?? lawo nye munger2 dia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 8-5-2006 02:03 PM
orang tak nak daunnya...
orang nak sikit ubi dgn akar dan dengan daunnya skit....tak mo ler daun nyer saja...
orang nak tanam bukan nak masak trus.....



tak nak bagi dah....nak merajuk mcm  ...



Assalamualaikum ..,.

ni kira merajuk la ni ..senyap jekk..
blom tanya pokok lagi la.. petang ni tanya.  Ubi akar and daun anaknya nanti civic masuk polybeg yang kecik.. emm.. pokok ni tinggi adalah dalam 2 kaki jek..
rasanya NG punya lagi subur kott
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by junE-juLY at 8-5-2006 04:37 PM
civic!.. belalang tak dtg makan daun ke?.. june selalu tanam tapi bila kuar daun sikit, mulalah belalang kunyit datang makan daun.. macamana nak elak?



June, so far tak nampak lagi belalang makan... tapi ada satu pokok palm tu belalang makan  tapi lepas sembur racun malathion ok dah.
Belakang tu ada tanam pokok kari. Mungkin bau pokok kari..yang meyebabkan belalang tak datang dekat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2006 12:12 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Ini yg teman dapat buat Project pada ari minggu lepas.

Bubbling Fountain



Tempah khas dari Chemor.
Sayang nya.....deme pi GLOSS plak pasu tu.
Warna pun tak menjadi plak.

He he he he he no hal.
Teman kasi jer lumut tu bertempek kat situ.

Wsalam
p/s nak tempah yg terracotta punya :tq:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2006 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by zadlin at 9-5-2006 08:51 AM
umah sape tu dila?? lawo nye munger2 dia...


ni umah kakak dilla lin kat bangi jugak
kebetulan buat umah tanah masih lapang lagi
maid dia rajin tanam pokok











[ Last edited by  dilaOHdila at 10-5-2006 12:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 01:12 PM | Show all posts
Originally posted by CivicSI at 9-5-2006 09:51 AM



Assalamualaikum ..,.

ni kira merajuk la ni ..senyap jekk..
blom tanya pokok lagi la.. petang ni tanya.  Ubi akar and daun anaknya nanti civic masuk polybeg yang kecik.. emm.. pokok ni ti ...



takdelah merajuk...tak kuasa, letih merajuk2 ni....

tapi bagus jugak bila kita kata nak merajuk terus orang tu kata nak letak dlm polybeg...kihkihkih....

semalam tak masuk sangat sbb tension dgn CARI ni...slow banget.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2006 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by anggerikrimba at 8-5-2006 06:17 PM
yg ni janji sy utk civics n nice...

okid di tepi sawah



okid yg di tampal kat kayu (kayu dr bot nelayan yg pecah dan hanyut k ...



bestnyer tengok suasana kampung mcm ni....

teringat lagu yg ogy ahmad daud nyanyi dlm citer ceritamu, ceritaku..
'lihatlah keindahannnnnn.....(itu jer pun yg arwen ingat)
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 11:02 PM | Show all posts
mok nik nak tanya pergola jenis nie mahal ker RM1100. Minggu lepas ada mok nik gi cari pergola yg kecil2 cam nie, harga semua hampir sama sekitar RM1100,kayu cenggal katanya

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 11:15 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 29-5-2006 11:02 PM
mok nik nak tanya pergola jenis nie mahal ker RM1100. Minggu lepas ada mok nik gi cari pergola yg kecil2 cam nie, harga semua hampir sama sekitar RM1100,kayu cenggal katanya

http://karangkraf.co ...



klu kat sini mungkin biasalah harga tu  moknik...
tapi mcm yg kat tempat nice tunjuk dulu tu rasanya lebih murah kot...kat ipoh kan..
ada kat thread pergola..nice ada bagi alamat tempat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 29-5-2006 11:15 PM



klu kat sini mungkin biasalah harga tu  moknik...
tapi mcm yg kat tempat nice tunjuk dulu tu rasanya lebih murah kot...kat ipoh kan..
ada kat thread pergola..nice ada bagi alamat tempat tu...



oo sama ler harga dgn kat KB nie kalu cam tuh

tapi kat ipoh tuh murah pun, kos pengangkutan nya brapa??
pi mai pi mai sama harga jadinya kot

jap mok nik nak gi kat thread pergola cari
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 11:24 PM | Show all posts
kat sini moknik...hari tu nice ada bagi address tpt tu tapi tak ingat kat mana...

