CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
Post time 6-10-2010 12:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 6-10-2010 12:30 PM | Show all posts
Jd ada dua pendapatlah di situ kan? satu kata bole satu lagi kata tak bole kan? Selagi ia itu ti ...
salikin Post at 6-10-2010 11:58

ya, ada dua pdpt. tapi spt yg ustaz azhar idrus sebut dlm ceramah dia, utk keselamatan org awam (sbb benda ni melibatkan akidah), maka jumhur ulama melarang terus penggunaan azimat. cuba peratikan, pertanyaan dari pendengar dlm ceramah ustaz azhar idrus itu pun adalah krn dia tertanya2 kenapa ustaz darul syifaq sendiri melarang penggunaan tangkal azimat. dan jawapan dari ustaz azhar idrus bhw dia pun bersependapat dgn ustaz dari darul syifaq krn ini adalah pdpt jumhur ulama demi keselamatan akidah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 01:11 PM | Show all posts

tobby Post at 6-10-2010 12:30

Kalo dr awai2 mcm nih takla kita nak menyelap2 disini...tapi kalo ada org pakai kena bagi depa pakai tapi ikot hok yang betoi..kalo sayangkan aqidah takut sesat kita tinggalkan...tapi kalo ada org pakai tapi ambilannya bertepatan dgn syarak apa salahnyakan..kalo boleh jgn kita tuduh sesat bab yang kita taktau setuju?

".....Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Al Maidah :44)

" Ingatlah, aku hendak menceritakan kpd kalian tentang dosa-dosa yang paling besar - beliau mengulanginya tiga kali - iaitu syirik, menyakiti kedua org tua dan membuat kesaksian palsu atau perkataan palsu" ( Riwayat Muslim)
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:19 PM | Show all posts
Tujuan harun din dan gang dia tabur garam dan lada adalah untuk menghilangkan gangguan jinsyait ...
blastoff Post at 2-10-2010 18:04

Sebelum apa2, aku nak cakap sikit pasal kisah Abu Hurairah ngan jinsyaitan tuh..

first, jinsyaitan tuh curik benda then Abu Hurairah tangkap dan jinsyaitan tuh merayu untuk dilepaskan: ini membuktikan manusia boleh berinteraksi dengan jinsyaitan.

second: Abu Hurairah percaya kata jinsyaitan tuh dan lepaskan. Kemudian Abu Hurairah berjumpa Rasullallah dan Rasullallah mengatakan Abu Hurairah ditipu dan jinsyaitan tuh pasti akan kembali lagik. Ini menunjukkan jinsyaitan tuh mmg xleh dipercayai

third: Jinsyaitan tuh dtg lagik dan Abu Hurairah menangkapnya sehinggalah 3 kali kejadian nih berlaku dan kemudian jinsyaitan tuh memberi tahu tentang Ayat Kursi tuh. Kemudian Abu Hurairah melepaskan jinsyaitan tuh dan mengkhabarkan kepada Rasullallah. Rasullallah mengatakan tentang Ayat Kursi tuh adalah benar tetapi jinsyaitan tuh tetap akan kembali. Ini membuktikan ada perkara yang benar dari jinsyaitan tuh dan xsmestinya konpem2 salah dan xboleh percaya langsung.

Dari persistiwa di atas, kita dapat tahu jinsyaitan tuh takutkan ayat kursi tuh. Tapi bolehkah kita percaya bulat? memang la kita boleh percaya sebab Rasullallah sendiri mengatakan ia benar. Contoh kalo dah jinsyaitan tuh kata garam n lada hitam akan buat mereka sakit. Cara nak buktikan kita cuba la kaedah tuh tgk depa nak mengganggu lagi ke tak. istilah mengganggu kat sini kena faham, jinsyaitan yang dok ganggu nih menjelma jadi pelbagai rupa bentuk dan mengganggu manusia. Jadi ke atas jinsyaitan inilah yang boleh kita cuba kaedah garam dan lada hitam. kalo lepas penggunaan garam dan lada hitam nih, jinsyaitan tuh dok gelak2 dan still dok ganggu lagi...jadi tak payah la percaya yang garam dan lada hitam tuh leh sakitkan mereka...tujuan sakitkan tuh sbb nak bagi pengajaran jangan dok ganggu lagi..kalo ganggu, dapat la sakit...

