Ingatlah wahai temanku,
Bukan kekerasan yang dipinta untuk bangkit dari kealpaan,
Bukan kekuatan tubuh yang dipinta untuk sedar dari kekhilafan.
Tetapi, bukalah kalam suci itu,
Menyemai indah peribadimu
Memacu ummah meninggikan syiar.
Kerana disitulah ada segala – galanya kekuatan kita.
Patutkah kita lupa untuk bersyukur...
Rezeki udara yang tidak pernah putus-putus.
Rezeki nyawa yang masih belum ingin dicabutnya,
Rezeki kehidupan yang masih dinikmati sepuasnya.
Sungguh bererti hadirnya
Persis pepohonan kering yang nantikan hujan.
ketika berguguran daun-daun jatuh ke bumi,
Hadirmu amat bererti…
Salam Ramadhan Al Mubarak.
pada semua teman2 d'cari...