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=134783&extra=page%3D3&page=5
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 01:33 PM | Show all posts
Jarum tujuh bilah

Dipetik dpd melur.com...

keterangan:
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia.Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra.Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004.Ia juga boleh membiak melalui biji benih.Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari afrika selatan,amerika tengah dan India barat.Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam , kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.
kegunaan:
Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya kedalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum.Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman the selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my/kstas/NSFWorkshop/NSF/nsf%5CPHAR18.DOC ia juga dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 01:35 PM | Show all posts
Dipetik dpd Melur.com

TENGGEK BURUNG

keterangan:
Tenggek burung merupakan sejenis ulam yang biasa dimakan oleh masyarakat melayu. Daunnya mempunyai rasa yang agak kelat dan ianya rangup.
kegunaan:
Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat darah tinggi. Ia boleh dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan. Untuk merawat darah tinggi 5-7 helai daunnya boleh dimakan sebagai ulam setiap hari.Ia juga boleh melambatkan pengeluaran mani selain dapat menyegarkan badan


Psst... dah makan.. memang kelat ya AMATTTT
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 01:35 PM | Show all posts
Kepada sesiapa yang MIGRAIN tuhhh....

Lagi dpd Melur. com..


Migrain dan herba

Herba dan migrain

Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan  arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.Migrain ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang.Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki(75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.

Adakah anda pengidap migrain? Jika anda mempunyai dua dari simptom-simptom dibawah , bermakna anda juga tergolong dalam golongan domina yang mengidap migrain.Biasakah anda mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala?Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelingnya? selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk. Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? Atau anda biasa mengalami diikuti oleh muntah atau cirit-birit? Biasakah anda merasa amat sensitif dan takut pada cahaya yang terang(fotofobia), merasa amat sensitif pada bunyi(fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)? Jika anda memang mengalami  dua dari gejala diatas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum  membuat sebarang keputusan atau kesimpulan.

Walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain , keadaan masih boleh dikawal. ubat-ubat dan penawar migrain selalunya membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.Artikel ini akan menjurus pada penggunaan herba untuk menangani masalah migrain.

Antara herba yang biasa digunakan untuk merawat migrain atau sakit kepala  ialah pokok sembung (blumea balsamifera) dari famili compositae. bahagian yang digunakan ialah daun dan bahagian atas bunganya.Sejenis bunga yang dipanggil feverfew atau nama saintifiknya chrysanthemum parthenium dari famili compositae juga sesuai dijadikan teh dan di minum dua kali sehari.Selain itu pokok lemuni atau nama saintifiknya vitex trifolia var negundo dari famili verbenaceae boleh digunakan dengan cara merebus enam sudu besar daunya yang telah dipotong halus  dan juga bunganya dengan 2 gelas air selama 15 minit. Air ini disejukkan dan ditapis untuk diminum setengah daripadanya dalam selang masa antara 3 hingga empat jam.

Rosemary atau nama saintifiknya rosmarinus offiicinalis  dari famili labiatae boleh dijadikan teh dengan cara merebus daunnya yang telah dikeringkan dan biarkan terendam selama 10 minit sebelum diminum. teh ini tidah boleh diminum oleh pengidap epilepsi dan wanita hamil.St john's  wort  atau nama saintifiknya Artemisia vulgaris, juga dikenali dengan nama damong maria di filipina,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2006 11:34 AM | Show all posts




Ini adalah suatu KREATIVITI yg bagus sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 7-6-2006 11:34 AM




Ini adalah suatu KREATIVITI yg bagus sekali.



NG, alur antara batu merah atas dgn bawah  tu parit ke atau nak tanam pokok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2006 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by CivicSI at 7-6-2006 11:55 AM



NG, alur antara batu merah atas dgn bawah  tu parit ke atau nak tanam pokok?


Parit cum Air Terjun  :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 12:53 PM | Show all posts
nice....mulberi tu dah keluar daun dah...semua sihat2..
alhamdulillah....nak amik gambar camera lak habih bateri...tak beli2 lagi.
bila baru boleh arwen pindahkan ke tanah yer....
klu nak pindahkan, campuran tanah mcm mana yer.

satu lagi...creepers tu mcm tak hidup jer...
kering jer daun dia....ntah apa lah silap nya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.221311 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list