Di dalam Quran dan Hadis, tiada langsung disebut sama ada jinsyaitan nih sakit kena garam or tak sakit kena garam. Jadi tak salah kalo mencuba kerana nak tahu kebenaran, mereka sakit ke dak. Laen la kalo ko dapat bagi ayat Quran or Hadis mengatakan jinsyaitan nih takkan sakit kalo kena garam. Kalo takat ko punya assumption yang kata jinsyaitan nih leh nyelam dan bina bangunan segala bagai tuh...tak payah la, tuh hanya assumption ko ajer. tak terbukti langsung bila ko cakap mcm tuh dengan membuktikan jinsyaitan nih tak sakit kena garam. At least perawat2 nih ada on hand experience dengan jinsyaitan nih dan mencuba kaedah ini.

Situasi 1:
Pak Wahab(bukan nama sebenar): Kudin(bukan nama sebenar)!!! Hang mai sini sat.
Kudin: Ye pak. awatnya?
SLASH!!!ZAST!!!! (bunyi kena pukul dengan rotan)
Kudin: Adoi!!! pak...sakit!!!!
Pak Wahab: Kalau aku nampak hang dok panjat pokok nyoq lagi, siap hang!!!
Kudin: Cheq janji cheq xpanjat dah.
(seminggu kemudian)
Pak Wahab: Kudin!!! (ZAST!! 1 libasan rotan) Hang naik pokok nyoq lagi naa!! (SLASH!!! ZAST!! ZAST!!)
Kudin: Pak!! sakit!!!!!! pak....cheq janji cheq xnaik dah...sungguh...

*Gantian kata:
Pak Wahab = perawat
Rotan = garam
Kudin = jinsyaitan
Amalan naik pokok nyoq = Amalan dok ganggu manusia

persoalan:
-Boleh tak Pak Wahab guna rotan untuk memberi pengajaran kepada anaknya?
-Adakah Pak Wahab percaya rotan tuh ada kuasa dan mukjizat untuk tidak membuatkan anaknya tidak memanjat pokok nyoq?
-Syirik dan khurafatkah perbuatan Pak Wahab itu?

Nampaknya ada orang dah confius apa yang saya maksudkan , so saya nyatakan kembali pegangan saya :  

Allah sendiri tetapkan tak ada manusia yang boleh halau jinsyaitan dengan guna kaedah mereka sendiri untuk menghilangkan gangguannya , tapi Allah sendiri yang berkuasa meneutralkan gangguan jin syaitan dengan cara yang Allah sendiri tetapkan , so kena guna cara yang Allah sendiri tentukan saja lah untuk mengatasi gangguan jinsyaitan .

nak aku quote lagik:

Dengan izin Allah ? Berangan tak sudah lah kau ni ye. Allah sendiri menetapkan iblis syaitan bebas bergerak dan bebas menghantar bala tenteranya kemana saja yang dia suka sebanyak mana saja yang dia suka  , so of course Allah takkan izinkan manusia mana pun untuk menghalau iblis dan bala tenteranya kerana itu melanggar ketetapan yang Dia sendiri dah tentukan .

Hanya Allah yang berhak menentukan ketetapan itu ini menurut kehendakNya, kau bukan Tuhan so kau tak berhak nak claim kata itu ini akan berlaku dengan seizinNya !

mula2 ckp dengan yakin siap "of course" lagi tuh, pastu tup2 konar lak kata Allah izinkan dengan cara yang Allah tetapkan sendiri.

dan aku rasa agak kelakar bila ko cakap cmni:

Hanya Allah yang berhak menentukan ketetapan itu ini menurut kehendakNya, kau bukan Tuhan so kau tak berhak nak claim kata itu ini akan berlaku dengan seizinNya !

kemudian ko cakap cmni lak:

tapi Allah sendiri yang berkuasa meneutralkan gangguan jin syaitan dengan cara yang Allah sendiri tetapkan , so kena guna cara yang Allah sendiri tentukan saja lah untuk mengatasi gangguan jinsyaitan

Ko mengaku Allah sendiri yang berkuasa meneutralkan gangguan jin syaitan, tapi ko tak percaya yang Allah berkuasa membuatkan jinsyaitan itu sakit bila kena garam.
Memang dalam Quran Allah tak kata jinsyaitan akan sakit bila kena garam. Tapi Allah jugak tak kata jinsyaitan takkan sakit bila kena garam. Cara nak tahu, kena mengkaji la..kalo dari kisah Abu Hurairah tuh kita dapat tahu yang memang kita leh interaksi dengan jinsyaitan, kenapa pula kita tidak mencuba kaedah ini?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:24 PM | Show all posts
Nabi pernah berpesan ye wahai si pembuka thread.Dalam berpegang kepada pendapat para ulama, dengarkanlah dari pendapat jumhur(kebanyakan) ulama.

Aku tidak pernah melihat apa2 yang khurat seperti tuduhan melulu saudara.

Dan orang yang saudara tuduh juga tidak ada bukti-bukti yang jelas menunjukkan beliau mengamalkan khurafat dan sbgnya.

Takut apa yang saudara cuba hujahkan ini takut jadi ajaran sesat jer nanti dalam forum cari nie meskipun tujuan saudara baik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:30 PM | Show all posts
Reply 783# salikin

Memang syirik itu dosa yang amat besar dan keimanan yang tulus mulus seperti yang ditekankan oleh forumer seperti tobby dan blastoff memang sepatutnya kita usahakan dan terapkan dalam jiwa masing2.  Bagi orang yang tak pernah kena sihir dsbgnya, atau mampu menghindarkannya dengan amalan yang diajar Rasul secara direct, teruskanlah beramal dengan apa yang diajar Rasul. Banyakkan membaca quran, berdoa, berzikir, kurangkan maksiat, bersihkan hati dan rumah dari kekotoran, hiburan, dan lain2.

Inilah selalu yang ditekankan oleh pengamal perubatan darul syifa' sendiri.

Walau begitu, perlulah juga kita  mengambil tahu batas-batas atau sempadan2 yang jelas apa jenis ikhtiar yang haram, apa yang harus, apa yang boleh, apa yang thoghut, dlm ikhtiar kita  menyelamatkan diri dari musibah sihir ini. Yang atas tu afdhol, cara yang lain ada juga mungkin berkesan tapi tak afdhol tapi harus. Penjelasan dari orang2 yang Allah anugerahkan kepada mereka ilmu dan pengalaman, dan mereka pula sudi dan berusaha pula untuk menyampaikan ilmu mereka itu kepada orang lain akan dapat menolong dalam hal ini.

Jika ditakdirkan Allah kita atau anak2 kita atau saudara2 kita menghadapi musibah yang tak dapat terurai dengan senang dalam hal ini,  kita akan tahu dngn yakin batas-batasnya, setakat mana ikhtiar yang dibenarkan oleh agama dan yang mana ikhtiar yang tidak dibenarkan dan berusaha dalam lingkungan tersebut.

Mungkin ada perbezaan batasan dari seorng ke seorang, bagi saya as long as mendapat nasihat dari orang yang berilmu atau ulamak, wajarlah kita berlapang dada dengan pilihan masing-masing. Jgnlah kita cepat sangat mahu menghina ulamak di khalayak ramai kerana kita rasa mereka salah (tabiat buruk yang suka dilakukan oleh orang Kristian kepada paderi2 dan ulama2 mereka) , kerana ianya adalah perbuatan tidak beradab dan boleh menimbulkan kekeliruan yang besar dalam masyarakat Islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2010 02:49 PM | Show all posts

always_typo Post at 6-10-2010 14:30

1. Ucapan terima kasih krn sudi menasihatkan teman nih....
2. Teman setuju benor apa yang Tuan Typo nasihatkan.....

Tunjuk ajar daripada Tuan amat2 teman hargai....cuma mana org yg teman cukup gemor kalo dia tegor...sejak akhir2 nih taknak negor nape merajuk ke 'dia' tuh? rasa2nya dah mohon maap? baiklah lagi sekali Maapkan kami 3x....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 03:49 PM | Show all posts
sepatutnya benda ni semua org tahu sbb dah ada dlm silibus buku teks agama di sekolah. tapi nak  ...
tobby Post at 5-10-2010 23:07

Rasa-rasanya kalau sekadar berdasarkan buku teks sebenarnya tak cukup. Kalau tak silap dalam buku teks agama di sekolah di begitu diberi penekanan sangat pasal perkara nih. Lagi fahaman macam ni masih lagi kuat berada di dalam kalangan ibu bapa dan datuk nenek. Lagipun syaitan ni kan kerja memang sepanjang masa dengan pelbagai nak menyesatkan umat Islam, itu la pasal lagi ditegah lagi menjadi benda2 khurafat nih.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 6-10-2010 05:09 PM | Show all posts
Reply 782# tobby

    ya, ada dua pdpt. tapi spt yg ustaz azhar idrus sebut dlm ceramah dia, utk keselamatan org awam (sbb benda ni melibatkan akidah), maka jumhur ulama melarang terus penggunaan azimat. cuba peratikan, pertanyaan dari pendengar dlm ceramah ustaz azhar idrus itu pun adalah krn dia tertanya2 kenapa ustaz darul syifaq sendiri melarang penggunaan tangkal azimat. dan jawapan dari ustaz azhar idrus bhw dia pun bersependapat dgn ustaz dari darul syifaq krn ini adalah pdpt jumhur ulama demi keselamatan akidah.

haa...yg ni teman setuju...gemor sgt le kalu ade yg paham,bukan nya asyik .. senang2 je menghukum kan seseorg tu sesat,mengatakan cara tu khurafat,mengatakan benda tu haram...kite kan ade jumhur ulama,bukan senang depa tu dapat title ulama woo!..kalu xade ilmu tinggi cam ulama tu ingat senang dpt pegang title tu ke...sepanjang teman berkecimpung dlm cari .com ni, ni le teman setuju ngan pendapat mike...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 05:26 PM | Show all posts
Reply 734# blastoff

Itu kau kata jin Islam ada yang jahat, kau ingat itu ingat ini tapi itu semua persangkaan kau semata-mata, menyangka pada perkara yang ghaib , bukannya kau boleh tengok dengan mata kau komuniti jin Islam hidup macam mana !

sape cakap xbleh tengok dan jumpe jin?baru teman ingat....dulu teman pernah tengok jin.. ape'!.. bukan setakat tengok..teman bleh tegor lagi,siap teman bleh borak2 lagi ngan jin tu,........nama dia JINS SHAMSUDIN ganas wooo....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 05:33 PM | Show all posts
Assalamualaikum...
Ini sebagai panduan kita bersama. kerana dilihat terlalu 'ringan' jemari mentakfir atau menghukum orang lain. Muhasabah...muhasabah...muhasabah...

Kaedah Takfir Menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Para ulama menggariskan dua kaedah dalam mengtakfir:-

a) Takfir Mutlak. Bererti menyatakan bahawa sesiapa berbuat sesuatu perkara yang boleh mengkafirkan maka ia boleh membawa kepada kekufuran, tanpa memaksudkan pelaku/orang tertentu. Kenyataan seumpama ini difokuskan kepada perbuatan atau ajaran atau pembawaannya, BUKAN/PELAKU ATAU ORANG SECARA KHUSUS.

b) Takfir Mu’ayyan. Bererti menyatakan bahawa si fulan bin si fulan, iaitu dengan menyebut nama orang tertentu telah kafir. Kenyataan seumpama ini ditujukan secara langsung kepada seseorang yang melakukan sesuatu perkara yang boleh mengkafirkan.

Menurut Dr. Yusof al-Qaradawi takfir perlu dibezakan dengan dua cara iaitu takfir nau’ (jenis) dan takfir syakhs mu’ayyan (peribadi). Beliau menyebut: “Hendaklah diberikan perhatian apa yang telah diputuskan oleh para `ulama muhaqqiqun mengenai wajibnya dibezakan antara peribadi dan jenis dalam isu takfir (mengkafirkan). Ini bermaksud, contohnya kita katakan: Golongan komunis itu kafir, atau para pemerintah sekular yang membantah hukum syarak itu kafir, atau sesiapa yang menyatakan sebegini atau menyeru kepada ini maka dia kafir. Ini semua adalah hukuman pada jenis. Adapun apabila perkara ini berkait dengan peribadi seseorang, yang disandar kepada mereka itu dan ini, maka wajiblah diambil masa untuk dibuat kepastian dan kesabitan mengenai hakikat sebenar pendiriannya. Ini dengan cara menyoal atau berbincang DENGANNYA sehingga ditegakkan hujjah, tiada lagi syubhat dan juga tiada lagi keuzuran untuknya” .

Dr. Yusof al-Qaradawi menambah lagi: “Perkara ini pernah disebut oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: Sesungguhnya perkataan boleh menyebabkan kufur. Secara umumnya dikafirkan pengucapnya. Dikatakan: Sesiapa yang mengucap begini maka dia kafir. Tetapi peribadi berkenaan yang mengucapkannya tidak dihukum dengan kafir sehingga ditegakkan hujjah yang membukti kufur sesiapa yang meninggalkannya (meninggalkan berpegang dengan hujjah yang jelas tersebut)” .

Oleh kerana itu kita dapati para salaf mengkafirkan firqah-firqah secara mutlak seperti firqah Jahmiyah dan Rafidhah, akan tetapi mereka tidak serta merta mengkafirkan setiap anggota firqah tersebut, kecuali hanya beberapa orang daripada mereka seperti Ja’d bin Dirham, Hallaaj dan Hafs al-Fard (yang pengkafirannya masih diperselisihkan) .

Antara kaedah penting yang menjadi keistimewaan Ahli sunnah wal-jamaah berbanding golongan selainnya adalah mereka membezakan antara sesuatu pendapat dengan pelakunya. Sesuatu pendapat adakalanya berupa kekufuran, tetapi pelakunya tidak dihukumkan kafir.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 05:37 PM | Show all posts
Sambungan...

Syarat-syarat Takfir Peribadi (Mu'ayyan)

Para ulama Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu terhadap sesuatu pendapat atau amalan itu sebelum menghukum seseorang itu terkeluar daripada Islam atau murtad. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

a. Hendaklah pendapat atau amalan itu secara jelas menunjukkan kekufuran yang dilakukan berdasarkan pilihannya dan bukan kerana terpaksa.

b. Hendaklah dia terus berpegang dengan pendapat atau amalan kufur tersebut, dan ketika dijelaskan kepadanya (al-haq) dia tetap berpegang kepadanya.

c. Hendaklah telah ditegakkan hujjah kepadanya dan dia telah jelas terhadap perkara tersebut.

Di samping itu seseorang itu terhalang daripada hukuman murtad atau terkeluar Islam sekiranya ia berada dalam situasi berikut :

a. Baru memeluk agama Islam.

b. Hidup di tempat yang jauh. Termasuk dalam kelompok ini adalah orang yang tidak mempunyai ulama selain ulama bid'ah yang mereka minta berfatwa dan mereka ikuti.

c. Kehilangan akalnya kerana gila atau kerana yang lain.

d. Belum sampai kepadanya nas-nas daripada al-Kitab dan al-Sunnah, atau telah sampai (nas-nas tersebut) tetapi belum jelas kefahaman nas-nas tersebut.

e. Nas-nas tersebut telah sampai kepadanya, dia telah jelas dalam memahaminya, akan tetapi didedahkan kepadanya sesuatu yang bertentangan dengan nas-nas tersebut (sama ada yang berasal daripada akal fikiran mahupun perasaan) yang mendorongnya untuk menta'wil, walaupun dia akan berbuat kesalahan. Termasuk kelompok ini adalah mujtahid 'ahli ijtihad' yang salah dalam ijtihadnya. Ini disebabkan Allah akan mengampuni kesilapan golongan ini dan memberinya pahala atas ijtihadnya itu.

Kesimpulannya TIDAK BOLEH menghukum seseorang itu murtad KECUALI setelah memenuhi syarat-syarat tersebut dan tidak terdapat sebarang halangan. Apa yang diriwayat daripada Salaf tentang pemutlakan kufur dan laknat, ia tetap berada pada kemutlakan dan keumumannya. Oleh itu tidak sekali-kali ditetapkan kekufuran pada seseorang Islam secara peribadi kecuali WAJIB disertai dengan dalil dan bukti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 06:04 PM | Show all posts
Menurut Dr. Yusof al-Qaradawi takfir perlu dibezakan dengan dua cara iaitu takfir nau’ (jenis) dan takfir syakhs mu’ayyan (peribadi). Beliau menyebut: “Hendaklah diberikan perhatian apa yang telah diputuskan oleh para `ulama muhaqqiqun mengenai wajibnya dibezakan antara peribadi dan jenis dalam isu takfir (mengkafirkan). Ini bermaksud, contohnya kita katakan: Golongan komunis itu kafir, atau para pemerintah sekular yang membantah hukum syarak itu kafir, atau sesiapa yang menyatakan sebegini atau menyeru kepada ini maka dia kafir. Ini semua adalah hukuman pada jenis. Adapun apabila perkara ini berkait dengan peribadi seseorang, yang disandar kepada mereka itu dan ini, maka wajiblah diambil masa untuk dibuat kepastian dan kesabitan mengenai hakikat sebenar pendiriannya. Ini dengan cara menyoal atau berbincang DENGANNYA sehingga ditegakkan hujjah, tiada lagi syubhat dan juga tiada lagi keuzuran untuknya” .

Dr. Yusof al-Qaradawi menambah lagi: “Perkara ini pernah disebut oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: Sesungguhnya perkataan boleh menyebabkan kufur. Secara umumnya dikafirkan pengucapnya. Dikatakan: Sesiapa yang mengucap begini maka dia kafir. Tetapi peribadi berkenaan yang mengucapkannya tidak dihukum dengan kafir sehingga ditegakkan hujjah yang membukti kufur sesiapa yang meninggalkannya (meninggalkan berpegang dengan hujjah yang jelas tersebut)” .

Oleh kerana itu kita dapati para salaf mengkafirkan firqah-firqah secara mutlak seperti firqah Jahmiyah dan Rafidhah, akan tetapi mereka tidak serta merta mengkafirkan setiap anggota firqah tersebut, kecuali hanya beberapa orang daripada mereka seperti Ja’d bin Dirham, Hallaaj dan Hafs al-Fard (yang pengkafirannya masih diperselisihkan) .

Antara kaedah penting yang menjadi keistimewaan Ahli sunnah wal-jamaah berbanding golongan selainnya adalah mereka membezakan antara sesuatu pendapat dengan pelakunya. Sesuatu pendapat adakalanya berupa kekufuran, tetapi pelakunya tidak dihukumkan kafir.
mejik Post at 6-10-2010 17:33

couldn't agree more. inilah hujah terbaik sewaktu panasnya isu kafir mkafir between parti2 politik melayu dlm negara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 02:19 PM | Show all posts
betul saudara tobby..
jelas sekarang telah berlaku salah faham dalam memahami ucapan.

samada yang mengucapkan tidak memberi penerangan atau yang mendengar tidak mengkaji dan meneliti dahulu kandungan serta kehendak ucapan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 04:00 PM | Show all posts
betul samada yang mengucapkan tidak memberi penerangan atau yang mendengartidak mengkaji dan meneliti dahulu kandungan serta kehendak ucapan.
mejik Post at 7-10-2010 14:19

Pembuka thread mana sempat nak memikior dah,
yg penting matlamat dia tercapai...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 08:32 PM | Show all posts
Dear pembuka thread yang bijak pandai serta penyokong2 TT yg setia yg bersama,

diharap dapat berjumpa dengan Dr. Harun Din sendiri utk bentangkan hujah2 anda, janganlah besarkan perut anda dengan duduk di depan PC smbil rajin menaip satu persatu fitnah yang anda lemparkan,

untuk berjumpa dengan Dr. Harun Din , sila jumpa pada Khamis mlm di darulsyifa di Bandar Baru Bangi.. tak susah nk jumpa dia, bukan macam nk jumpa menteri, kene ada tender juta2 atau mintak biasiswa baru leh jumpa..

Kalau sengkek, takde duit tambang/ penginapan nak jumpa, sila reply no. account bank anda dalam thread ni, mesti ramai yang boleh bantu anda..kalau takde masa nk jumpa, sila sertakan nama tempat kerja/ bos anda, untuk dibayar wang gaji ketidakhadiran anda oleh kami..

Takkan takut nk jumpa kot?, atau dayus terhadap kata2 sendiri, lepas lempar tohmahan cmtu, terus lebih rela duduk goyang kaki depan skrin komputer?, sembunyi disebalik pc, apa anda duduk di planet yang makan masa 1000 tahun perjalanan cahaya ke smpai takut nk jumpa dengan Harun Din..

So, Aku cabar Pembuka Thread untuk bersemuka depan2 dgn Harun Din..

kalau anda masih berdolak dalih, dgn menulis lagi, itu tandanya anda ni manusia bacul n penakut dari spesis2 pondan di luar sana..

sekian...

No. Telefon & Fax: 03-89250443
Email: [email protected]

peta lokasi
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 7-10-2010 09:04 PM | Show all posts
Reply 796# batmana

no. account teman taknak ker? tengah sengkek sangat nih..... sampe' nak beli garam pon tak lepeh nih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 12:58 AM | Show all posts
Reply  batmana

no. account teman taknak ker? tengah sengkek sangat nih..... sampe' n ...
salikin Post at 7-10-2010 21:04

waa..teman pun nak jgk!...nmpk nya ank2 murid harun din dah panas tu.. salikin,memandangkan tread tentang garam ni pun dah sejuk cam dlm peti sejuk so'..ade baik nya teman p' intai2 tread yg lain plak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 01:12 AM | Show all posts
waa..teman pun nak jgk!...nmpk nya ank2 murid harun din dah panas tu.. salikin,memandangkan trea ...
fathan Post at 8-10-2010 00:58

I pholo U
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 10:25 AM | Show all posts
Dear pembuka thread yang bijak pandai serta penyokong2 TT yg setia yg bersama,
batmana Post at 7-10-2010 20:32

nampak aje mcm bijak tapi tak boley diikut...
nak berguru ngan dia pun payah tak tau hujung pangkal dok kat mana,
baling batu semunyik tangan belakang pc...

prrrffffgggggttttttthhhhh!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.063067 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list